Pages

Showing posts with label My son. Show all posts
Showing posts with label My son. Show all posts

July 28, 2013

PNT - 2nd session

Assalamua'laikum wbt..

25th July 2013 - Parents and Teacher meeting for the 2nd session utk tahun nie.. mcm yg pernah eita citer sebelum nie.. ada 3 kali sesi penilaian kt kindie Mikael.. dan setiap kali mama yg kecut perut.. hihi


Alhamdulillah.. we received another positive feedback from his teacher.. banyak sgt yg dah improve especially on reading part.. terkejut kami biler teacher Lin bagitaw Mikael dah masuk buku 3A (Peter and Jane) sbb kt rumah juz ada buku 1A - 2C jer.. kena laa add on lepas nie.. *syukur*


Bacaan doa pun dah semakin bertambah.. selain Al-fatihah, surah Al-Ikhlas pun dia dah hafal.. sejuk hati kami bila dengar dia dah boleh baca doa utk ibu bapa tu taw.. sobs sobs *touching*

Tapi.. ada jugak part yg kami kena polish selepas nie.. writing skill kena improve sampai dia boleh write down nama sendiri.. yg hairannya.. tulis nombor lulus pulak.. huhu! and more thing.. bab coloring pun kena practice.. biler kawan2 yg lain dah siap mewarna, dia masih dok terkial-kial lg... bukannya sbb tak reti.. tp terlalu fokus then nak bubuh color tones segala kt every picture.. kami dengar nak tergelak pun ada..

Progress report.. klu excellent sekali lg.. kena laa ayah tunaikan janji.. huhu

the costumes..

Haaa.. yg nie agak menarik.. teacher Lin jugak bagitaw kami yg Mikael akan buat persembahan masa Graduation Day bulan September nnt.. berlakon jadi pirate katanya.. ewahhh! Captain Jack Sparrow ker nak oii? hahaha

p/s : so far, kami mmg berpuas hati dgn kindie Mikael.. progress Mikael nampak memberangsangkan.. ada banyak aktiviti dan teachers pun baik hati.. tp biler memikirkan pengurusan taska.. haih! pening kepala dibuatnya.. *dlm dilema*

July 11, 2013

Cutie Tie

Assalamua'alaikum wbt..

Baru masuk hari kedua berpuasa.. encik posmen dah datang ketuk pintu office.. tapi bukan hantar parcel utk eita taw.. biler kita dah ada anak nie.. mmg pantang mak nenek laa menengok benda2 yg comel.. then laju jer jari nie klik sana sini.. alih2 dah transfer the money.. wuwu

now cakap.. comel tak? comel tak?

yg nie sesuai utk gegirl kot.. huhu

Maklum laa cik jah.. anak aii cuma bujang seorg tu jer (so far).. so, klu utk dia mmg kami jarang berkira.. utk dia.. utk dia.. hey! utk dia.. *tetiba* lagi pun.. anak lelaki bukannya mcm anak perempuan.. juz name it segala mala accessories utk girls.. from head to toe.. paling senang nak "gayakan" anak perempuan nie.. klu anak lelaki pulak.. kita kena jadi kreatif sket.. sbb accessories utk mereka very limited.. balik2 benda yg sama jer.. kan?


Maka salah satu caranya.. eita belikan cutie tie yg colorful nie utk Mikael.. tp nak pakai biler? ermm masa raya nnt pun boleh lorr.. huhu

Tak sabar pulak rasanya nak tengok Mikael pakai nnt.. ngeeee!



Last but not least.. eita nak ucapkan "Selamat Berpuasa" dan "Salam Ramadhan" to all the readers.. mohon maaf klu ada tersilap kata dan tersalah bahasa.. semoga Ramadhan kali nie lebih baik drpd yg sebelumnya.. insyaAllah

April 21, 2013

Mikael and his kindie xtvt

Assalamua'laikum wbt..

Pejam celik dah 4 bulan lebih Mikael belajar @ TWC.. Alhamdulillah kami nampak ada banyak perubahan pd Mikael.. especially vocabulary dia yg semakin bertambah.. pertuturan yg semakin teratur.. he can speaking a little bit.. dan yg paling mengembirakan hati kami biler Mikael dah boleh menghafal Al-fatihah serta beberapa doa harian yg lain siap dgn terjemahan sekali.. sejuk hati mendengarnya.. kdg2 mama dgn ayah pulak yg kena bukak buku semula nampaknya.. hikhik


Selain tu, apa yg eita noticed TWC organized mcm2 aktiviti utk pelajar2 mereka.. mmg bagus utk perkembangan anak2 sebenarnya.. yerlaa baru 4 bulan.. tp kami dah pun attend PNT (parents and teacher) meeting utk sesi penilaian Mikael yg pertama.. sepanjang tahun nie ada 3 kali sesi penilaian.. Alhamdulillah, kami happy sgt dgn feedback drpd teacher Mikael.. for playgroup, mereka dibahagikan kpd 3 group dan Mikael dimasukkan di dlm 1st group yg tiada sebarang masalah.. syukur! semoga Mikael akan sentiasa terang hati dan pembelajarannya dipermudahkan Allah swt.. Amin

the assessment report..

Jom tengok antara aktiviti Mikael sepanjang 4 bulan @ TWC..

crafty mind..

practical solat..

scavenger hunt @ Botanic Garden..

little scientist xtvt..

rombongan ke Putrajaya.. 

The excursion.. Cruise Tasik Putrajaya

So far kami berpuas hati dgn perkembangan Mikael.. tp sbg parent kita kena juga pantau kt rumah.. maklum laa anak2 seusia Mikael nie ibarat mcm span.. semua perkara mereka serap.. baik mahupun yg buruk sbb dia bercampur gaul dgn kids pelbagai umur dan pelbagai latarbelakang.. so, kita kena laa memainkan peranan utk menapis perkara2 tersebut.. jgn hanya mengharapkan teacher atau pihak kindie semata-mata..

p/s : tak sabar nak tengok concert Mikael yg pertama hujung tahun nie.. huhu

April 3, 2013

wordless wednesday

Watching movie together..

Miq's post-birthday cake.. buttercream blueberry cake..

kenduri doa selamat.. among my family..

p/s : syukur seperti yg dirancang.. Alhamdulillah.. now mama can focus on our next vacation! huhu

April 2, 2013

Birthday trip to Zoo Negara

Assalamua'laikum wbt..

Disebabkan tahun nie takder birthday party utk Mikael.. maka kami decide utk bawak dia pergi ke Zoo Negara pd 23hb March lepas.. trip lawatan sambil belajar sempena cuti sekolah gitu.. hihi.. last 2 years Mikael dah pun pergi ke Aquaria KLCC melihat hidupan laut.. kali nie bagi dia lihat hidupan darat secara "live" pulak..

Mmg dah lama berniat nak bawak Mikael ke sana.. since dia pun dah kenal kebanyakan binatang.. rasanya skrg adalah masa yg sesuai.. dan keputusan kami mmg tepat sbb dia sgt excited sepanjang setengah hari berada kt sana.. encik hubby pulak teringat nak bawak sekali animals flash card kepunyaan Mikael.. huhu




Harga tiket masuk yg terkini.. sila klik!

Honestly seumur hidup eita.. eita tak pernah pergi ke Zoo Negara mahupun Zoo Melaka.. satu2nya zoo yg eita pernah sampai ialah Zoo Taiping.. itupun sbb singgah secara tak sengaja.. hikhik!

anak mama yg berani.. huhu

at Ape Center..

Well.. nak kata banyak sgt binatang tu tak jugak sbb ada 2-3 tempat still under construction.. so, binatang2 berkenaan dipindahkan ke tempat lain.. rasanya binatang kt Zoo Taiping lg banyak kot.. ada jugak binatang yg nampak mcm dah "tua".. hihi! Zoo Negara pun dah lama dibukak sejak tahun 1963.. so, cik jah kira laa sendiri klu binatang tu antara yg paling awal ditempatkan di situ..




Kami sempat menyaksikan sea lion show pd ptg tu.. not bad laa coz agak terhibur melihat telatah singa laut tersebut.. kemudiannya diselangi dgn persembahan Pelican Birds yg masuk secara beramai-ramai.. hikhik


sea lion show..

Setelah habis satu pusingan kt dlm tu.. kami berehat sekejap, makan2 dan sebelum pulang.. kami sempat menaiki tram ride.. overall rasanya mmg berbaloi kami pergi ke sana.. at least sambil berlibur.. Mikael dpt belajar sesuatu.. huhu

last but not least.. my little man yg pengsan kepenatan.. hehe

p/s : tips ke Zoo Negara.. jgn lupa bawak payung dan jugak stroller/ jogger.. mmg berguna!

March 20, 2013

Happy 4th birthday Mikael Rizqi

Assalamua'laikum wbt

Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki - Sheila On 7

Melihat tawamu
Mendengar senandungmu
Terlihat jelas di mataku
Warna - warna indahmu

Menatap langkahmu
Meratapi kisah hidupmu
Terlihat jelas bahwa hatimu
Anugerah terindah yang pernah ku miliki

Sifatmu nan selalu
Redakan ambisiku
Tepikan khilafku
Dari bunga yang layu

Saat kau di sisiku
Kembali dunia ceria
Tegaskan bahwa kamu
Anugerah terindah yang pernah ku miliki

Belai lembut jarimu
Sejuk tatap wajahmu
Hangat peluk janjimu
Anugerah terindah yang pernah ku miliki

 * * * * * * * * * *

a small piece of cake before he's going to school.. nnt mama belikan kek yg besar okeh!

Mikael Rizqi.. tiada satu hadiah pun di dlm dunia ini yg dpt menandingi kasih sayang ayah dan mama kepadamu.. tak pernah sekali pun kami lupa utk mendoakanmu dlm setiap sujud kami kpd Allah swt.. agar kelak engkau menjadi seorang anak yg soleh, beriman, berilmu, berjaya dan berbakti.. insyaAllah

Selamat ulang tahun sayang.. 4 tahun terasa begitu sekejap masa berlalu.. tak terasa membesarkan Mikael Rizqi.. dia seorang anak yg membawa sejuta bahagia di dlm hidup kami.. dia seorang anak yg menjadi penawar pada setiap duka dan air mata.. terima kasih ya Allah kerana mengurniakan anugerah seindah Mikael Rizqi..

(i) p/s : maaf entry sedikit emosi hari nie.. *sobs*

Miq's birthday pressie tahun nie.. at last kami berjaya siapkan his own room menjelang bday dia.. *eppy*

sudut yg akan menempatkan semua hasil kerja kreativiti Miq at school.. *tqvm ayah*

(ii) p/s : insyaAllah akan ada simple celebration for his birthday hujung minggu nie dan minggu depan.. huhu

March 12, 2013

Birthday and Cake

Assalamua'laikum wbt..

Klu bulan December, eita suka bercerita tentang wedding anniversary.. then bulan March pulak, most of the entry berkisar tentang Mikael coz he was born on March..

Miq 1st birthday cake.. hasil air tgn my good friend..

Cake sponsored from KFC..

Cake mmg sgt sinonim dgn majlis birthday @ anniversary @ atau pun boleh dimakan biler2 saja yg cik jah suka.. ermmm berbeza dgn my encik hubby yg kurang sukakan cake.. and as for myself.. cake bukan laa satu kemestian pada setiap hari ulang tahun kelahiran eita.. sbb eita lebih suka berjalan on that date.. ngeee

Miq 2nd birthday cake from Secret Recipe.. sebelum eita beralih arah ke home made cakes..

Btw cik jah collect tak gambar2 birthday anak2 cik jah setiap tahun? eh boleh dijadikan kenangan yg sgt mahal nilainya biler kita semakin meningkat usia taw.. sbb biler mereka semakin membesar, yg tinggal dgn kita hanya laa kenangan.. sobs

Miq 3rd birthday cake utk kwn2 & his teacher kt taska.. huhu

His 2nd cake for the 3rd birthday party last year..

Actually eita tengah berkira-kira nak order cake apa utk birthday Mikael tahun nie.. sbb Mikael sekarang semakin ada "taste".. maklum laa dah jadi anak bujang kata kan.. hikhik! tp mcm yg eita mentioned sebelum nie.. no party this year! hanya ada majlis doa selamat kecil-kecilan among family.. inshaa Allah

p/s : payah sgt.. beli kek batik jer.. theee

March 11, 2013

Miq's own room

Assalamua'laikum wbt..

Another 10 days.. birthday Mikael yg ke 4 tahun.. kali nie, kami decide utk hadiahkan "sebuah bilik" yg comel utk dia.. yer laa.. 4 tahun tu dah boleh sgt tido asing.. ada parent lain sedari baby lg mereka dah asingkan tempat tido.. bukan setakat tempat tido.. tp kt bilik yg berasingan.. ok, better late than never rite? uhuks

So, let's check it out.. apa yg sepatutnya ada kt dlm bilik Miq tu nnt.. huhu

dah semestinya katil dgn bed sheet kan..

ada sesiapa taw nak cari mcm nie kt mana?

floor mat or carpet.. ermmm

klu jumpa yg mcm nie.. confirm Miq suka!

then bubuh sket2 decoration.. huhu

p/s : pictures credit to cik google.. hope kami dpt realisasikannya before his coming birthday.. chaiyuk!

Taraaaa! hasilnya.. sempat siap menjelang his 4th birthday.. yieepiee!

January 9, 2013

Mikael Rizqi - Interlude

Assalamua'laikum wbt..

Minggu nie masuk minggu ke-2 Mikael berada kt kindie yg baru.. Alhamdulillah semuanya ok setakat nie.. tiada drama tangis dan airmata.. bangun pagi pun senang jer coz he is a morning person.. huhu! apa yg penting.. Mikael nampak happy biler eita sebut "we're going to school"..



Last sunday ada orientation day kt kindie Mikael.. dpt laa kami berjumpa dan berkenalan dgn parents yg lain.. mana yg pernah menghantar anak mereka kt situ, rata2 memberikan testimoni yg baik.. kami diberikan penerangan tentang latar belakang WC, program dan pengisian mereka utk 4-6 year old kids, info kelas pra-tahfiz dan tahun nie mereka akan memperkenalkan program Al-Baghdadi.. selain tu, kami jugak dibekalkan dgn parents guidebook yg mengandungi semua maklumat penting, aktiviti WC sepanjang tahun nie dll.. very well organize..

puan principal..


Apa yg eita boleh ckp.. eita berpuas hati setakat nie.. dan eita nak tengok perkembangan Mikael sepanjang berada kt sana.. class Mikael more to playgroup.. firstly, they will teach the kids to develop their motor skills.. mcm mana nak belajar menulis, klu pegang pensil pun tak betul? mcm mana nak melukis, klu draw a circle pun tak bercantum? semua tu perlukan skill.. eita juz pinjam kata2 puan principal.. hehe

For me, biarlah Mikael belajar in a fun way.. takmo stress2 sbb dia masih kecil.. dan biler yg dipelajarinya nanti dikaitkan semula dgn alam dan Maha Pencipta itu lah yg terbaik.. inshaa Allah

wif his classmates..


p/s : reminder for myself.. jgn sesekali bandingkan pencapaian anak kita dgn anak2 org lain.. huhu