p/s : tgh menggila shopping @ ThePopLook coz konon2 nak feeling godjes mcm Dian Pelangi & Datin Norjuma.. ouchhh! *ampunnn cik jah*
May 23, 2012
May 22, 2012
diaper-free training
Assalamua'laikum wbt..
Tengok tajuk entry jer dah taw apa yg eita tgh usahakan utk mikael skrg nie kan.. hikhik! my mikael tu dah pun menjangkau umur 3 tahun.. so, for me this is the right time.. tu pun rasa mcm dah terlambat jer.. tp takper.. better late than never! kpd mommies yg dah start lebih awal tu laaagiiii bagus! *thumbs up*
Kami nie jenis yg jarang lekat kt rumah on weekn.. so, sbg penyelesaian.. eita mulakan diaper-free @ potty training nie on weekdays.. eita taw teacher kt kindie dah pun melatih mikael sket demi sket.. but as a parent kena laa amik inisiatif jugak utk continue kt rumah.. tak boleh laa asyik mengharapkan org lain jer.. betul tak cik jah?
eita baru jer start last week.. 4 days as a kick-off to an ongoing process.. mmg kena bnyk bersabar, fokus dan sentiasa remind + encourage him.. we have several 'accidents' on the first day.. hahaha! tp skrg mikael dah pandai bgtaw biler dia nak "poo poo".. dia akan cakap "mama biyak".. so, cpt2 laa bawak dia ke toilet.. jenuh gak laa nak ajar dia fungsi toilet tu.. tp klu nak pee.. mmg dia selalu terkucil.. terlupa agaknya dah tak pakai pampers.. hikhik
Some of the tips also mentioned.. "if you really want this to work, it only works naked".. aiyakk tp eita tak sampai hati lerr nak biarkan mikael berbugil sentiasa.. hahaha! takper2.. masing2 ada cara tersendiri kan.. yg penting anak kita tu selesa dan dpt terima perubahan baru nie..
Labels:
My son
May 18, 2012
Mikael & ubat cacing
Assalamua'laikum wbt..
Hari tu kan eita terbaca laa entry puan ungu pasal pesen tidur terbaru azfar hadiff.. then ada kwn2 dia cakap if baby/kids tidur menonggeng tu kemungkinan ada cacing kt dlm perut.. eita pun tetiba mcm *whoaaa* tersedar diri gitu.. sbbnya eita mmg TERLEPAS PANDANG pasal cacing nie cik jah oii.. so, tq so much yer puan ungu sbb ingatkan k.eita secara tak langsung.. hihi
Slps tu eita pun gigih laa cari info ala2 menggelabah kan.. sbb mikael skrg dah berumur 3 tahun ok.. but not even once eita pernah bagi ubat cacing kt dia taw.. sorry syg mama.. *my bad*
Nie antara useful info yg eita jumpa & nak share dgn cik jah semua :-
" Cacing akan masuk ke tubuh kanak-kanak apabila mereka termakan telur cacing yang berada dalam makanan. Ini dilakukan secara tidak sengaja apabila mereka membeli makanan-makanan yang dimasak secara tidak sempurna di gerai-gerai.
Telur cacing ini akan
menetas di dalam usus kecil. Mereka membesar dengan mendapat zat pemakanan di
usus ketika proses penghadaman. Cacing yang dewasa mengawan dan bunting akan
bergerak ke usus besar dan rektum. Telur cacing ini akan dikeluarkan melalui najis.
Kanak-kanak yang
mengabaikan kebersihan tangan sebelum makan adalah golongan utama yang menjadi mangsa
jangkitan parasit cacing. Selain itu cacing juga boleh memasuki tubuh melalui kulit kaki yang terdedah.
Terdapat pelbagai
jenis cacing yang menjadikan tubuh kita sebagai tempat untuk mereka membesar
dan membiak. Antaranya cacing cangkuk (hook worm), cacing gelang (round worm), cacing benang (thread worm), cacing kerambit dan cacing pita (tape worms) - Dr Zubaidi "
Antara simptom-simptomnya pulak :-
Pucat akibat anaemia(kekurangan darah merah), cepat rasa lemah dan
letih, kurang selera makan, dan abdomen yang kembung. Adakalanya terdapat juga tanda-tanda kegatalan di kulit kaki dan lubang dubur.
Zentel.. minum 10ml sekaligus ko!
Lagi lerr eita freak out lepas baca info tu kan.. wawawa tak kira nak beli ubat cacing secepat mungkin! dan2 terus call my favorite pharmacy cari ubat cacing yg doctor tu mentioned; Vemizol.. tp takder lerr pulak.. then diorg recommend ubat kt atas tu..
The usual dose for children between 1-2 years old is 10ml (200 mg).. so, kena laa bg 1 shot kt mikael.. jenuh gak laa memujuk dia telan semua ubat tu kan.. berfeluh cik jah.. nasib baik dia nak even ada sket2 drama.. hikhik! pharmacist tu ckp if ada cacing kt dlm perut dia.. ia akan keluar keesokan paginya sket demi sket.. sbb tu dia advice bagi ubat tu sblh mlm.. so, apa hasilnya?
Syukur alhamdulillah setakat nie mikael bebas drpd cacing2 tersebut.. pheww! doctor tu jugak ada mentioned secara amnya kita boleh bagi ubat cacing kpd anak2 kita setiap 6 bulan.. especially klu kita membela haiwan peliharaan.. if not; setahun sekali sudah memadai..
p/s : so, lepas nie jgn LUPA lagi yer mama mikael.. hehe
Labels:
My son
May 15, 2012
Mother's day 2012 @ Sungai Congkak
Assalamua'laikum wbt..
Happy mother's day to all moms out there.. huhu! actually tahun nie terasa lain mcm sket.. sbb kebiasaannya eita sambut hari ibu dgn mak & my sister.. selalunya event mkn2 laa aktiviti rutin kami saban tahun.. tp tahun nie disebabkan mak hanya akan balik dari desa taqwa minggu berikutnya.. so, eita dgn kak ayu proceed dgn plan masing2..
Ikutkan takder laa celebrate beriya pun.. me & my bff pergi mandi manda dan berpiknik kt Sg Congkak, Hulu Langat.. kebetulan plan kami tu fall on mother's day.. so, kami sekali kan jer.. masing2 bergerak dari arah yg berlainan dan family ieja yg sampai dulu.. kami pulak sampai kt sana dlm pukul 10am.. happy sgt sbb cuaca pun ok jer sepanjang hari tu.. huhu
For me sg congkak sgt bersih dan terjaga.. airnya pun tak dalam dan deras.. sesuai laa utk family yg ada anak kecil klu nak berkelah.. tempat parking kereta pun banyak.. baik mikael, athirah, tuah dan andee masing2 hilang akal tengok air.. kami serahkan jer kpd ayah masing2 utk handle diorg.. hikhik! kata mother's day kan.. harus laa mommas berehat dan bergossip jer.. ngeee
Lepas masing2 dah puas berendam sampai menggigil kesejukan.. baru laa bwk diorg naik atas darat.. itu pun ada drama tangis menangis tak maw naik.. pd hal dah terketar2.. adeii! so, masa tu kami teruskan dgn aktiviti makan2, cake cutting dan exchange gifts among us.. seronok taw cik jah!
Mknn mmg bnyk giler.. ieja bwk nasi lemak, eita bwk mee goreng dan kuih muih, lynn bwk nuggets, sosej, ayam goreng etc.. air pulak ada berjenis2, siap dgn ice box ok.. hehe! tp nak bg credit laa kt ieja.. dia mmg cekap packing brg2 utk gi picnic nie.. semua complete dgn tissue, plastik sampah segala.. eita pun ada benda yg terlupa taw.. hahaha
the cake.. sponsored by puan ieja.. tqvm darl!
exchange gifts among us.. eita hadiahkan Body Shop cream utk lynn.. lynn pulak hadiahkan perfume utk ieja.. dan ieja hadiahkan kain pasang bersulam dr bandung utk eita.. weee!
Lepas mkn tu.. masing2 sambung lagi bermandi manda.. sementara kami pulak lebih suka duduk berkongsi cerita tentang mcm2 hal.. bahagia ada kwn2 mcm mereka dan bangga dgn friendship kami nie.. semoga ia akan terus kekal sampai biler2.. insyaAllah.. dlm kita meniti usia.. kita akan dpt lihat kwn2 yg mana akan dtg dan pergi serta kwn2 yg mana akan stay dgn kita dlm apa jua keadaan.. huhu
budak yg tak taw sejuk.. hihi
group photo.. syggg mereka semua!
Owh yer.. thanks a lot to my hubby sbb buat surprised for me.. it juz a simple celebration but i appreciated the effort.. dan yg paling terharunya tentu lah doa drpd mereka berdua.. amin!
my world.. huhu
and last but not least.. this is what i've got for mother's day.. ngeee! another 3 new pcs in my collection.. 2 helai dah lenjan dan sehelai lg masuk dlm stok tudung raya.. yups! aii masih setia bersama fareeda.. *wink
p/s : how about your mother's day story? pasti ada sst utk dikenang kan cik jah.. huhu
a ramble by
•♥• Mrs RR •♥•
Labels:
Activity,
Corat Coret
May 8, 2012
Hari Ibu Haram?!
Assalamua'laikum wbt..
Hmmm.. kecoh sana sini tentang Hari Ibu difatwakan sbg HARAM baru2 nie.. kt fb kemain ramai yg "klik share" tanpa mahu berfikir sejenak tentang perkara nie.. Allah swt berikan akal supaya kita dpt menggunakannya sebaik mungkin.. jgn hanya menurut kata2 atau perbuatan dan 'copy paste' org lain membuta tuli..
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Pendapat Dr Yusuf itu mengesahkan bahawa sambutan hari ibu itu tiada kaitan dengan agama Kristian tetapi timbul kesedaran masyarakat barat betapa perlunya mereka menyayangi ibu. Pada mereka kalau tidak boleh setiap hari kenang ibu, cukuplah sehari yang khususkan untuk ibu.
Jadi, kalau sambutan ini tiada kaitan dengan agama, sudah tentu tidak salah kita mencontoh sesuatu yang baik daripada orang lain. Tetapi kalau memang ada kaitan dengan agama Kristian tidak bolehkah kita mengambilnya sebagai contoh tetapi pengisiannya kita sesuaikan dengan Islam?
Sebenarnya sambutan hari ibu seperti yang disambut oleh masyarakat dunia tiada langsung kaitan dengan agama. Pengajur memilih hari ibu sesuai dengan keadaan negara. Negara kita memilih setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei.
Walau bagaimanapun bagi orang Islam, setiap kerja dan usaha kita pasti dinilai sebagai ibadah termasuk menyambut hari ibu. Maka kalau kita ikut panduannya kita akan beroleh pahala dan dinilai sebagai kerja agama. Jadi, sambutan hari ibu walaupun orang lain sebagai sambutan biasa, kita diberi pahala oleh Allah. Kalau begitu, bagaimana kita menghukumkan sambutan hari ibu sebagai haram.
Kita yang lebih patut menyambut hari ibu berbanding orang lain. Sayang kita kepada ibu sepatutnya berganda berbanding orang lain. Oleh sebab itu, sambutlah hari ibu dengan memberi penghormatan kepadanya. Berikah kasih sayang yang paling tinggi pada hari tersebut. Namun pada hari-hari lain, kasih dan sayang kepada ibu harus dikekalkan setiap hari. Menghormati ibu tidak ada musim cutinya. Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam.
Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Editor Majalah Solusi
Antara keganjilan fatwa diharamkan hari ibu, tp dihalalkan sambutan tahun baru.. sedangkan keduanya asas yg sama, bahkan hari ibu lebih berfaedah - via twitter Dr Maza (17hrs ago)
My point of view - bersederhanalah dlm menyambut Hari Ibu... setakat meraikannya dgn makan2, give her a day off from house chores, belikan hadiah ataupun sekadar ucapan "slmt hari ibu" sbg tanda kasih syg kpd para ibu.. rasanya takkan membuatkan kita terkeluar drpd agama? so, renew laa syahadah kita setiap hari dgn solat.. dan yg paling penting nawaitu kita.. Wallahua'lam
Labels:
Info/review
May 3, 2012
My birthday escapade - Genting Highlands
Assalamua'laikum wbt..
1 Mei 2012 - Thanks all for the lovely birthday wishes via fb, twitter, bbm, sms, phone call etc.. eita aminkan utk segala doa kalian.. huhu! sorry laa after a few days, baru sempat nak ucapkan terima kasih..
Birthday eita tahun nie sgt istimewa.. istimewanya sbb tahun nie umurku sudah beralih ke angka 3.. hopefully slps nie eita akan lebih matang menempuhi kehidupan nie.. mahu jadi lebih baik drpd segala segi.. even tak dpt dinafikan kdg2 sikap keanak-anakan tu masih ada lagi.. hihi! maybe sifat semulajadi anak bongsu barangkali..
Ok, back to the story.. a short trip to genting highlands on my birthday adalah idea encik hubby & sponsored by him.. even drpd segi booking everything eita yg handle (well, mcm biasa laa.. aii kan PA dia katanya) then a few days before the date.. my sister nak follow sekali sbb dia pun dah lama sgt tak pergi ke sana.. nasib baik laa cik agent boleh dptkan bilik saat2 akhir mcm tu.. eita ngeri sebenarnya nak buat booking last minute nie.. sbb pernah terkena.. fuhh
Kami bertolak agak lewat memandangkan genting pun tak jauh mana.. waktu check in kt First World Hotel pun dlm pukul 3pm.. tp mereka takder laa strict sgt.. sbb kami sampai kt sana sblm pukul 3pm but still can check in early.. apa yg eita boleh ckp.. system mereka teratur.. klu nak check out lagi senang sbb terdpt bnyk kiosk2 yg mereka sediakan.. juz masukkan jer our room card mcm nak byr parking tu & done! takder laa spt yg eita baca kt beberapa forum @ blog sblm nie katanya kena tunggu berjam2.. dan kami berpuas hati dgn bilik yg mereka sediakan.. tp tu laa.. kdg2 pengalaman kita berbeza-beza.. hehe
Mikael in action.. huhu
Overall, eita sgt enjoy dgn percutian singkat nie..thanks hubby! kami tak buat banyak aktiviti pun kt sana.. lebih kpd nak berehat sebenarnya.. mmg best biler menginap kt hotel yg di bawahnya terdpt shopping mall, pelbagai jenis restaurant dan indoor theme park.. semuanya ada dlm satu tempat yg sama.. org yg paling happy tak lain tak bukan; Mikael Rizqi laa.. he's really excited! yer laa kali terakhir dia pergi ke sana masa berusia 9 bulan.. apa pun tak taw lagi.. hikhik
fireworks @ genting on labour day.. ohsemmm!
our quality time.. *i luv diz pic* ngeeee
Sblm turun ke bawah the next day, kami sempat singgah kt Genting Strawberry Leisure Farm yg terletak di dlm area Goh Tong Jaya.. not bad at all sbb skrg kita boleh petik strawberry kt genting highlands jugak.. huhu! klu tak mmg kena gi cameron laa jawabnya baru dpt merasa kan cik jah.. hikhik
Last but not least.. tq so much hubby for this lovely birthday pressie.. i really appreciated it! luv u chup-chup.. huhu
p/s : i'm officially 30th years old already.. semoga sentiasa memperbaiki diri.. insyaAllah
April 22, 2012
Cycling @ Tmn Botani Negara, Shah Alam
Assalamua'laikum wbt..
Lama sungguh eita tak jejakkan kaki kt tmn pertanian cahaya seri alam @ juga dikenali sbg bukit cerakah.. tp tempat nie skrg dah ditukar nama menjadi tmn botani negara.. rasanya last eita gi sana masa aktif dgn program rakan muda/ belia dulu.. punya laa lama kan?
Tmn botani negara dah banyak berubah.. yg pasti skrg tempat nie semakin komersial dan lebih terjaga.. ramai org dtg ke sini setiap hujung minggu dgn mcm2 tujuan.. ada yg nak beriadah, bersenam atau sengaja berjalan cuci mata menikmati kehijauan alam.. i noticed that, kaum chinese mendominasi bilangan pengunjung kt sini.. mana agaknya kaum kita yer? maybe mereka lebih selesa berkunjung ke shopping mall barangkali.. huhu
The park open at 8.30am till 5.30pm everyday.
But counter open until 4.30pm only.
But counter open until 4.30pm only.
So, klu pukul 5pm baru nak dtg mmg tak dpt masuk ler jawabnya.. sampai jer kt sana kami terus tak buang masa, beratur beli tiket masuk.. harganya pun sgt berpatutan.. tp i tell u ramai giler org semlm! dgn rombongan dari mcm2 tempat, yg eita ingat cuma student from taylor's college jer.. jenuh kami tunggu turn utk dapatkan basikal.. haish
Harga tiket masuk dewasa = RM3
Harga tiket masuk kanak-kanak = RM1
Sewa basikal = RM5/ hour @ subsequent hour = RM1 (murah kan?)
Harga tiket masuk kanak-kanak = RM1
Sewa basikal = RM5/ hour @ subsequent hour = RM1 (murah kan?)
@ pondok basikal.. nie baru sekelompok.. ada berkelompok2 lg kt sebelah sana..
sempat breakfast dulu sblm cycling.. baru ada energy.. hihi
Akhirnya dlm pukul 10am lebih mcm tu.. sampai laa turn kami.. slps kami check condition basikal masing2 dan berpuas hati.. so, kami pun memulakan kayuhan.. excited! cuaca pun mcm menyebelahi kami semlm.. keadaan mendung berawan dan tak panas sgt.. huhu
our route.. kesimpulannya kami berkayuh sejauh 6km utk pergi dan balik.. fuhh!
Terdpt 2 route @ laluan kt dlm tmn botani nie.. laluan berbentuk huruf 'Y' dan tak bersambung.. maknanya, klu cik jah kayuh ke laluan kanan, makanya kena patah balik ikut laluan yg sama utk kembali ke tempat mula tadi.. mmg penat woooo tapi sgt best!
Tp eita recommend cik jah start ikut laluan kiri dulu.. sbbnya kt laluan kiri sgt redup, tak sesak, tak banyak kenderaan lalu lalang dan banyak pit stop yg mmg sesuai utk cycling xtvt.. jgn risau ok sbb public toilet turut disediakan sepanjang laluan tersebut.. skytrex adventure pun ada kt situ.. rasanya next time eita nak cuba buat pulak extreme xtvt @ skytrex adventure.. so, jom tengok pics kami kt sana.. huhuhu
let's cycling.. weeehoooo
pit stop.. penat cycling.. kita melompat dulu! haha
Awas! si landak sedang melintas.. hehe
@ Tmn Kaktus.. baca apa tu bie?
picture of the day.. cantek kan sarang semut nie?
Overall, cycling xtvt nie mmg best taw.. encik hubby pun sukakannya.. sekali sekala dpt exercise sama2 and burn some calories.. mmg berbaloi! setelah puas berkayuh dan jam pun hampir menunjukkan angka 1pm.. kami pun returned the bicycles dgn berat hati.. yg pasti we will come again someday.. huhu
p/s: [via my twitter] it's pretty refreshing once a while to leave ur motorized
vehicle and pedal! sambil beriadah i/o gi shopping mall jer.. hehehe
a ramble by
•♥• Mrs RR •♥•
Labels:
Info/review
April 18, 2012
April 17, 2012
ada apa dgn ayam penyet?
Assalamua'alaikum wbt..
Klu sebut pasal ayam penyet.. mesti ramai yg dpt imagine mcm mana rasa pedasnya tu kan? kan? huhu.. pedas2 berapi pun sedap taw.. sampai boleh buat kita rasa kepingin nak makannya lagi dan lagi.. maybe tak semua org menggemari ayam penyet nie.. but for me.. boleh dikatakan it's an indonesian cuisine yg palinggg eita suker!
Ayam penyet: fried chicken (see ayam goreng), lightly smashed using a pestle in a mortar laced with sambal - wikipedia
Klu sebut pasal ayam penyet.. mesti ramai yg dpt imagine mcm mana rasa pedasnya tu kan? kan? huhu.. pedas2 berapi pun sedap taw.. sampai boleh buat kita rasa kepingin nak makannya lagi dan lagi.. maybe tak semua org menggemari ayam penyet nie.. but for me.. boleh dikatakan it's an indonesian cuisine yg palinggg eita suker!
First time eita mkn benda alah nie pd 31/12/2009.. masa tu sementara menunggu menjelang mlm tahun baru 2010 kt Waroeng Ayam Penyet @ The Curve.. mkn sekali terus jatuh cinta cik jah.. huhu
Ayam Penyet Ria pun antara tempat favorite kami.. dan boleh dikatakan yg paling hampir dgn kami laa.. coz ia berada kt The Summit USJ dan lagi satu kt Centro Mall, Klang.. rasanya yg kt Centro Mall merupakan restoran ayam penyet paling cantik, selesa dan luas.. but soon waroeng ayam penyet akan dibuka kt Harbour Place Mall, Port Klang.. yeay! lagi dkt taw cik jah..
Klu sebut pasal restoran ayam penyet color hijau.. tak lain dan tak bukan of coz laa Rumah Makan Ayam Bakar Wong Solo.. first time eita mkn kt Wong Solo Ampang, kemudian kt Kg Baru dan favorite place skrg kt Seksyen 7, Shah Alam.. see! eita mmg pencinta ayam penyet tegar u ols.. dan apa yg boleh eita komen.. ayam penyet paling original ada kt restoran wong solo! sbb rasanya mmg pedas giler i tell u! everytime mkn ayam penyet kt sini mmg hampir menitiskan air mata ok.. haha! mereka jugak masih mengekalkan identiti keindonesiaan dgn beruniform batik, tmpt mkn bersila dgn dekorasi dinding mengkuang dan rata2 staffnya mmg dari indonesia kot.. hikhik
And last but not least Ayam Penyet AP.. pd pendapat eita ayam penyet kt sini lebih crispy.. rangup2 gitu.. sebenarnya klu ikut tekak eita.. semua ayam penyet yg dinyatakan sebentar tadi adalah SEDAP! tp ada sesetengah org.. mereka sukakan ayam penyet wong solo.. tp tak berapa suka ayam penyet AP.. terpulang laa ikut selera masing2.. but for me.. klu berkaitan ayam penyet.. no exception! kecuali yg made in pasar malam.. mmg tekak aii reject! hehe
cer teka.. kt restoran ayam penyet mana kita boleh dapati Teh Botol (tp dlm kotak) spt di atas? asli dari indonesia yaaa ibuk2 dan bapak2.. huhu
Labels:
Foods
April 5, 2012
Picnic @ Sungai Gabai
Assalamua'alaikum wbt..
Aduhaii.. penyakit lupa sejak kebelakangan nie semakin menjadi2.. agaknya petanda i'm getting old kot.. hikhik! sabar jer laa cik jah.. eita tertinggal my camera memory card kt office.. so, hari nie baru dpt update gambar2 kt sg gabai..
Last saturday.. eita follow encik hubby & his officemate gi picnic kt sg gabai.. tak tipu pagi tu mcm risau jer sbb kt klang kan hujan sejak awal pagi.. scary sket laa sbb klang baru2 nie dilanda banjir yg maha dahsyat.. sampaikan beberapa sekolah terpaksa ditutup sbb paras air naik tinggi.. tp rasanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan..
Last saturday.. eita follow encik hubby & his officemate gi picnic kt sg gabai.. tak tipu pagi tu mcm risau jer sbb kt klang kan hujan sejak awal pagi.. scary sket laa sbb klang baru2 nie dilanda banjir yg maha dahsyat.. sampaikan beberapa sekolah terpaksa ditutup sbb paras air naik tinggi.. tp rasanya tiada kemalangan jiwa dilaporkan..
Berbalik kpd citer asal.. so, kami tawakal jer laa pergi ke sana.. lg pun kwn2 hubby ada yg dah sampai dan mereka update cuaca kt sana dlm keadaan baik.. fuhh lega laa sket mendengarnya kan.. huhu!
eita dah lama tak gi berkelah kt sg gabai.. pernah sampai kt sana masa zaman bercintan cintun dgn encik hubby dulu.. hehe! sg gabai nie terletak dlm daerah hulu langat, selangor.. ketinggiannya dlm 50 meter.. so, klu bawak anak2 kecil tu lepak kt bawah jer yer.. toksah naik tinggi2.. huhu! yg bagusnya kemudahan kt sana mencukupi.. jabatan hutan ada menyediakan tangga2, wakaf istirehat, surau, tandas, tmpt parking kereta (yg agak limited) dan beberapa gerai menjual mknn.. setiap org yg dtg dikenakan bayaran RM1 sekepala..
Mikael? nie kali kedua dia mandi manda kt waterfall.. masa 1st time dia sampai kt air terjun serendah dulu, dia mcm pelik kan? tp kt sini.. dia laa manusia paling excited.. tak taw takut langsung! excited giler tengok air dan main nak terjun jer.. ingat nie swimming pool syg? hanya ayah dia jer yg boleh handle sbb mama dah surrender.. hihi
Stok mknn diorg mmg banyak... sampai tak larat nak mkn ok.. dgn jagung bakar, kerang bakar, ikan bakar, mentarang, hot dog, sate, spaghetti, sandwich, nasi lemak, buah-buahan.. kami mkn berulang kali pun tak habis2.. adeii
eita tak mandi pun kt sana.. sejuk wey! hehe.. tp yg bagusnya aktiviti mcm nie.. dpt mengeratkan hubungan antara staff.. even boss diorg dah pun bertukar ke jabatan lain.. tp keakraban tu masih kekal sampai skrg.. next, bowling xtvt organize by my department this coming weekn! huhu
eita tak mandi pun kt sana.. sejuk wey! hehe.. tp yg bagusnya aktiviti mcm nie.. dpt mengeratkan hubungan antara staff.. even boss diorg dah pun bertukar ke jabatan lain.. tp keakraban tu masih kekal sampai skrg.. next, bowling xtvt organize by my department this coming weekn! huhu
a ramble by
•♥• Mrs RR •♥•
Labels:
Activity,
Info/review
Subscribe to:
Posts (Atom)


















