Pages

March 30, 2011

wordless wednesday



p/s : his 1st movie.. *wink*

March 24, 2011

2nd birthday - episode 2

Nothing special pun.. huhu! nak kata bernazar tu tk jugak.. tp sbb perkara nie perkara baik.. dan dah diniatkan di dlm hati.. maka wajib laa dilaksanakan..

Dlm tahun lepas.. pernah sekali mikael demam teruk.. 2 kali kena amik darah.. kami risau sgt2 dgn keadaan dia.. tp syukur alhamdulillah sbb tk sampai hospitalize.. so, slps dia sembuh tu.. kami suami isteri berniat utk membuat sedikit sedekah kt masjid.. tp asyik tertangguh jer.. akhirnya jumpa jugak waktu yg sesuai sempena his 2nd birthday thn nie..

Sekadar bersedekah sedikit kpd jemaah masjid sempena mlm Jumaat hari nie sbg tanda kesyukuran.. thanks to encik hubby and my father in law yg menguruskan everything.. syukur alhamdulillah langsai juga akhirnya dan semoga diberkati Allah swt..

Sabda Rasulullah s.a.w :-
“Setiap orang akan dilindungi oleh sedekahnya pada hari kiamat..”

Hadith lain juga ada menyebut.. ”Tidak akan berkurang rezeki orang yg bersedekah, kecuali bertambah, bertambah, bertambah..”

p/s : konsep sedekah nie sgt luas.. tk hanya terhad kt masjid atau rumah kebajikan jer.. paling mudah.. senyuman itu juga sedekah.. huhu

March 20, 2011

2nd birthday - episode 1

Happy 2nd birthday to my beloved son.. tqvm for all those lovely birthday wishes for mikael.. alhamdulillah, apa yg dirancang berjalan lancar spt yg dikehendaki..

Sehari sebelum his actual birthday.. kami nak bawa mikael berjalan2 selepas hubby habis exam kt kelab ukay.. memandangkan keadaan cuaca yg x menentu skrg nie.. so, kami decide utk buat indoor activity saja.. dah alang2 sampai kl kan.. maka lokasi yg sesuai adalah aquaria klcc.. rasanya dah berzaman eita x pergi klcc nie.. can say it's not my fav place.. sbb crowded sgt..

Harga tiket yg baru ialah RM45 for adult.. tp jika kita ada Mykad, hanya perlu bayar RM35 saja.. manakala utk kanak2 yg berumur 3 thn ke bawah FOC.. if not u have to pay RM25..

This little man mmg suka sgt dgn ikan.. fish! fish! sampaikan segala amfibia + butterfly kt situ pun dia panggil fish.. eksyen pulak tu nak berjalan sendiri.. xnak dipegang.. encik hubby laa yg semput nak kejar dia di celah2 org ramai.. hihi! nampak sgt dia teruja kt dlm tu.. so, berbaloi laa kami dtg.. huhu

Kebetulan hari tu ada feeding show yg hanya diadakan pada hari isnin + rabu + sabtu jer tepat jam 3.00pm.. nnt klu xder problem, eita attached one of the video ok.. huhu

Dlm pukul 4.00pm kami bergerak pulak ke jusco tmn maluri cheras sebelum bertolak pulang ke banting ptg itu juga.. mmg dah plan utk potong kek bersama opah dan tok aki mikael keesokannya.. sbb mereka kan xdpt dtg thn lepas semasa birthday mikael yg 1st.. harus laa adil dan saksama kan? xder laa everytime with my family side jer.. ngeee

Overall.. eita rasa happy sgt sbb niat nak sambut birthday mikael dgn family mertua dah pun terlaksana.. even it juz a simple celebration.. but suasana kekeluargaan tu yg lebih penting.. mikael jugak dpt new watch, aeroplane, cik rusa nani dan angpow drpd mereka.. tq so much tok aki, opah, mak ngah dan paksu.. huhu

March 17, 2011

Cikmin macaron

Ermm.. ingat x hari tu eita dok kalut nak mkn macaron kan? kan? haaa.. dah dpt taw.. sket punya jauhhh eita order.. made in bentong u! hehe

Sesiapa yg meminati kudapan perancis yg sgt manis nie.. confirm pernah dengar cikmin macaron.. very the fofular.. sbb dia antara otai2 pembuat macaron yg paling sukses.. see! minat dan hobi pun boleh mendatangkan pulangan yg lumayan taw..

So, eita oder sekotak macaron 25pcs yg berharga RM45.00 drpd cikmin.. ada macam2 perasa yg kita boleh pilih.. tp eita juz mintak cikmin bubuh laa apa2 perasa pun asalkan sedap.. klu eita x silap.. dia letakkan perasa chocolate ganache, red bean paste, mocca and peanut butter.. huhu

Disebabkan nie first time eita mkn macaron.. of coz laa eita rasa sedap.. tp still x boleh nak buat penilaian lg.. coz kita hanya akan boleh buat comparison bila kita mencuba 2 mknn yg sama drpd 2 org atau 2 tempat yg berbeza.. betul x? tunggu laa eita cuba macaron from Whisk pulak slps nie yg dengar khabarnya sedap jugak.. nyum nyum

Overall.. eita berpuas hati dgn hasil air tangan cikmin dan svc penghantaran pun sgt bagus.. klu korg nak taw.. macaron nie lg sedap dimkn slps dimasukkan kt dlm fridge.. cuba laa.. ngeee

March 16, 2011

wordless wednesday





p/s : hanya ada doa utk mereka :(

March 14, 2011

Movie marathon

It's very tiring weekn.. slps bertungkus lumus dgn wedding job yg sgt padat this weekn.. akhirnya eita dpt menarik nafas lega.. pheww! nasib baik laa ada husband yg very understanding and helpful.. dia take over semua kerja rumah termasuk laa menguruskan mikael..

Then encik hubby jugak belikan tiket movie 127 hours.. sbb dia tahu salah 1 cara eita berehat ialah dgn menonton movie.. hubby jugak tahu eita mmg tunggu citer nie keluar kt cinema.. kebetulan kami ada masa dan ruang yg sesuai ptg semlm.. habis jer citer 127 hours tu dlm pukul 4.00pm.. kami continue tengok citer Battle : LA pulak.. movie marathon u! huhu

127 Hours


Cerita nie diadaptasi drpd kisah benar tentang Aron Ralston yg dilakonkan semula oleh James Franco (encem betul mamat nih!) yg amat meminati aktiviti lasak iaitu mendaki gunung..

Disebabkan dia sgt confident dgn kebolehan dirinya sbg hiker, membuatkan dia bersikap sedikit angkuh.. sehingga dia merasakan x perlu utk memberitahu sesiapa pun ke mana dia pergi.. ekspedisinya ke Utah Blue John Canyon berakhir dgn tragedi.. even dia mempunyai banyak pengalaman and survival knowledge.. tp malang mmg x berbau..

Slps tergelincir and trapped for 127 hours di dalam lubang yg sempit in the middle of no where.. dgn tiada bekalan makanan dan minuman.. itu merupakan satu pengalaman yg amat menakutkan.. Aron mula berhalusinasi dan menyesali setiap perkara lalu yg dia lepaskan begitu saja..

Semua usahanya utk melepaskan diri menemui jalan buntu.. so, dia x mempunyai pilihan lain selain drpd memotong tangannya sendiri utk keluar dari situ.. time nie eita rasa mcm tangan eita pulak yg kena potong! real wey.. eeeee!

Tp semangat dia utk hidup mmg tinggi.. even kehilangan sebelah tgn dgn darah yg banyak keluar.. dia masih boleh mendaki tebing tinggi.. dan akhirnya berjaya menemui hiker2 yg lain.. akhirnya dia terselamat..

For me.. citer nie banyak isi yg tersirat.. so, klu korg bukan seorg yg sabar dan suka berfikir.. better x payah tengok movie nie kot.. huhu

Battle : Los Angeles

Klu sebut jer peperangan antara manusia dgn makhluk asing.. eita mesti teringat citer War of The Worlds.. alaaa yg Tom Cruise jadi hero tu.. coz it's ending came a bit suddenly and not quite enough explanation.. alien kalah disebabkan oleh sejenis organisma kt daun?? wut the.. ok citer lama.. lupakan jer!

So, biler encik hubby beriya nak tengok citer nie.. eita x letakkan harapan yg tinggi.. tp kan korg.. serius best laa! dari start citer sampai ending.. penuh dgn action! jantung eita nie x berhenti berdegup kencang.. sbb nervous sgt membayangkan what come next?

Some more.. plot citernya mmg logic! of coz laa kita sbg manusia kena kalah dulu.. dah nama pun lawan dgn alien kan? then kita cari jalan mcm mana nak tewaskan diorg.. cari kelemahan diorg.. ramai manusia yg terkorban.. bila tengok scene nie teringat pulak kejadian tsunami kt jepun last friday.. bumi kita dah semakin tua.. semoga mereka di sana terus tabah.. ermm

Berbalik kpd topik.. makhluk asing nie menyerang kt semua bahagian bumi yg ada sumber air.. so, satu-satunya tempat yg selamat utk manusia ialah kt padang pasir.. biler sekumpulan askar US marine yg berada di LA menemui senjata yg dpt memusnahkan kapal angkasa makhluk asing tu.. mereka nekad berperang habis habisan..

I gave 4 star for this movie.. but please take note this is my personal opinion ok.. huhu

p/s : ada lg 1, 2, 3, 4 movie nak kena tengok.. sbb semuanya best! adeii

March 11, 2011

Identiti diri melalui jenis percutian

PULAU


Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan. Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!

Personaliti :
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.

Percintaan :
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.

BANDAR-BANDAR BESAR


Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan serta pusat membeli belah yang banyak dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu tersebut.

Personaliti :
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros.

Percintaan :
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.

TAMAN TEMA


Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak. tapi tidak kurang juga, ada segelintir golongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.

Personaliti :
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.

Percintaan :
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.

BANDAR / KOTA BERSEJARAH


Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.

Personaliti :
Individu yang gemar bercuti di tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar ditafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan, mereka lebih gemar berpakaian ringkas. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.

Percintaan :
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukar untuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.

GUNUNG-GANANG


Mendaki gunung, berekspedisi dan menghabiskan masa di kawasan hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.

Personaliti :
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.

Percintaan :
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali

Source : 1001 rahsiadiri

p/s : utk suka2 jer taw.. x semestinya betul.. eita tgh activate 'cuti2 mode' nie.. ngeee

March 8, 2011

Buah "apple"

Entry nie dah lama eita peram sebenarnya.. ngeee! nie misi kami semasa mencari hadiah utk mikael sempena his 2nd birthday less than 2 weeks from now.. berakhir di harvey norman.. pheww!

sesi kecek - mengecek sebelum eita memetik 'buah epal'.. ekeke

bab bayar membayar.. kita serahkn saja kpd menteri kewangan.. coz dia yg lebih arif.. tqvm hubby! i luv u chup chup!

hasil borongan bulan nie.. lumayan sungguh! now kami kena kerja keras carik $$$ lg..

p/s : these rewards just for 3 of us.. after we've been working so hard! ngeee

March 7, 2011

Kelebihan ayat 1000 dinar


Ayat 1000 dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3

Firman Allah SWT yg bermaksud :-

{2}……dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu..

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat 1000 dinar ini ialah :-

* Dibaca apabila kita hendak bertawakal terhadap sesuatu perkara
* Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
* Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3 kali kemudian diberi minum, insyaAllah si pesakit akan sembuh

Mungkin banyak lagi kelebihan2 ayat 1000 dinar ini.. sbg hamba kita wajib berusaha, berdoa dan bertawakal kpdNya..

Btw.. eita bukannya nak berkhutbah tp cuba betulkan diri juga.. sbb kdg2 eita pun mudah melatah.. if something happend not according to my plan.. bila eita belajar utk redha.. hati menjadi lebih tenang.. then only i can look at the bright side.. maybe Allah has a better plan for me.. syukur alhamdulillah..

March 3, 2011

to-do-list

Pheww.. settle jugak akhirnya february tasks yg super duper padat tu.. so, eita boleh menarik nafas lega sket.. huhu

Now let's get thru my new to-do-list for march + april 2011 :-

1) Wedding + make-up job

2) Beli birthday present for mikael - hope u'll like it cayang

3) Langsaikn 'hutang' kt encik hubby

4) Order colorful macarons.. yummylicious!

5) Hubby exam - tp eita pulak yg nervous.. coz i care about him *hug*

6) Birthday mikael - oh yer diz weekn kena settlekn tempahan

7) Hair-do class

8) Family day

9) 1st vacation.. yeay! excited bangat

p/s : chaiyuk2 norita!

February 28, 2011

Glowing with red glow - week 4

Setiap pertemuan.. pasti ada perpisahan.. itu lumrah! x sangka masa begitu pantas berlari.. sedar x sedar; make-up class kami dah pun sampai ke penghujungnya..

Sekalung terima kasih yg x terhingga ingin eita ucapkn kpd kak arlina dan kak najwa.. jasa baik mereka akan eita kenang sepanjang perjalanan dlm bidang ini.. tidak sedikit ilmu yg eita timba.. dan insyaAllah akan eita manfaatkn sebaiknya..

Hari terakhir tu.. kak ina n kak najwa berjaya dapatkn Amy Janz utk menggantikn Ayang Kamell yg x dpt dtg on our last slot class.. ramai yg dah taw Amy Janz nie MUA kpd Rozita Che Wan dan dia juga ada terbitkn buku sendiri utk teknik asas solekan.. huhu

Mmg dia x kedekut ilmu taw.. bagi tunjuk ajar dan tips2 dgn details.. some more dia mengajar utk bridal makeup technique.. so, bnyk laa info baru yg eita dpt.. thanks Amy Janz!

Selepas tu.. masing2 sibuk dgn sesi fotografi.. then ambil brg2 makeup yg kami order.. dpt 20% discount taw.. best2! tp dlm pd seronok tu.. tentu laa terselit juga rasa sedih sbb hari tu merupakn kelas kami yg terakhir..
Of coz dlm ramai2 tu.. ada antara mereka yg terasa sgt dekat di hati eita.. kami dah bersama selama 4 minggu.. and we're getting closer.. tp xper.. ada rezeki insyaAllah kami akan berjumpa lg hujung bln nie.. masuk kelas sanggul pulak.. excited!!

p/s : keep in touch dear ladies.. huhu

February 24, 2011

Chewies - Vitamin C

1 of my friend hadiahkn chewies - vit c utk mikael.. then tiba2 eita terfikir sendiri.. kenapa selama nie x terlintas langsung dlm kepala nie utk berikn supplement kpd mikael? mungkin sbb dia jarang sakit teruk.. or paed dia x pernah suggestkn tentang benda nie.. or maybe eita terlepas pandang?


So, eita pun cari maklumat kt forum utk mengetahui kebaikan memberikn supplement nie kpd anak2 kita.. dan semestinya; i've found useful information..

Pendapat ibu 1 :- chewies multivitamin nie mmg elok.. xder chewies nie selera mkn anak saya jadi kurang.. klu tak dia asyik nak mkn junk food jer..

Pendapat ibu 2 :- i think food supplement is the best investment.. sejak i ambil food supplement utk anak i.. i spend less on clinic bill.. kdg2 kita terlalu fokus pd harga yg mahal.. hingga kita terlupa we end up spend more on medical bill.. think about it..

Ermm.. x salah mencuba kan? banyak jenis multivitamin kt luar sana yg sgt baik.. klu sesuai dgn mikael.. apa salahnya eita jadikn chewies nie sbg mknn tambahan utk dia.. betul x? investment katanya..

p/s : klu korg nak bg pendapat.. meh laa share.. huhu

February 23, 2011

wordless wednesday

After almost 2 years being a blogger ---> baru terhegeh2 nak buat benda alah nie?!

What is Wordless wednesday?

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.. hence the 'wordless' title.. the idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description..


Source : Answers.com

February 21, 2011

Glowing with red glow - week 3

Hoho.. minggu yg sgt exciting!! 2 hari berturut2 ada MUA (Make Up Artist) yg dtg ke class kami sbg tenaga pengajar.. dan 2 hari berturut2 jugak laa eita menadah muka menjadi model or mangsa contengan.. hehe

Rimas wooo pakai makeup tebal2 nie.. that's so not me.. but hey! nama pun belajar kan? makanya yg pelik2 segala mala kena laa buat.. no exceptional.. semua kena amik turn utk menconteng muka org atau menjadi mangsa contengan.. fair and square rite..

Saturday - Fantasy makeup by Valshuq Izzadi

Wuwu.. sgt teruja sbb eita dah lama follow blog Valshuq sejak dari mula2 eita menceburkn diri dlm bidang andaman lg.. siapa sangka yg 1 hari eita dpt belajar teknik2 makeup drpd dia sendiri? it's like a dream come true u know.. eita sgt suker tengok his makeup style.. especially part mata.. and his final touch selalunya akan membuatkn muka pengantin nampak glowing2 gitu.. huhu

But this time.. dia dtg utk mengajar kami tentang fantasy makeup.. from my understanding this makeup technique require ur creativity and imagination.. no rules or symmetry.. boleh gunakn apa saja bahan drpd bunga plastik sampai laa ke bulu burung merak.. sila percaya!


Valshuq touch..

Fantasy makeup class..

Selain drpd foundation and eyeshadow.. kita perlu bijak bermain dgn pigments and glitters.. hanya group kami saja yg berani mencuba teknik nie.. and the result? it's quite impressive utk org amatur mcm kami.. kan? kan? practice make perfect lorr..


hasil sentuhan ika + nemo.. good job girls!

Sunday - Stage makeup by Apple

Sangkaan eita meleset sama sekali bila ingatkn Apple (MUA) from MAC tu seorg chinese lady.. bila dia bagi salam dgn menyeret makeup boxnya masuk ke dlm class kami.. terkedu kejap! sbb orgnya sgt cute.. ada lesung pipit lg.. iras2 yusry KRU sket.. kemain tersengih lg bdk2 perempuan kt dlm class tu.. ekeke! gataii korg yer..

Steps utk stage makeup/ photoshoot nie basically sama saja.. just a little bit lite or natural compared to bridal makeup.. kena jugak ambil kira kehendak customer atau tema tertentu.. as per his advise.. paling selamat menggunakn warm color or cool color.. kebetulan weekn nie eita ader makeup job utk pre-wedding photoshoot.. so, boleh laa eita apply tips2 yg baru.. tqvm Apple!

hasil sentuhan cik suraya.. very dramatic look on my eyes.. huhu

last but not least.. with my classmates yg mmg happening.. i'm gonna miss u ols after this.. wuwu

February 17, 2011

Oh macarons!





OMG.. bukan Oh Murah Giler okay! tp sbb menahan perasaan krn macarons nie sgt laa tempting!!

Apa itu macarons?
Ia adalah sejenis kudapan manisan org perancis yg diperbuat drpd ground almond, caster sugar and egg white.. 2 keping shell diletakkn jem atau filling di tengahnya spt sandwich..

Apa rasanya?
Crispy di luar and chewy di dlm.. bila kita gigit rasa crispy.. lepas tu kt dlm rasa chewy and melty.. ya ampunnn! boleh bayangkn x betapa sedapnya.. nyum! nyum!

Misi
Wajib cari sampai lubang cacing.. hoho

p/s : kenapa lately asyik nak mkn jer ek? kena check semula my last period date.. my oh my!

February 15, 2011

Glowing with red glow - week 2

Bahagian kedua drpd entry sblm nie.. sama mcm last week.. eita hanya dpt menghadirkn diri pd hari ahad sbb bizi dgn wedding job.. but still i can catch up aper yg diorg belajar hari sblm tu; socket eyes.. nie merupakan eye makeup technique yg paling eita suka compare to smokey eyes..

Nak taw knp? smokey eyes bkn boleh buat pada sebarang mata.. dpt mata besar or froggy eye mcm puan appledia tu.. mmg syok laa menenyeh.. tp klu mata tu kecik lg kan sepet.. salah cara boleh jadi bertambah sepet.. adeii! 1 more thing.. u must know how to blend the color VERY WELL.. if not bisa nampak LEBAM gitu.. ingat senang ko?!

Rupanya diz week.. group kami telah dirombak semula disebabkn ader pertambahan ahli baru.. from group B last week.. now eita masuk group E.. it's okay for me.. sbb dpt berkenalan dgn klik yg baru.. cik tim + kak emy (ader spa u) and dila..


before make over..

Cik tim jadi model hari tu.. so, biler masing2 main tolak2 brush and sponge.. akhirnya eita decide utk 'makeup'kan cik tim.. bkn x nak tp nak bg peluang pada yg baru.. since kak emy and eita dah selalu makeup muka org.. kami suruh dila cuba tp dia ckp belum bersedia lg.. it's ok then.. huhu

Frankly speaking.. sangat susah biler eita perlu bekerja without my own makeup kits + makeup tools.. sbb my style.. biler eita start makeup org.. i really need to focus.. klu dah berlari-lari ke sana sini cari tools + alat makeup.. kan gangguan namanya tu.. automatic teringat my puff + touch up brush kt rumah.. ekeke


after make over.. kak ina bagi markah 9/10.. huhu! i take it as compliment..

Sblm class berakhir ptg tu.. kak ina tunjukkn 1 lg teknik baru kpd kami; layer technique.. sukanya! totally new for me but i think it awesome.. boleh laa eita cuba slps nie.. then next week will be my turn jadi model atau mangsa contengan.. hikhik!


Class dijangkakn semakin menarik next week.. kami akan belajar.. stage makeup + fantasy makeup.. dengar2 citer ader MUA yg turun.. best2!

February 14, 2011

No compromise

Siapa cakap biler eita busy with my bridal job + makeup class everything.. eita xder masa utk encik hubby and my beloved son? huhu


see.. kami siap boleh bersanding sekali lg taw.. ekeke

Masa utk mereka wajib sentiasa ada.. begitu jugak dgn encik hubby.. sesibuk mana pun dia.. tetap akan luangkan masa utk kami berdua.. no compromise! if ada extra time.. baru kami akan spend dgn family kami.. terasa rindu-rinduan baru laa best kan?


I love this feeling u know.. selepas bertungkus lumus dgn wedding job + makeup class + trial makeup session + majlis perkahwinan kwn kami.. at the end of the day.. eita kembali kpd mereka berdua.. hilang segala penat lelah.. and of course.. it always nice to be paid for doing something u love..


As promised.. lepas jer habis class.. kami pun berdesup ke SACC mall utk melihat sesi ujibakat tom tom bak.. ramai jugak kids yg berbakat taw.. terhibur tengok persembahan mereka.. mikael pulak lebih teruja melihat belon2 hijau oren yg ada kt situ.. ekeke! but he seems so happy sampai meronta-ronta xnak balik.. adeii


Kemudiannya.. eita pergi meninjau pameran pengantin yg berlangsung di dlm convention centre.. dah alang2 sampai.. so, sambil menyelam minum air laa kan.. bagus laa sbb dah ader inisiatif utk membuat pameran seumpama nie di luar kawasan lembah klang.. klu zaman eita dulu.. nak tengok pameran nie mmg kena gi kt mid valley jer laa.. hehe


Salah 1 pelamin yg menggamit hati.. saban tahun semakin pelbagai.. juz sediakan saja ongkosnya.. huhu! at least biler ader pameran mcm nie.. sket sebanyak dpt membantu dan memudahkan urusan bakal2 pengantin..

Bila perut masing2 dah krok krek.. krok krek.. kami pun menghalakan kereta ke sushi king.. melayan selera mama yg teringin nak mkn sushi.. biasa laa mama miq tu.. selagi xdpt hatinya x senang.. ekeke!


Our menu; irodori gozen for encik hubby + sushi king gozen for me + chawanmushi n yakult for mikael.. yummylicious! sedap hingga menjilat chopstick.. haha


Last but not least.. kami ke tesco bkt tinggi utk membeli brg keperluan.. hajat di hati nak cari kuda getah utk mikael.. tp sayangnya dah x restock lg kot.. so, kami belikan dia new bicycle sbg ganti.. nampak x tu.. punya laa x sabar.. sampaikn miq menunggang bicycle kt dlm troli.. sabar jer laa.. hikhik

p/s : hecticnya hidup but i loikee it!

February 8, 2011

Glowing with red glow - week 1

Don't stop learning because it's on going process.. dan pada masa yg sama.. peluang itu dtg.. thanks a lot to red mummy.. disebabkn info dari kak red laa.. maka eita dpt chance utk mengikuti free make-up course from red glow.. yeay! sana sinun merah..


make-up kits + make-up tools semua ditaja sepenuhnya oleh red glow..

Okay.. back to the story.. eita hanya dpt menghadirkan diri pd hari ke-2 kelas bermula.. dah tu nak buek camno.. i ader job last saturday.. tp xper; sbb eita boleh catch up lg aper yg diorg pelajari; smokey eyes.. i know the technique.. but it's quite different from what i've learned before.. ini laa yg eita nak!


mangsa contengan minggu ini.. puan linda.. huhu

1 perkara baru lg yg eita pelajari.. kita boleh buat shading pipi pd peringkat awal solekan.. berbeza dgn aper yg eita apply kebiasaannya.. but hey! bak kata kak ina.. xder istilah salah atau betul.. sbb lain org lain caranya.. yg paling penting.. solekan tu cantek + menjadi.. jgn jadi badut sudah laa.. ekeke


kak ina; salah sorg sifu kami.. the other one is kak najwa.. admire tengok kejayaan mereka!

Knp eita join kelas nie? of course utk tambah pengetahuan tentang ilmu solekan + new technique + it's free u ols.. huhu! for me.. kami sama saja.. x kira laa ader antara kami yg dah ader basic tentang make up.. dan ader juga yg baru 1st time pegang brush.. tp diorg nie fast learner taw.. 1st class jer dah dpt compliment from our sifu.. hebat x hebat laa kan?

Rata2 kwn baru eita dah pun update tentang kelas mekap kami dlm blog masing2.. x sangka ramai jugak antara mereka tu blogger tegar.. best2! so, bertambah laa rakan blogger mama miq.. huhu

p/s : until next episode yaaa.. sbb kami ader 6 kelas lg slps nie.. lalala