Pages

September 19, 2013

Sports Day @ Janda Baik

Assalamua'laikum wbt..

Nie cerita 7th Sept yg lepas.. at last, my dept berjaya organize kami punya own sports day.. maksudnya internal activity.. tak involve keseluruhan staff Cma-Cgm.. sebenarnya dah lama sgt perancangannnya.. dgn mcm2 kekangan.. tp Alhamdulillah, everything goes according to our plan.. fuhh! *ingat senang jadi salah seorg committee member?*

Please bear with me.. entry kali nie mmg banyak gambar yer cik jah..

Suria Hill Country House, Janda Baik


Just a day trip to Janda Baik.. eventho tak semua staff ROPC dpt join.. tp mmg happening! semua orang sgt sporting dan kami enjoy dgn semua aktiviti yg disediakan oleh event coordinator..

Cuaca yg baik, suasana yg sejuk dan redup serta sungai yg mengalir perlahan.. sbb tu kami pilih Janda Baik utk aktiviti kami kali nie.. huhu

perbincangan serius among the committee..

Basically.. ada 5 telematch yg perlu kami "complete"kan.. dan kami dibahagikan kpd 4 kumpulan.. last eita pergi sports day masa sekolah menengah dulu kot.. punya laa lama kan.. so, of coz rasa excited lebih sket.. hehe

my team, Fantastic 4.. yg baju hitam tu the event coordinator..

Game yg pertama adalah treasure hunt.. kami diberikan 10 soalan teka-teki dan ada sesetengah soalan tersebut kami perlu mencari objek2 tertentu.. keputusan akhir dimenangi oleh kumpulan kami!

Salah satunya.. cuba teka binatang apa tak tahu malu? jawab.. jawab..

cubaan kumpulan D'Avengers utk meyakinkan pengadil dgn jawapan mereka.. hihi

Game yg kedua; dress making competition.. dgn temanya Superhero Malaya.. kami diberikan surat khabar dan stapler utk dijadikan pakaian kpd salah seorg model setiap kumpulan.. gelak mcm nak pecah perut kami dibuatnya..

mcm2 nama ada.. hikhik! dan dimenangi oleh kumpulan Jupiter..

Game yg ketiga; animal planet.. game yg agak lucu.. semua ahli kumpulan dikehendaki menutup mata masing2 dgn sehelai kain.. kemudian perlu mencari semua ahli kumpulan yg lain berdasarkan bunyi haiwan2 tertentu.. kumpulan kami kalah teruk time nie.. maw taknya.. dah tu kami dpt bunyi ular.. ular ada bunyi yg kuat ker? haha

sebelum masing2 ditutup matanya.. huhu

Game yg ke-4 nie pun menarik; helicopter spinning.. mmg berpusing dibuatnya sbb masing2 kena berlari-lari, berpusing-pusing dan membaling bola ke dlm bakul.. yer nampak mcm senang jer cik jah.. cuba buat kita tengok.. hikhik

acara nie dimenangi oleh kumpulan Super 5.. menang jugak akhirnya.. hihi

Last but not least.. acara yg paling best.. tug of war atau tarik tali.. masa pembahagian kumpulan.. serius kami dah kecut perut.. sbb team lawan semua badan besar2 ok.. kumpulan kami alahai cecomel jer semua.. haha!

Team lawan.. pheww

Tp takper.. mari kita mengatur strategi..

Tarik.. tarik.. ada chance nie wey!

Yeay! kemenangan di pihak kami..


Selepas semua telematch selesai.. masa utk makan dan juga penyampian hadiah serta cabutan bertuah.. mmg seronok sgt!


nyum.. nyum

Dan sebagai acara penutup.. tentu laa aktiviti main air.. hihi! water attack mmg favorite game sbb buatkan orang lain jadi basah kuyup.. cisss!


p/s : lepas nie sibuk dgn annual dinner pulak.. nak pakai baju apa ek? ermmmmm

September 18, 2013

New addiction : Aidijuma

Assalamua'laikum wbt..

Setelah 2 tahun lebih dgn #fareeda.. akhirnya eita terbuka hati utk berbawal semula.. bukan ikan bawal tu yer tp tudung bawal.. like u dunno kan cik jah? hehe.. maybe disebabkan rasa jemu agaknya.. atau boleh dikatakan teringin nak mencuba style/ pattern tudung yg lain pulak barangkali..

Actually sejak lepas raya eita dah mula mix pakai fareeda dgn tudung2 yg lain mcm shawl dan syria @ tudung instant.. then biler belek2 tudung bawal hadiah from my mother in law.. tetiba eita tergerak hati nak cuba pakai semula tudung bawal..

punyalah ramai orang.. fuhh

Kebetulan last monday.. Aidijuma buat sales sempena Hari Malaysia.. semua pattern less 50%.. tak ker rasa merenyam nak pergi kan? dan kebetulan juga.. my bestie kt Kota Damansara buat makan2.. so, umpama pucuk dicita, ulam pun tiba.. otw pergi ke sana, eita sempat singgah kt kiosk Aidijuma @ The Curve.. sambil menyelam, minum air gitu.. weeee!

can u spot me? hihi

Eita sampai kt sana dlm pkul 10.30am mcm tu.. Q dah panjang sampai ke Padini.. disebabkan nie 1st time eita join aidijuma sales, mcm blur sekejap nak buat apa dulu.. but after that eita pun join the crowd and grab tudung2 yg eita berkenan..

One good thing yg eita noticed.. even mcm tu punya ramai orang, tak ada pun adegan tolak menolak atau bertarik2 tudung kt situ.. semua sopan santun memilih, if tak jadi ambil letakkan semula tudung tu kt tempatnya atau pass pada org lain.. klu terlanggar bahu ker.. masing2 cepat say sorry.. eita suka keadaan itu.. berbeza sgt dgn masa sales kt fareeda.. sungguh dahsyat.. their attitude away different!

So, nak tengok pattern apa yg eita grab? tak banyak pun cik jah.. huhu

Bawal tone.. RM15 before less.. eita grab 3 helai sekaligus!

Bawal plain.. RM7 after less = RM3.50

Bawal checkers.. RM46 after less = RM23

Bawal stripes.. RM47 after less = RM23.50

Bawal geometri.. RM55 after less = RM27.50

Bawal sunflower.. RM59 after less = RM29.50

Dan yg paling best.. eita dpt grab hot item of the day at cheaper price! sebenarnya mmg kurang arif tentang aidijuma latest design.. tp biler semua orang bercakap pasal bawal songket.. eita pun nak! hihi

Bawal songket.. RM56 after less = RM28 only! kwn eita ckp.. ada yg beli tudung nie then jual semula kt online for RM76! ermmm

Lepas eita cuba pakai tudung bawal aidijuma.. can say that i'm in love with it! materialnya lembut, agak labuh, coraknya cantik dan senang dibentuk.. kelebihan fareeda pula less pin @ brooch! huhu.. tp eita akan pakai kedua-duanya.. tak laa sampai nak letgo semua my fareeda collection.. sayang woiiii! hehe

p/s : harga sehelai fareeda ring velvet = 9 helai tudung bawal aidijuma! mmg berbaloi-baloi cik jah..

September 9, 2013

Kaison, Paradigm Mall

Assalamua'laikum wbt..

Hai cik jah semua.. wahh rindunya kt blog kesayanganku ini.. mentang2 laa hari raya sebulan.. cuti menaip pun sampai berbulan2 ker? isk


Nie cerita raya ke-3 yg lalu.. dlm pada kami ke sana ke mari beraya mengunjungi sanak dan saudara.. tp sempat jugak singgah kt tempat nie.. eita mmg dah lama berhasrat utk menjenguk Kaison nie.. katanya best mcm Ikea.. tp punya laa sibuk, so tak sempat nak pergi ke situ sebelum raya..

Kaison terletak kt tingkat 3, Paradigm Mall, Kelana Jaya.. ada satu lagi branch kt KL Festival City Mall.. mmg teruja sgt masa mula2 nak masuk.. tengok jer laa kt bahagian depannya tu.. very attractive!

bukan utk dijual.. hihi


Ada mcm2 barang hiasan rumah kt dlm nie.. juz name it laa.. drpd bunga-bungaan, pasu kaca dan ceramic, langsir, lukisan, diy wallpaper, jam dinding, alas meja, chair pad dll.. eh pendek kata semuanya ada! maw tak rambang mata dibuatnya.. comel2 dan murah pulak tu!

Yg nie pulak antara yg telah disambar utk rumah batu merah kami.. *suka*

artificial flowers + vase..

a beautiful painting..

and a wall clock..

p/s : selepas nie kami akan dtg lagi.. for me utk decoration items kt sini kita punyai pelbagai pilihan.. tp rasanya klu nak saing2 ikea secara keseluruhannya.. banyak beza kot.. huhu

August 13, 2013

Ada - Fynn Jamal

Assalamua'laikum wbt..

Antara lukisan dan puisi.. eita pilih puisi.. dan mungkin juga kerana puisi itu adalah seindah lukisan.. tak ramai yg tahu.. kenapa eita suka sgt dgn filem "Ada Apa Dgn Cinta".. bukan saja disebabkan oleh Dian Sastro yg cantik jelita atau kekacakan Nicholas Saputra semata.. kerana dlm AADC ada puisi2 yg indah..

Sama jugak dgn Fynn Jamal.. eita sukakan dia kerana penulisan beliau.. kerana puisi beliau.. kerana pendapat beliau yg telus dan bersahaja.. tak salah kan? 

ADA..

"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.

Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.

Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. 
Aku cuma ada aku sebagai bukti.

Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".
Dan jangan sekadar minta sekali.

Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.
Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.

Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
Kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi Tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

Dan yang penting--
Sabar dalam menunggu.

InsyaAllah,
Inilah random kindness of the day aku." - Fynn Jamal

p/s : kdg2 lebih mudah meluah rasa melalui puisi.. huhu

August 2, 2013

Fareeda : tudung raya?

Assalamua'laikum wbt..

Hello cik jah.. pejam celik pejam celik dah pun 24 Ramadhan hari nie.. eh tinggal 6 hari jer lagi? klu masa kecik2 dulu.. excited hitung hari everyday.. siap pangkah calendar segala.. dok kira bila laa nak raya? but now.. the feeling juz biasa2 jer.. excitednya maybe cuma utk menyiapkan preparation raya for my son serta dpt berkumpul dgn family dan kawan2..

Tapi dlm pada tak excited sgt tu konon2nya.. ada jugak laa beli baju raya sepasang 2.. dan tudung raya jugak.. gituuu! hehe


Biler menjelang hari raya.. ada sket kenangan laa.. kali pertama mengenali tudung fareeda nie masa eita sibuk mencari tudung raya pada tahun 2011 kt butik shah alam.. sedar2 jer dah 2 tahun lebih dgn fareeda.. huhu


For me yg nie corak printed paling kababoom utk Aidilfitri 2013.. sbb corak leopard tu very mininal dan dikombinasikan dgn corak abstrak serta warnanya mmg menarik.. tak tido malam terkenang2.. hikhik


Fareeda mmg banyak keluarkan mcm2 corak printed sepanjang bulan Ramadhan nie.. so, klu cik jah nak pergi.. minggu nie last promotion utk Jualan Masyhur okeh.. eita sempat pergi 2 kali ke butik Bangi.. butik fareeda yg baru nie lebih luas, selesa dan dah ada numbering system..

cantek kan?! I have told u cik jah.. huhu

July 29, 2013

Minimalist concept

Assalamua'laikum wbt..

Dah lama tak bercerita tentang Rumah Batu Merah kami.. there is nothing much to update.. coz banyak lagi renovation project yg tertangguh.. ke tahun depan barangkali.. atau tahun2 berikutnya.. hikhik

"Minimalism is a king of clutter free homes.. where everything is reduced to only its necessary elements - Interior Designipedia"

Itu konsep yg kami suka.. sbb size rumah kami bukannya besar mana dan rasanya itu laa konsep yg paling sesuai dgn citarasa dan budget kami.. huhu

eita mahukan rumah yg lapang, bebas bergerak dan tak terlalu "sesak" dgn perabot.. so, salah satu element penting ialah pemilihan sofa.. salah pilih, maka lain jadinya.. sbb sofa nie akan mengisi sebahagian  atau keseluruhan ruang di dlm rumah kita.. fuhh!

modern minimalist sofa.. simple jer.. huhu

elegant minimalist sofa.. niceee..

Purple kah?

p/s : klu dulu masa kt rumah sewa, kami just beli basic sofa jer.. bertahan jugak laa sampai sekarang cik jah.. but now,  payah sungguh nak membuat pilihan sofa yg sesuai utk rumah sendiri.. *pening lalat*

July 28, 2013

PNT - 2nd session

Assalamua'laikum wbt..

25th July 2013 - Parents and Teacher meeting for the 2nd session utk tahun nie.. mcm yg pernah eita citer sebelum nie.. ada 3 kali sesi penilaian kt kindie Mikael.. dan setiap kali mama yg kecut perut.. hihi


Alhamdulillah.. we received another positive feedback from his teacher.. banyak sgt yg dah improve especially on reading part.. terkejut kami biler teacher Lin bagitaw Mikael dah masuk buku 3A (Peter and Jane) sbb kt rumah juz ada buku 1A - 2C jer.. kena laa add on lepas nie.. *syukur*


Bacaan doa pun dah semakin bertambah.. selain Al-fatihah, surah Al-Ikhlas pun dia dah hafal.. sejuk hati kami bila dengar dia dah boleh baca doa utk ibu bapa tu taw.. sobs sobs *touching*

Tapi.. ada jugak part yg kami kena polish selepas nie.. writing skill kena improve sampai dia boleh write down nama sendiri.. yg hairannya.. tulis nombor lulus pulak.. huhu! and more thing.. bab coloring pun kena practice.. biler kawan2 yg lain dah siap mewarna, dia masih dok terkial-kial lg... bukannya sbb tak reti.. tp terlalu fokus then nak bubuh color tones segala kt every picture.. kami dengar nak tergelak pun ada..

Progress report.. klu excellent sekali lg.. kena laa ayah tunaikan janji.. huhu

the costumes..

Haaa.. yg nie agak menarik.. teacher Lin jugak bagitaw kami yg Mikael akan buat persembahan masa Graduation Day bulan September nnt.. berlakon jadi pirate katanya.. ewahhh! Captain Jack Sparrow ker nak oii? hahaha

p/s : so far, kami mmg berpuas hati dgn kindie Mikael.. progress Mikael nampak memberangsangkan.. ada banyak aktiviti dan teachers pun baik hati.. tp biler memikirkan pengurusan taska.. haih! pening kepala dibuatnya.. *dlm dilema*

July 11, 2013

Cutie Tie

Assalamua'alaikum wbt..

Baru masuk hari kedua berpuasa.. encik posmen dah datang ketuk pintu office.. tapi bukan hantar parcel utk eita taw.. biler kita dah ada anak nie.. mmg pantang mak nenek laa menengok benda2 yg comel.. then laju jer jari nie klik sana sini.. alih2 dah transfer the money.. wuwu

now cakap.. comel tak? comel tak?

yg nie sesuai utk gegirl kot.. huhu

Maklum laa cik jah.. anak aii cuma bujang seorg tu jer (so far).. so, klu utk dia mmg kami jarang berkira.. utk dia.. utk dia.. hey! utk dia.. *tetiba* lagi pun.. anak lelaki bukannya mcm anak perempuan.. juz name it segala mala accessories utk girls.. from head to toe.. paling senang nak "gayakan" anak perempuan nie.. klu anak lelaki pulak.. kita kena jadi kreatif sket.. sbb accessories utk mereka very limited.. balik2 benda yg sama jer.. kan?


Maka salah satu caranya.. eita belikan cutie tie yg colorful nie utk Mikael.. tp nak pakai biler? ermm masa raya nnt pun boleh lorr.. huhu

Tak sabar pulak rasanya nak tengok Mikael pakai nnt.. ngeeee!



Last but not least.. eita nak ucapkan "Selamat Berpuasa" dan "Salam Ramadhan" to all the readers.. mohon maaf klu ada tersilap kata dan tersalah bahasa.. semoga Ramadhan kali nie lebih baik drpd yg sebelumnya.. insyaAllah

July 5, 2013

#Hi5 Air Asia

Assalamua'laikum wbt..

sila klik utk tumbesaran.. *ayat standard*

Nahh! amik nie.. ada lagi promo tix murah.. cik jah dan kak kiah semua boleh laa dok menghadap website AA this coming monday.. manataw ada rezeki boleh dpt harga hebat utk ke destinasi yg hebat.. baru laa rasa hebat kan? huhu

Kali nie eita tak plan nak berebut dgn u ols.. trip yg sedia ada tu pun eita tak fikir apa lagi.. pada hal plus minus lepas raya nnt tinggal beberapa bulan jer.. *mood hilang entah ke mana*

nie laa salah satu tempat yg kami nak pergi..

lepas tu.. teringin nak menikmati pemandangan malam kt sini juga..

p/s : ada sesiapa yg sudi nak tolong eita siapkan itinerary? cak pong.. cak pong..

July 4, 2013

Orked by Jovian Mandagie

Assalamua'laikum wbt..

Sana sini orang dok bercerita tentang koleksi Orked nie kan.. baik kt blog, fb, twitter mahupun ig.. well dah nak dekat musim raya katanya.. pulak tu ianya hasil sentuhan designer terkenal; Jovian Mandagie.. maka berpusu2 laa cik jah sekalian ke TESCO yg terpilih.. huhu


Well.. eita pun sebenarnya tak lepaskan peluang mencuba koleksi Orked nie.. even klu ikutkan warnanya bukan laa warna tema raya kami tahun nie.. tp ianya color yg segar..

Masa eita pergi kt Tesco Bukit Tinggi Klang, juz tinggal 2 design nie jer.. boleh dikatakan hampir licin okeh! pilihan size pun dah tak banyak yg tinggal.. confirm ramai cik jah dan kak kiah kt luar sana yg dah sambar baju nie kan.. huhu! harga pulak mmg berpatutan.. RM240 jer sepasang..


cubaan #1.. apsal laa tak comel mcm model tu pakai? 


cubaan #2.. tinggal size M jer.. gedoboh mcm pinjam baju makcik leha.. adeii

But in the end.. eita tak jadi beli pun.. sbb utk baju eita muat pakai size "S".. tp problem tang kain pulak sbb kena pakai yg size "M".. itu pun nak kena alter kecikkan sket.. mana nak cari size kain between S-M?  omaii! lagi pun eita mmg ada masalah beli baju ready-made sejak drpd dulu.. *maaf bukan body model.. sobs*

Tp utk sedapkan hati sendiri.. takper laa if takder rezeki.. at least masa raya nnt tak laa bertembung dgn orang lain mahupun jiran tetangga yg pakai baju sama dan serupa dgn kita.. ngeeee

p/s : eita dah dpt ilham baju raya mcm mana yg eita nak utk tahun nie.. huhu! hello, puasa dulu baru fikirkan pasal raya ok.. cik jah dah habis ganti puasa ker belum? cepat2 audit.. hehe