Pages

February 26, 2013

Congkak 2.0

Assalamua'laikum wbt..

Last saturday.. office eita organize aktiviti riadah kt sungai congkak.. they called it Congkak 2.0 sbb nie kali kedua diorg buat kt sana coz ramai staff yg request utk buat aktiviti nie sekali lg..

Masa 1st time tu.. eita sendiri pun tak dpt join sbb follow encik hubby pergi ke Ipoh.. so, this time mmg happening.. sbb crowd lg ramai dan makanan lebih banyak.. huhu

Ermm eita malas nak menaip panjang lebar.. sibuk sket dan asyik penat jer lately.. so, juz layan cerita bergambar jer laa ek.. ngeee

bbq time..

chicken wings..

i luv diz candid shot..

group photo..

peaceful scenery..

perang air 3 penjuru.. nampak tak? ekeke

encem kan encik boss aii? hikhik

p/s : we have big event this year.. and myself is one of the committee.. yada yada

February 12, 2013

Rumput nan hijau

Assalamua'laikum wbt..

Hi cik jah.. mcm mana dgn cuti chinese new year? eita tak keluar negeri pun sepanjang cuti nie sbb schedule dah dipenuhi dgn makeup job, fetch my mother kt jeram dan kami balik ke morib menjenguk family mertuaku.. then ada masa sket yg terluang tu kami manfaatkan dgn mengurus rumah batu merah.. fuhh! tetiba cuti 4 hari pun habis.. huhu

Lot 54 @ sungai buloh..

eita sebenarnya nak bercerita pasal rumput.. iyer eita taw laman rumah kami tu bukannya besar mana.. secoet jer pun.. tp tak kira kami tetap gak nak deco sket2 bagi sedap dan hijau jer mata nie memandang.. hikhik

Orang kata.. tanam rumput nie pun ada kebaikannya.. orang kata laa kan.. sbb tu kami nak cuba tanam dulu then tengok betul ker tidak.. antaranya :-

1) Menghasilkan suasana yg lebih sejuk dan nyaman
2) Memerangkap habuk dan debu
3) Bertindak menapis air hujan yg mengalir masuk ke dalam tanah
4) Membekalkan oksigen
5) Meningkatkan harga rumah

So, last week kami gigih ke sungai buloh mencari rumput carpet yg sesuai.. pening jugak dibuatnya.. maklum laa takder pengalaman katanya.. tp hasil drpd pembacaan jumpa laa jugak a few info yg berguna.. rumput carpet nie ada mcm2 jenis taw.. so, terpulang laa kpd cik jah nak jenis yg mcm mana berdasarkan budget yg sesuai.. sbb ada jenis yg maintenancenya tinggi dan perlukan penjagaan yg rapi.. ikutkan eita nak yg paling mudah dijaga dan klu boleh campak jer terus hidup.. hahaha

rumput jepun.. jenis yg paling cantik dan mahal.. RM5 sepetak.. tp sila jaga ibarat menatang minyak yg penuh yer..

rumput philipine.. kami pilih jenis nie.. sbb harganya ok dan penjagaannya tak berapa cerewet.. even kena periksa selalu drpd serangga @ haiwan perosak.. RM1.40 sepetak..

cowgrass.. rumput yg paling murah dan paling senang dijaga katanya.. RM0.50 sepetak.. tp mcm tak sesuai pulak rasanya.. dah mcm kt padang bola jer.. isk

haaaa yg nie rumput artificial.. RM55 per pcs.. sekali beli tak payah siram air, tak perlukan cahaya matahari, tak payah trim, tak payah jaga.. hikhik

selain drpd rumput.. kami ada laa jugak beli 2-3 decorative items utk bubuh kt laman secoet tu sbg tambahan.. ntah mcm mana laa rupanya klu dah siap nnt.. hehe

p/s : skrg nie rumput kami dah tumbuh menghijau.. seminggu 2 lg encik hubby nak trim dan bubuh baja sket.. hope ia akan sihat2 jer sblm eita tambah pokok2 yg lain.. huhu

February 4, 2013

Burger Bakar Abang Burn, Bandar Botanic Klang

Assalamua'alaikum wbt..

Yer cik jah.. burger bakar Abang Burn skrg dah ada kt Klang!! yeeepeee.. takyah nak gi Ampang, Kajang, Nilai dll tempat.. sekangkang kera jer dari rumah.. tp yg kt Shah Alam tu mcm nak try lerr nnt.. sbb ramai yg buat review sedap katanya.. huhuhu


nahh.. ini mapnya.. ingat yer cari Dominos & ELK.. opposite Bukit Tinggi 2.. confirm korg jumpa!

Actually encik hubby yg noticed dulu tempat nie.. since that eita pun dok intai laa hari2 masa lalu lalang nak gi kerja.. tengok dah bukak ker belum.. biler dpt taw jer diorg dah buat preliminary opening.. kami pun dgn pantas pergi mencuba burger bakar kt situ.. eita nak jadi antara blogger paling awal buat review pasal jajahan Klang nie.. hikhik

kitchen diorg kt depan tu laa.. maybe sbb baru bukak.. agak berhabuk sket.. hope lepas nie ok laa.. waktu operasi drpd pukul 5pm - 12.30am..

ini menunya.. sila laa pilih ikut tekak masing2.. kt sini cik jah kena bagi no meja dulu.. order menu dan bayar.. kemudian diorg akan hantarkan kt meja kita..

ada durian crepe jugak.. tp eita tak try lg.. hihi

Masa kami gi tu.. air juz sekali bayar jer then boleh refill.. kiranya bottomless laa.. dan mmg tak perlu menunggu lama burger kami.. org pun tak ramai maybe sbb masih awal dan hari biasa..

nie eita punya.. Burn Special Chicken with 1 slice cheese.. RM10.50

nie hubby punya.. Supremo Special Beef with bacon and 1 slice cheese.. RM12.50

If cik jah nak extra patties (burn tower) sila add RM5.50.. rasanya eita sedikit semput klu disuruh mkn burger bertingkat2 tu.. fuhh!

My Mikael mkn sausages with cheesy sauce (RM1.50).. huhu

Nie 1st time eita mkn burger bakar sebenarnya.. hihi! for me sedap laa jugak.. tp mmg comot okeh.. sehelai tisu tak cukup.. klu nak datang mkn kt sini.. sila laa bawak tisu lebih sket.. theee! tp encik hubby mmg penggemar burger bakar.. dia cakap klu nak compare dgn burger bakar kaw-kaw of coz laa lain sket.. yg penting katanya sesuai dgn harga dan tak perlu beratur menunggu sampai 3 jam!

p/s : dipendekkan citer.. cik jah gi laa try sendiri ok.. for us; kami akan datang lg.. huhu

February 3, 2013

Weekn getaway @ Corus Paradise, PD

Assalamua'alaikum wbt..

Citer dah basi but still eita nak arkibkan kt dlm nie.. hihi! settle jer wedding job last sunday.. kami berdesup ke Port Dickson.. mmg penat yaaa ampun.. mintak nyawa ok.. drpd cuti Maulidur Rasul sampai ke cuti Thaipusam eita bertungkus lumus dgn majlis perkahwinan my customers.. tp Alhamdulillah biler kedua2 pasangan pengantin kt 2 tempat tersebut berpuas hati dgn hasil kerja eita.. *syukur*

copy from the website.. Corus Paradise

Oh btw.. this getaway is not my idea.. tp encik hubby dgn kwn2 dia yg punya plan.. so, i follow jer.. kebetulan eita mmg nak berehat.. jadinya umpama pucuk dicita, ulam pun tiba.. tempatnya tenang, cuaca pun baik, makan sedap, tidur enak.. itu baru dinamakan BEREHAT cik jah.. huhu

Lagipun kami dah lama sgt tak pergi ke PD.. almost 2 years.. kali terakhir kami ke sana pd thn 2010, semasa Mikael berusia setahun lebih.. kesimpulannya klu kami sampai kt PD mesti dgn geng2 encik hubby.. belum ada yg kami plan sendiri.. i'm wondering why..  walhal PD banyak jer tempat yg best2.. ermmm?

Perjalanan kami berjalan lancar, langsung tak jammed.. siap sempat singgah lg kt Tanjung Sepat ambik 1 kotak sate yg diorg dah order.. pakcik tu dah bakarkan sket so baunya mmg harum semerbak bisa bikin perut lapar.. hihi

sempat gak laa melihat matahari terbenam di hujung senja yg berlabuh.. ececeh ayat!

aktiviti kami mlm tu.. ber"bbq" sampai lebam.. banyakkk giler mknn..

haaa semua nie diorg longgokkan dpn eita.. ingat aii eating machine kah? para suami tukang bakaw.. para isteri tukang mkn.. ish ish

Diorg menyewa 2 apartment.. mmg purposely nak yg paling bawah sekali supaya dpt buat aktivit bbq tu.. mmg ramaiiii giler umat manusia kt sana that weekn.. cuti umum katanya.. org Malaysia nie mmg suka bercuti kan? selain drpd diorg suka mkn.. hihi! sampaikan nak parking kereta pun takder space..

hmmm tenangnya bila bangun waktu pagi dpt menikmati view mcm nie.. hilang segala penat lelah taw..

as for Mikael..kt sini laa syurga dunianya.. can u spot him? hehe

Bestnya klu join diorg.. kami tak terikat dgn apa2 aktiviti.. masing2 bebas melakukan apa yg disukai even kami dtg dlm group yg sama.. eita pulak mmg jenis yg tak suka sgt klu terikat.. so, overall eita happy sgt dpt spent quality time with hubby and my Mikael.. spt apa yg eita nak..

beautiful day..

Menjelang tengahari kami pun check out sbb plan nak singgah kt Teluk Kemang sblm balik ke Klang.. dtg PD if tak singgah kt sini rasa mcm tak lengkap pulak..

kerang rebusss dan air kelapa pandan.. mmg terbaek! kami menikmati pemandangan indah, tiupan angin pantai sambil berbual mcm2 cerita, gelak dan ketawa..

view yg paling eita suka kt PD.. syukur kami selamat pergi dan pulang..

p/s : eita tak plan apa2 trip lg utk tahun nie.. just go with the flow.. yg pasti kena slowdown drpd sebarang aktiviti yg berat.. that's mean no diving for this year.. uhuks

January 15, 2013

House of Lighting

Assalamua'alaikum..

Nie cerita ahad lepas.. biler google jer pasal lampu, kipas yg murah.. nah berderet keluar info pasal tempat nie.. house of lighting yg terletak kt Puchong.. dah katanya buat plaster ceiling tu kan.. of coz laa kena beli downlight dgn kipas yg baru.. takkan nak pakai lampu kalimantang pulak cik jah.. makanya duit pun mengalir spt air.. sigh

senang jer cari tempat nie.. kt tepi jalan.. klu terlajak, sila make a u-turn okeh

waktu operasi.. 


Mula2 masuk rasa kagum sbb lampu2 kt situ mmg cantek taw.. sampai rambang mata dibuatnya.. then sket punya ramai orang hari tu.. dah rasa mcm kt butik fareeda pulak.. bezanya takder yg tidur kt depan kedai nie jer.. hikhik

downlight bulat

downlight 4 segi..

eita mmg tak sempat nak survey kt tempat lain.. tp eita rasa harga kt sini mmg murah.. kami dpt beli downlight tu RM15 sebijik siap dgn mentol.. 10 bijik baru berapa kan? berbaloi sgt rasanya.. ada jugak terbeli lampu lain dgn energy saving bulb.. sbb murah katanya..

apa saja laa yg dibelek tu?

yg nie lampu bilik mikael.. dia pilih sendiri taw.. agak2 yg mana satu? ngeee

lampu pagar..

Lepas dah pilih lampu segala.. nak kena beli kipas pulak.. ada mcm2 brand.. juz name it! drpd rubine, kdk, alpha, panasonic etc.. pilih jer yg mana bersesuaian dgn budget cik jah..  slps berdiskusi, kami decided utk beli brand alpha yg mempunyai 5 bilah + remote control + 2 years motor warranty.. pheww settle!

hamikkk.. tak berpinar kepala mendongak..

nie kipas ker bunga? konpius..

Bestnya kt sini.. even punya laa ramai customer sampai berlaga2 punggung.. tp sgt teratur taw.. setiap customer ada SA yg attend.. even dia kejap2 hilang sbb check stock @ entertain customer lain.. nnt dia akan dtg balik kt kita.. dia akan list out brg apa yg kita nak beli.. then dia akan asingkan brg2 tu..

brg2 kami yg diperiksa satu per satu.. tak termasuk bakul hijau tu ok.. haha

kaunter bayaran.. nampak nombor 1095 tu? haaa nombor kami lettew..

Kemudian.. staff lain akan check semua brg2 kita tu 1 by 1.. so, klu tersilap brg atau tak cukup ker dpt detect masa tu jugak.. mentol2 pun diorg akan check 1 by 1.. if semuanya ok.. diorg akan bagi 1 nombor kpd kita.. nombor tu akan dipanggil kt counter bayaran.. sila buat payment dulu yer.. huhu

jgn risau.. ada staff yg akan loading brg2 kita masuk dlm bonet.. senang kan?

p/s : for me.. tempat nie mmg best, murah, banyak choice dan svc pun ok.. confirmed kami akan dtg lg.. hehe

January 14, 2013

Simple celebration!

Assalamua'laikum wbt..

Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan kamu.. Allah selamatkan encik hubby.. Allah selamatkan kamu.. huhu! Happy birthday dear hubby.. 

Tahun nie kami juz meraikannya in a simple way.. itu permintaan encik hubby.. dan semestinya NO CAKE at all.. mmg pelik tp itulah suamiku.. different character from me.. klu sama jer drpd segala segi takder laa istilah men are from mars, women are from venus.. kan cik jah?

So, kali nie kita ikut cara dia.. huhuhu

sushi! dish of love..

haaa tu laa menu kami.. irodori gozen + tenpura udon & temaki set!

he love japanese food so much!

episod pertama @ sushi king

He love foods.. jd celebrated his birthday dgn makanan tu satu kemestian.. tahun nie, eita suruh encik hubby pilih sendiri nak mkn apa, kt mana, hadiah apa.. berbeza from last year which was a big surprised for him and everything arranged by me.. tp ada kekurangan taw.. sbb itu bukan kesukaannya dan bukan cara dia.. ngeee

bamboo lala.. his favorite!

chilli crab kam heong style..

episod kedua @ bagan seafood restaurant..

Hadiah pun ada 2 tahun nie.. yg 1st dah bagi kt encik hubby.. apa kebendanya? ngeh ngeh.. biar kami berdua jer laa yg taw.. huhu! and his 2nd present akan 'dibelikan' tak lama lg.. klu beli skrg pun bukannya boleh pasang terus.. sbb rumah kami kan tgh buat minor renovation.. bersepah sana sini.. poning kepalo den! isk

ini bukan karaoke set.. wuwu

p/s : hunny selalu doakan segala yg terbaik utk hubby.. setiap kali memanjatkan doa ke hadrat illahi.. Amin