Pages

December 28, 2011

wordless wednesday

31000 views for 2 and half year blogging..

p/s : terima kasih kpd kalian.. mmmmuuuuaaaahhhh!

December 27, 2011

Cuti Krismas 2011

Assalamua'alaikum wbt..

Sedar tak sedar kita telah pun berada dlm minggu terakhir 2011.. minggu depan dah minggu baru pd tahun yg baru.. so, mcm mana azam korg tahun nie? tercapai atau perlu di'carried' forward? huhu.. for me tahun 2011 adalah tahun yg manis.. even i still don't achieve yet 1 of my resolution.. tp eita percaya Allah swt tentu merencanakan sesuatu yg lebih baik.. insyaAllah

Bulan december juga adalah bulan yg bizi sejak eita involved with bridal biz.. Alhamdulillah atas limpahan rezeki olehNya.. kdg2 tu sampai rasa rindu nak duduk kt rumah taw sbb saban weekn kami sibuk.. tp dlm pd sibuk tu.. kami masih dpt cari masa utk bersama dgn family dan mikael..

Settle jer wedding job on sunday.. kami berdesup balik ke sementa.. kak ayu pun dah jemput mak awal2 bawak balik kt rumah dia.. so, mmg best sgt dpt jumpa mereka, share cerita, bergossip, gelak ketawa dan makan sama2.. suasana mcm tu sgt berharga and money cannot buy.. huhu

mkn2 adalah xtvt wajib.. rezeki yg diperolehi dikongsi bersama.. huhu

Miq dah lama sgt tak jumpa abg ijad..

Then petang isnin tu.. hubby dah janji nak bawa mikael gi karnival upin ipin kt Space U8.. nie 1st time eita sampai kt situ.. katanya it's Malaysia 1st eco-mall.. yg pasti mikael mmg sgt happy dan excited berada kt sana.. tak habis2 sebut.. "wooww upin ipin".. sampai ternganga2 mulut tu tengok upin ipin & the gang menari chicken dance.. hikhik! kelakar sungguh..



Mcm2 program yg diorg aturkan.. aktiviti pentas, coloring contest, sesi ujibakat dll.. tp mikael masih blum boleh participate sbb kecik lg.. kami juz nak biasakan dia dgn org ramai and slowly develop his self-confidence..

at stage..

jumpa dh yg berkenan..

1 perkara baru yg dia semakin pandai sekarang ialah.. shopping!! jgn laa nampak anything yg dia suka; upin ipin, cars, doraemon, boboiboy, angry birds.. mmg WAJIB kena beli! tp tak laa sampai dia berguling2 kt atas lantai klu kami tak turutkan.. eita mmg cukup tak berkenan perangai mcm tu.. if dpt 1 jer is enuff for him..

p/s : if anak2 u ols pun meminati upin & ipin.. diorg akan berada kt muzium negara sampai 31 Dis 2011

December 16, 2011

Ombak Rindu The Movie

Assalamua'laikum wbt..

Eita tak nak komen banyak tentang movie Ombak Rindu yg telah pun membuat kutipan sebanyak RM10 juta? what? yes it is..

Mmg ada part2 yg air mata tu langsung tak dpt ditahan-tahan.. dan ada juga babak2 yg mmg pengarah follow exactly mcm dlm novel but mostly not 100%.. bab tu eita kecewa sket.. tp pemilihan Aaron Aziz sbg Hariz mmg tepat sekali.. *melt*! dan klu laa watak Izzah tu dpt digantikan dgn Fauziah Gous mesti lagi sesuai.. i'm not saying that Maya Karin tak bagus.. cuma watak Izzah perlukan seorang pelakon wanita melayu tulen.. sorry to say & no hard feeling ok.. huhuhu

Hariz dan Izzah..

eita suka sgt scene nie.. huhuhu

all pics credit to cik google..


Sepatutnya ada 4 org tengok movie nie taw.. ladies nite out laa konon-kononnya kan? hehe.. tp last minute huda and her friend tak jadi datang sbb huda tetiba jer demam.. neway, thanks to puan salmiza sbb sudi luangkan masa tgk movie dgn kami.. we had really good time.. ketawa sama2.. sedu sedan pun sama2 kt dlm panggung tu.. hikhik

p/s : tqvm to my encik hubby sbb bagi permission for having fun wif my frens.. luv u!

December 14, 2011

wordless wednesday

bring him watchin' movie.
.
buy him a new toy..

and last but not least.. belanja mkn!

p/s : settle hutang kami kt mikael coz kena tinggal hari tu.. huhuhu

December 13, 2011

4th Wedding Anniversary - Day 3 - 4 : Tampi-Tampi & Tawau

Assalamua'laikum wbt..

Sambungan drpd Day 2 entry.. so, nie kiranya entry yg terakhir for this trip.. fuhh

Day 3 : Tampi - Tampi

Hari ketiga & keempat dipenuhi dgn aktiviti jalan2, makan2 dan bershopping.. kami mulakan aktiviti hari tu dgn menjenguk live aquarium yg terletak kt bahagian hujung dragon inn.. klu kita menginap kt situ, mereka berikan pass tersebut secara percuma.. tp klu org luar, mereka perlu beli pass tu dgn harga RM4 per entry klu eita tak silap..

Dah nama pun live aquarium, tentu laa banyak hidupan laut betul tak.. mcm2 jenis ikan ada.. tp yg gerunnya ada 4-5 ekor kot ikan kerapu besar gedabak.. eita dengar citer, ikan tu mkn org.. erkkk logik jugak kot sbb mulut dia muat kepala kita taw.. scary!


Habis kt situ kami menghala ke tampi-tampi.. antara tempat yg popular kt semporna.. popular maybe disebabkan tempat tu ada restoran yg menghidangkan mknn laut yg fresh dgn view yg cantik, tempat utk  keluarga beriadah coz diorg boleh mandi-manda kt situ dan ia pernah menjadi lokasi shooting filem duyung..

Tujuan kami? juz nak cari ketam fresh jer kt situ.. huhu! sama jugak mcm kt dragon inn.. diorg ada kolam sendiri yg mempunyai beratus-ratus ekor ketam, udang, lobster dan ikan! tp harga agak mahal sket drpd restoran kt pekan semporna maybe sbb makanannya fresh dari laut kan.. korg pilih laa sendiri nak yg mana 1, sebut nak masak apa.. then siap! tp kami mmg puas hati laa sbb ketam tu besar, isi padat dan rasanya manis jer.. huhu




Then sebelah petangnya.. kami habiskan masa dgn berbual dan berehat sambil menikmati minum petang menghadap laut luas kt tempat penginapan kami.. sesekali jer kan dpt menikmati suasana mcm tu.. biler encik hubby balik ke bilik, eita memanfaatkan masa yg ada dgn shopping mutiara, souvenirs, t-shirts dan lain2 kt souvenir shop berhampiran.. rabak jugak laa beratus ringgit kt situ.. adeii! keesokannya, kami akan bertolak ke tawau sebelum pulang ke semenanjung.. yeay!



Day 4 : Tawau

Akhirnya sampai laa hari terakhir kami kt semporna.. kami bertolak seawal pagi dari semporna - tawau.. sbb plan kami hari tu nak merayau-rayau sekitar bandar tawau.. untung jugak laa sbb flight kami sebelah petang.. huhu

So, jom tengok apa yg menarik kt Tawau nie? maybe ada banyak laa kan, tapi kami tak sempat nak pergi kt semua tempat dlm satu hari.. insyaAllah ada rezeki lain kali, kami akan dtg ke sini lagi.. hehe


  • Pasar Tanjung Tawau – menjual kuih muih kering, sayur-sayuran, ikan masin, ikan bilis dan makanan laut kering yang lain.. eita memborong sakan keropok Amplang kt sini.. iaitu kudapan istimewa kt Tawau yg kebiasaannya menjadi ole-ole yg mesti dibawa balik kata org.. hehe
  • Pasar Gantung/ Central Market menjual brg2 perhiasan dan kraftangan sama ada perhiasan dari mutiara atau kraftangan drpd siput-siput laut dari daerah Semporna dan juga pelbagai lagi barangan drpd rotan, kayu jati, buluh yang cantik-cantik dan unik buatan tangan dari Filipina dan Indonesia.. honestly eita rasa mutiara kt sini lebih murah compare to semporna itself.. dan kita boleh tawar menawar sehabis baik..
  • Nasi lalap -  nie jer menu special yg eita sempat try kt sana.. ok laa jugak coz ada sket2 rasa mcm ayam penyet.. lalap tu maksudnya ulam.. bahan-bahannya pulak ada nasi putih, 2 ketul ayam goreng, sayur bendi, kacang panjang, tempe dan sambal lalap yg diperbuat drpd cili padi, tomato dan daun kemangi.. daun apa tu? haaaa google sendiri.. hikhik
So, itu laa sedikit sebanyak tentang catatan perjalanan kami kali nie.. banyak kenangan manis buat kami semasa kt sana.. dan seronok sgt sbb berjaya menjejaki sebuah lagi pulau kt negara kita.. mana laa taw slps nie ada rezeki lebih, kami akan menjejakkan kaki ke pulau kt negara lain pulak kan? insyaAllah..


Our flight touch down at LCCT @ 10.15pm.. syukur Alhamdulillah kami telah selamat pergi dan pulang.. huhuhu

* Disclaimer : the opinions expressed here is entirely based on my personal review and may vary for others *

December 8, 2011

4th Wedding Anniversary - Day 2 : Kapalai - Mabul Island

Assalamua'laikum wbt..

Sambungan drpd Day 1 entry.. tp entry kali nie agak panjang sket.. sila tarik nafas.....

Hari kedua.. excited bangun pagi dan bersiap2 nak ke pulau.. kami dijangkakan berada kt sana sepanjang hari iaitu sampai ke petang.. so, eita pun bawa laa brg2 keperluan dlm beg kecil.. cuma brg2 berharga mcm wallet, hp, ipad segala kami juz tinggalkan kt bilik jer coz takut basah dek air nnt.. huhu

Pagi tu kami breakfast roti canai dan teh tarik jer kt kedai mamak.. perut terkejut pulak nnt klu hari2 makan goreng pisang.. haha! dlm pukul 7.30am kami pun bergerak ke office billabong scuba.. masa tu ada seorang diver from china naik boat bersama kami.. dia travel seorang diri jer taw semata-mata nak diving kt sipadan island.. sanggup wooo! lebih kurang setengah jam kami sampai kt sana..

Kapalai Resort..

Checkpoint pertama hari tu kt kapalai island.. eita pun tak pernah taw pasal pulau nie ok.. as far as i know yg popular kt semporna nie mabul island and sipadan island jer.. tp utk para divers diorg mmg dah lama taw pasal kapalai island yg terkenal sbg scuba resort..

Kapalai island nie terletak 15 minit jer dari sipadan island.. tp kita tak boleh suka suki jer nak masuk sipadan island tanpa permit.. klu tak silap, kapalai island nie dah diterokai sejak 200 tahun yg lalu.. tp disebabkan oleh hakisan ombak dan peningkatan paras air laut.. pasir pantainya yg putih dah takder lg.. so, kapalai nie ibarat sebuah pulau tanpa pantai dan sebutir pasir pun.. yg ada skrg juz water village yg terletak di atas terumbu karang Ligitan.. yg nie mmg betul sbb masa eita dive kt sana.. eita nampak terumbu karang yg dimaksudkan tu.. sgt unik!



Huhuhu.. 1st time dive, mmg tak dpt digambarkan dgn kata2.. seronok sgt! mula2 tu mmg laa rasa mcm risau jer kan.. bleh ker aku buat nie? pulak tu byk sgt equiptment nak kena pakai.. BCD, regulator, tank, wet suit, mask, fins segala.. adeii! masa kt dlm boat tu rasa nak tumbang jer coz tank tu berat giler! hikhik


Tp biler masuk dlm air jer, automatik jadi ringan dan kita boleh terapung.. Tony; my instructor mmg cool dan banyak bg tunjuk ajar cara2 nak menyelam kt dasar laut.. for diving; kita perlu taw mengimbangkan badan, then belajar bahasa2 isyarat diorg kt dlm air dan jgn cepat panik.. hehe! mmg best sgt pengalaman nie.. yer laa hidup cuma sekali kan.. so, eita mmg nak buat perkara2 baru to challenge my self.. huhu

Encik hubby nampak risau jer tengok wife dia.. tp dia tetap sporting jd photographer dan ber'snorkeling' bersama wanita2 mat salleh kt sana! jeles aii taw.. hahaha! dlm trip tu hanya kami jer orang melayu.. yg lain2 semua divers dari california, london, france, china dll.. kenyang boat driver/ instructor tengok tourist perempuan half naked kt dlm boat tu.. ngeeee

RM10 jer nie haaa..

Lobster idaman hati..


Then biler dah tengahari kami semua balik semula ke homestay billabong scuba yg terletak kt mabul island.. slps lunch, kami akan pergi ke checkpoint kedua pulak.. so, dpt laa kami berehat sekejap kt sana.. masa nie laa ada org bajau laut dtg kt situ dgn ketam, lobster, ikan segala dan dijual dgn harga yg murah! encik hubby apa lg.. ibarat org mengantuk disorong bantal laa dia.. laju jer dia bayar duit biler nampak si lobster.. hehe

Lepas kenyang perut suka hati.. kami pun bergerak ke checkpoint kedua kt mabul island.. mabul island agak luas dan padat dgn penduduk tempatan.. banyak penginapan budget kt sini klu korang berminat utk stay kt pulau.. mcm kami mmg purposely cari penginapan kt semporna coz kita boleh pergi ke tempat2 lain.. if tinggal kt pulau lama2 pun boring jugak kan? tp klu korang nak stay 2 hari kt semporna then 2 hari kt pulau pun ok jer.. huhu

Mabul Island..

crystal clear.. jernih hingga ke dasar..

For me.. dasar laut mabul island sgt cantik compare to kapalai island.. juga lebih cantik dari redang island.. tp nie dari segi hidupan laut, corals and fishes.. tp klu berkaitan dgn pulau itu sendiri.. eita rasa redang tetap lebih menarik.. huhu

Dan masa kt mabul island eita dpt diving dgn puas coz kami menyelam lebih lama kt sana.. tony pun bg chance pd eita menyelam melebihi 10m sbb dia cakap eita fast learner.. huhu! dan apa yg lebih best lg.. eita dpt sentuh ikan paling cute kt atas muka bumi nie;  si oren putih nemo.. comel giler! rasa nak tangkap bawa balik bg kt mikael jer.. but in ur dream! hahaha

sekadar gambar hiasan.. from my own collection..

Then biler menyelam kt kawasan yg lebih dalam.. eita terjumpa 2 ekor penyu.. sukanyaaaa! pengalaman berenang dgn penyu sgt mahal ok! huhu.. penyu2 tu pulak mcm tak takut jer dgn kami.. maybe dia dah biasa jumpa divers kot.. hikhik! tp syg sgt sbb tak dpt rakamkan detik2 tu semua.. klu ada rezeki lain kali, bleh dtg lg bawa waterproof camera.. ngeeee

aktiviti kami hari tu diakhiri dgn menikmati keindahan matahari terbenam @ 5.30pm

Then sebelah malamnya adalah masa yg kami tunggu2.. masa utk menikmati lobster fresh yg kami bawa all the way from mabul island to semporna.. time sampai kt jeti boat tu, kami sempat interview staff billabong scuba kt mana restoran yg best utk masak si lobster tu.. then dia suggest kt Restoran Malaysian Seafood.. terletak berhampiran dgn Scuba Junkie.. betul2 tepi jalan jer dan senang nak cari..

Klu korang datang ke semporna dan tekak rasa nak makan seafood fresh pada harga yg berpatutan.. eita mmg recommend restoran nie.. selain drpd layanan yg ramah, svc cepat, masakan diorg mmg sedap!



Utk dinner mlm tu kami mintak diorg masakkan lobster goreng butter then tambah menu prawn salad, sotong goreng tepung, sup ketam, kipas2 goreng berlada, sayur kailan ikan masin, 2 jenis air dan nasi.. total hanya RM60.00 jer.. u tell me murah ker tak? Alhamdulillah..

Dan mlm tu.. kami tidur dlm senyuman sbb kekenyangan melampau.. syukur Alhamdulillah! next entry adalah entry yg terakhir for this trip.. entah biler laa tu baru siap.. kuikui

p/s : diving : checked! 
next : parasailing.. ngeee

December 6, 2011

4th Wedding Anniversary - Day 1 : Semporna, Sabah

Assalamua'alikum wbt..

Sempena our 4th wedding anniversary last week.. so, kali nie kami memilih destinasi semporna - mabul island - tawau sbg destinasi percutian.. kwn2 yg close dgn eita dah sedia maklum yg kami mmg suka pergi holiday time wedding anniversary setiap tahun.. tak kira laa dekat @ jauh.. itu cara kami.. huhu

Our flight touch down @ Tawau Aiport dlm pukul 10.00am.. so, just nice laa sbb kami akan bergerak ke semporna pulak slps tu.. mengambil masa lebih kurang 1 jam - 1 jam setengah.. akhirnya kami tiba jugak di Dragon Inn Floating Resort slps setengah hari mengejar kapal terbang - teksi - bas.. trip kali nie agak adventure sket sbb eita hanya pergi berdua jer dgn hubby.. coz we plan it that way.. katanya our 2nd honeymoon kan.. hehe


Mmg ramai yg tanya "kenapa tak bawa mikael?" we have our own reason utk tak bawa mikael kali nie.. bukannya kami tak syg anak @ rasa dia menyusahkan kami.. nope tp kami belajar drpd pengalaman lepas masa kt pulau tioman.. nie semua utk kebaikan mikael and for his own safety..

Lg pun eita teringin nak merasa pengalaman dive kt dasar laut kali nie.. yer laa sebelum menambah bilangan anak kan? hikhik.. basically aktiviti yg akan kami buat kt sana tak sesuai dgn mikael yg masih kecil.. kids tak faham urusan orang dewasa.. so, kami tak nak ambil sebarang risiko.. tp takper yer syg mama.. next year turn awak pulak gi holiday ok.. huhu

Lepas settle check-in, kami pun berehat kt dlm bilik.. suka sgt dgn decoration biliknya.. semua diperbuat drpd kayu.. huhu! then petang tu.. kami pun menjelajah pekan semporna yg sederhana jer besarnya.. eita perasan payah nak jumpa orang2 dari semenanjung.. rata2 ialah penduduk tempatan dan pelancong dari luar negara.. eppy jugak laa biler nampak kfc, giant dan guardian ada kt sana coz maybe tu pemandangan yg biasa eita lihat.. yg lain2 pulak ialah kedai makan dan kedai2 yg menjual keperluan harian..



Motif utama petang tu ialah mencari office Billabong Scuba.. diorg laa agency yg menguruskan aktiviti kami kt pulau.. plan asal eita nak buat aktiviti diving/ snorkeling for 2 days berturut2.. tp biler fikirkan nnt jadi penat sgt.. so, kami decide utk buat both activities pd hari yg sama..

RM250 for 2 dives + free snorkeling and RM120 for snorkeling trip at kapalai and mabul island.. murah dan berbaloi kan? tu semua dah include return boat transfer and luch utk 2 orang..

tgh fill up form utk diving.. dah mcm nak amik exam jer.. hehe

Then sebelah malamnya kami dinner kt Restoran Anjung Paghilan.. tak jauh dari tempat penginapan kami.. tp eita tak nak recommend laa tempat nie.. selain svc yg lambat, makanannya pun so-so jer.. better korang try makan kt Restoran Anjung Lepar yg terletak bersebelahan dgn Hotel Seafest.. orang kata wajib cuba CBA.. bukan ABC taw.. ngeeee!

Dan lg satu keunikan kt semporna nie.. diorg hidangkan goreng pisang for breakfast.. mcm kelakar jer pagi2 makan goreng pisang kan.. tp tu laa adat gi tempat orang.. masuk kandang kambing kena laa mengembik.. tak gitu? hahaha


p/ s : next entry.. day 2 at kapalai - mabul  island.. woooottttt!

December 1, 2011

4 tahun sudah

Assalamua'laikum wbt..


(When I first saw you, I saw love.
And the first time you touched me, I felt love.
And after all this time,
You're still the one I love)

Looks like we made it
Look how far we've come my baby
We mighta took the long way
We knew we'd get there someday

They said, "I bet they'll never make it"
But just look at us holding on
We're still together still going strong

(You're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life

(You're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

Ain't nothin' better
We beat the odds together
I'm glad we didn't listen
Look at what we would be missin'

They said, "I bet they'll never make it"
But just look at us holding on
We're still together still going strong

(You're still the one)
You're still the one I run to
The one that I belong to
You're still the one I want for life

(You're still the one)
You're still the one that I love
The only one I dream of
You're still the one I kiss good night

Song : "You're Still The One" - Shania Twain

p/s : Happy 4th Wedding Anniversary to us.. 1st Dec 2007 - 1st Dec 2011