Pages

November 29, 2012

Anniversary dan percutian

Assalamua'laikum wbt..

Lamanya tak mencoretkan apa2 kt ruangan nie.. eita ada jer.. tp sibuk sket laa sejak kebelakangan nie.. dgn tuntutan kerja kt office.. dgn menguruskan hal ehwal cik pengantin.. but as usual.. i always love my hectic life.. huhu! 

Cik jah apa khabar? sekejap lg bulan november akan berakhir.. then muncul pulak bulan december.. for me bulan december adalah bulan cinta (tiap2 tahun mesti ckp perkara yg sama..adeii) selain drpd musim kawen yg bersusun dan org mengawan saban minggu sepanjang bulan december nnt.. ia jugak adalah bulan ulang tahun perkahwinan kami.. so, slps nie sila abaikan entry bunga2 cinta, jiwangs karats di blog ini ok.. once a year pun kan.. hehe

Wedding anniversary.. jgn ambil remeh cik jah.. jgn anggap biler dah kawen, ok done! tak ada apa2 yg perlu dilakukan.. kerana cinta perlu disemai, dibaja dan dijaga.. tak kisah laa dgn cara apa sekalipun.. sbb setiap pasangan itu unik.. hanya kalian yg memahami pasangan kalian lebih drpd org lain.. dan cara kami adalah dgn menghabiskan masa bersama @ spend quality time pd setiap tarikh ulang tahun perkahwinan kami.. tak kisah laa sama ada kami pergi ke sesuatu tempat yg dekat @ jauh.. kerana apa yg lebih penting adalah pengisiannya..

1st wedding anniversary @ pangkor island.. masa nie eita tgh pregnantkan my mikael 6 bulan.. huhu

2nd wedding anniversary @ genting highland.. actually nie adalah plan B taw.. dan my mikael berusia 9 bulan masa tu.. huhu

3rd wedding anniversary @ johor bharu.. masa nie btul2 kritikal dgn cuti tahunan yg kering kontang dan semua tempat full! terus serik nak booking last minute! tp our 2D1N trip punyai kenangan tersendiri.. huhu

4th wedding anniversary @ semporna - mabul island.. also consider as our 2nd honeymoon sbb kami bercuti berdua jer.. mikael kasi chance kt mama dan ayah.. huhu

5th wedding anniversary? ke mana pulak kali nie.. yg pasti tempat tu tak sehijau ini kot.. hehe

p/s : my husband is not perfect.. so, do i! tp kami berusaha sedaya upaya utk mengharungi dugaan yg maha hebat.. dan tak putus2 memanjatkan doa.. 5 tahun adalah satu tempoh yg sgt baru.. semoga kita semua sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih syg Allah swt.. amin

November 21, 2012

wordless wednesday

antara yg ini...

dgn yg ini... yg mana 1 pilihan kalbu?

p/s : mood cuti2 kembali lagi.. ku di dalam dilema.. haish!

November 16, 2012

Muslimah swimsuit

Assalamua'laikum wbt..

Nie yg eita tweet recently.. if ada yg noticed lerr.. so, bertitik tolak drpd situ (amboiii ayat.. hihi).. eita pun meneruskan misi pencarian.. klu dah nak tu.. mmg takdernya berlengah lagi.. isk


Google punya google termasuk laa kt blog nie --> baju-renangmuslimah tp ntah kenapa eita rasa nama ownernya seems very familiar.. then tepuk dahi 10x! manakan tidak.. empunya blog tersebut is my friend.. mcm mana laa eita boleh terlupa yg eita ada seorg kwn buat biz muslimah swimsuit via online! ok, petanda sudah berumur.. sigh

eita punya lain sket colornya drpd yg nie.. huhu

Bagaikan pucuk dicita ulam mendatang.. kebetulan ada pulak corak spt yg eita nak tu masih available.. kemain kembang berbunga-bunga lagi hati nie.. terus ping her bbm.. dan seterusnya taraaaaa...

arrived at doorstep!

Drpd apa yg eita survey, cik tim offer a good price utk muslimah swimsuit.. not even more than RM150.. lebih berbaloi compare dgn yg lain2 tu.. so, klu cik jah pun nak beli swimsuit utk diri sendiri @ anak2.. boleh laa contact dia yer.. oh btw, cik tim will feature dlm WHI @ TV3, 21hb nie taw.. i'm proud of u sis! semoga ur biz akan semakin berkembang..

Thanks a lot dear cik tim.. it's really fit me well .. cumanya eita tak sure biler dpt rasmikan baju nie.. tp takper.. yg penting dah ada sendiri punya.. eita nie pun jenis yg sukakan aktiviti air.. so, instead of juz pakai t-shirt dgn legging jer time bermandi manda.. kan lebih manis memakai muslimah swimsuit nie.. tak gitu cik jah? huhu

p/s : dannn.. mana laa taw.. lepas nie boleh masuk swimming class pulak.. ngeeee

November 13, 2012

Lost World of Tambun, Ipoh

Assalamu'alaikum wbt..

Cuti sekolah dah bermula.. huhu! another 4 years biler mikael mula bersekolah, baru laa kami kena plan percutian ikut cuti sekolah.. so, sementara bleh cuti sesuka hati nie.. lebih baik dimanfaatkan sepenuhnya.. hihi! kami dah lebih seminggu balik dari Ipoh tp baru hari nie eita ada mood nak menaip..



Actually percutian singkat nie adalah hari keluarga MDKL @ tempat keja hubby.. company eita tu nama jer 3rd largest shipping company in the world tp dah berabad tak organize family day mahupun annual dinner.. sigh

Fully sponsored.. tqvm MDKL

Nie kali kedua kami ke Lost World of Tambun dan jugak kali kedua kami ke Ipoh.. masih lg sama spt 4 tahun yg lepas.. sgt senang sesat kt Ipoh nie.. klu takder GPS menggagau jugak laa dibuatnya sbb sign board tak banyak..  klu ikutkan Lost World mmg best sbb kt sana ada hot spring, tiger valley, petting zoo, river cruise etc selain drpd waterpark.. tp maybe sbb bnyk sgt company lain pun buat family day.. so, a bit crowded that weekn.. 

my little man.. sgt sukakan air..

can u spot him?

acara sukaneka.. yeay team hubby menang!

Dan disebabkan kami dah pernah pergi kt semua tmpt dlm Lost World tu, makanya kami juz melayan mikael bermandi manda sepanjang hari.. he is so excited.. like he always did biler jumpa air kan.. huhu! hasrat eita nak berendam kt dlm hot spring harus laa dilupakan yer cik jah.. sbb mlmnya tu hujan turun tanpa henti.. adeii

bbq nite.. saja jer pilih meja dkt2.. hihi

Keesokannya kami sempat menjengah pasar karat yg terletak berhampiran dgn Kinta Riverfront hotel.. encik hubby yg excited nak pergi ke sini.. boleh dikatakan banyak brg2 antik yg dijual kt situ.. tp eita tak beli apa2 pun.. hehe


cantek kan set merenjis tu? 

Yg bestnya kami tak terlalu terikat dgn program.. boleh dikatakan ianya family day yg sgt santai.. kami pulak prefer menaiki kenderaan sendiri drpd bas yg disediakan.. so, agak bebas nak ke sana ke mari.. huhu! dlm pukul 12pm kami pun check out then menghala ke lumut..

pit stop @ lumut.. beli ole2 sket..


Last but not least.. santapan kami mlm tu.. sempat fetch mak kt Desa Taqwa then singgah mkn kt Pantai Remis, Kuala Selangor.. mana nak cari kerang gemuk2 dgn sambal cicah yg marvelous mcm tu.. klu bukan kt tempat sendiri.. kannn?

p/s : ke mana pulak december nnt yer? ermmm

November 7, 2012

wordless wednesday



p/s : eita tgh demam #fitflop.. beli yg ORIGINAL sahaja yer ladies.. baru boleh dpt the benefits! say NO to FAKE items.. huhu

October 24, 2012

Mikael & his new skool

Assalamua'laikum wbt..

Apabila ada usaha, doa dan tawakal.. insyaAllah tuhan akan membantu dan memudahkan jalan kita.. rentetan drpd entry ini.. akhirnya kami menemui skool yg sesuai utk mikael.. syukur alhamdulillah.. kurang sket pening kepala nie.. huhu

Eventho mikael tak dpt belajar di kindergarten yg eita inginkan atas faktor lokasi, masa, tiada daycare dll.. tp eita berpendapat WC jugak menepati kriteria yg kami mahukan.. masa kami sampai kt sana utk meninjau dan bertanyakan itu ini.. baik eita mahupun hubby.. dua2 terus bersetuju utk menghantar mikael belajar kt situ..

site visit.. hihi

learning corner..

Semi-D lot yg luas dan selesa..

WC berkonsepkan Islamic-English kindergarten.. masa kami dtg melawat hari tu.. classroom utk 5 years old dan 6 years old sgt teratur dan berasingan.. activity room utk 4 years old kids juga disediakan.. ada bilik computer di tingkat atas, kawasan yg lapang dan bersih.. daycare centre mereka pula terletak di lot double storey 2.5 tingkat dlm kawasan yg sama.. yg paling penting mereka telah lama beroperasi serta nampak berpengalaman.. dan sgt dekat dgn rumah! overall kami mmg puas hati..

Jom kita tengok apa aktiviti kids @ WC sepanjang tahun nie.. huhuhu

fun friday xtvt - junior chef & little scientist..

sports xtvt every wednesday & speed reading program..

wudhu & solat practice serta program Jom ke Masjid..

Go green program & lawatan ke kidzania..

Hopefully mikael akan dpt belajar sesuatu yg bermanfaat sepanjang kt sana sblm memasuki alam persekolahan yg sebenar.. mama dan ayah cuba usahakan yg terbaik utk awak.. selebihnya u hv to put ur effort too yer syg.. doa kami agar mikael membesar menjadi anak yg baik, beriman dan berilmu.. insyaAllah


Now moh isi borang dan sediakan saja ongkosnya yer cik jah.. pheww

p/s : settle another BIG thing.. *syukur*

October 8, 2012

baik captain!

Assalamua'laikum wbt..

Suatu hari di petang yg hening slps mama dan si anak sampai di rumah.. kebiasaannya si anak akan switch on the tv dan mula menonton rancangan kegemarannya..

Mama yg sedang menuju ke tingkat atas, menjeling dgn ekor matanya.. sbb si anak terlupa utk melakukan tugas hariannya spt biasa..

Mama : mikael, masukkan baju kotor awk dlm bakul (laundry bag) dulu. Nnt baru tengok tv.

Tiada respons.

Mama : mikael, dengar tak mama ckp apa?

Mikael : baik captain!

Lalu bergegas mencapai beg sandangnya dan menuju ke dapur..

Mama terpempan tak tahu nak ckp apa..

Captain?! perli aku ker apa nie ek? hahaha


p/s : semakin membesar.. kdg2 tutur katanya tak terduga dek kita.. yg boleh membuatkan kita tersenyum bila mengenangkannya.. mama syg mikael!! huhu

September 4, 2012

Rumah & Warna

Assalamua'laikum wbt..

Hi cik jah semua.. i'm back.. eita janji akan siapkan entry hari raya sebelum 29 syawal ok.. promise! tak kira laa dah basi ker tak.. tetap gak nak citer nnt.. tp nnt taw.. bkn hari nie.. hikhik! 

Syukur alhamdulillah.. eita dah selamat berpindah ke rumah baru kami on 1st September 2012.. pheww! penat mintak ampun.. taubat tak nak pindah lg! hehe.. eita bukannya nak citer pnjg pun pasal rumah kami tu.. juz nak share info jer.. sebut pasal rumah.. mesti ada kaitan dgn cat (read as : paint i/o kucing) betul tak? biler sebut tentang cat pulak.. mesti laa berwarna-warni.. tp klu cik jah nak guna warna cat yg sedia ada pun boleh jugak.. takder masalah pun.. huhu


COKLAT menyatakan kestabilan, kebolehpercayaan, setiakawan, dan senang didekati. Coklat ialah warna bumi (tanah) dan dikaitkan dengan semua unsur semulajadi dan organik. Ia juga mampu memberi suasana nyaman dan selesa. Coklat sesuai digunakan untuk ruang-ruang yang kerap menjadi tumpuan seperti ruang tamu. Coklat juga boleh dipadankan dengan warga 'garang' atau warna 'hangat'.



HITAM adalah persepsi bagi kuasa, kekuatan, elegan, misteri, dan mewah. Ia juga warna untuk kebijaksanaan, selain menunjukkan stail dan 'tak lekang dek zaman', dan satu warna penegasan yang cantik untuk hiasan dalaman. Hitam menonjolkan ciri 'serius' yang dapat membangkitkan emosi yang kuat. Ia mudah mengganggu sekiranya terlalu banyak warna hitam. Kecerahan hasil gabungan hitam dan putih lazimnya memperlihatkan ciri sangat moden.


PUTIH, walaubagaimana pun, menzahirkan ketulenan dan kesucian. Ia adalah gabungan semua warna yang ada di dalam spektrum warna. Ia juga digunakan untuk menghasilkan kesan 'tanpa warna', atau neutral.


KELABU ialah warna bagi intelek, berpengetahuan, dan bijaksana. Ia diertikan sebagai tahan lama, klasik, dan selalu juga sebagai licin atau halus. Ia juga lebih bersifat konservatif dan membawa maksud berkuasa. Kelabu juga dianggap sebagai warna yang boleh bertolak ansur, mungkin kerana kedudukannya di antara hitam dan putih. Kelabu adalah warna neutral yang sempurna, di mana para pereka selalu menggunakannya sebagai warna bagi latar belakang. Sedikit sentuhan warna kelabu berguna untuk mendapatkan mood yang mantap, tetapi, terlalu banyak warna kelabu, hanya akan menimbulkan rasa 'kosong'.


BIRU, warna langit dan lautan, terkenal sebagai "warna kegemaran". Biru mencerminkan kepercayaan, tidak bergantung, dan komited. Ia sangat popular untuk bilik tidur, dan selalu digunakan untuk dekorasi pejabat. Banyak bilik tidur berwarna biru kerana warnanya tenang dan nyaman. Biru juga menggambarkan keamanan, kesejahteraan, dan selamat. Apa yang menarik untuk catatan anda, secara global warna biru ialah warna yang paling selamat digunakan. Biru mudah untuk dipadankan dengan banyak warna, dan sebab itulah skema warna biru selalu dipilih. Biru juga dikenali sebagai warna 'bersih'. Jadi ia sangat sesuai untuk bilik air dan ruang mencuci pakaian. Tetapi, penggunaan biru untuk bahagian dapur agak kurang berkesan.


UNGU dikatakan eksotik, kerana jarang atau luar biasa bagi warna alam semulajadi. Ia melambangkan raja, bangsawan, kerohanian, dan misteri. Ungu mengandungi keseimbangan unsur merah yang merangsang dan biru yang menenangkan. Kesan sesetengah tona ungu mungkin agak keterlaluan, tetapi penggunaan tona seperti pastel lavender untuk sebuah bilik boleh memberi rasa segar dan 'terangkat'. Dengan unsur raja dan mistik, ungu menggambarkan ciri kemewahan dan kekayaan. Warna ini juga boleh membantu minda dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ungu turut menjadi warna kegemaran bagi kebanyakan remaja perempuan.


MERAH ialah warna paling 'hangat' dan bertenaga dalam spektrum warna. Merah digunakan untuk merangsang badan dan fikiran, serta memperbaiki peredarannya. Jika anda ingin menarik perhatian seseorang, gunakanlah merah. Pastinya merah tidak sesuai untuk bilik si manja anda, tetapi sangat berkesan untuk membuat orang tertarik. Walaupun ia bukanlah pilihan untuk persekitaran yang tenang, merah kerap digunakan di ruang makan untuk merancakkan sesi borak sembang dan menambah daya tarikan di situ. Anda tidak digalakkan menggunakan merah secara keterlaluan, lebih baik dengan jumlah yang sedikit pada tempat yang sesuai. Merah juga boleh menampilkan ciri elegan dan menambah banyak karakter pada skema warna - sama ada tradisional mahu pun kontemporari



MERAH JAMBU dikaitkan dengan keremajaan, dan keseronokan. Merah jambu ialah warna kegembiraan, ceria, dan adakalanya seperti 'bebas daripada sebarang masalah'. Ia dibayangkan sebagai warna romatik, dan rasa kelembutan. Warna merah jampu juga ialah warna yang tepat untuk cinta.



HIJAU bermaksud semulajadi, subur, sihat dan muda. Dengan keseimbangan antara warna warna 'sejuk' dan 'hangat' (biru dan kuning), kehijauan semulajadi ini memperlihatkan rasa segar dan nyaman. Ciri semulajadi yang dimiliki juga membolehkan hijau sangat mudah dipadankan dengan warna lain. Ia selalu digunakan dalam hiasan untuk mendatangkan kesan nyaman. Hijau juga dikaitkan dengan iri hati, tuah, dan murah rezeki. Dan secara tradisi, dikenali sebagai warna keamanan.


JINGGA, yang terhampir dengan merah, ialah warna berkait rapat dengan masa seronok, suka ria dan hari-hari yang bertenaga. Ia juga dikaitkan dengan keinginan. Kebiasaannya, berbanding warna-warna lain, terdapat kesan positif dan juga negatif yang kuat pada warna jingga, di mana warna jingga asli secara umumnya akan melahirkan rasa 'sangat suka' atau 'sangat benci' pada seseorang. Warna tersebut mampu memberi kesan yang baik pada tema kontemporari, tetapi bukannya pada tema tradisional. Pemilihannya untuk ruang dapur dan ruang makan boleh mewujudkan rasa yang lebih selesa.


KUNING menyerlahkan suasana tawa riang, kegembiraan, dan hari-hari indah. Seseorang yang dikelilingi warna kuning akan merasa lebih optimis. Tetapi berhati-hatilah dengan warna ini, jika tonanya keterlaluan. Kerana kuning lebih terserlah berbanding warna lain di sekelilingnya. Ia lebih mudah menyebabkan keletihan mata berbanding warna-warna lain. Kuning juga warna api dan kajian menunjukkan bayi mudah menangis di dalam bilik berwarna kuning terang.

p/s : so, apakah warna pilihan utk rumah aii? jeng.. jeng.. jeng


August 29, 2012

wordless wednesday


p/s : keadaan kt rumah kami skrg nie tgh tunggang langgang.. tak ubah mcm kapal karam.. *fenin* tp hati tetap berasa sedih mengenangkan minggu nie is the last week we stay in our nest before we shifting to our own house.. sobs sobs

via my tweeter --> selain sakit gigi.. pindah rumah jugak adalah 1 perkara yg mengharukan.. fuhh

August 23, 2012

Coming soon...

Assalamua'laikum wbt..

Entry hari raya akan dibekukan buat sementara waktu.. sbb puan empunya blog sgt sgt sgt busy skrg nie.. biler dah lapang sket nnt.. eita akan kembali menulis.. take care yer cik jah.. huhu


syukur Alhamdulillah.. hadiah menjelang syawal.. setelah sekian lama menanti.. akhirnya ia menjadi milik kami..

p/s : hubungan kami ibarat sebuah rumah.. tak perlu besar dan tak perlu mewah.. yg paling penting.. kami bahagia di dalamnya..

August 14, 2012

Dubu-Dubu Seoul Food

Assalamua'laikum wbt..

Bertemu kita dlm minggu terakhir ramadhan.. sobs sobs.. sebenarnya agak sayu jugak biler mengenangkan ramadhan bakal berlalu pergi tak lama lg.. sbb ramadhan tahun nie adalah antara ramadhan yg paling manis buat kami.. tp biarlah kemanisan itu kami berdua saja yg tahu.. huhu

Bercerita tentang persiapan raya tahun nie.. semuanya serba sederhana jer cik jah.. utk diri kami sendiri juz menyiapkan keperluan utk hari raya pertama & kedua jer.. itu pun sbb kami beraya bersama my family serta family mertua.. tp persiapan utk mikael tetap tak terabai.. kami ke sana sini pun kebanyakannya utk membeli pakaian dan keperluan dia.. Alhamdulillah semua dah pun settle..

Sabtu lepas kami sempat pergi ke mid valley.. encik hubby teringin nak mkn korean food katanya.. dah alang2 ke sana dpt laa sambil mencari brg2 mikael.. hehe! encik hubby tu mmg sukakan mknn jepun + cina + korea.. italian, western pun dia suka..  pendek kata tekak universal laa.. hikhik


This time kami try makan kt Dubu Dubu Seoul Food.. baru jer start beroperasi last December 2011.. ia terletak kt ground floor, berhampiran dgn poh kong & booth Famous Amous.. baru laa eita taw dubu dubu nie maksudnya toufu.. dan paling penting mesti laa halal.. hehe


berpinau pilih menu dan mcm nak tergeliat lidah menyebutnya.. hikhik

Utk kali pertama nie.. the food is really not bad at all.. but we both agreed that japanese food lg sedappp.. hikhik! bukannya apa cik jah.. agaknya laa kan korean food mmg pedas2 belaka kot.. especially the kimchi.. omaii berasap dlm mulut nie.. haha! tp soondubu jigae @ soondubu seafood yg eita mkn tu mmg sedap.. encik hubby pun puji beef bulgogi yg dia order.. next time boleh laa kami try bibimbap atau cheese teopoki pulak.. maknanya, we will come back again.. theeee


Haaa belum pun raya.. si mikael tu dah pun dpt duit raya taw.. rezeki mikael rizqi.. hihi! thanks aunty lya, aunty niza dan teacher ain.. semoga sentiasa murah rezeki kalian..


Selepas raya nie kami sgt sibuk.. sibuk dgn mcm-mcm urusan dan ini juga merupakan salah satu sbb kami tak beraya sgt tahun nie.. tp yg pasti eita sgt happy dan bersyukur kerana semuanya berjalan lancar spt yg kami harapkan.. kpd kwn2 sekalian jika ada kelapangan waktu insyaAllah dpt laa kita beraya bersama. huhu

p/s : rindukan suasana hari raya masa kecik2 dulu.. uhuks

August 11, 2012

Ramadhan 1433H - 2nd week

Assalamua'laikum wbt..

Dah nak masuk minggu ke-3 puasa baru nak type entry minggu kedua.. lantak laa kt situ cik jah.. hikhik! tp eita tetap nak coretkannya kt sini.. sbg kenangan utk ramadhan tahun dpn (klu pnjg umur insyaAllah)

Minggu kedua ramadhan dipenuhi dgn aktiviti mkn2 kt luar.. masa tu laa tekak teringin nak mkn steamboat, masa tu jugak iftar with my bff dan masa tu jugak laa encik boss nak belanja berbuka puasa.. sgt padat dan sgt penat ok.. pheww! tp tak mengapa.. semua tu rezeki kan.. so, syukur Alhamdulillah

Friday - 03/08/12.. berbuka puasa @ steamboat antarabangsa.. eita melepet seharian & tak larat memasak punya kes.. hihi

Saturday - 04/08/12..  iftar with my bff kt banting.. home made menu tahun nie ;)

tqvm ieja yg susah payah memasak mcm2 menu hari tersebut.. dia mmg suka memasak dan hebat kt dapur.. siap ada lamb chop lg! kami juz dtg bawak mknn sampingan jer.. ala2 potluck gitu..

Monday - 06/08/12.. iftar with my best friend @ Klang Executive Club..disebabkan Na tak dpt join kami masa berbuka.. so, slps mkn2 kt KEC kami sambung melepak jap kt kedai mamak area bandar baru klang.. walaupun sekejap jer.. dpt laa saling bertukar cerita tentang perkembangan masing2.. ada rezeki tahun dpn kita berbuka puasa sama2 lg yer.. insyaAllah

Tuesday - 07/08/12.. steamboat again @ Flaming Steamboat Section 33, Shah Alam..

Iftar kali nie my encik boss yg belanja.. dah mmg jadi kebiasaan dia setiap tahun akan belanja team kami & all muslim staff in our office berbuka puasa.. tqvm Mr Fayaz!

Tu laa ringkasan cerita sepanjang minggu lepas.. ermm nak berbuka kt mana pulak weekn nie yer? japanese food or korean food pulak katanya.. huhu

p/s : minggu nie kena settlekan jugak semua keperluan mikael.. nasib baik baju melayu dia dah jumpa.. azab ok cari color tu.. uhuks!