Pages

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

September 17, 2014

Aidijuma vs Sugarscarf

Assalamua'alaikum wbt..

White label Cupcake..

White label Camera Pink..
 
 White label Nautical Red..
 
credit to Nadia Sabrina..
 
 
 
p/s : perempuan.. mmg banyak kegilaan.. kegilaan yg pelbagai dan berbagai-bagai.. sigh!
 

September 18, 2013

New addiction : Aidijuma

Assalamua'laikum wbt..

Setelah 2 tahun lebih dgn #fareeda.. akhirnya eita terbuka hati utk berbawal semula.. bukan ikan bawal tu yer tp tudung bawal.. like u dunno kan cik jah? hehe.. maybe disebabkan rasa jemu agaknya.. atau boleh dikatakan teringin nak mencuba style/ pattern tudung yg lain pulak barangkali..

Actually sejak lepas raya eita dah mula mix pakai fareeda dgn tudung2 yg lain mcm shawl dan syria @ tudung instant.. then biler belek2 tudung bawal hadiah from my mother in law.. tetiba eita tergerak hati nak cuba pakai semula tudung bawal..

punyalah ramai orang.. fuhh

Kebetulan last monday.. Aidijuma buat sales sempena Hari Malaysia.. semua pattern less 50%.. tak ker rasa merenyam nak pergi kan? dan kebetulan juga.. my bestie kt Kota Damansara buat makan2.. so, umpama pucuk dicita, ulam pun tiba.. otw pergi ke sana, eita sempat singgah kt kiosk Aidijuma @ The Curve.. sambil menyelam, minum air gitu.. weeee!

can u spot me? hihi

Eita sampai kt sana dlm pkul 10.30am mcm tu.. Q dah panjang sampai ke Padini.. disebabkan nie 1st time eita join aidijuma sales, mcm blur sekejap nak buat apa dulu.. but after that eita pun join the crowd and grab tudung2 yg eita berkenan..

One good thing yg eita noticed.. even mcm tu punya ramai orang, tak ada pun adegan tolak menolak atau bertarik2 tudung kt situ.. semua sopan santun memilih, if tak jadi ambil letakkan semula tudung tu kt tempatnya atau pass pada org lain.. klu terlanggar bahu ker.. masing2 cepat say sorry.. eita suka keadaan itu.. berbeza sgt dgn masa sales kt fareeda.. sungguh dahsyat.. their attitude away different!

So, nak tengok pattern apa yg eita grab? tak banyak pun cik jah.. huhu

Bawal tone.. RM15 before less.. eita grab 3 helai sekaligus!

Bawal plain.. RM7 after less = RM3.50

Bawal checkers.. RM46 after less = RM23

Bawal stripes.. RM47 after less = RM23.50

Bawal geometri.. RM55 after less = RM27.50

Bawal sunflower.. RM59 after less = RM29.50

Dan yg paling best.. eita dpt grab hot item of the day at cheaper price! sebenarnya mmg kurang arif tentang aidijuma latest design.. tp biler semua orang bercakap pasal bawal songket.. eita pun nak! hihi

Bawal songket.. RM56 after less = RM28 only! kwn eita ckp.. ada yg beli tudung nie then jual semula kt online for RM76! ermmm

Lepas eita cuba pakai tudung bawal aidijuma.. can say that i'm in love with it! materialnya lembut, agak labuh, coraknya cantik dan senang dibentuk.. kelebihan fareeda pula less pin @ brooch! huhu.. tp eita akan pakai kedua-duanya.. tak laa sampai nak letgo semua my fareeda collection.. sayang woiiii! hehe

p/s : harga sehelai fareeda ring velvet = 9 helai tudung bawal aidijuma! mmg berbaloi-baloi cik jah..

August 2, 2013

Fareeda : tudung raya?

Assalamua'laikum wbt..

Hello cik jah.. pejam celik pejam celik dah pun 24 Ramadhan hari nie.. eh tinggal 6 hari jer lagi? klu masa kecik2 dulu.. excited hitung hari everyday.. siap pangkah calendar segala.. dok kira bila laa nak raya? but now.. the feeling juz biasa2 jer.. excitednya maybe cuma utk menyiapkan preparation raya for my son serta dpt berkumpul dgn family dan kawan2..

Tapi dlm pada tak excited sgt tu konon2nya.. ada jugak laa beli baju raya sepasang 2.. dan tudung raya jugak.. gituuu! hehe


Biler menjelang hari raya.. ada sket kenangan laa.. kali pertama mengenali tudung fareeda nie masa eita sibuk mencari tudung raya pada tahun 2011 kt butik shah alam.. sedar2 jer dah 2 tahun lebih dgn fareeda.. huhu


For me yg nie corak printed paling kababoom utk Aidilfitri 2013.. sbb corak leopard tu very mininal dan dikombinasikan dgn corak abstrak serta warnanya mmg menarik.. tak tido malam terkenang2.. hikhik


Fareeda mmg banyak keluarkan mcm2 corak printed sepanjang bulan Ramadhan nie.. so, klu cik jah nak pergi.. minggu nie last promotion utk Jualan Masyhur okeh.. eita sempat pergi 2 kali ke butik Bangi.. butik fareeda yg baru nie lebih luas, selesa dan dah ada numbering system..

cantek kan?! I have told u cik jah.. huhu

July 11, 2013

Cutie Tie

Assalamua'alaikum wbt..

Baru masuk hari kedua berpuasa.. encik posmen dah datang ketuk pintu office.. tapi bukan hantar parcel utk eita taw.. biler kita dah ada anak nie.. mmg pantang mak nenek laa menengok benda2 yg comel.. then laju jer jari nie klik sana sini.. alih2 dah transfer the money.. wuwu

now cakap.. comel tak? comel tak?

yg nie sesuai utk gegirl kot.. huhu

Maklum laa cik jah.. anak aii cuma bujang seorg tu jer (so far).. so, klu utk dia mmg kami jarang berkira.. utk dia.. utk dia.. hey! utk dia.. *tetiba* lagi pun.. anak lelaki bukannya mcm anak perempuan.. juz name it segala mala accessories utk girls.. from head to toe.. paling senang nak "gayakan" anak perempuan nie.. klu anak lelaki pulak.. kita kena jadi kreatif sket.. sbb accessories utk mereka very limited.. balik2 benda yg sama jer.. kan?


Maka salah satu caranya.. eita belikan cutie tie yg colorful nie utk Mikael.. tp nak pakai biler? ermm masa raya nnt pun boleh lorr.. huhu

Tak sabar pulak rasanya nak tengok Mikael pakai nnt.. ngeeee!



Last but not least.. eita nak ucapkan "Selamat Berpuasa" dan "Salam Ramadhan" to all the readers.. mohon maaf klu ada tersilap kata dan tersalah bahasa.. semoga Ramadhan kali nie lebih baik drpd yg sebelumnya.. insyaAllah

November 16, 2012

Muslimah swimsuit

Assalamua'laikum wbt..

Nie yg eita tweet recently.. if ada yg noticed lerr.. so, bertitik tolak drpd situ (amboiii ayat.. hihi).. eita pun meneruskan misi pencarian.. klu dah nak tu.. mmg takdernya berlengah lagi.. isk


Google punya google termasuk laa kt blog nie --> baju-renangmuslimah tp ntah kenapa eita rasa nama ownernya seems very familiar.. then tepuk dahi 10x! manakan tidak.. empunya blog tersebut is my friend.. mcm mana laa eita boleh terlupa yg eita ada seorg kwn buat biz muslimah swimsuit via online! ok, petanda sudah berumur.. sigh

eita punya lain sket colornya drpd yg nie.. huhu

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.. kebetulan ada pulak corak spt yg eita nak tu masih available.. kemain kembang berbunga-bunga lagi hati nie.. terus ping her bbm.. dan seterusnya taraaaaa...

arrived at doorstep!

Drpd apa yg eita survey, cik tim offer a good price utk muslimah swimsuit.. not even more than RM150.. lebih berbaloi compare dgn yg lain2 tu.. so, klu cik jah pun nak beli swimsuit utk diri sendiri @ anak2.. boleh laa contact dia yer.. oh btw, cik tim will feature dlm WHI @ TV3, 21hb nie taw.. i'm proud of u sis! semoga ur biz akan semakin berkembang..

Thanks a lot dear cik tim.. it's really fit me well .. cumanya eita tak sure biler dpt rasmikan baju nie.. tp takper.. yg penting dah ada sendiri punya.. eita nie pun jenis yg sukakan aktiviti air.. so, instead of juz pakai t-shirt dgn legging jer time bermandi manda.. kan lebih manis memakai muslimah swimsuit nie.. tak gitu cik jah? huhu

p/s : dannn.. mana laa taw.. lepas nie boleh masuk swimming class pulak.. ngeeee

November 7, 2012

wordless wednesday



p/s : eita tgh demam #fitflop.. beli yg ORIGINAL sahaja yer ladies.. baru boleh dpt the benefits! say NO to FAKE items.. huhu

May 23, 2012

wordless wednesday



p/s : tgh menggila shopping @ ThePopLook coz konon2 nak feeling godjes mcm Dian Pelangi & Datin Norjuma.. ouchhh! *ampunnn cik jah*

December 27, 2011

Cuti Krismas 2011

Assalamua'alaikum wbt..

Sedar tak sedar kita telah pun berada dlm minggu terakhir 2011.. minggu depan dah minggu baru pd tahun yg baru.. so, mcm mana azam korg tahun nie? tercapai atau perlu di'carried' forward? huhu.. for me tahun 2011 adalah tahun yg manis.. even i still don't achieve yet 1 of my resolution.. tp eita percaya Allah swt tentu merencanakan sesuatu yg lebih baik.. insyaAllah

Bulan december juga adalah bulan yg bizi sejak eita involved with bridal biz.. Alhamdulillah atas limpahan rezeki olehNya.. kdg2 tu sampai rasa rindu nak duduk kt rumah taw sbb saban weekn kami sibuk.. tp dlm pd sibuk tu.. kami masih dpt cari masa utk bersama dgn family dan mikael..

Settle jer wedding job on sunday.. kami berdesup balik ke sementa.. kak ayu pun dah jemput mak awal2 bawak balik kt rumah dia.. so, mmg best sgt dpt jumpa mereka, share cerita, bergossip, gelak ketawa dan makan sama2.. suasana mcm tu sgt berharga and money cannot buy.. huhu

mkn2 adalah xtvt wajib.. rezeki yg diperolehi dikongsi bersama.. huhu

Miq dah lama sgt tak jumpa abg ijad..

Then petang isnin tu.. hubby dah janji nak bawa mikael gi karnival upin ipin kt Space U8.. nie 1st time eita sampai kt situ.. katanya it's Malaysia 1st eco-mall.. yg pasti mikael mmg sgt happy dan excited berada kt sana.. tak habis2 sebut.. "wooww upin ipin".. sampai ternganga2 mulut tu tengok upin ipin & the gang menari chicken dance.. hikhik! kelakar sungguh..



Mcm2 program yg diorg aturkan.. aktiviti pentas, coloring contest, sesi ujibakat dll.. tp mikael masih blum boleh participate sbb kecik lg.. kami juz nak biasakan dia dgn org ramai and slowly develop his self-confidence..

at stage..

jumpa dh yg berkenan..

1 perkara baru yg dia semakin pandai sekarang ialah.. shopping!! jgn laa nampak anything yg dia suka; upin ipin, cars, doraemon, boboiboy, angry birds.. mmg WAJIB kena beli! tp tak laa sampai dia berguling2 kt atas lantai klu kami tak turutkan.. eita mmg cukup tak berkenan perangai mcm tu.. if dpt 1 jer is enuff for him..

p/s : if anak2 u ols pun meminati upin & ipin.. diorg akan berada kt muzium negara sampai 31 Dis 2011

September 8, 2011

From taiping with love

Assalamua'laikum wbt..

Okay.. nie sambungan citer raya yg seterusnya...

Kami bertolak ke taiping dari klang dah hampir tengahari.. plan asal nak melalui jalan kampung.. tp biler sampai kt kuala selangor menghala ke tanjung karang.. omai jalan super duper jammed.. kereta bumper to bumper dan bergerak sgt perlahan.. sudahnya, kami u-turn semula memasuki highway.. pheww!


Kampung ibu dan abah mmg cantik.. alam semulajadinya masih terpelihara.. ditambah lg dgn sawah padi yg luas menghijau.. sgt mendamaikan perasaan.. eita mmg suka dpt sesekali pulang ke sini dan merasai sendiri suasana kampung tu.. huhu


Nie kali kedua eita balik ke sana dan merupakan kali pertama utk mikael.. kemain excited dia tengok ayam itik kt dlm reban.. ngeee! masa 1st time balik dulu.. eita tgh mengandungkan mikael 6 bulan.. masa tu eita mmg ligat berjalan ke sana sini taw.. no wonder laa mikael pun kaki jalan jugak skrg.. hehe! kami sampai kt sana hari pun dah hampir petang.. so, abah dan ibu decide utk overnite kt umah Nek Ngah jer.. betul2 kt tengah bendang.. tp yg peliknya takder seekor nyamuk pun! pheww..

Keesokannya mmg kami beraya sakan.. drpd sebiji rumah ke rumah yg lain.. baru laa eita taw keluarga hubby nie ramai jugak rupanya.. belum lg dgn family angkat abah.. pendek kata tak cukur 2 hari klu nak  melawat semua ahli keluarga mereka..


Then entah mcm mana.. tetiba kami dpt idea utk overnite kt bukit merah.. 15 minit jer drpd situ.. dan atas bantuan sepupu hubby, akhirnya kami dpt 2 bedrooms apartment kt dlm bukit merah laketown resort.. huyeahh!

p/s : Next enrty.. Bukit Merah Laketown Resort!

June 27, 2011

Episod shopink2

Bahagia sungguh biler dpt shopping sepanjang minggu! drpd online shopping sampai laa ke shopping mall.. puas hati! actually eita nie bukannya shopaholic sgt.. shopping juz biler perlu jer.. tp biler dah start shopping tu.. sampai berhari2 baru sudahnya.. nasib baik laa encik hubby sudi layankan jer.. ngeee


Apa yg eita shoppingkan? ada laa a few items.. new tops for me + makeup product for my bridal job + Marc Jacobs tote bag (cepat laa sampai from US!) + angry birds t-shirt for me and hubby + new ipad case + tudung semestinya + dan yg paling banyak brg mikael laa.. dgn baju barunya, seluar barunya, sandal barunya, jam barunya, toys barunya dll.. tu bkn utk raya taw! adeii

Ok.. tutup citer bab shopping! jom tengok apa xtvt kami on last weekn.. huhu!


Sempat menghadirkan diri ke majlis cukur jambul anak ke-4 kak zura.. sblm bergerak ke kl on saturday afternoon..


Then pg ahad tu pulak.. kami ke pasar pagi tmn perwira.. eita mmg sukakan pasar kt sini.. sbb semuanya ada.. agak panjang jugak laa nak sampai ke hujung.. fuhh!


dah penat tawaf sekeliling pasar pagi.. kita makan dan minum dulu!


dan akhir sekali.. homemade mc'flurry oreo sbg penutup citer hujung minggu kali nie.. theee

May 9, 2011

Mother's day 2011

Bulan May adalah bulan yg sgt bermakna dlm hidup eita selain bulan January, March dan December.. huhu

Selain drpd hari lahir eita dan my mother dlm bulan May nie.. ia juga merupakan bulan yg meraikan semua para ibu.. kerana hari ibu jatuh dlm bln May jugak..

i love u mak.. wuwu

Bagaimana sambutan mother's day korg? eita punyai cerita sendiri dan rasa happy sgt kali nie.. ngeee! walaupun 2 hari full with my wedding job.. eita manage utk uruskannya sebaik mungkin.. mana boleh biarkan begitu jer hari yg special nie kan..

Even x semua adik beradik dpt hadir.. tp kami; anak2 perempuan mak yg masing2 sudah bergelar ibu sama2 menyambut mother's day kt quality hotel shah alam.. kebetulan offer from quality hotel tu agak menarik.. slps dizcuz dgn kak ayu dan kak atie.. eita pun booked tempat.. klu x booked xdpt masuk taw sbb full giler semlm!

Both my sister laa org yg paling happy dpt beramah mesra dgn Rohana Jalil.. sbb diorg sezaman dgn dia, Ramlah Ram dll.. eita dgn mak pulak lebih suka menjamu selera dgn mcm2 menu yg tersedia.. juz name it jer.. sgt best taw sbb mereka sediakan banyak stall yg menyajikan makanan yg berbeza dan sedap.. puas hati ok! let's enjoy the pics..

cake cutting ceremony..

eita menang lucky draw.. dpt perfume free.. weee

melopong tengok org menari kt atas stage.. amboii2

tulang belakangku.. i luv u chup2!

last but not least.. my beloved family.. mmuaaah!


p/s : for my mother in law.. eita belikan hadiah special utk dia.. next week kami balik morib pulak yer ibu.. uhuhu