Pages

February 3, 2013

Weekn getaway @ Corus Paradise, PD

Assalamua'alaikum wbt..

Citer dah basi but still eita nak arkibkan kt dlm nie.. hihi! settle jer wedding job last sunday.. kami berdesup ke Port Dickson.. mmg penat yaaa ampun.. mintak nyawa ok.. drpd cuti Maulidur Rasul sampai ke cuti Thaipusam eita bertungkus lumus dgn majlis perkahwinan my customers.. tp Alhamdulillah biler kedua2 pasangan pengantin kt 2 tempat tersebut berpuas hati dgn hasil kerja eita.. *syukur*

copy from the website.. Corus Paradise

Oh btw.. this getaway is not my idea.. tp encik hubby dgn kwn2 dia yg punya plan.. so, i follow jer.. kebetulan eita mmg nak berehat.. jadinya umpama pucuk dicita, ulam pun tiba.. tempatnya tenang, cuaca pun baik, makan sedap, tidur enak.. itu baru dinamakan BEREHAT cik jah.. huhu

Lagipun kami dah lama sgt tak pergi ke PD.. almost 2 years.. kali terakhir kami ke sana pd thn 2010, semasa Mikael berusia setahun lebih.. kesimpulannya klu kami sampai kt PD mesti dgn geng2 encik hubby.. belum ada yg kami plan sendiri.. i'm wondering why..  walhal PD banyak jer tempat yg best2.. ermmm?

Perjalanan kami berjalan lancar, langsung tak jammed.. siap sempat singgah lg kt Tanjung Sepat ambik 1 kotak sate yg diorg dah order.. pakcik tu dah bakarkan sket so baunya mmg harum semerbak bisa bikin perut lapar.. hihi

sempat gak laa melihat matahari terbenam di hujung senja yg berlabuh.. ececeh ayat!

aktiviti kami mlm tu.. ber"bbq" sampai lebam.. banyakkk giler mknn..

haaa semua nie diorg longgokkan dpn eita.. ingat aii eating machine kah? para suami tukang bakaw.. para isteri tukang mkn.. ish ish

Diorg menyewa 2 apartment.. mmg purposely nak yg paling bawah sekali supaya dpt buat aktivit bbq tu.. mmg ramaiiii giler umat manusia kt sana that weekn.. cuti umum katanya.. org Malaysia nie mmg suka bercuti kan? selain drpd diorg suka mkn.. hihi! sampaikan nak parking kereta pun takder space..

hmmm tenangnya bila bangun waktu pagi dpt menikmati view mcm nie.. hilang segala penat lelah taw..

as for Mikael..kt sini laa syurga dunianya.. can u spot him? hehe

Bestnya klu join diorg.. kami tak terikat dgn apa2 aktiviti.. masing2 bebas melakukan apa yg disukai even kami dtg dlm group yg sama.. eita pulak mmg jenis yg tak suka sgt klu terikat.. so, overall eita happy sgt dpt spent quality time with hubby and my Mikael.. spt apa yg eita nak..

beautiful day..

Menjelang tengahari kami pun check out sbb plan nak singgah kt Teluk Kemang sblm balik ke Klang.. dtg PD if tak singgah kt sini rasa mcm tak lengkap pulak..

kerang rebusss dan air kelapa pandan.. mmg terbaek! kami menikmati pemandangan indah, tiupan angin pantai sambil berbual mcm2 cerita, gelak dan ketawa..

view yg paling eita suka kt PD.. syukur kami selamat pergi dan pulang..

p/s : eita tak plan apa2 trip lg utk tahun nie.. just go with the flow.. yg pasti kena slowdown drpd sebarang aktiviti yg berat.. that's mean no diving for this year.. uhuks