Pages

Showing posts with label Activity. Show all posts
Showing posts with label Activity. Show all posts

April 28, 2016

Paragliding

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Selepas sukses membuat diving/ menyelam kt dalam laut sebanyak 2 kali di Pulau Mabul & Pulau Perhentian.. then terbang tinggi di awan biru dgn menaiki parasailing di Pulau Pinang.. kemudian terjun pula dari udara/ bungy jumping pada ketinggian 150 meter di Koh Samui.. tetiba rasa teringin utk mencabar diri semula..

Tapi apa? Paragliding maybe? huhu

Paragliding : a sport in which a wide canopy resembling a parachute is attached to a person's body by a harness in order to allow them to glide through the air after jumping from or being lifted to a height.


sekadar gambar hiasan.. siapa tahu mampu post gambar sendiri nnt.. *senyum nipis*

p/s : kadang2 pelik dgn hobi yg satu ini.. kan lebih elok sbg perempuan yg normal just pergi membeli belah di shopping mall yg berhawa dingin? hmm tp itu bukan aku :)

September 19, 2013

Sports Day @ Janda Baik

Assalamua'laikum wbt..

Nie cerita 7th Sept yg lepas.. at last, my dept berjaya organize kami punya own sports day.. maksudnya internal activity.. tak involve keseluruhan staff Cma-Cgm.. sebenarnya dah lama sgt perancangannnya.. dgn mcm2 kekangan.. tp Alhamdulillah, everything goes according to our plan.. fuhh! *ingat senang jadi salah seorg committee member?*

Please bear with me.. entry kali nie mmg banyak gambar yer cik jah..

Suria Hill Country House, Janda Baik


Just a day trip to Janda Baik.. eventho tak semua staff ROPC dpt join.. tp mmg happening! semua orang sgt sporting dan kami enjoy dgn semua aktiviti yg disediakan oleh event coordinator..

Cuaca yg baik, suasana yg sejuk dan redup serta sungai yg mengalir perlahan.. sbb tu kami pilih Janda Baik utk aktiviti kami kali nie.. huhu

perbincangan serius among the committee..

Basically.. ada 5 telematch yg perlu kami "complete"kan.. dan kami dibahagikan kpd 4 kumpulan.. last eita pergi sports day masa sekolah menengah dulu kot.. punya laa lama kan.. so, of coz rasa excited lebih sket.. hehe

my team, Fantastic 4.. yg baju hitam tu the event coordinator..

Game yg pertama adalah treasure hunt.. kami diberikan 10 soalan teka-teki dan ada sesetengah soalan tersebut kami perlu mencari objek2 tertentu.. keputusan akhir dimenangi oleh kumpulan kami!

Salah satunya.. cuba teka binatang apa tak tahu malu? jawab.. jawab..

cubaan kumpulan D'Avengers utk meyakinkan pengadil dgn jawapan mereka.. hihi

Game yg kedua; dress making competition.. dgn temanya Superhero Malaya.. kami diberikan surat khabar dan stapler utk dijadikan pakaian kpd salah seorg model setiap kumpulan.. gelak mcm nak pecah perut kami dibuatnya..

mcm2 nama ada.. hikhik! dan dimenangi oleh kumpulan Jupiter..

Game yg ketiga; animal planet.. game yg agak lucu.. semua ahli kumpulan dikehendaki menutup mata masing2 dgn sehelai kain.. kemudian perlu mencari semua ahli kumpulan yg lain berdasarkan bunyi haiwan2 tertentu.. kumpulan kami kalah teruk time nie.. maw taknya.. dah tu kami dpt bunyi ular.. ular ada bunyi yg kuat ker? haha

sebelum masing2 ditutup matanya.. huhu

Game yg ke-4 nie pun menarik; helicopter spinning.. mmg berpusing dibuatnya sbb masing2 kena berlari-lari, berpusing-pusing dan membaling bola ke dlm bakul.. yer nampak mcm senang jer cik jah.. cuba buat kita tengok.. hikhik

acara nie dimenangi oleh kumpulan Super 5.. menang jugak akhirnya.. hihi

Last but not least.. acara yg paling best.. tug of war atau tarik tali.. masa pembahagian kumpulan.. serius kami dah kecut perut.. sbb team lawan semua badan besar2 ok.. kumpulan kami alahai cecomel jer semua.. haha!

Team lawan.. pheww

Tp takper.. mari kita mengatur strategi..

Tarik.. tarik.. ada chance nie wey!

Yeay! kemenangan di pihak kami..


Selepas semua telematch selesai.. masa utk makan dan juga penyampian hadiah serta cabutan bertuah.. mmg seronok sgt!


nyum.. nyum

Dan sebagai acara penutup.. tentu laa aktiviti main air.. hihi! water attack mmg favorite game sbb buatkan orang lain jadi basah kuyup.. cisss!


p/s : lepas nie sibuk dgn annual dinner pulak.. nak pakai baju apa ek? ermmmmm

June 5, 2013

Swimming class - Part II

Assalamua'alaikum wbt..

Sambungan drpd entry nie.. eita pun akhirnya join swimming class kt Optimum Train Centre dgn fees RM80 for 4 classes.. dah lebih 2 bulan pun eita belajar kt sana.. huhu

Freestyle


Nie adalah 1st style yg eita dah kuasai.. happy giler! yups mmg eita boleh swimming sket2 before this but cannot for a long distance.. cepat tercungap2.. tak cukup nafas gitu.. tp skrg tak lagi.. yeay! lepas nie dah boleh swim kt open pool @ laut.. huhu

Backstroke

Yang nie pulak style yg paling eita minat.. tp tak taw laa biler boleh belajar sbb klu ikutkan nie antara gaya yg paling susah utk dikuasai.. kena mahirkan dulu gaya2 yg lain katanya.. last class eita try laa buat style nie.. seriously mmg susah.. klu setakat nak apungkan badan tu no problem.. tp biler buat dgn gaya tangan tu sekali.. boleh tenggelam taw! isk

Breaststroke

Ok.. selepas nie eita akan belajar style yg nie pulak a.k.a kuak dada.. tp tak taw laa sama ada eita akan sambung lagi my swimming class atau tak.. actually eita tak plan pun nak kuasai semua gaya tu.. if dah mahir freestyle pun dah kira memadai.. selebihnya lebih kpd nak exercise.. lagi pun bulan Ramadhan hampir tiba.. nak fokus utk itu pulak rasanya.. huhu

Butterfly stroke

ermmm.. klu tengok student2 yg tengah belajar gaya nie.. eita pun penat.. sbb nampak mcm susah jer.. mula2 nak belajar tu, kena kepit span panjang kt ketiak taw.. dan perlu gunakan banyak tenaga.. klu diberi pilihan.. eita malas nak belajar style nie.. hikhik

p/s : agak2 klu eita yg ajar sendiri Mikael berenang.. lulus tak? huhu

April 9, 2013

Bungy jumping

Assalamua'laikum wbt..

Bungee jumping also spelt "Bungy" jumping; is an activity that involves jumping from a tall structure while connected to a large elastic cord. The tall structure is usually a fixed object, such as a building, bridge or crane; but it is also possible to jump from a movable object, such as a hot-air-balloon or helicopter, that has the ability to hover above the ground. The thrill comes from the free-falling and the rebound. When the person jumps, the cord stretches and the jumper flies upwards again as the cord recoils, and continues to oscillate up and down until all the energy is dissipated - Wikipedia


Motif entry?  yups.. i'm gonna do it this year.. a big challenge for my self so far.. setelah menimbang tara dan memendam hasrat sekian lama.. rasanya dah sampai masa utk eita menyahut cabaran nie.. di mana? bagaimana? akan eita ceritakan kemudian.. hopefully eita tak bertukar fikiran bila sampai harinya nnt.. hikhik

p/s : idea paling giler.. fuhh!

April 2, 2013

Birthday trip to Zoo Negara

Assalamua'laikum wbt..

Disebabkan tahun nie takder birthday party utk Mikael.. maka kami decide utk bawak dia pergi ke Zoo Negara pd 23hb March lepas.. trip lawatan sambil belajar sempena cuti sekolah gitu.. hihi.. last 2 years Mikael dah pun pergi ke Aquaria KLCC melihat hidupan laut.. kali nie bagi dia lihat hidupan darat secara "live" pulak..

Mmg dah lama berniat nak bawak Mikael ke sana.. since dia pun dah kenal kebanyakan binatang.. rasanya skrg adalah masa yg sesuai.. dan keputusan kami mmg tepat sbb dia sgt excited sepanjang setengah hari berada kt sana.. encik hubby pulak teringat nak bawak sekali animals flash card kepunyaan Mikael.. huhu




Harga tiket masuk yg terkini.. sila klik!

Honestly seumur hidup eita.. eita tak pernah pergi ke Zoo Negara mahupun Zoo Melaka.. satu2nya zoo yg eita pernah sampai ialah Zoo Taiping.. itupun sbb singgah secara tak sengaja.. hikhik!

anak mama yg berani.. huhu

at Ape Center..

Well.. nak kata banyak sgt binatang tu tak jugak sbb ada 2-3 tempat still under construction.. so, binatang2 berkenaan dipindahkan ke tempat lain.. rasanya binatang kt Zoo Taiping lg banyak kot.. ada jugak binatang yg nampak mcm dah "tua".. hihi! Zoo Negara pun dah lama dibukak sejak tahun 1963.. so, cik jah kira laa sendiri klu binatang tu antara yg paling awal ditempatkan di situ..




Kami sempat menyaksikan sea lion show pd ptg tu.. not bad laa coz agak terhibur melihat telatah singa laut tersebut.. kemudiannya diselangi dgn persembahan Pelican Birds yg masuk secara beramai-ramai.. hikhik


sea lion show..

Setelah habis satu pusingan kt dlm tu.. kami berehat sekejap, makan2 dan sebelum pulang.. kami sempat menaiki tram ride.. overall rasanya mmg berbaloi kami pergi ke sana.. at least sambil berlibur.. Mikael dpt belajar sesuatu.. huhu

last but not least.. my little man yg pengsan kepenatan.. hehe

p/s : tips ke Zoo Negara.. jgn lupa bawak payung dan jugak stroller/ jogger.. mmg berguna!

March 18, 2013

Swimming class

Assalamua'laikum wbt..

Yer.. klu ikutkan masuk "swimming class" adalah salah satu azam eita utk tahun nie.. bukannya bercita-cita utk mewakili negara pun.. tp sebenarnya lebih kpd exercise activity..

Diet yg ketat dgn berlapar dahaga atau makan segala jenis slimming product tanpa EXERCISE adalah cara yg SALAH to maintain the ideal weight.. ataupun exercise semata-mata tanpa diet yg betul pun tak berguna jugak cik jah.. fuhh

eita nie pulak bukannya jenis yg berdisiplin atau rajin sgt klu terikat dgn fix schedule contohnya mcm pergi ke gym.. atau dlm seminggu 2-3 kali kena pergi ke Taman Rakyat tu utk berjogging @ senaman aerobik.. haih

honestly.. eita lebih suka berenang kt laut lepas i/o swimming pool..

So, eita try masuk swimming class nie.. memandangkan ia merupakan aktiviti yg eita suka, santai, affordable cost, hanya sekali seminggu dan tak jauh dari rumah.. juga katanya, berenang nie ada banyak kebaikan..

Kebaikan berenang :-

1) Proses pengaliran darah yg lebih baik
2) Mengawal berat badan
3) Pelepasan drpd tekanan dan tegangan
4) Jantung yg lebih kuat
5) Daya tahan otot yg lebih baik
6) Meningkatkan tenaga dan kekuatan badan
7) Terapi pemulihan otot utk menyembuhkan atau pemulihan drpd kemalangan dan kecederaan

Secara keseluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Ini adalah kerana ketumpatan badan adalah menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan stress tumpuan pada sambungan (joints) dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan di air adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan. Berenang juga diamalkan untuk proses rehabilitation selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Ianya juga selamat kepada mereka yang berumur dan wanita mengandungTambahan pula, aktiviti berenang dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress. - copy paste from cik google


the pool..

Hopefully ia akan membuahkan hasil nnt.. if tak dpt banyak.. sket2 pun dah memadai.. segala keperluan mcm swimsuit eita mmg dah ada.. ptg semlm juz beli goggle jer.. tak sabarnya nak pergi my 1st class next week.. ngeee

Next.. nak masukkan my little boyfriend pulak ke swimming class.. huhu

February 26, 2013

Congkak 2.0

Assalamua'laikum wbt..

Last saturday.. office eita organize aktiviti riadah kt sungai congkak.. they called it Congkak 2.0 sbb nie kali kedua diorg buat kt sana coz ramai staff yg request utk buat aktiviti nie sekali lg..

Masa 1st time tu.. eita sendiri pun tak dpt join sbb follow encik hubby pergi ke Ipoh.. so, this time mmg happening.. sbb crowd lg ramai dan makanan lebih banyak.. huhu

Ermm eita malas nak menaip panjang lebar.. sibuk sket dan asyik penat jer lately.. so, juz layan cerita bergambar jer laa ek.. ngeee

bbq time..

chicken wings..

i luv diz candid shot..

group photo..

peaceful scenery..

perang air 3 penjuru.. nampak tak? ekeke

encem kan encik boss aii? hikhik

p/s : we have big event this year.. and myself is one of the committee.. yada yada

January 2, 2013

Gold Coast Morib Waterpark Resort

Assalamua'laikum wbt..

Sambungan drpd entry sblm nie.. eita kena taip laju2 sbb slps2 nie nak update citer tentang Mikael going to new school pulak.. kang klu diperam, berkepam lama2, kesudahannya citer pun berlalu begitu saja.. hehe



Ok, lepas dah dpt pelampung ptg semalamnya tu.. eita, hubby, mak ngah dgn mikael pun pergi laa ke Gold Coast Morib nie.. punya laa malu jadi org Morib ok.. most of my friend yg tinggal jauh2 tu.. dah ramai yg sampai kt sini.. tp kami yg rumah ibu tu juz terletak 5km jer dari situ baru nak pergi.. isk

Maybe sbb dkt sgt tu yg tak teruja nak pergi.. cuba kt negeri lain, boleh jer google, booking segala.. hikhik! at least dah sampai kan.. tp kami tak overnite kt sana.. nak kena tazkirah dgn ibu? sesekali balik Morib pun nak check in hotel jugak? hahaha

credit to cik google


Senang jer nak cari tmpt nie.. sbb terletak betul2 kt tepi jalan.. klu dari Klang - Banting juz cari jer pantai Morib terlebih dulu.. then akan nampak signboard menghala ke sana.. klu dari Putrajaya - Sepang, resort nie berada di sebelah kiri anda.. boleh jer nak masuk kt dlm waterpark tanpa check in kt situ.. like what we did.. nie additional info utk cik jah semua :-

Time : 8.30am - 6.30pm everyday
Tix : RM35 (adult) RM20 (child) - on weekend

For me.. waterpark kt sana mmg best.. especially utk mereka yg ada anak2 kecil.. so, mmg berbaloi bawa Mikael mandi manda kt situ.. please yer cik jah.. jgn lerr compare dgn sunway lagoon pulak.. bak kata pepatah omputih.. if we pay more, of coz our expectation is more.. so, sesuai dgn harga ok.. yg paling penting.. kebersihan terjaga..




Cuma 1 jer.. bab mkn mmg payah sket.. restoran behampiran tmpt tu mmg tak ada.. klu setakat nak beli snacks, air kotak atau air botol mmg ada kt dlm tu.. rasanya yg ada maybe cafe inside the resort tu jer kot..  so, lebih baik breakfast kt luar dulu sblm cik jah dtg kt sana.. unless mmg menginap di situ and breakfast is provided.. 



Overall, we had fun on that day.. dan yg paling seronok tentu laa Mikael Rizqi.. itu pun pointnya kan.. definitely eita akan bawa Mikael lg kt sana slps nie biler2 kami balik ke Morib.. dah jumpa tmpt yg sesuai utk dia mandi manda waktu hujung minggu.. huhu

p/s : Mikael sgt sukakan xtvt air.. should i send him to swimming class? ermmm