Pages

May 24, 2013

Koh Samui, Thailand - Part II

Assalamua'laikum wbt..

Sambungan drpd.. Part I entry..

Tempat2 Menarik

Actually ada banyak pantai2 yg menarik kt Koh Samui.. tp kami cuma sempat pergi ke Lamai beach jer selain Chaweng beach, tempat kami stay.. honestly mmg banyak aktiviti yg kita boleh buat kt sana.. tu sbb even stay 5d4n pun tak sempat nak cover semua tempat.. utk info lebih lanjut boleh baca kt sini tentang pantai2 tersebut.. huhu



Chaweng beach.. the most happening area baik siang atau malam.. ikut korg laa nak balik ke bilik masing2 pukul berapa sbb night life kt sana mmg hidup.. as for us; tido itu lebih nikmat.. hikhik! 

Antara yg sempat eita buat kt sana; snorkeling kt Koh Tao dan Koh Nang Yuan yg mengambil masa lebih kurang 2 jam perjalanan dari Chaweng dgn menaiki speed boat.. price 1800 baht - 2000 baht per person depend pd package yg cik jah dpt.. 

Dari segi view.. Koh Nang Yuan mmg cantik coz it's a private island.. dgn pasir yg sgt halus.. tp mintak ampun panas berdengking.. pulau tu hanya dibuka utk para pelancong luar hingga pukul 5pm jer.. sebarang jenis plastik, outside food and drink are not allowed termasuk laa botol air mineral.. tapiiii.. dari segi hidupan laut & coral.. ermmm amat menyedihkan.. banyak coral yg telah mati dan bahagian tepi pantai dipenuhi dgn gamat jer.. nasib baik eita tak jadi sewa waterproof camera yg berharga 500 bath ok.. if not rugi jer.. fuhh


Lomlahk.. our speed boat..

Koh Nang Yuan..

sungguh indah ciptaan Tuhan..


Agak lama jugak kami kt sana sebelum bergerak ke check point kedua; Koh Tao.. eita rasa happy sket sbb hidupan laut & coral kt sana better than Koh Nang Yuan.. dpt laa jugak melihat coral dan ikan yg besar2 dan berwarna warni.. tp sejujurnya; sikit pun tak dpt menandingi underwater life negara kita.. i've been to Redang, Tioman, Mabul dan Perhentian island.. dan dunia bawah laut kt pulau2 di negara kita jauh lebih cantik serta menakjubkan.. Malaysia sgt istimewa.. 

otw to Koh Tao..

agak dlm dan diorg main campak jer kita kt tengah laut.. hihi

Lamai Beach

Terletak bersebelahan dgn Chaweng beach dan mengambil masa lebih kurang 20 minit jer dgn menaiki motor.. boleh dikatakan kami kerap berulang alik dari Chaweng ke Lamai.. salah satu sebabnya ada restoran makanan halal dgn menu yg sgt ohsemmm kt sana! nie akan eita ceritakan dgn lebih detail kt dlm bab makanan halal nnt.. huhu

Selain tu.. kerana grandfather & grandmother rock (Hinta Hinyai) juga terletak kt area Lamai.. mmg laa batu jer pun tp sgt unik sbb menyerupai organ sex lelaki dan perempuan.. tak percaya??

Hinta Hinyai..

buktinya.. ermmm

speechless..


The Hin Ta/Hin Yai legend is a tale of tragedy tinged with hope, as described on a signboard near the rocks: “A folklore of Samui Island tells the story of an old couple by the name of Ta Kreng (Grandpa Kreng) and Yai Riem (Grandma Riem) who lived with their son in the southern province of Nakhon Si Thammarat. Since their son had come of age, they felt that it was time he got married.

“One day they decided to sail to the neighbouring province of Prachuap Khiri Khan to ask for the hand of the daughter of a man named Ta Monglai. During their sea journey, their boat was seized by a storm. The old man and his wife were unable to swim ashore. They died at sea, turning into rocks as proof to the would-be bride's parents of their true intentions. The rocks stand there to this day.”

feeling sekejap.. hihi

in between Chaweng and Lamai.. there is one view point.. jgn lupa singgah ok!

klu cik jah nak turun ke bawah pun boleh..  pheww

Salah satu tempat menarik kt Koh Samui nie ialah Big Budha.. mmg sgt besar ok dan terletak kt atas bukit.. tp kami tak pergi pun.. sbb kami lebih excited mencari Muslim fishing village yg terletak di Ban Hua Thanon.. tak jauh dari Hinta Hinyai.. encik hubby sempat menunaikan solat jumaat secara berjemaah kt sana.. dan eita jugak tak lepaskan peluang utk solat di masjid tersebut.. kami happy giler biler dpt taw penduduk kt sana mostly boleh bercakap melayu-kelantan.. terasa mcm kt tempat sendiri.. huhu

satu-satunya masjid kt Koh Samui..

Masjid Nurul Ihsan..

Bungy Jumping

Huhu.. antara sebab utama eita nak sangat pergi ke Koh Samui.. coz nak challenge diri sendiri buat aktiviti nie.. yups eita taw kt Phuket pun ada jugak bungy jumping activity.. malah, kt sana antara yg paling awal menjalankannya.. tp entah laa.. maybe Phuket and Krabi is too commercialize for me.. dan mungkin jugak eita suka pergi ke sesuatu tempat yg baru dan kurang pendedahan mengenainya.. baru laa lebih adventure.. even klu ikutkan Koh Samui nie dah lama orang lain tahu.. but i can say it's not a favorite destination among Malaysian.. sbb eita tak jumpa ramai pelancong dari negara kita kt sana..

Ok back to the story.. yups i did it! syukur Alhamdulillah masih hidup lagi dan dpt berkongsi pengalaman dgn cik jah kt sini.. hikhik! 

Samui Bungy Jump.. mmg pro, ownernya Mike sgt baik hati dan mudah berurusan dgn mereka.. via email jer.. then siap jemput antar kami dari hotel.. masa nak terjun tu pun mcm2 pesanan penaja yg dia bagi pada eita.. haha! lucu pulak klu diingat2.. 


tempat kejadian..

this is Mike..

sayup2 di awan biru.. 50m meter = 164 feet!

Bismillah.. weeehooo!

My comment.. tipu laa klu tak takut.. ketaq kepala lutut ok.. tangan kaki jadi sejuk.. masa nak terjun tu Mike cakap eita boleh ambik masa selama mana eita nak.. dia tak akan tolak unless eita yg suruh.. tp eita terjun sendiri dan eita tak ambil masa yg lama.. sbb eita fikir dah sampai kt atas tu pun.. cuma eita tanya dia ada tak yg tukar fikiran sebelum nie? dia ckp ada.. haha! 

Pejam mata.. baca bismillah dan terjun.. haaa eita menjerit semahu-mahunya.. then biler selamat sampai kt bawah.. ada satu kepuasan yg tak dpt digambarkan dgn kata-kata.. mission accomplished! huhu

For this year, their rates are as follows:

1x Bungy Jump: 1500thb
1x Tandem Bungy Jump: 2800thb (2 jumpers at once)
1x T-Shirt: 350thb (Dark Blue, White or Yellow)
1x Video of Jump (Includes Approx. 15 Photos): 350thb

Last but not least.....

this is rare.. hahaha!


May 18, 2013

Koh Samui, Thailand - Part I

Assalamua'laikum wbt..

2 Mei 20013 - 7 Mei 2013 (my birthday escapade).. perlu diingatkan trip ini agak adventure.. so, kepada reader yg mempunyai anak kecil.. u're not advisable to follow our route.. haha! better u ols pilih direct route dari Subang airport - Koh Samui via Firefly.. unless u're adventure seeker like me.. as for us.. this trip was awesome!



Setelah sehari suntuk mengejar train - bas - kapal terbang - van - ferry - teksi.. akhirnya kami tiba dgn selamat ke destinasi yg kami pilih kali nie.. Koh Samui, Thailand.. melalui jalan darat, udara dan laut.. mmg satu perjalanan yg jauh dan meletihkan.. tp selepas 5 hari berada di Koh Samui.. dan bermalam semalaman di Surat thani.. ternyata pengalaman yg kami lalui sgt menarik.. huhu

Pengangkutan

Setibanya kt Surat thani airport dan melalui immigration process and custom clearance yg slow (sbb ada 3 kaunter jer).. eita mmg purposely cari kiosk Seatran ferry.. sbb banyak dpt info yg mengatakan service mereka bagus.. 350 baht per person for one way.. termasuk transfer dari airport ke Donsak Pier..


Kiosk nie terletak dekat dgn escalator dan ATM machines kt dlm airport..

Tp mmg besar giler ferry tu ok.. sampaikan dah bergerak kt laut pun tak terasa.. tak silap eita ada 3 tingkat kot dan kt bahagian bawah sekali memuatkan semua kenderaan.. selain tu ada kantin kt dalamnya dan juga foot massage svc.. fuhh! for ferry schedule.. please check here

the tourist..

seatran ferry..

sa wa dee ka!

Perjalanan memakan masa lebih kurang satu setengah jam.. so, sesampainya kt Nathon Pier.. bermakna kita telah tiba di Koh Samui.. dari sana kita perlu menaiki kenderaan spt teksi atau tuk-tuk utk ke destinasi yg seterusnya.. disebabkan kami dah keletihan.. makanya kami memilih utk menaiki teksi jer dan tambang yg dikenakan adalah 600 baht sehala.. klu hendak lebih jimat, naik laa tuk-tuk tp perlu berkongsi dgn penumpang2 yg lain.. tambang yg dikenakan hanya 100 baht per person..

Penginapan

Kami menginap selama 5D4N at Chaweng Cove Resotel yg terletak kt Chaweng beach (sama popularnya mcm Ao Nang beach kt Krabi dan Patong beach kt Phuket) dan kami sangat2 berpuas hati dgn service yg mereka berikan.. setiap hari kemas bilik.. setiap hari tukarkan towel kami.. setiap hari refill mineral water & toiletries.. setiap hari sembur bilik kami jadi wangi.. bayangkan laa kami balik bilik penat2 tu.. then tengok keadaan bilik yg kemas dgn aroma ala2 kt spa.. tak ke terasa hilang lelah sekejap.. thumbs up! tak payah suruh pun.. mmg dia buat hari2.. huhu

mmg ngeri tengok wire elektrik diorg kt sana.. berselirat sana sini.. yg bergumpal2 pun ada.. nampak tak signboard color merah tu.. haaa tu Cimb thailand ek.. huhu

the lobby..

the room..

i like this.. hihi

the pool..

the restaurant.. best giler breakfast menghadap laut setiap pg.. tapiii

nie jer laa yg kami boleh mkn kt situ.. uwaaa!

Putrajaya Sentral - ERL - Shuttle Bus - Lcct

Assalamua'laikum wbt..

Setelah seminggu lebih balik dari Thailand.. baru roh nak menaip tu datang.. org lain jadi blogger, dia pun nak jadi blogger.. tp semangat blogging tu asyik laa hilang jer.. haish! ingat senang nak 'maintain'kan blog picisan nie? ok2 stop mumbling.. adeii

Kat mana eita nak mula yer? ermmm maybe dah ramai yg taw kot.. sejujurnya kami baru jer dapat taw tentang perkara nie.. tp tak kira.. tetap jugak nak cakap syabas kt diri sendiri.. especially kt encik hubby laa.. coz he found out about this.. ngeee

Kisahnya mlm sebelum kami bertolak ke Koh Samui tu.. tiba2 mcm terfikir tak nak menyusahkan kakak eita yg akan menghantar dan menjemput kami kt airport.. so, gigih laa dok cari alternative solution.. klu nak parking jer cik jazzy tu kt LCCT.. humakk aiiii 6 hari dah berapa ratus kan cik jah? siap call teksi tanya harga.. RM80 one way.. nak balik nnt sila laa sewa limousine kt sana tu yer.. masa tu teksi2 nie masih tak dibenarkan lagi masuk kt airport.. klu hanya drop passenger takper..

Tp kami tak berputus asa.. terus lagi mencari maklumat dgn bantuan cik google.. mustahil tak ada parking yg berhampiran airport selain drpd yg beratus ringgit tu kan.. isk! then terjumpa laa satu tempat.. berhampiran dgn tune hotel.. agak munasabah gak laa harganya.. RM16 per day.. ada orang jaga cuma tak berbumbung.. tp cari punya cari.. rupanya ada satu lagi cara yg lebih mudah dan murah.. nie yg eita nak share dgn cik jah semua.. huhu

indoor parking area at putrajaya sentral..

1) Parking kereta kt Putrajaya Sentral.. pengawasan 24 jam dan berbumbung pulak tu.. so, tak laa risau nak tinggalkan cik jazzy berhujan berpanas.. bukannya sekejap.. 6 hari pulak tu.. dan insyaAllah kereta kita selamat parking kt sini..

RM7 per day - utk hari pertama shj
RM5 - utk hari berikutnya
Total charges = RM32 for 6 days! u tell me.. murah ker tidak cik jah.. theee

the schedule

2) Then beli tiket ERL direct dari Putrajaya Sentral - Salak Tinggi - LCCT.. RM5.50 per person.. include sekali dgn shuttle bus yg akan menunggu kita kt dpn hentian Salak Tinggi.. bas tu akan bawak kita terus ke airport.. mudah kan cik jah? happy sgt sbb dpt mengatur perjalanan kami dgn bijak.. selepas nie ke mana pun kami pergi.. dah tak perlu menyusahkan sesiapa.. itu motifnya.. huhuhu

p/s : turun kereta naik train.. turun train naik bas.. turun bas naik kapal terbang.. wooohooo!

To Be Continue...

May 8, 2013

wordless wednesday


Mission accomplished! yipppieee

snorkelling @ koh nang yuan, samui..

p/s : just came back from Koh Samui, Thailand.. i'll update later.. once mood menaip dtg kembali.. huhu

May 1, 2013

On my 31st..

Assalamua'laikum wbt..

Wahai usia.. wahai nafas.. berjalanlah dikau seiring dgn amalanku serta ahli keluargaku dan rakan2 ku yg lainnya.. kerana diriku ini.. tidak tahu bila dan masa akan diseru olehMu..

Moga-moga langkah derapan kakiku ini akan terhenti di syurga firdausiMu.. 

Amin ya rabbal a'lamin.. - Anonymous -

Pada usia menjangkau 31 tahun kali nie.. eita hanya meminta senaskhah Al-quran berwarna pink drpd encik hubby.. lengkap dgn tajwid dan terjemahannya sekali.. terima kasih hubby kerana menunaikannya..

Edisi khas utk wanita.. bersaiz kecil dan mudah dibawa ke mana2..

Hukum tajwid dan bacaan panjang ditandakan dgn warna yg berbeza..

Terdpt kisah2 wanita yg diceritakan di dlm Al-quran.. and a few islamic tips for muslim woman..

last but not least.. tq dear hubby for this cake.. ILY so much.. sobs

p/s : Alhamdulillah kerana masih diberi peluang oleh Allah swt utk terus hidup di muka bumiNya.. sejak kebelakangan nie spt ingin menjalani hidup yg lebih sederhana dan menikmatinya bersama org2 yg eita sayangi.. semoga terus istiqamah.. Amin

April 21, 2013

Mikael and his kindie xtvt

Assalamua'laikum wbt..

Pejam celik dah 4 bulan lebih Mikael belajar @ TWC.. Alhamdulillah kami nampak ada banyak perubahan pd Mikael.. especially vocabulary dia yg semakin bertambah.. pertuturan yg semakin teratur.. he can speaking a little bit.. dan yg paling mengembirakan hati kami biler Mikael dah boleh menghafal Al-fatihah serta beberapa doa harian yg lain siap dgn terjemahan sekali.. sejuk hati mendengarnya.. kdg2 mama dgn ayah pulak yg kena bukak buku semula nampaknya.. hikhik


Selain tu, apa yg eita noticed TWC organized mcm2 aktiviti utk pelajar2 mereka.. mmg bagus utk perkembangan anak2 sebenarnya.. yerlaa baru 4 bulan.. tp kami dah pun attend PNT (parents and teacher) meeting utk sesi penilaian Mikael yg pertama.. sepanjang tahun nie ada 3 kali sesi penilaian.. Alhamdulillah, kami happy sgt dgn feedback drpd teacher Mikael.. for playgroup, mereka dibahagikan kpd 3 group dan Mikael dimasukkan di dlm 1st group yg tiada sebarang masalah.. syukur! semoga Mikael akan sentiasa terang hati dan pembelajarannya dipermudahkan Allah swt.. Amin

the assessment report..

Jom tengok antara aktiviti Mikael sepanjang 4 bulan @ TWC..

crafty mind..

practical solat..

scavenger hunt @ Botanic Garden..

little scientist xtvt..

rombongan ke Putrajaya.. 

The excursion.. Cruise Tasik Putrajaya

So far kami berpuas hati dgn perkembangan Mikael.. tp sbg parent kita kena juga pantau kt rumah.. maklum laa anak2 seusia Mikael nie ibarat mcm span.. semua perkara mereka serap.. baik mahupun yg buruk sbb dia bercampur gaul dgn kids pelbagai umur dan pelbagai latarbelakang.. so, kita kena laa memainkan peranan utk menapis perkara2 tersebut.. jgn hanya mengharapkan teacher atau pihak kindie semata-mata..

p/s : tak sabar nak tengok concert Mikael yg pertama hujung tahun nie.. huhu

April 9, 2013

Bungy jumping

Assalamua'laikum wbt..

Bungee jumping also spelt "Bungy" jumping; is an activity that involves jumping from a tall structure while connected to a large elastic cord. The tall structure is usually a fixed object, such as a building, bridge or crane; but it is also possible to jump from a movable object, such as a hot-air-balloon or helicopter, that has the ability to hover above the ground. The thrill comes from the free-falling and the rebound. When the person jumps, the cord stretches and the jumper flies upwards again as the cord recoils, and continues to oscillate up and down until all the energy is dissipated - Wikipedia


Motif entry?  yups.. i'm gonna do it this year.. a big challenge for my self so far.. setelah menimbang tara dan memendam hasrat sekian lama.. rasanya dah sampai masa utk eita menyahut cabaran nie.. di mana? bagaimana? akan eita ceritakan kemudian.. hopefully eita tak bertukar fikiran bila sampai harinya nnt.. hikhik

p/s : idea paling giler.. fuhh!

April 3, 2013

wordless wednesday

Watching movie together..

Miq's post-birthday cake.. buttercream blueberry cake..

kenduri doa selamat.. among my family..

p/s : syukur seperti yg dirancang.. Alhamdulillah.. now mama can focus on our next vacation! huhu

April 2, 2013

Birthday trip to Zoo Negara

Assalamua'laikum wbt..

Disebabkan tahun nie takder birthday party utk Mikael.. maka kami decide utk bawak dia pergi ke Zoo Negara pd 23hb March lepas.. trip lawatan sambil belajar sempena cuti sekolah gitu.. hihi.. last 2 years Mikael dah pun pergi ke Aquaria KLCC melihat hidupan laut.. kali nie bagi dia lihat hidupan darat secara "live" pulak..

Mmg dah lama berniat nak bawak Mikael ke sana.. since dia pun dah kenal kebanyakan binatang.. rasanya skrg adalah masa yg sesuai.. dan keputusan kami mmg tepat sbb dia sgt excited sepanjang setengah hari berada kt sana.. encik hubby pulak teringat nak bawak sekali animals flash card kepunyaan Mikael.. huhu




Harga tiket masuk yg terkini.. sila klik!

Honestly seumur hidup eita.. eita tak pernah pergi ke Zoo Negara mahupun Zoo Melaka.. satu2nya zoo yg eita pernah sampai ialah Zoo Taiping.. itupun sbb singgah secara tak sengaja.. hikhik!

anak mama yg berani.. huhu

at Ape Center..

Well.. nak kata banyak sgt binatang tu tak jugak sbb ada 2-3 tempat still under construction.. so, binatang2 berkenaan dipindahkan ke tempat lain.. rasanya binatang kt Zoo Taiping lg banyak kot.. ada jugak binatang yg nampak mcm dah "tua".. hihi! Zoo Negara pun dah lama dibukak sejak tahun 1963.. so, cik jah kira laa sendiri klu binatang tu antara yg paling awal ditempatkan di situ..




Kami sempat menyaksikan sea lion show pd ptg tu.. not bad laa coz agak terhibur melihat telatah singa laut tersebut.. kemudiannya diselangi dgn persembahan Pelican Birds yg masuk secara beramai-ramai.. hikhik


sea lion show..

Setelah habis satu pusingan kt dlm tu.. kami berehat sekejap, makan2 dan sebelum pulang.. kami sempat menaiki tram ride.. overall rasanya mmg berbaloi kami pergi ke sana.. at least sambil berlibur.. Mikael dpt belajar sesuatu.. huhu

last but not least.. my little man yg pengsan kepenatan.. hehe

p/s : tips ke Zoo Negara.. jgn lupa bawak payung dan jugak stroller/ jogger.. mmg berguna!