Pages

March 8, 2011

Buah "apple"

Entry nie dah lama eita peram sebenarnya.. ngeee! nie misi kami semasa mencari hadiah utk mikael sempena his 2nd birthday less than 2 weeks from now.. berakhir di harvey norman.. pheww!

sesi kecek - mengecek sebelum eita memetik 'buah epal'.. ekeke

bab bayar membayar.. kita serahkn saja kpd menteri kewangan.. coz dia yg lebih arif.. tqvm hubby! i luv u chup chup!

hasil borongan bulan nie.. lumayan sungguh! now kami kena kerja keras carik $$$ lg..

p/s : these rewards just for 3 of us.. after we've been working so hard! ngeee

March 7, 2011

Kelebihan ayat 1000 dinar


Ayat 1000 dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq ayat 2-3

Firman Allah SWT yg bermaksud :-

{2}……dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

{3} Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu..

Di antara kelebihan dan fadhilat ayat 1000 dinar ini ialah :-

* Dibaca apabila kita hendak bertawakal terhadap sesuatu perkara
* Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
* Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3 kali kemudian diberi minum, insyaAllah si pesakit akan sembuh

Mungkin banyak lagi kelebihan2 ayat 1000 dinar ini.. sbg hamba kita wajib berusaha, berdoa dan bertawakal kpdNya..

Btw.. eita bukannya nak berkhutbah tp cuba betulkan diri juga.. sbb kdg2 eita pun mudah melatah.. if something happend not according to my plan.. bila eita belajar utk redha.. hati menjadi lebih tenang.. then only i can look at the bright side.. maybe Allah has a better plan for me.. syukur alhamdulillah..

March 3, 2011

to-do-list

Pheww.. settle jugak akhirnya february tasks yg super duper padat tu.. so, eita boleh menarik nafas lega sket.. huhu

Now let's get thru my new to-do-list for march + april 2011 :-

1) Wedding + make-up job

2) Beli birthday present for mikael - hope u'll like it cayang

3) Langsaikn 'hutang' kt encik hubby

4) Order colorful macarons.. yummylicious!

5) Hubby exam - tp eita pulak yg nervous.. coz i care about him *hug*

6) Birthday mikael - oh yer diz weekn kena settlekn tempahan

7) Hair-do class

8) Family day

9) 1st vacation.. yeay! excited bangat

p/s : chaiyuk2 norita!

February 28, 2011

Glowing with red glow - week 4

Setiap pertemuan.. pasti ada perpisahan.. itu lumrah! x sangka masa begitu pantas berlari.. sedar x sedar; make-up class kami dah pun sampai ke penghujungnya..

Sekalung terima kasih yg x terhingga ingin eita ucapkn kpd kak arlina dan kak najwa.. jasa baik mereka akan eita kenang sepanjang perjalanan dlm bidang ini.. tidak sedikit ilmu yg eita timba.. dan insyaAllah akan eita manfaatkn sebaiknya..

Hari terakhir tu.. kak ina n kak najwa berjaya dapatkn Amy Janz utk menggantikn Ayang Kamell yg x dpt dtg on our last slot class.. ramai yg dah taw Amy Janz nie MUA kpd Rozita Che Wan dan dia juga ada terbitkn buku sendiri utk teknik asas solekan.. huhu

Mmg dia x kedekut ilmu taw.. bagi tunjuk ajar dan tips2 dgn details.. some more dia mengajar utk bridal makeup technique.. so, bnyk laa info baru yg eita dpt.. thanks Amy Janz!

Selepas tu.. masing2 sibuk dgn sesi fotografi.. then ambil brg2 makeup yg kami order.. dpt 20% discount taw.. best2! tp dlm pd seronok tu.. tentu laa terselit juga rasa sedih sbb hari tu merupakn kelas kami yg terakhir..
Of coz dlm ramai2 tu.. ada antara mereka yg terasa sgt dekat di hati eita.. kami dah bersama selama 4 minggu.. and we're getting closer.. tp xper.. ada rezeki insyaAllah kami akan berjumpa lg hujung bln nie.. masuk kelas sanggul pulak.. excited!!

p/s : keep in touch dear ladies.. huhu

February 24, 2011

Chewies - Vitamin C

1 of my friend hadiahkn chewies - vit c utk mikael.. then tiba2 eita terfikir sendiri.. kenapa selama nie x terlintas langsung dlm kepala nie utk berikn supplement kpd mikael? mungkin sbb dia jarang sakit teruk.. or paed dia x pernah suggestkn tentang benda nie.. or maybe eita terlepas pandang?


So, eita pun cari maklumat kt forum utk mengetahui kebaikan memberikn supplement nie kpd anak2 kita.. dan semestinya; i've found useful information..

Pendapat ibu 1 :- chewies multivitamin nie mmg elok.. xder chewies nie selera mkn anak saya jadi kurang.. klu tak dia asyik nak mkn junk food jer..

Pendapat ibu 2 :- i think food supplement is the best investment.. sejak i ambil food supplement utk anak i.. i spend less on clinic bill.. kdg2 kita terlalu fokus pd harga yg mahal.. hingga kita terlupa we end up spend more on medical bill.. think about it..

Ermm.. x salah mencuba kan? banyak jenis multivitamin kt luar sana yg sgt baik.. klu sesuai dgn mikael.. apa salahnya eita jadikn chewies nie sbg mknn tambahan utk dia.. betul x? investment katanya..

p/s : klu korg nak bg pendapat.. meh laa share.. huhu

February 23, 2011

wordless wednesday

After almost 2 years being a blogger ---> baru terhegeh2 nak buat benda alah nie?!

What is Wordless wednesday?

On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog.. hence the 'wordless' title.. the idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description..


Source : Answers.com

February 21, 2011

Glowing with red glow - week 3

Hoho.. minggu yg sgt exciting!! 2 hari berturut2 ada MUA (Make Up Artist) yg dtg ke class kami sbg tenaga pengajar.. dan 2 hari berturut2 jugak laa eita menadah muka menjadi model or mangsa contengan.. hehe

Rimas wooo pakai makeup tebal2 nie.. that's so not me.. but hey! nama pun belajar kan? makanya yg pelik2 segala mala kena laa buat.. no exceptional.. semua kena amik turn utk menconteng muka org atau menjadi mangsa contengan.. fair and square rite..

Saturday - Fantasy makeup by Valshuq Izzadi

Wuwu.. sgt teruja sbb eita dah lama follow blog Valshuq sejak dari mula2 eita menceburkn diri dlm bidang andaman lg.. siapa sangka yg 1 hari eita dpt belajar teknik2 makeup drpd dia sendiri? it's like a dream come true u know.. eita sgt suker tengok his makeup style.. especially part mata.. and his final touch selalunya akan membuatkn muka pengantin nampak glowing2 gitu.. huhu

But this time.. dia dtg utk mengajar kami tentang fantasy makeup.. from my understanding this makeup technique require ur creativity and imagination.. no rules or symmetry.. boleh gunakn apa saja bahan drpd bunga plastik sampai laa ke bulu burung merak.. sila percaya!


Valshuq touch..

Fantasy makeup class..

Selain drpd foundation and eyeshadow.. kita perlu bijak bermain dgn pigments and glitters.. hanya group kami saja yg berani mencuba teknik nie.. and the result? it's quite impressive utk org amatur mcm kami.. kan? kan? practice make perfect lorr..


hasil sentuhan ika + nemo.. good job girls!

Sunday - Stage makeup by Apple

Sangkaan eita meleset sama sekali bila ingatkn Apple (MUA) from MAC tu seorg chinese lady.. bila dia bagi salam dgn menyeret makeup boxnya masuk ke dlm class kami.. terkedu kejap! sbb orgnya sgt cute.. ada lesung pipit lg.. iras2 yusry KRU sket.. kemain tersengih lg bdk2 perempuan kt dlm class tu.. ekeke! gataii korg yer..

Steps utk stage makeup/ photoshoot nie basically sama saja.. just a little bit lite or natural compared to bridal makeup.. kena jugak ambil kira kehendak customer atau tema tertentu.. as per his advise.. paling selamat menggunakn warm color or cool color.. kebetulan weekn nie eita ader makeup job utk pre-wedding photoshoot.. so, boleh laa eita apply tips2 yg baru.. tqvm Apple!

hasil sentuhan cik suraya.. very dramatic look on my eyes.. huhu

last but not least.. with my classmates yg mmg happening.. i'm gonna miss u ols after this.. wuwu

February 17, 2011

Oh macarons!





OMG.. bukan Oh Murah Giler okay! tp sbb menahan perasaan krn macarons nie sgt laa tempting!!

Apa itu macarons?
Ia adalah sejenis kudapan manisan org perancis yg diperbuat drpd ground almond, caster sugar and egg white.. 2 keping shell diletakkn jem atau filling di tengahnya spt sandwich..

Apa rasanya?
Crispy di luar and chewy di dlm.. bila kita gigit rasa crispy.. lepas tu kt dlm rasa chewy and melty.. ya ampunnn! boleh bayangkn x betapa sedapnya.. nyum! nyum!

Misi
Wajib cari sampai lubang cacing.. hoho

p/s : kenapa lately asyik nak mkn jer ek? kena check semula my last period date.. my oh my!

February 15, 2011

Glowing with red glow - week 2

Bahagian kedua drpd entry sblm nie.. sama mcm last week.. eita hanya dpt menghadirkn diri pd hari ahad sbb bizi dgn wedding job.. but still i can catch up aper yg diorg belajar hari sblm tu; socket eyes.. nie merupakan eye makeup technique yg paling eita suka compare to smokey eyes..

Nak taw knp? smokey eyes bkn boleh buat pada sebarang mata.. dpt mata besar or froggy eye mcm puan appledia tu.. mmg syok laa menenyeh.. tp klu mata tu kecik lg kan sepet.. salah cara boleh jadi bertambah sepet.. adeii! 1 more thing.. u must know how to blend the color VERY WELL.. if not bisa nampak LEBAM gitu.. ingat senang ko?!

Rupanya diz week.. group kami telah dirombak semula disebabkn ader pertambahan ahli baru.. from group B last week.. now eita masuk group E.. it's okay for me.. sbb dpt berkenalan dgn klik yg baru.. cik tim + kak emy (ader spa u) and dila..


before make over..

Cik tim jadi model hari tu.. so, biler masing2 main tolak2 brush and sponge.. akhirnya eita decide utk 'makeup'kan cik tim.. bkn x nak tp nak bg peluang pada yg baru.. since kak emy and eita dah selalu makeup muka org.. kami suruh dila cuba tp dia ckp belum bersedia lg.. it's ok then.. huhu

Frankly speaking.. sangat susah biler eita perlu bekerja without my own makeup kits + makeup tools.. sbb my style.. biler eita start makeup org.. i really need to focus.. klu dah berlari-lari ke sana sini cari tools + alat makeup.. kan gangguan namanya tu.. automatic teringat my puff + touch up brush kt rumah.. ekeke


after make over.. kak ina bagi markah 9/10.. huhu! i take it as compliment..

Sblm class berakhir ptg tu.. kak ina tunjukkn 1 lg teknik baru kpd kami; layer technique.. sukanya! totally new for me but i think it awesome.. boleh laa eita cuba slps nie.. then next week will be my turn jadi model atau mangsa contengan.. hikhik!


Class dijangkakn semakin menarik next week.. kami akan belajar.. stage makeup + fantasy makeup.. dengar2 citer ader MUA yg turun.. best2!

February 14, 2011

No compromise

Siapa cakap biler eita busy with my bridal job + makeup class everything.. eita xder masa utk encik hubby and my beloved son? huhu


see.. kami siap boleh bersanding sekali lg taw.. ekeke

Masa utk mereka wajib sentiasa ada.. begitu jugak dgn encik hubby.. sesibuk mana pun dia.. tetap akan luangkan masa utk kami berdua.. no compromise! if ada extra time.. baru kami akan spend dgn family kami.. terasa rindu-rinduan baru laa best kan?


I love this feeling u know.. selepas bertungkus lumus dgn wedding job + makeup class + trial makeup session + majlis perkahwinan kwn kami.. at the end of the day.. eita kembali kpd mereka berdua.. hilang segala penat lelah.. and of course.. it always nice to be paid for doing something u love..


As promised.. lepas jer habis class.. kami pun berdesup ke SACC mall utk melihat sesi ujibakat tom tom bak.. ramai jugak kids yg berbakat taw.. terhibur tengok persembahan mereka.. mikael pulak lebih teruja melihat belon2 hijau oren yg ada kt situ.. ekeke! but he seems so happy sampai meronta-ronta xnak balik.. adeii


Kemudiannya.. eita pergi meninjau pameran pengantin yg berlangsung di dlm convention centre.. dah alang2 sampai.. so, sambil menyelam minum air laa kan.. bagus laa sbb dah ader inisiatif utk membuat pameran seumpama nie di luar kawasan lembah klang.. klu zaman eita dulu.. nak tengok pameran nie mmg kena gi kt mid valley jer laa.. hehe


Salah 1 pelamin yg menggamit hati.. saban tahun semakin pelbagai.. juz sediakan saja ongkosnya.. huhu! at least biler ader pameran mcm nie.. sket sebanyak dpt membantu dan memudahkan urusan bakal2 pengantin..

Bila perut masing2 dah krok krek.. krok krek.. kami pun menghalakan kereta ke sushi king.. melayan selera mama yg teringin nak mkn sushi.. biasa laa mama miq tu.. selagi xdpt hatinya x senang.. ekeke!


Our menu; irodori gozen for encik hubby + sushi king gozen for me + chawanmushi n yakult for mikael.. yummylicious! sedap hingga menjilat chopstick.. haha


Last but not least.. kami ke tesco bkt tinggi utk membeli brg keperluan.. hajat di hati nak cari kuda getah utk mikael.. tp sayangnya dah x restock lg kot.. so, kami belikan dia new bicycle sbg ganti.. nampak x tu.. punya laa x sabar.. sampaikn miq menunggang bicycle kt dlm troli.. sabar jer laa.. hikhik

p/s : hecticnya hidup but i loikee it!

February 8, 2011

Glowing with red glow - week 1

Don't stop learning because it's on going process.. dan pada masa yg sama.. peluang itu dtg.. thanks a lot to red mummy.. disebabkn info dari kak red laa.. maka eita dpt chance utk mengikuti free make-up course from red glow.. yeay! sana sinun merah..


make-up kits + make-up tools semua ditaja sepenuhnya oleh red glow..

Okay.. back to the story.. eita hanya dpt menghadirkan diri pd hari ke-2 kelas bermula.. dah tu nak buek camno.. i ader job last saturday.. tp xper; sbb eita boleh catch up lg aper yg diorg pelajari; smokey eyes.. i know the technique.. but it's quite different from what i've learned before.. ini laa yg eita nak!


mangsa contengan minggu ini.. puan linda.. huhu

1 perkara baru lg yg eita pelajari.. kita boleh buat shading pipi pd peringkat awal solekan.. berbeza dgn aper yg eita apply kebiasaannya.. but hey! bak kata kak ina.. xder istilah salah atau betul.. sbb lain org lain caranya.. yg paling penting.. solekan tu cantek + menjadi.. jgn jadi badut sudah laa.. ekeke


kak ina; salah sorg sifu kami.. the other one is kak najwa.. admire tengok kejayaan mereka!

Knp eita join kelas nie? of course utk tambah pengetahuan tentang ilmu solekan + new technique + it's free u ols.. huhu! for me.. kami sama saja.. x kira laa ader antara kami yg dah ader basic tentang make up.. dan ader juga yg baru 1st time pegang brush.. tp diorg nie fast learner taw.. 1st class jer dah dpt compliment from our sifu.. hebat x hebat laa kan?

Rata2 kwn baru eita dah pun update tentang kelas mekap kami dlm blog masing2.. x sangka ramai jugak antara mereka tu blogger tegar.. best2! so, bertambah laa rakan blogger mama miq.. huhu

p/s : until next episode yaaa.. sbb kami ader 6 kelas lg slps nie.. lalala

February 2, 2011

Baby talk

Kebiasaannya baby akan start 'babbling' atau 'baby talk' sebelum diorg berumur setahun lg.. but for my baby son.. mulutnya start bising apabila usianya menjangkau hampir 2 tahun..

Maybe hanya kebetulan kot miq nie seorg yg pendiam or berckp hanya biler perlu jer.. tak pun; dia ikut ayahnya yg mmg lambat belajar berckp.. huhu

It's quite funny u know.. biler kita yg harus belajar bahasa mereka.. contohnya :-

Miq : ammiey.. ishiii (mummy.. susu!) klu kita x fhm jugak.. dia akan angkat tin susunya bawa ke tgh rumah.. hehe

Miq : yeaa... habishhh! (sambil tgnnya buat gaya 'now u see.. then now u don't!') miq akan ckp perkataan tu biler dia berjaya habiskn bubur, biskut, roti atau apa saja yg dia mkn..

Tak pun.. biler dia tengok rancangan kegemarannya spt Hi-5 dan tom2 bak tamat siaran.. cute!

But.. but.. miq hanya akan berckp mcm tu sekali sekala jer.. menganggap budak yg lambat bercakap adalah TIDAK pintar atau TIDAK normal.. adalah persepsi yg salah sama sekali.. sbb perkembangan kanak2 adalah berbeza antara 1 sama lain.. setuju?

So, stop comparing ur child with others.. as what i did.. sbb pada eita miq sudah cukup bijak kerana dpt memahami apa yg kami ckpkan.. dia faham apa itu "sit down", "come here", "let's go" dll.. memberi respons dgn menghulurkan tgnnya bila kita mengucapkan salam.. meniru apa yg kami lakukan.. klu dia nampak kami sedang solat.. dia pun akan tertonggeng2 sujud kt atas sejadah.. knp kami x melarangnya berada dan berkeliaran kt tempat solat? supaya miq dpt belajar.. eita rasa nak belikan sejadah kecik utk miq nnt.. ada mcm2 cara nak mendidik anak..

It showing that the communication between us is working and the attachment + trust are there.. even tanpa perlu BERKATA-KATA panjang berjela..

January 26, 2011

Rahsia nombor rumah


Google punya google.. i've found this! nak tergelak pun ader jugak slps baca.. tp eita rasa menarik utk dikongsi bersama.. jom baca!

Contoh kiraan :- kalau rumah bernombor 77 :-
7 + 7 = 14 (1 + 4 = 5.. check bahagian nombor 5 ok)

Then.. klu rumah korg bernombor 112 :-
1 + 1 + 2 = 4 (check bahagian nombor 4 yer) so, apakah nombor rumah korg? ngeee..
  • Rumah nombor 1 :- penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga. Kamu juga sering berasa kesepian, oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu. Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bg merehatkan fikiran dan badan. Sentiasa menghadapi hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira
  • Rumah nombor 2 :- orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dgn masalah orang lain. Jangan terlalu banyak menyendiri. Carilah teman-teman utk berbicara. Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini. Rumah ini juga akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya
  • Rumah nombor 3 :- biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian. Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya dgn lebih mendalam. Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian. Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran rumah, sehinggakn setiap orang yg datang akan merasa tenang dan senang serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran. Namun harus diingat, mereka yg berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3
  • Rumah nombor 4 :- emmmm... nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan. Hidup si penghuni sering dikelilingi oleh masalah, membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang. Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor. Jika kamu berpindah ke rumah yg bernombor ini, pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini. Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yg lain. Tapi harus diingat, jangan terlalu boros di dalam berbelanja
  • Rumah nombor 5 :- wow! rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu, mereka yg tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yg suka berusaha dan berniaga. Mereka juga akan mendapat keuntungan yg besar dalam perniagaan. Biasanya mereka yg bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini. Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit. Polisi insurans sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini. Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat. Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan
  • Rumah nombor 6 :- kamu yg tinggal di rumah yg bernombor ini memang jenis yg suka bercucuk tanam. Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan. Juga dikatakan lambang kematangan. Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya. Mereka yg berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi. Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yg berkaitan dengan muzik. Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yg sukakan layanan yg kamu berikan
  • Rumah nombor 7 :- satu angka 'aneh'. Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yg tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki. Sebelum kamu menduduki rumah tersebut, periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yg boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti. Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital, sama ada kerana kamu atau keluarga kamu yg sakit, malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara kamu yg sakit. Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut, kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah. Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki. Mereka yg bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini. Jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu. Berbelanjalah secara berhemah
  • Rumah nombor 8 :- rumah ini lebih digemari oleh golongan yg sudah berumur jika dibandingkan dgn orang muda. Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yg pelbagai bentuk, jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yg berlainan. Sebelum berpindah ke rumah ini, periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah. Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dgn nombor lain, sebaliknya ia akan mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius. Banyakkan makan sayuran dan prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yg berkaitan dengan pemakanan
  • Rumah nombor 9 :- kamu yg tinggal di rumah yang mempunyai angka 9, biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dgn kekerasan dan permusuhan. Disebabkan sikapmu yg telalu behati-hati, telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu. Namun begitu kamu jenis yg peramah dan jujur. Mereka yg berbintang Aries dan Scorpio tertarik dgn angka ini. Bahkan ia sering mengundang kebahagiaan di dalam hidup kamu yang menghuni rumah ini. Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yg baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yg menghuni rumah ini. Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yg dicita-citakan selama ini
Souce : 1001 rahsiadiri
p/s : tp kan korg.. jgn laa percaya 100% yer.. ekeke! have a nice day

January 20, 2011

Panggilan pulau

Baru bln January.. kepala dah ligat memikirkan nak bercuti ke mana tahun nie.. klu laa bkn disebabkan kami nie tengah stuck dgn mcm2 urusan.. rasanya skrg jugak kami berdesup pergi.. haish

Hopefully menjelang birthday eita nnt.. settle laa hendaknya semua urusan nie.. so, boleh laa kami gi bercuti ke sebuah pulau dgn tenang.. tension betul memikirkannya.. rasanya selama hidup ini.. urusan kali nie yg paling sukar dan betul2 menguji kesabaran.. semoga pahit akan manis akhirnya.. insyaAllah

tp.. nak ke pulau mana pulak kali nie yer? jom teropong.. huhu

p/s : our chalet has been reserved.. yeay!!

January 15, 2011

Victoria Station, Taipan usj

1st of all.. happy 29th birthday to my beloved husband.. semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik + murah rezeki dan seperti selalu.. food is part of our celebration.. huhu

Disebabkn bday hubby fall on weekday.. then dia dah start bizi dgn keja2 cukainya + akan bekerja on weekn.. so, kami decided utk amik half day ptg semlm.. theee

This time.. eita memilih utk celebrate bday hubby kt victoria station, taipan usj.. the house of fine steak.. only 6 stations now here in Malaysia ok.. saja pilih tempat yg special sempena bday dia kn..

Dah nama pun house of fine steak.. so, there were lots and lots of steak yg kita boleh pilih.. tp encik hubby memilih utk order smoked salmon salad + rack of lamb jer.. eita pulak terasa nak cuba victoria steak.. mmg sedap taw! compare to windmill restaurant.. mcm langit dgn bumi.. even harga lebih kurang sama..

Next time biler kami dtg lg.. eita nak try seafood with steak and lobster pulak.. terliur seh! tp klu nak order semua semlm confirm x habis.. itu pun kami kekenyangan sampai ke mlm.. ekeke

Dari segi decoration and service.. mmg tip top.. table kami tu sampai 3-4 org waiter yg served.. sesekali dpt mkn dlm gerabak keretapi yg x bergerak diiringi slow music dgn sekuntum bunga rose segar di atas meja.. wow! what else can i say?

The bill? only RM142.. berbaloi-baloi.. ngeee

Tak habis kt situ.. then we carry on with our movie date.. akhirnya dpt gak tengok citer the tourist sblm tanyangan habis.. si Johnny Depp dlm versi bkn lanun.. ekeke! for me citer nie mmg best even starting tu a bit slow.. bergandingan pulak dgn Angelina Jolie kn.. selebihnya; korg tengok sendiri okay.. hehe

eita happy sgt sbb dpt buat hubby tersenyum sepanjang hari.. dan dia x henti2 ucapkn terima kasih.. hikhik! klu nak dibandingkn dah banyak sgt pun pengorbanannya utk eita.. it's my pleasure hubby.. coz i luv u!


* Disclaimer: The opinions expressed here is entirely based on my personal tastebuds and may vary for others *

January 9, 2011

Pencinta hujung minggu

eita rindu utk bgn lewat dan bermalas-malasan di hjg minggu.. rindu utk menikmati sarapan di luar bersama-sama dgn hubby + mikael.. rindu utk berbungkus dlm selimut dgn mereka biler hujan turun di pg hari pd hjg minggu yg indah.. dan rindu utk blk kampung!

Semua nie terpaksa eita lupakn sebentar krn sibuk dgn 'kerja' sepanjang bln december yg lalu.. tp biler dpt melakukn semula aktiviti yg kami suka pd hjg minggu.. i get back my typical weekn! weehoo..


Klu blk ke morib.. eita mesti nak mkn nasi lemak sotong pak musa.. mmg sedappp! sotongnya lembut, sambalnya sedap.. pendek kata mmg menepati citarasa laa.. ngeee

Then, biler blk ke rumah mak kt sementa pulak.. restoran ziela nasi kukus akan menjadi pilihan if tekak terasa nak mkn kt luar.. tp selalunya eita lebih gemar mkn masakan mak..

Kami jugak sempat menghadirkn diri ke majlis pertunangan adik sepupu hubby.. eita pun sebenarnya xtaw nak terangkn hubungan diorg nie mcm mana.. maybe lebih kpd saudara angkat kot..?


Ermm.. frankly speaking sejak eita bertudung.. dan biler terlalu sibuk.. rambut eita sendiri pun terabai.. kesian dia! so, biler ader free time mcm nie.. eita pun ambil kesempatan utk pergi ke salon.. now mama miq sudah berambut baru.. x terlalu pendek dan x perlu ikat rambut selalu.. paling penting ia sihat + mudah dijaga.. ngeee

December 31, 2010

2011 Subway Calendar

Korg perasan x makin susah nak dpt calendar free saban tahun.. unless klu korg nie jenis yg x kisah gunakn calendar dlm hp.. or print out jer from internet.. tp kita rasa x puas laa mcm tu..

Pada eita.. wall calendar + table calendar adalah benda yg wajib ader every year menjelang tahun baru.. even ader sorg 2 kwn eita yg bermurah hati nak bg calendar free.. tp gara2 nak dptkn koleksi sendiri.. makanya kami mkn kt sini.. ekeke

Melayan selera kt subway, summit usj.. after werk last tuesday.. kami berdesup ke sana sbb ader appointment.. sambil menyelam minum air gitu..

Nie laa calendar free yg kami dpt from subway.. tp xder laa free sgt pun sbb klu nak dptkn calendar tu.. wajib beli set sandwich yg berjumlah RM25++.. hehe


Nnt nak dptkn calendar yg nie plak.. itu pun selagi stok masih ader.. ekeke

December 28, 2010

Sample artwork

Rentetan dari entry ini.. so, eita dah dpt sample artwork from cetak-cetak design.. yeay!

^


^


^


^


^


^


^


^


cantik tak? cantik tak? sebut dgn gaya eric leong taw.. ekeke

December 20, 2010

Biz card

Alhamdulillah.. rezeki eita dlm bidang andaman semakin bertambah.. berkat tekun dan sabar selama setahun lebih.. berserta tunjuk ajar from my sifu dan sokongan encik hubby.. kini semakin menampakkn hasil.. malah, eita dah ada dpt job utk next year.. even ia hanya pencapaian kecil.. tp sgt bermakna.. syukur kpd Mu Tuhan..

Then.. biler semakin ramai yg bertanya.. i need a new business card u ols.. bkn x pernah buat.. tp hilang ntah ke mana.. bleh?! lg pun ader a few info kt dlm biz card yg lama tu perlu di'update'.. ngeee

Google punya google.. eita terjumpa laa a few card design.. i've sent an email to the card designer utk minta quotation.. maybe seminggu 2 lg siap laa.. cuma kn korg.. pening laa nak pilih color..


purple color kah? ermm cantek gak..

green apple kah? ceria kn..

brown color? mcm boring jer..
p/s : ermm tunggu diorg siapkn sample design dulu laa.. then baru eita decide which 1.. korg nak x? wuwu

December 15, 2010

Ngedate @ Windmill Restaurant

Nie another backdated entry.. sungguh not my style laa.. tp buat jugak! ish

Last sunday.. slps selesai wedd job kt jenjarom.. eita berkejar pulak ke jln kapar.. masa tu jam dah menunjukkn hampir pukul 3.00pm.. i've got 1 appointment with my customer.. another future bride-to-be.. alahaii comelnya laa dia nie.. vr soft spoken.. kita rasa excited nak mekapkn dia this coming xmas.. preparation utk majlis pertunangan dia semua kita dah arranged.. hopefully everything will goes smoothly.. insyaAllah

Okay.. okay.. berbalik kpd cerita yg berkaitan dgn tajuk.. slps kejadian di atas.. then eita pun memecut pergi ke jjbt.. sbb dah janji dgn ieja + lynn utk mkn sama2 kt sana.. this time they chosed the windmill restaurant..


Nie 2nd time rasanya kita mkn kt restaurant tu.. but sama mcm ms eita mkn kt bdr baru klang dulu.. the food is not up to expectation.. sbb jgn hanya mahal pd harga.. they have to fulfill "the fine quality of western cuisine" at the same time..



But of coz.. masa kami bersama tu adalah lebih penting drpd mknn.. bnyk yg kami bualkn.. drpd isu insurans + anak2 kami sampai laa ke hal ehwal rumah tangga.. huhu! tqvm ieja.. semoga korg sentiasa murah rezeki.. i owe u yaa..

p/s : congratz lynn for the gud news.. patut laa berseri2.. huhu

* Disclaimer: The opinions expressed here is entirely based on my personal tastebuds and may vary for others *