Pages

Showing posts with label Rumah Batu Merah. Show all posts
Showing posts with label Rumah Batu Merah. Show all posts

September 9, 2013

Kaison, Paradigm Mall

Assalamua'laikum wbt..

Hai cik jah semua.. wahh rindunya kt blog kesayanganku ini.. mentang2 laa hari raya sebulan.. cuti menaip pun sampai berbulan2 ker? isk


Nie cerita raya ke-3 yg lalu.. dlm pada kami ke sana ke mari beraya mengunjungi sanak dan saudara.. tp sempat jugak singgah kt tempat nie.. eita mmg dah lama berhasrat utk menjenguk Kaison nie.. katanya best mcm Ikea.. tp punya laa sibuk, so tak sempat nak pergi ke situ sebelum raya..

Kaison terletak kt tingkat 3, Paradigm Mall, Kelana Jaya.. ada satu lagi branch kt KL Festival City Mall.. mmg teruja sgt masa mula2 nak masuk.. tengok jer laa kt bahagian depannya tu.. very attractive!

bukan utk dijual.. hihi


Ada mcm2 barang hiasan rumah kt dlm nie.. juz name it laa.. drpd bunga-bungaan, pasu kaca dan ceramic, langsir, lukisan, diy wallpaper, jam dinding, alas meja, chair pad dll.. eh pendek kata semuanya ada! maw tak rambang mata dibuatnya.. comel2 dan murah pulak tu!

Yg nie pulak antara yg telah disambar utk rumah batu merah kami.. *suka*

artificial flowers + vase..

a beautiful painting..

and a wall clock..

p/s : selepas nie kami akan dtg lagi.. for me utk decoration items kt sini kita punyai pelbagai pilihan.. tp rasanya klu nak saing2 ikea secara keseluruhannya.. banyak beza kot.. huhu

July 29, 2013

Minimalist concept

Assalamua'laikum wbt..

Dah lama tak bercerita tentang Rumah Batu Merah kami.. there is nothing much to update.. coz banyak lagi renovation project yg tertangguh.. ke tahun depan barangkali.. atau tahun2 berikutnya.. hikhik

"Minimalism is a king of clutter free homes.. where everything is reduced to only its necessary elements - Interior Designipedia"

Itu konsep yg kami suka.. sbb size rumah kami bukannya besar mana dan rasanya itu laa konsep yg paling sesuai dgn citarasa dan budget kami.. huhu

eita mahukan rumah yg lapang, bebas bergerak dan tak terlalu "sesak" dgn perabot.. so, salah satu element penting ialah pemilihan sofa.. salah pilih, maka lain jadinya.. sbb sofa nie akan mengisi sebahagian  atau keseluruhan ruang di dlm rumah kita.. fuhh!

modern minimalist sofa.. simple jer.. huhu

elegant minimalist sofa.. niceee..

Purple kah?

p/s : klu dulu masa kt rumah sewa, kami just beli basic sofa jer.. bertahan jugak laa sampai sekarang cik jah.. but now,  payah sungguh nak membuat pilihan sofa yg sesuai utk rumah sendiri.. *pening lalat*

March 11, 2013

Miq's own room

Assalamua'laikum wbt..

Another 10 days.. birthday Mikael yg ke 4 tahun.. kali nie, kami decide utk hadiahkan "sebuah bilik" yg comel utk dia.. yer laa.. 4 tahun tu dah boleh sgt tido asing.. ada parent lain sedari baby lg mereka dah asingkan tempat tido.. bukan setakat tempat tido.. tp kt bilik yg berasingan.. ok, better late than never rite? uhuks

So, let's check it out.. apa yg sepatutnya ada kt dlm bilik Miq tu nnt.. huhu

dah semestinya katil dgn bed sheet kan..

ada sesiapa taw nak cari mcm nie kt mana?

floor mat or carpet.. ermmm

klu jumpa yg mcm nie.. confirm Miq suka!

then bubuh sket2 decoration.. huhu

p/s : pictures credit to cik google.. hope kami dpt realisasikannya before his coming birthday.. chaiyuk!

Taraaaa! hasilnya.. sempat siap menjelang his 4th birthday.. yieepiee!

February 12, 2013

Rumput nan hijau

Assalamua'laikum wbt..

Hi cik jah.. mcm mana dgn cuti chinese new year? eita tak keluar negeri pun sepanjang cuti nie sbb schedule dah dipenuhi dgn makeup job, fetch my mother kt jeram dan kami balik ke morib menjenguk family mertuaku.. then ada masa sket yg terluang tu kami manfaatkan dgn mengurus rumah batu merah.. fuhh! tetiba cuti 4 hari pun habis.. huhu

Lot 54 @ sungai buloh..

eita sebenarnya nak bercerita pasal rumput.. iyer eita taw laman rumah kami tu bukannya besar mana.. secoet jer pun.. tp tak kira kami tetap gak nak deco sket2 bagi sedap dan hijau jer mata nie memandang.. hikhik

Orang kata.. tanam rumput nie pun ada kebaikannya.. orang kata laa kan.. sbb tu kami nak cuba tanam dulu then tengok betul ker tidak.. antaranya :-

1) Menghasilkan suasana yg lebih sejuk dan nyaman
2) Memerangkap habuk dan debu
3) Bertindak menapis air hujan yg mengalir masuk ke dalam tanah
4) Membekalkan oksigen
5) Meningkatkan harga rumah

So, last week kami gigih ke sungai buloh mencari rumput carpet yg sesuai.. pening jugak dibuatnya.. maklum laa takder pengalaman katanya.. tp hasil drpd pembacaan jumpa laa jugak a few info yg berguna.. rumput carpet nie ada mcm2 jenis taw.. so, terpulang laa kpd cik jah nak jenis yg mcm mana berdasarkan budget yg sesuai.. sbb ada jenis yg maintenancenya tinggi dan perlukan penjagaan yg rapi.. ikutkan eita nak yg paling mudah dijaga dan klu boleh campak jer terus hidup.. hahaha

rumput jepun.. jenis yg paling cantik dan mahal.. RM5 sepetak.. tp sila jaga ibarat menatang minyak yg penuh yer..

rumput philipine.. kami pilih jenis nie.. sbb harganya ok dan penjagaannya tak berapa cerewet.. even kena periksa selalu drpd serangga @ haiwan perosak.. RM1.40 sepetak..

cowgrass.. rumput yg paling murah dan paling senang dijaga katanya.. RM0.50 sepetak.. tp mcm tak sesuai pulak rasanya.. dah mcm kt padang bola jer.. isk

haaaa yg nie rumput artificial.. RM55 per pcs.. sekali beli tak payah siram air, tak perlukan cahaya matahari, tak payah trim, tak payah jaga.. hikhik

selain drpd rumput.. kami ada laa jugak beli 2-3 decorative items utk bubuh kt laman secoet tu sbg tambahan.. ntah mcm mana laa rupanya klu dah siap nnt.. hehe

p/s : skrg nie rumput kami dah tumbuh menghijau.. seminggu 2 lg encik hubby nak trim dan bubuh baja sket.. hope ia akan sihat2 jer sblm eita tambah pokok2 yg lain.. huhu

January 15, 2013

House of Lighting

Assalamua'alaikum..

Nie cerita ahad lepas.. biler google jer pasal lampu, kipas yg murah.. nah berderet keluar info pasal tempat nie.. house of lighting yg terletak kt Puchong.. dah katanya buat plaster ceiling tu kan.. of coz laa kena beli downlight dgn kipas yg baru.. takkan nak pakai lampu kalimantang pulak cik jah.. makanya duit pun mengalir spt air.. sigh

senang jer cari tempat nie.. kt tepi jalan.. klu terlajak, sila make a u-turn okeh

waktu operasi.. 


Mula2 masuk rasa kagum sbb lampu2 kt situ mmg cantek taw.. sampai rambang mata dibuatnya.. then sket punya ramai orang hari tu.. dah rasa mcm kt butik fareeda pulak.. bezanya takder yg tidur kt depan kedai nie jer.. hikhik

downlight bulat

downlight 4 segi..

eita mmg tak sempat nak survey kt tempat lain.. tp eita rasa harga kt sini mmg murah.. kami dpt beli downlight tu RM15 sebijik siap dgn mentol.. 10 bijik baru berapa kan? berbaloi sgt rasanya.. ada jugak terbeli lampu lain dgn energy saving bulb.. sbb murah katanya..

apa saja laa yg dibelek tu?

yg nie lampu bilik mikael.. dia pilih sendiri taw.. agak2 yg mana satu? ngeee

lampu pagar..

Lepas dah pilih lampu segala.. nak kena beli kipas pulak.. ada mcm2 brand.. juz name it! drpd rubine, kdk, alpha, panasonic etc.. pilih jer yg mana bersesuaian dgn budget cik jah..  slps berdiskusi, kami decided utk beli brand alpha yg mempunyai 5 bilah + remote control + 2 years motor warranty.. pheww settle!

hamikkk.. tak berpinar kepala mendongak..

nie kipas ker bunga? konpius..

Bestnya kt sini.. even punya laa ramai customer sampai berlaga2 punggung.. tp sgt teratur taw.. setiap customer ada SA yg attend.. even dia kejap2 hilang sbb check stock @ entertain customer lain.. nnt dia akan dtg balik kt kita.. dia akan list out brg apa yg kita nak beli.. then dia akan asingkan brg2 tu..

brg2 kami yg diperiksa satu per satu.. tak termasuk bakul hijau tu ok.. haha

kaunter bayaran.. nampak nombor 1095 tu? haaa nombor kami lettew..

Kemudian.. staff lain akan check semua brg2 kita tu 1 by 1.. so, klu tersilap brg atau tak cukup ker dpt detect masa tu jugak.. mentol2 pun diorg akan check 1 by 1.. if semuanya ok.. diorg akan bagi 1 nombor kpd kita.. nombor tu akan dipanggil kt counter bayaran.. sila buat payment dulu yer.. huhu

jgn risau.. ada staff yg akan loading brg2 kita masuk dlm bonet.. senang kan?

p/s : for me.. tempat nie mmg best, murah, banyak choice dan svc pun ok.. confirmed kami akan dtg lg.. hehe

January 10, 2013

Simple design

Assalamua'laikum..

eita hanya mahukan design yg simple n modern look.. takmo serabut2.. takmo motif bunga2.. coz less is more.. 


credit to cik google..

p/s : rumah bakal tunggang langgang mcm kapal pecah minggu nie.. isk

September 4, 2012

Rumah & Warna

Assalamua'laikum wbt..

Hi cik jah semua.. i'm back.. eita janji akan siapkan entry hari raya sebelum 29 syawal ok.. promise! tak kira laa dah basi ker tak.. tetap gak nak citer nnt.. tp nnt taw.. bkn hari nie.. hikhik! 

Syukur alhamdulillah.. eita dah selamat berpindah ke rumah baru kami on 1st September 2012.. pheww! penat mintak ampun.. taubat tak nak pindah lg! hehe.. eita bukannya nak citer pnjg pun pasal rumah kami tu.. juz nak share info jer.. sebut pasal rumah.. mesti ada kaitan dgn cat (read as : paint i/o kucing) betul tak? biler sebut tentang cat pulak.. mesti laa berwarna-warni.. tp klu cik jah nak guna warna cat yg sedia ada pun boleh jugak.. takder masalah pun.. huhu


COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.



HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.


PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.


KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.


BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.


UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.


MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari



MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.



HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.


JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.


KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.

p/s : so, apakah warna pilihan utk rumah aii? jeng.. jeng.. jeng


August 29, 2012

wordless wednesday


p/s : keadaan kt rumah kami skrg nie tgh tunggang langgang.. tak ubah mcm kapal karam.. *fenin* tp hati tetap berasa sedih mengenangkan minggu nie is the last week we stay in our nest before we shifting to our own house.. sobs sobs

via my tweeter --> selain sakit gigi.. pindah rumah jugak adalah 1 perkara yg mengharukan.. fuhh

August 23, 2012

Coming soon...

Assalamua'laikum wbt..

Entry hari raya akan dibekukan buat sementara waktu.. sbb puan empunya blog sgt sgt sgt busy skrg nie.. biler dah lapang sket nnt.. eita akan kembali menulis.. take care yer cik jah.. huhu


syukur Alhamdulillah.. hadiah menjelang syawal.. setelah sekian lama menanti.. akhirnya ia menjadi milik kami..

p/s : hubungan kami ibarat sebuah rumah.. tak perlu besar dan tak perlu mewah.. yg paling penting.. kami bahagia di dalamnya..