Pages

December 8, 2011

4th Wedding Anniversary - Day 2 : Kapalai - Mabul Island

Assalamua'laikum wbt..

Sambungan drpd Day 1 entry.. tp entry kali nie agak panjang sket.. sila tarik nafas.....

Hari kedua.. excited bangun pagi dan bersiap2 nak ke pulau.. kami dijangkakan berada kt sana sepanjang hari iaitu sampai ke petang.. so, eita pun bawa laa brg2 keperluan dlm beg kecil.. cuma brg2 berharga mcm wallet, hp, ipad segala kami juz tinggalkan kt bilik jer coz takut basah dek air nnt.. huhu

Pagi tu kami breakfast roti canai dan teh tarik jer kt kedai mamak.. perut terkejut pulak nnt klu hari2 makan goreng pisang.. haha! dlm pukul 7.30am kami pun bergerak ke office billabong scuba.. masa tu ada seorang diver from china naik boat bersama kami.. dia travel seorang diri jer taw semata-mata nak diving kt sipadan island.. sanggup wooo! lebih kurang setengah jam kami sampai kt sana..

Kapalai Resort..

Checkpoint pertama hari tu kt kapalai island.. eita pun tak pernah taw pasal pulau nie ok.. as far as i know yg popular kt semporna nie mabul island and sipadan island jer.. tp utk para divers diorg mmg dah lama taw pasal kapalai island yg terkenal sbg scuba resort..

Kapalai island nie terletak 15 minit jer dari sipadan island.. tp kita tak boleh suka suki jer nak masuk sipadan island tanpa permit.. klu tak silap, kapalai island nie dah diterokai sejak 200 tahun yg lalu.. tp disebabkan oleh hakisan ombak dan peningkatan paras air laut.. pasir pantainya yg putih dah takder lg.. so, kapalai nie ibarat sebuah pulau tanpa pantai dan sebutir pasir pun.. yg ada skrg juz water village yg terletak di atas terumbu karang Ligitan.. yg nie mmg betul sbb masa eita dive kt sana.. eita nampak terumbu karang yg dimaksudkan tu.. sgt unik!



Huhuhu.. 1st time dive, mmg tak dpt digambarkan dgn kata2.. seronok sgt! mula2 tu mmg laa rasa mcm risau jer kan.. bleh ker aku buat nie? pulak tu byk sgt equiptment nak kena pakai.. BCD, regulator, tank, wet suit, mask, fins segala.. adeii! masa kt dlm boat tu rasa nak tumbang jer coz tank tu berat giler! hikhik


Tp biler masuk dlm air jer, automatik jadi ringan dan kita boleh terapung.. Tony; my instructor mmg cool dan banyak bg tunjuk ajar cara2 nak menyelam kt dasar laut.. for diving; kita perlu taw mengimbangkan badan, then belajar bahasa2 isyarat diorg kt dlm air dan jgn cepat panik.. hehe! mmg best sgt pengalaman nie.. yer laa hidup cuma sekali kan.. so, eita mmg nak buat perkara2 baru to challenge my self.. huhu

Encik hubby nampak risau jer tengok wife dia.. tp dia tetap sporting jd photographer dan ber'snorkeling' bersama wanita2 mat salleh kt sana! jeles aii taw.. hahaha! dlm trip tu hanya kami jer orang melayu.. yg lain2 semua divers dari california, london, france, china dll.. kenyang boat driver/ instructor tengok tourist perempuan half naked kt dlm boat tu.. ngeeee

RM10 jer nie haaa..

Lobster idaman hati..


Then biler dah tengahari kami semua balik semula ke homestay billabong scuba yg terletak kt mabul island.. slps lunch, kami akan pergi ke checkpoint kedua pulak.. so, dpt laa kami berehat sekejap kt sana.. masa nie laa ada org bajau laut dtg kt situ dgn ketam, lobster, ikan segala dan dijual dgn harga yg murah! encik hubby apa lg.. ibarat org mengantuk disorong bantal laa dia.. laju jer dia bayar duit biler nampak si lobster.. hehe

Lepas kenyang perut suka hati.. kami pun bergerak ke checkpoint kedua kt mabul island.. mabul island agak luas dan padat dgn penduduk tempatan.. banyak penginapan budget kt sini klu korang berminat utk stay kt pulau.. mcm kami mmg purposely cari penginapan kt semporna coz kita boleh pergi ke tempat2 lain.. if tinggal kt pulau lama2 pun boring jugak kan? tp klu korang nak stay 2 hari kt semporna then 2 hari kt pulau pun ok jer.. huhu

Mabul Island..

crystal clear.. jernih hingga ke dasar..

For me.. dasar laut mabul island sgt cantik compare to kapalai island.. juga lebih cantik dari redang island.. tp nie dari segi hidupan laut, corals and fishes.. tp klu berkaitan dgn pulau itu sendiri.. eita rasa redang tetap lebih menarik.. huhu

Dan masa kt mabul island eita dpt diving dgn puas coz kami menyelam lebih lama kt sana.. tony pun bg chance pd eita menyelam melebihi 10m sbb dia cakap eita fast learner.. huhu! dan apa yg lebih best lg.. eita dpt sentuh ikan paling cute kt atas muka bumi nie;  si oren putih nemo.. comel giler! rasa nak tangkap bawa balik bg kt mikael jer.. but in ur dream! hahaha

sekadar gambar hiasan.. from my own collection..

Then biler menyelam kt kawasan yg lebih dalam.. eita terjumpa 2 ekor penyu.. sukanyaaaa! pengalaman berenang dgn penyu sgt mahal ok! huhu.. penyu2 tu pulak mcm tak takut jer dgn kami.. maybe dia dah biasa jumpa divers kot.. hikhik! tp syg sgt sbb tak dpt rakamkan detik2 tu semua.. klu ada rezeki lain kali, bleh dtg lg bawa waterproof camera.. ngeeee

aktiviti kami hari tu diakhiri dgn menikmati keindahan matahari terbenam @ 5.30pm

Then sebelah malamnya adalah masa yg kami tunggu2.. masa utk menikmati lobster fresh yg kami bawa all the way from mabul island to semporna.. time sampai kt jeti boat tu, kami sempat interview staff billabong scuba kt mana restoran yg best utk masak si lobster tu.. then dia suggest kt Restoran Malaysian Seafood.. terletak berhampiran dgn Scuba Junkie.. betul2 tepi jalan jer dan senang nak cari..

Klu korang datang ke semporna dan tekak rasa nak makan seafood fresh pada harga yg berpatutan.. eita mmg recommend restoran nie.. selain drpd layanan yg ramah, svc cepat, masakan diorg mmg sedap!



Utk dinner mlm tu kami mintak diorg masakkan lobster goreng butter then tambah menu prawn salad, sotong goreng tepung, sup ketam, kipas2 goreng berlada, sayur kailan ikan masin, 2 jenis air dan nasi.. total hanya RM60.00 jer.. u tell me murah ker tak? Alhamdulillah..

Dan mlm tu.. kami tidur dlm senyuman sbb kekenyangan melampau.. syukur Alhamdulillah! next entry adalah entry yg terakhir for this trip.. entah biler laa tu baru siap.. kuikui

p/s : diving : checked! 
next : parasailing.. ngeee