Assalamua'laikum wbt..
Sambungan drpd Day 2 entry.. so, nie kiranya entry yg terakhir for this trip.. fuhh
Day 3 : Tampi - Tampi
Hari ketiga & keempat dipenuhi dgn aktiviti jalan2, makan2 dan bershopping.. kami mulakan aktiviti hari tu dgn menjenguk live aquarium yg terletak kt bahagian hujung dragon inn.. klu kita menginap kt situ, mereka berikan pass tersebut secara percuma.. tp klu org luar, mereka perlu beli pass tu dgn harga RM4 per entry klu eita tak silap..
Dah nama pun live aquarium, tentu laa banyak hidupan laut betul tak.. mcm2 jenis ikan ada.. tp yg gerunnya ada 4-5 ekor kot ikan kerapu besar gedabak.. eita dengar citer, ikan tu mkn org.. erkkk logik jugak kot sbb mulut dia muat kepala kita taw.. scary!
Habis kt situ kami menghala ke tampi-tampi.. antara tempat yg popular kt semporna.. popular maybe disebabkan tempat tu ada restoran yg menghidangkan mknn laut yg fresh dgn view yg cantik, tempat utk keluarga beriadah coz diorg boleh mandi-manda kt situ dan ia pernah menjadi lokasi shooting filem duyung..
Tujuan kami? juz nak cari ketam fresh jer kt situ.. huhu! sama jugak mcm kt dragon inn.. diorg ada kolam sendiri yg mempunyai beratus-ratus ekor ketam, udang, lobster dan ikan! tp harga agak mahal sket drpd restoran kt pekan semporna maybe sbb makanannya fresh dari laut kan.. korg pilih laa sendiri nak yg mana 1, sebut nak masak apa.. then siap! tp kami mmg puas hati laa sbb ketam tu besar, isi padat dan rasanya manis jer.. huhu
Then sebelah petangnya.. kami habiskan masa dgn berbual dan berehat sambil menikmati minum petang menghadap laut luas kt tempat penginapan kami.. sesekali jer kan dpt menikmati suasana mcm tu.. biler encik hubby balik ke bilik, eita memanfaatkan masa yg ada dgn shopping mutiara, souvenirs, t-shirts dan lain2 kt souvenir shop berhampiran.. rabak jugak laa beratus ringgit kt situ.. adeii! keesokannya, kami akan bertolak ke tawau sebelum pulang ke semenanjung.. yeay!
Day 4 : Tawau
Akhirnya sampai laa hari terakhir kami kt semporna.. kami bertolak seawal pagi dari semporna - tawau.. sbb plan kami hari tu nak merayau-rayau sekitar bandar tawau.. untung jugak laa sbb flight kami sebelah petang.. huhu
So, jom tengok apa yg menarik kt Tawau nie? maybe ada banyak laa kan, tapi kami tak sempat nak pergi kt semua tempat dlm satu hari.. insyaAllah ada rezeki lain kali, kami akan dtg ke sini lagi.. hehe
- Pasar Tanjung Tawau – menjual kuih muih kering, sayur-sayuran, ikan masin, ikan bilis dan makanan laut kering yang lain.. eita memborong sakan keropok Amplang kt sini.. iaitu kudapan istimewa kt Tawau yg kebiasaannya menjadi ole-ole yg mesti dibawa balik kata org.. hehe
- Pasar Gantung/ Central Market – menjual brg2 perhiasan dan kraftangan sama ada perhiasan dari mutiara atau kraftangan drpd siput-siput laut dari daerah Semporna dan juga pelbagai lagi barangan drpd rotan, kayu jati, buluh yang cantik-cantik dan unik buatan tangan dari Filipina dan Indonesia.. honestly eita rasa mutiara kt sini lebih murah compare to semporna itself.. dan kita boleh tawar menawar sehabis baik..
- Nasi lalap - nie jer menu special yg eita sempat try kt sana.. ok laa jugak coz ada sket2 rasa mcm ayam penyet.. lalap tu maksudnya ulam.. bahan-bahannya pulak ada nasi putih, 2 ketul ayam goreng, sayur bendi, kacang panjang, tempe dan sambal lalap yg diperbuat drpd cili padi, tomato dan daun kemangi.. daun apa tu? haaaa google sendiri.. hikhik
So, itu laa sedikit sebanyak tentang catatan perjalanan kami kali nie.. banyak kenangan manis buat kami semasa kt sana.. dan seronok sgt sbb berjaya menjejaki sebuah lagi pulau kt negara kita.. mana laa taw slps nie ada rezeki lebih, kami akan menjejakkan kaki ke pulau kt negara lain pulak kan? insyaAllah..
Our flight touch down at LCCT @ 10.15pm.. syukur Alhamdulillah kami telah selamat pergi dan pulang.. huhuhu
* Disclaimer : the opinions expressed here is entirely based on my personal review and may vary for others *