Assalamua'laikum wbt..
Hmmm.. kecoh sana sini tentang Hari Ibu difatwakan sbg HARAM baru2 nie.. kt fb kemain ramai yg "klik share" tanpa mahu berfikir sejenak tentang perkara nie.. Allah swt berikan akal supaya kita dpt menggunakannya sebaik mungkin.. jgn hanya menurut kata2 atau perbuatan dan 'copy paste' org lain membuta tuli..
Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah berkata, “Hari ibu ini timbul kerana pihak orentalis/doktrin barat memikirkan bahawa inilah cara yang terbaik untuk mereka menarik minat anak-anak remaja barat agar menghormati orang tua mereka. Umumnya kita tahu bahawa masyarakat barat amat tipis dengan adab tatasusila, jadi dengan mengadakan/mengkhususkan hari-hari tertentu sekaligus dapat memupuk remaja mereka agar menyayangi dan menghormati orang tua mereka.”
Pendapat Dr Yusuf itu mengesahkan bahawa sambutan hari ibu itu tiada kaitan dengan agama Kristian tetapi timbul kesedaran masyarakat barat betapa perlunya mereka menyayangi ibu. Pada mereka kalau tidak boleh setiap hari kenang ibu, cukuplah sehari yang khususkan untuk ibu.
Jadi, kalau sambutan ini tiada kaitan dengan agama, sudah tentu tidak salah kita mencontoh sesuatu yang baik daripada orang lain. Tetapi kalau memang ada kaitan dengan agama Kristian tidak bolehkah kita mengambilnya sebagai contoh tetapi pengisiannya kita sesuaikan dengan Islam?
Sebenarnya sambutan hari ibu seperti yang disambut oleh masyarakat dunia tiada langsung kaitan dengan agama. Pengajur memilih hari ibu sesuai dengan keadaan negara. Negara kita memilih setiap hari Ahad minggu kedua bulan Mei.
Walau bagaimanapun bagi orang Islam, setiap kerja dan usaha kita pasti dinilai sebagai ibadah termasuk menyambut hari ibu. Maka kalau kita ikut panduannya kita akan beroleh pahala dan dinilai sebagai kerja agama. Jadi, sambutan hari ibu walaupun orang lain sebagai sambutan biasa, kita diberi pahala oleh Allah. Kalau begitu, bagaimana kita menghukumkan sambutan hari ibu sebagai haram.
Kita yang lebih patut menyambut hari ibu berbanding orang lain. Sayang kita kepada ibu sepatutnya berganda berbanding orang lain. Oleh sebab itu, sambutlah hari ibu dengan memberi penghormatan kepadanya. Berikah kasih sayang yang paling tinggi pada hari tersebut. Namun pada hari-hari lain, kasih dan sayang kepada ibu harus dikekalkan setiap hari. Menghormati ibu tidak ada musim cutinya. Inilah yang membezakan Islam dengan bukan Islam.
Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Editor Majalah Solusi
Antara keganjilan fatwa diharamkan hari ibu, tp dihalalkan sambutan tahun baru.. sedangkan keduanya asas yg sama, bahkan hari ibu lebih berfaedah - via twitter Dr Maza (17hrs ago)
My point of view - bersederhanalah dlm menyambut Hari Ibu... setakat meraikannya dgn makan2, give her a day off from house chores, belikan hadiah ataupun sekadar ucapan "slmt hari ibu" sbg tanda kasih syg kpd para ibu.. rasanya takkan membuatkan kita terkeluar drpd agama? so, renew laa syahadah kita setiap hari dgn solat.. dan yg paling penting nawaitu kita.. Wallahua'lam
2 comments:
http://dakwah.org/blog/?p=135
dear cik anon @ pu3 : sblm i buat entry nie, i pun ada buat research jugak.. i pun ada baca wikipedia, other blog etc ;)
Mmg Malaysia negara ikut-ikutan.. tp u perasan x.. kita follow US @ UK? apa beza mother's day US dgn UK? dan lg 1.. mothering sunday diraikan brp hb? bln apa? utk apa? ada x persamaan dgn mother's day kt negara kita? jgn samakn mother's day dgn valentine day ;)
Dan berkaitan hadith nie :-
“sesiapa sahaja yang menyerupai sesuatu kaum itu , maka dia itu termasuk di dalam golongan mereka..”
I rasa tak salah klu u baca maksud sebenar hadith tersebut.. copy jer link kt bwh nie & paste to google..
http://drmaza.com/home/?p=1292
sharing is caring.. wallahua'lam
Post a Comment