Pages

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

December 13, 2015

Boracay Island 2015 - Part I



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Maligayang pagbalik mula Boracay!!

Menyimpan hasrat utk menjejakkan kaki ke Boracay nie sejak tahun 2012.. route nak ke sana time tu mmg agak sukar.. masa tu total travel time from Malaysia to Boracay is 12 hours dgn menaiki 2 kapal terbang! cik jah rasa?? pheww



But now thanks to AA sbb dah ada direct flight to Kalibo International Airport yg akan membawa kita ke Boracay island seterusnya.. mesti cik jah keep on wondering.. kenapa laa eita nie suka sgt pergi ke pulau-pulau yg routenya agak adventure? memilih ke Koh Samui instead of Phuket & Krabi? memilih ke Boracay instead of Bali & Lombok? tak mampu ker tak mahu? huhu *kenyit mata*


For me.. pulau-pulau yg over commercialized mcm Phuket, Krabi, Bali, Lombok etc bila2 pun kita boleh pergi.. eita lebih suka mencari sesuatu yg special ataupun hidden place & dlm erti kata lain it's not a favorite destination among Malaysian.. salah satu sebabnya route yg a bit hustle & memakan masa perjalanan yg lama.. in the end bila dapat menjejakkan kaki ke tempat tersebut, spt ada kepuasan yg tersendiri..


Setelah menempuh perjalanan seawal pagi sehingga lewat petang melalui darat, udara & air akhirnya kami dpt menjejakkan kaki ke salah satu pulau idaman kalbu ini.. huhu *lompat bintang*

Kami menggunakan perkhidmatan South West Company utk door-to-door service yg mereka tawarkan bermula kita melangkah keluar dari airport sehingga laa ke depan pintu hotel.. kalau tanya eita tak perlu pun booking online sbb rasanya harga walk-in adalah lebih murah.. senang jer nak kenalpasti staff South West nie sbb mereka memakai uniform oren.. mmg terang cik jah, kita boleh nampak dari jauh.. haha!

Dan boleh dikatakan kalau kita nie customer South West mcm ada laluan khas utk kita.. we can skip the Q yg panjang.. semua mereka yg uruskan.. nama pun sedang bercuti, sesekali bayar lebih sikit apa salahnya kan cik jah? dan pada eita harga pakej tersebut masih reasonable lagi..eh eita kan bab2 harga nie very particular jugak orangnya.. so, trust me ok!


Kami menginap di La Carmela De Boracay  Resort Hotel selama 5 hari 4 mlm dgn total harga PHP8300 inc breakfast.. bukan hotel yg bertaraf 4/5 bintang tp terletak di tengah2 Station 2 & menghadap pantai White Beach spt yg eita kehendaki.. weeehooo!

Our room yg super selesa.. punyai balcony yg menghadap swimming pool tp sumpah kami tak sempat pun nak berendam dlm pool tu sbb busy amat dgn lain2 aktiviti!

Kami sampai kt Boracay hari pun dah mulai gelap padahal baru pukul 6ptg waktu tempatan.. sama mcm kt Sabah, waktu mlm kt Boracay nie lebih awal drpd semenanjung Malaysia.. disebabkan dah sehari suntuk mengejar kapal terbang, bas & boat, perut kami pun mula berkeroncong minta diisi.. lepas membersihkan diri & menunaikan solat.. kami pun turun ke pantai utk melihat apa yg best sangat kt Boracay island nie kan.. huhu

Tanggapan pertama.. night life kt Boracay mmg sentiasa hidup spt yg dijangka.. dgn muzik yg bergema drpd live band sampai laa ke pertunjukan fire show.. kami just menghirup angin mlm yg segar sambil berjalan2 mencari tempat mkn yg sesuai.. sedia maklum kan nak cari makanan halal kt Boracay nie a bit adventure jugak laa.. huhu


Akhirnya ketemu! Kami order vegetarian pizza from Yellow Cab Pizza yg terletak in between Station 2 dgn Station 3.. senyum lebar encik hubby sbb jumpa pizza kegemaran dia even tak boleh nak pilih flavor yg lain2 kan.. haha!


Alhamdulillah utk rezeki mlm itu.. kami pun memulakan kehidupan orang pulau.. one thing i love about the relaxed island life.. tak payah pening nak dress up or nak mekap beria.. yg paling penting pakai sunblock & sunglasses, slip on selipar then you're ready to go! huhu

TO BE CONTINUE...

December 9, 2015

Wordless Wednesday

Assalamua'laikum wbt..

Hi semua.. Apa khabar? *senyum nipis*

Kat mana nak mula?? Kat mana nak mula??


p/s : masih dirantai digelangi perasaan rindu pada pulau ini.. to be update!

February 5, 2015

Legoland - Family Combo Promotion

Assalamua'laikum wbt..

Tengah dok check email tadi.. tetiba email drpd Legoland masuk to my inbox.. klik2 tengok promosi yg mereka tawarkan mcm menarik!! rasa mcm rugi pulak klu tak share.. hehe

Teringat masa trip kami ke Legoland tahun lepas.. tetiba rasa rindu pulak nak pergi sana sekali lagi.. tapiii.. entrynya sampai skrg pun masih kt dlm draft.. hahaha.. ampunnn cik jah!

So, here is the promo..........

klik utk tumbesaran.. hihi

Utk maklumat lebih lanjut.. please clik here.. manalah tau cik jah boleh bawak anak2 pergi bercuti masa Chinese New Year atau cuti sekolah bulan Mac nanti.. hurry up!

p/s : ini adalah promo tak berbayar ok.. sharing is caring katanya kan..

April 20, 2014

Legoland Hotel Malaysia 2014

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Kalau sebut pasal Legoland.. dah ramaiii yg pernah sampai kt sana kan cik jah? huhu.. In fact skrg pun dah ramaiii yg pernah pergi ke Legoland Hotel Malaysia.. So, here we are!

Buat pertama kalinya kami sampai ke Legoland Hotel demi menunaikan permintaan si anak sempena his 5th birthday trip.. maklum laa sejak dah besar sket nie.. dah pandai request nak pergi ke sana sini.. huhu


Kami dapat harga RM603.20 per night inclusive breakfast.. tu dah termasuk GST & service charge.. tp skrg eita rasa harganya lebih mahal.. can reach up to RM1k++ per night.. so, cik jah pandai2 laa cari harga promotion ok.. 

The birthday boy.. can see his very sweet smile.. happy sgt laa tu kan? huhu

Roughly proses check-in berjalan lancar.. even klu ikutkan check-in time pada pukul 4pm tp mereka benarkan kami check-in satu jam lebih awal memandangkan bilik kami telah ready.. pucuk dicita ulam mendatang laa kan.. dah laa mmg penat & dgn panasnya lagi.. 

Hotel lobby yg dipenuhi dgn lautan lego.. lego is everywhere! mmg like heaven for the kids.. bukan setakat kids.. si ayah pun tumpang sekaki.. tak percaya??

*


*


*


*


*

Kan dah cakap.. *senyum nipis*

Terdapat  3 different themes utk setiap bilik.. kami memilih Kingdom Theme so boleh fe"feeling" king, queen & prince sekejap.. hahaha.. selain Kingdom Theme.. cik jah jugak boleh pilih Pirate Theme or Adventure Theme.. 

Pathway to our room.. decoration mengikut tema.. 

Cak!!

Welcome to our room!

Yg nie tempat mama & ayah beradu..

Yg nie pulak tempat mikael.. dia bolot sorang2 the bunk bed.. hehe.. 

Di setiap bilik.. mereka letakkan treasure chest yg di dalamnya ada complimentary lego gift bila kita berjaya bukak peti harta karun tu.. jawapannya ada di dalam bilik itu sendiri.. huhu

The treasure chest.. jeng jeng!

Sgt fokus membina lego bricks.. leka sampai ke petang.. lantak laa nak oiii asalkan awak happy..

Yg nie pulak aktiviti sebelah petangnya.. mikael & swimming pool mana boleh dipisahkan?

Seperti yg dijanjikan.. keesokan paginya slps kami menikmati breakfast yg disediakan.. kami masuk ke legoland theme park pulak..


Eita tak nak bercerita panjang lebar tentang apa yg ada di dalam legoland theme park tersebut.. rasanya dah ramai yg blogkan mengenainya kan cik jah.. yg pasti mikael mmg berani.. he is an adventure seeker like me.. tak tahu takut & sukakan sesuatu yg extreme.. oh ke mana tumpahnya kuah? *lap peluh*

Percaya tak? dia ketawa naik menatang nie.. tak ke pelik?

At age of 5 years old.. mikael tak ada masalah dgn air, tak takut dgn ketinggian, kelajuan dll.. oh my!!

Last but not least.. until we meet again Legoland Malaysia.. thanks a lot for the great experience & hospitality.. bye-bye!


p/s : seperti biasa.. pit stop mama everytime heading to JB mestilah singgah kt JPO.. shopping time! weeee

January 25, 2014

Part II - Bandung

Assalamua'laikum wbt..

Rasanya adalah  lebih baik eita siapkan entry nie sebelum eita mengalami symptom short-term memory lost.. bertabahlah yer cik jah.. huhu

Sampai jer kt Bandung dah hampir tengahari.. dan masing2 dah kebulur.. kebetulan masa kami sampai tu, encik supir kami dah siap2 menunggu.. terus minta dia hantarkan kami ke tempat makan terlebih dulu.. baru laa ada tenaga nak shopping kt pasar baru nnt..

Arrived!

Nasi Padang Sederhana.. kejap jer licin kami kerjakan..

Percaya tak? seperti yg dijangka.. sampai ke petang kami bertapa kt dalam Pasar Baru tu.. jgn tanya laa buat apa.. dah tentu laa shopping kain pasang, kain sulam, telekong, kain baju dan segala mala lah.. mmg rambang mata dibuatnya.. yg pasti sila tawar menawar sampai cik jah dpt best price!

Damage hari pertama.. pheww

Di Bandung, kami memilih utk menginap di Kenangan Hotel.. mmg merupakan budget hotel yg fungsinya sbg tempat tidur, mandi dan solat.. selain drpd menjadi store simpanan barang2 hasil shopping kami.. balik longgokkan barang.. sambung shopping.. balik longgokkan barang.. sambung shopping lagi.. adeiii

 Shopping di Toko 3..

Shopping di Factory Outlet, Jalan Dago & Cihamplas

Shopping di Butik Dian Pelangi..

Masa merangka trip ke Bandung nie, eita ada laa pasang niat nak pergi ke Butik Dian Pelangi.. itu pun klu sempat dan terjumpa tempatnya.. tp klu dah mmg namanya rezeki kan.. happy sgt sbb dpt membeli koleksi DP originally dari Indonesia.. ikutkan ada jer branch DP kt KL.. tp tak jejak2 pun lagi.. hehe


Memandangkan kami hanya tinggal sehari jer lagi sebelum balik ke Malaysia.. makanya masa yg ada kami manfaatkan dgn melawat ke beberapa tempat menarik.. banyak tempat yg terpaksa kami skip akibat kesuntukan masa dan stuck lama kt dlm jammed.. agak kerugian di situ

Nampak tak.. betapa macetnya kt sana..


Kawah Ratu, Tangkuban Parahu

Tak lengkap rasanya percutian ke Bandung.. klu kita tak pergi ke Tangkuban Parahu atau ke Kawah Putih.. masalahnya kami kena pilih salah satu disebabkan kedua2 tempat tu berada di lokasi yg berbeza.. hehe

kt belakang nie.. ada 5-6 org penjual yg mengikut.. annoying!

Satu jer yg eita tak suka kt Tangkuban Parahu tu.. para penjual kt sana sgt melemaskan dan merimaskan.. mereka akan follow cik jah ke mana saja.. klu terlebih ramah nnt.. akibatnya mesti kena paksa membeli barangan jualan mereka.. eiii tak suka taw!

Kami tak lama pun kt sana disebabkan masalah di atas.. we cannot really enjoy the view because of those people.. yer faham mereka hanya mencari rezeki.. tp hormatilah sket privasi para pengunjung.. sigh

Untuk menyejukkan hati yg panas.. encik supir kami mecadangkan agar kami mencuba makanan sunda.. eh why not?! hehe

Makan ayam ngumpet @ restoran D'Seuhah Da Lada.. terbaek!

Nice view.. dingin2 sejuk dgn panorama bukit yg menghijau..

Selepas itu.. kami meneruskan perjalanan ke Lembang Floating Market.. antara tarikan terbaru di Bandung.. so, sekarang pasar terapung bukan hanya ada di Thailand dan Vietnam saja yer cik jah.. huhu

Lake..

Replika..


The Rock Garden..

Orang yg paling happy kt sini.. tak lain tak bukan.. my Mikael Rizqi laa.. apa taknya.. mcm2 jenis permainan yg ada kt sini sesuai utk kanak2.. at least bagi chance kt dia pulak kan.. sbb dah berhari2 dia dok temankan mama dan mak long shopping.. hikhik

Happy face..

Jadi pak supir yer Miq.. hehe

Then tetiba Mikael request nak try Flying Fox pulak.. dgn usianya  yg belum pun mencecah 5 tahun.. eita agak nervous jugak laa nak bagi.. but he really insist.. at first, encik hubby pun tak izinkan.. eita try to convince him.. rasanya kami kena percayakan dia..


Muka confident..

yeay!! nampak tak kemain dia menyengih?

Alhamdulillah semuanya ok.. nampak sgt adrenaline junkie mcm mama dia kan? well, that's my boy! hehe

So.. itulah antara catatan perjalanan trip ke Jakarta - Bandung kali nie.. ada rezeki & panjang umur.. InsyaAllah kami akan ke sana lagi.. huhu

p/s : bye-bye Bandung.. until we meet again!

January 20, 2014

Part I - Jakarta

Assalamua'laikum wbt..

Setelah tertangguh sekian lamaaa.. akhirnya roh nak menyiapkan entry nie muncul jugak.. fuhh!

Salah satu sebab kami tak pergi bercuti during our wedding anniversary last month was because of this trip! cik jah ingat kami banyak duit sgt ker nak pergi holiday setiap bulan? mmg tak laa kan.. haha



Cumanya trip kali nie.. mcm best sket sbb abang & kakak iparku follow sekali.. kiranya trip adik beradik gitu..

Disebabkan flight kami seawal pukul 6.40pg.. makanya terpaksa laa kami keluar awal jugak.. lebih kurang pukul 4.30pg mcm tu.. masih lg menggunakan route dan kaedah yg sama.. which is cik jah boleh refer kat SINI..



Alhamdulillah perjalanan kami tidak menghadapi sebarang masalah dan lebih kurang pukul 8.30pg kami touch down di Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung.. cross the list! hehe



Mengikut perancangan kami.. hari pertama sampai ke Bandung kami akan bergerak terus ke Jakarta dgn menaiki keretapi.. klu ikutkan mmg boleh jer appoint mana2 supir.. tapi disebabkan nak merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi selama 4 jam kt negara orang.. so let’s do it!

Kami menaiki keretapi Agro Parahyangan di Stasiun Bandung dan turun di Stasiun Gambir Jakarta..  gerabak executive class berharga RP90 000 - RP110 000 (RM30) sehala.. gerabak yg berhawa dingin dan selesa.. kita juga boleh order makanan kt dlm keretapi tersebut dan mereka akan hantarkan straight ke tempat duduk kita.. utk maklumat lebih lanjut sila klik di sini http://en.tiket.com/kereta-api


Apa yg eita boleh cakap.. ia merupakan pengalaman yg menarik dan menginsafkan.. menariknya kita disajikan dgn pemandangan indah padi bukit yg menghijau di kiri dan kanan laluan keretapi.. pemandangan mcm tu tak ada kt negara kita.. tapi.. rata2 kehidupan mereka di sana sgt daif.. rumah2 dibina bersebelahan landasan keretapi.. sgt berbahaya utk kanak2.. tp landasan keretapi itu ibarat tapak permainan bagi mereka.. barangkali alah bisa tegal biasa.. drpd segi kebersihan juga amat menyedihkan.. so, sket sebanyak membuatkan kami rasa bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia..  walau mcm manapun Indonesia juga punyai keistimewaannya tersendiri.. huhu





Setelah sehari suntuk menempuh perjalanan yg panjang akhirnya kami sampai di hotel penginapan kami.. kami menginap di Hotel Senen Indah yg terletak di Jln Bungur Besar, Jakarta Pusat.. sampai2 jer masing2 dah kebulur.. kesudahannya kami just “in-room dining” jer.. makan tak toleh kiri kanan dah.. haha



Bajaj..


Malam tu nothing much we can do.. sbb kt sana  waktu malam dan siangnya agak cepat disebabkan time zone yg berbeza dgn Malaysia.. kami sempat pergi ke Menara Monas dan berjalan2 di pasar malam berhampiran.. mcm2 jenis makanan dan souvenir yg pelik2 dijual di situ.. sempat jugak laa merasai pengalaman menaiki bajaj (kenderaan roda 3) klu kt Thailand kita panggil tuk-tuk..




Tapiii.. bajaj tu tak dibenarkan memasuki kawasan Sudirman Central Business District.. klu kita nie mcm kt area segi 3 emas Bukit Bintang, Kuala Lumpur tu haaa.. menjaga standard barangkali.. mau tidaknya.. di kawasan itu laa terletaknya Pacific Place Mall yg menempatkan Hard Rock Café Jakarta, Ritz Carlton Hotel dan mcm2 lagi laa tempat2 yg class2.. nak masuk dlm tu pun kami siap kena scan seluruh badan.. risau bawak bomb agaknya..




And motif utama eita dtg ke Jakarta nie semata-mata nak gi HRC jer.. yer laa nak add on collection hard rock t-shirt Mikael.. setakat nak shopping kain baju telekong segala boleh continue kt Bandung jer nnt.. for me harga tak banyak beza kot antara Jakarta dgn Bandung.. lg pun dah alang2 sampai.. harus laa jejakkan kaki jugak kt Jakarta kan..





Keesokannya.. kami bersarapan di hotel sebelum bergerak pulang ke Bandung dgn menaiki keretapi yg sama.. pd pendapat peribadi eita.. cukup sekali nie jer kot kami pergi ke Jakarta.. jammed lebih kurang kt Kuala Lumpur jer ok.. or maybe jugak kami tak jumpa tempat2 lain yg lebih best memandangkan kami hanya berada 2D1N saja kt sana.. huhu

p/s : next entry.. Bandunggg here we come!