Assalamua'laikum wbt..
Setelah tertangguh sekian lamaaa.. akhirnya roh nak menyiapkan entry nie muncul jugak.. fuhh!
Salah
satu sebab kami tak pergi bercuti during our wedding anniversary last month was
because of this trip! cik jah ingat kami banyak duit sgt ker nak pergi holiday
setiap bulan? mmg tak laa kan.. haha
Cumanya
trip kali nie.. mcm best sket sbb abang & kakak iparku follow sekali..
kiranya trip adik beradik gitu..
Disebabkan flight kami seawal pukul 6.40pg.. makanya terpaksa laa kami keluar awal jugak.. lebih kurang pukul 4.30pg mcm tu.. masih lg menggunakan route dan kaedah yg sama.. which is cik jah boleh refer kat SINI..
Alhamdulillah perjalanan kami tidak menghadapi sebarang masalah dan lebih kurang pukul 8.30pg kami touch down di Airport Bandara Husein Sastranegara Bandung.. cross the list! hehe
Mengikut perancangan kami.. hari pertama sampai ke Bandung kami akan bergerak terus ke Jakarta dgn menaiki keretapi.. klu ikutkan mmg boleh jer appoint mana2 supir.. tapi disebabkan nak merasai sendiri pengalaman menaiki keretapi selama 4 jam kt negara orang.. so let’s do it!
Apa yg eita boleh cakap.. ia merupakan pengalaman yg menarik dan menginsafkan.. menariknya kita disajikan dgn pemandangan indah padi bukit yg menghijau di kiri dan kanan laluan keretapi.. pemandangan mcm tu tak ada kt negara kita.. tapi.. rata2 kehidupan mereka di sana sgt daif.. rumah2 dibina bersebelahan landasan keretapi.. sgt berbahaya utk kanak2.. tp landasan keretapi itu ibarat tapak permainan bagi mereka.. barangkali alah bisa tegal biasa.. drpd segi kebersihan juga amat menyedihkan.. so, sket sebanyak membuatkan kami rasa bersyukur kerana dilahirkan di bumi Malaysia.. walau mcm manapun Indonesia juga punyai keistimewaannya tersendiri.. huhu
Setelah
sehari suntuk menempuh perjalanan yg panjang akhirnya kami sampai di hotel
penginapan kami.. kami menginap di Hotel Senen Indah yg terletak di Jln Bungur
Besar, Jakarta Pusat.. sampai2 jer masing2 dah kebulur.. kesudahannya kami just
“in-room dining” jer.. makan tak toleh kiri kanan dah.. haha
Bajaj..
Malam
tu nothing much we can do.. sbb kt sana
waktu malam dan siangnya agak cepat disebabkan time zone yg berbeza dgn
Malaysia.. kami sempat pergi ke Menara Monas dan berjalan2 di pasar malam
berhampiran.. mcm2 jenis makanan dan souvenir yg pelik2 dijual di situ.. sempat
jugak laa merasai pengalaman menaiki bajaj (kenderaan roda 3) klu kt Thailand
kita panggil tuk-tuk..
Tapiii..
bajaj tu tak dibenarkan memasuki kawasan Sudirman Central Business District..
klu kita nie mcm kt area segi 3 emas Bukit Bintang, Kuala Lumpur tu haaa..
menjaga standard barangkali.. mau tidaknya.. di kawasan itu laa terletaknya
Pacific Place Mall yg menempatkan Hard Rock Café Jakarta, Ritz Carlton Hotel
dan mcm2 lagi laa tempat2 yg class2.. nak masuk dlm tu pun kami siap kena scan
seluruh badan.. risau bawak bomb agaknya..
And
motif utama eita dtg ke Jakarta nie semata-mata nak gi HRC jer.. yer laa nak
add on collection hard rock t-shirt Mikael.. setakat nak shopping kain baju
telekong segala boleh continue kt Bandung jer nnt.. for me harga tak banyak
beza kot antara Jakarta dgn Bandung.. lg pun dah alang2 sampai.. harus laa
jejakkan kaki jugak kt Jakarta kan..
Keesokannya.. kami bersarapan di hotel sebelum bergerak pulang ke Bandung dgn menaiki keretapi yg sama.. pd pendapat peribadi eita.. cukup sekali nie jer kot kami pergi ke Jakarta.. jammed lebih kurang kt Kuala Lumpur jer ok.. or maybe jugak kami tak jumpa tempat2 lain yg lebih best memandangkan kami hanya berada 2D1N saja kt sana.. huhu
p/s : next entry.. Bandunggg here we come!
0 comments:
Post a Comment