Pages

November 29, 2011

iPhoneFix

Assalamua'laikum wbt..

Ada 1 benda eita lupa nak citer.. kan last month both eita and mikael admitted @ hospital.. bukan kami jer yg sakit taw.. cik ipad pun tetiba 'blackout' masa kt hospital tu.. tak nak 'on' langsung.. dah puas encik hubby menggodeknya.. klu ikutkan dah berapa kali pun mikael hempaskan dia.. uhuks! kesian sgt kt cik ipad..

Tp kami takder laa risau sgt sbb it still under warranty kan.. so, kami pun pergi laa kt Harvey Norman then diorg ckp.. for 1st year warranty, kami kena claim directly dgn AppleStore.. kami pun akur..


But then.. mmg rasa nak menyumpah seranah customer svc kt AppleStore @ Mid Valley.. encik hubby dtg all the way from klang, dgn dia ada training on that day, ditambah lg hujan pulak tu.. tp feedback yg dia dpt drpd mangkuk hayun tu sgt2 menyakitkan hati!

Berlagak giler ok.. not even try to troubleshoot the ipad.. belek sket2 then ckp ada 4mm dent so warranty xbleh cover.. wut the?! klu nak repair it will cost us about RM1300.. baik beli baru vangang! omai nasib baik laa eita takder masa tu.. if not maw eita baling ipad tu kt muka dia.. dem! patah seribu hatiku mengenangkan cik ipad tak boleh baik.. uhuks

So, kami pun redha jer laa.. ada laa jugak eita survey tablet baru.. but honestly eita syg sgt kt cik ipad tu ok.. sampai laa 1 hari.. encik hubby ckp, ada sorg blogger otai nie recommend 1 tempat utk repair segala adik-beradik Apple inc iphone, ipad, Macbook, ipod etc.. then hati pun berbunga-bunga laa dengar.. huhu

iPhoneFix located at 1st floor, Centrepoint Bandar Utama.. kami pun juz give a try.. dgn harapan cik ipad akan pulih mcm biasa.. sampai jer kt sana tgk ramai customer taw.. mostly yg dtg sbb iphone or Macbook diorg problem.. they can fix it in front of your face! cool giler biler diorg gunakan their tools utk repair/ fix your gadget masa tu jugak.. kagum sungguh! dan rasa sgt proud sbb business tu dikendalikan oleh 3 org pemuda melayu.. Halmi, Zaini & Azam..



My ipad? diorg re-charge the battery, leave it about half an hour, godek2 and taraaaaa.. cik ipad boleh 'on' semula.. eita happy giler ok! rasa nak melompat time tu jugak tp cover laa kan.. hikhik! eita bukannya nak promo.. tp svc diorg mmg tip top.. dan kami rasa puas hati sgtttt.. juz in case in the future, ada mereka2 yg ada Apple gadget tp ada problem.. then taktaw mana nak tuju.. bleh buat entry nie as a reference.. that's my point.. and u know what? they charged us nothing.. FOC! thanks a lot guys.. korg mmg pakar Apple! 2 thumbs up.. hehe

For a help.. just call ---> Halmi = 016-688 0126

pls click...

November 22, 2011

A short trip to Kg Gajah + Lumut, Perak

Assalamua'alikum wbt..

Last weekn eita, hubby, mikael dan kak zura berkesempatan pergi ke Kg Gajah, Perak for a wedding job.. bukannya mkn angin yer korg.. hehe! coz last minute kak zura mintak tolong eita cover dia yg baru jer menjalani operation kt bahagian perut hari rabu lepas..


Even kami sesat sampai ke Setiawan, akhirnya slmt jugak sampai kt rumah rehat yg disediakan utk kami oleh pihak pengantin.. ada laa jugak beberapa insiden yg tak best.. tp Alhamdulillah, kami dpt melaksanakan kerja dan tanggungjwb dgn sebaiknya..


Honestly, eita tak pernah dengar nama tempat nie ok.. korg pernah? surprisingly rupanya Kg Gajah nie besar taw.. terletak berhampiran sungai Perak dan tak jauh dari Pasir Salak.. Kg Gajah nie sgt sinonim dgn buah durian.. kt kiri kanan dipenuhi dgn dusun2 durian.. dan ada yg ckp pokok2 durian kt situ dah berusia puluhan malahan ratusan tahun! antara durian yg popular ialah durian Tok Paduka Raja. Ntah mcm mana rupanya eita pun tak pasti.. hikhik! tp mmg langkah kanan laa sbb masa kami kt sana tgh musim durian yeop.. rezeki! rezeki!


Then otw balik ke klang.. kami sempat singgah kt Lumut, Perak.. dah alang2 sampai sana kan, lg pun tak berapa jauh dari Kg Gajah.. apa lg, eita dgn kak zura pun memborong sakan laa segala jenis hasil mknn laut kt situ.. huhu


Kesimpulannya, our short trip sambil bekerja ke perak kali nie mmg best! and last but not least.. slmt pengantin baru kpd Mashita + Azmil.. terima kasih daun keladi.. cer tengok muka dia ada mirip Memey tak? hehe


p/s : org berbudi kita berbahasa.. org memberi kita merasa..

November 16, 2011

wordless wednesday




p/s : di sebalik tabir ESM photoshoot... woooottt!

November 10, 2011

Mikael Rizqi - new update

Assalamua'laikum wbt..

Entry kali nie eita nak update tentang perkembangan mikael sejak masuk kindie.. klu ikutkan skrg baru masuk bulan ke-2 dia kt sana.. so far Alhamdulillah dia nampak happy jer.. maybe sbb dah ada ramai kawan baru kan.. huhu

Let's check it out :-

1) Makan dah tak memilih skrg nie.. dah boleh sumbat sayur sket2 dlm mknn dia.. klu dulu mmg dia reject habis.. balik2 mkn nasi dgn kicap @ telur goreng.. skrg mkn ikan, ayam pun semua dia nak.. mama suker!

2) Dah pandai mengira one - seven then stop kejap terus sambung jadi nine.. eight and ten dia terlupa.. LOL!

3) Masih dlm free diapers training with his teacher.. go go miq!

4) Dah pandai mencangkung dan bagi signal biler dia nak poopoo.. tp klu terlajak, lepas siap projek mula laa dia sebut "bushuk" byk2 kali.. klu mama or ayah tak faham jugak.. tak taw laa nak ckp apa.. haha

5) Dah pandai sebut "shu shu" dgn betul instead of "ishi" sblm nie.. bunyi mcm bahasa jepun kan? ishi in japanese word bermaksud batu.. LOL! adeii laa anak.. huhu



Syukur dan happy sgt biler tengok mikael sihat sepenuhnya kembali.. dia pun semakin byk keletah dan saban hari his vocabulary semakin bertambah.. till then!

p/s : kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita.. itulah yang terbaik (Hamka)

November 1, 2011

Medical Card

Assalamua'laikum wbt..

Hello November and bye-bye October.. hehe! berpinar2 gak laa kepala encik hubby.. coz dlm bulan yg sama both eita dan mikael admitted kt hospital.. if guna duit sendiri.. mmg habis beriban-riban laa jawabnya saving kt bank.. klu gi gov hospital pulak, entah mcm mana layanannya nnt.. dgn memanjang long Q dan mcm2 syarat nak masuk wad.. ermm eita tak nak komen banyak bab nie.. sbb kita masing2 ada point of view sendiri.. tp syukur laa kami ada medical card yg cover over the bills.. pheww!


First of all.. nie bukan entry utk promote insurans tp sekadar berkongsi pengalaman yg eita lalui baru2 nie.. eita tak nafikan klu dulu.. biler sebut jer insurans, confirm eita akan angkat tgn then cabut lari secepat mungkin.. tp persepsi eita berubah slps mikael lahir.. sbb ada 1 hari tu, eita terbaca kt 1 blog pasal baby dia jatuh sakit.. mmg kesian sgt2.. start drpd situ, eita mulai study pasal insurans, buat comparison etc.. pencarian tu akhirnya menemukan eita dgn Naf..

Semua jenis insurans adalah bagus.. bukan hanya prudential.. asalkan korg ada medical card itu dah memadai.. apa yg paling penting insurans tu dpt membantu kita di saat2 genting.. dlm keadaan kita @ anak kita yg tak sihat.. perlu ker kita menunggu berjam-jam for insurance approval? ataupun perlu ker kita meletakkan deposit yg banyak sedangkan setiap bulan kita buat bayaran on time? ataupun biler keluar final bill banyak sgt yg kita kena top-up sbb amount itu tak cover, amount ini tak cover? klu amik insurans yg murah tp takder medical card pulak.. jenuh dok call agent tak dpt2? for what ada insurans klu in the end menyusahkan kita balik? betul tak? haish

Tapi kan.. eita tak lalui semua masalah tu masa mikael @ eita admitted kt pantai hospital tempohari.. semua urusan very smooth baik drpd sblm warded sampai laa discharge.. mula2 tu eita rasa risau jugak sbb tak pernah lg gunakan medical card mikael.. Naf pulak kebetulan time tu ada convention kt genting highland.. so, eita juz tunjukkan jer kedua2 medical card mikael kt kaunter admission.. 1 card prudential dan 1 lg card from my company.. diorg ambil medical card prudential dan request deposit RM500 memandangkan kami masuk dlm pukul 10pm.. lebih kurang 15 minit semua urusan settle.. legaaa!


Mikael discharge slps 2 hari 2 mlm admitted kt sana.. yg bagusnya paed yg memantau mikael adalah paed yg sama dan nurse2 kt situ pun very helpful.. surprisingly kami terus boleh discharge disebabkan dah bayar deposit masa masuk hari tu.. so, tak perlu tunggu apa2 lg.. biler final bill siap, pihak hospital akan call eita semula utk return balance deposit.. senang kan? tak payah pening kepala nak menunggu itu ini.. insurans yg mcm nie laa yg kita nak..


Dan disebabkan mikael admitted 2 hari 2 mlm kt hospital.. prudential berikan RM600 as a daily allowance.. lebih kurang 2 minggu cheque pun keluar.. so kesimpulannya; prudential has covered all the bills even kita perlu advancekan sedikit duit pd mulanya.. siap ada extra RM lg.. huhuhu! berbaloi-baloi kan? ngeee

Maybe ramai parent yg pandang remeh tentang insurans.. ataupun mereka rasa membazir buat bayaran setiap bulan.. tp percaya laa.. biler anak2 kita @ diri sendiri yg jatuh sakit.. masa tu nnt akan timbul perasaan kesal.. apa laa sgt nilai RM100 utk anak2 kita jika dibandingkan dgn melihat keadaan mereka apabila sakit.. sedangkan jika mereka mempunyai medical card.. kita dpt masukkn mereka ke hospital swasta yg lengkap dgn doctor2 pakar serta diberikan ubat dan jagaan yg baik.. so, renung2 kan laa.. huhu

p/s : i wrote this.. coz i care..

October 27, 2011

MasterChef Malaysia #1

Assalamua'laikum wbt..

Maybe ramai yg dah taw siri MasterChef Malaysia yg pertama nie telah pun ditayangkan kt astro ria @ channel 104 sejak hari sabtu yg lepas pd pukul 9.00pm.. dah masuk episod yg ke-5 pun skrg.. hehe

So far, eita mmg belum ada missed lg.. klu missed pun sanggup record rancangan tu semula.. hikhik! biler sebut jer MasterChef kan, automatic eita akan teringat Gordon Ramsay dlm MasterChef US season 1 series.. sbb start drpd situ laa eita sukakan rancangan seumpama nie.. huhu

Gordon Ramsay.. very serious, strict and high taste of coz..

Cumanya eita ada sket rasa terkilan dgn mentality our typical malaysian.. klu korg baca kt dlm fb page MCM nie.. hmmm mmg banyak sgt komen2 yg membinasa drpd membina.. and some of it was very stupid comment.. maaf ckp ok.. ada ker patut diorg nak professional chef yg jd peserta?!  lepas tu merempan2 tak puas hati dgn drop comment yg entah apa2.. wut the?! nampak sgt takder knowledge pasal MasterChef tp nak tunjuk pandai.. kesian! MasterChef adalah rancangan utk tukang2 masak amatur ok.. cuba laa tengok MasterChef US or MasterChef Australia tu dulu.. adeii

For me, klu pun ada kekurangan dlm rancangan nie.. at least kita berikan support utk siri yg pertama nie kan.. ada rezeki boleh diperbaiki pd musim ke-2 dan seterusnya.. klu AF boleh pulak diorg bagi chance.. ish! ckp laa apa pun.. yg penting eita sukakan rancangan nie.. dan antara calon2 MasterChef favorite eita ialah :-

Nik Michael Imran.. 21 tahun & masih belajar

Felix.. peserta pertama yg disarungkan apron MasterChef

Ary Malik.. seorang celebrity

All the best utk kesemua peserta Top 24.. eita tak sabar tunggu episod2 yg seterusnya.. and hopefully ketiga2 calon favorite eita nie akan sampai ke grand finale.. good luck! huhu

October 20, 2011

Kolem/rangoli

Assalamua'laikum wbt..

Kalau bulan lepas office kami sibuk dgn jamuan hari raya.. dan atas kerjasama semua staff, ianya dpt dijalankan dgn sukses sekali.. clap! clap! to all ROPC ladies.. huhu


Bulan nie pulak, spt yg kita sedia maklum kaum India yg beragama Hindu akan meraikan Deepavali minggu depan.. so, dept kami pun tak terkecuali membuat simple decoration utk memeriahkan suasana kt office.. katanya semangat 1 Malaysia kan?

Semlm dlm pd sibuk buat kerja.. eita sempat join my colleague melukis kolem kt office.. nie kali pertama eita buat benda alah tu.. selalunya juz terjumpa kt shopping mall jer..

Apa itu kolem? kolem @ rangoli ialah lukisan di atas lantai. Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik.

Mengapakah orang-orang India mengamalkan tradisi melukis kolem? Menurut ajaran agama Hindu, seseorang itu harus melakukan kebajikan atau dharmam pada setiap hari. Amalan melukis kolem merupakan satu cara yang mudah untuk melakukan kebajikan. Ini adalah kerana kolem biasanya dilukis dengan menggunakan beras atau serbuk beras. Beras atau serbuk beras itu akan dimakan oleh semut atau burung. Ini akan menyempurnakan keperluan melakukan kebajikan seperti yang dikehendaki oleh agama mereka.

sedang memilih tapak/tempat yg sesuai..

proses melukis pun bermula.. kami gunakan serbuk beras yg berwarna warni.. best taw!

Regional Operation & Planning Centre..

yeay dah nak siap.. yg penting kerjasama!

p/s : yg pasti akan ada acara makan2 lg kt office kami bulan depan.. huhu

October 18, 2011

Tragedi oktober

Assalamua'laikum wbt..

Tajuk entry dah mcm tajuk filem.. tp takder laa tragis sgt pun.. eita tgh tak sihat skrg nie.. demam on/off dah masuk 4 hari.. mmg teruk laa rekod attendance eita bulan nie.. last week ambil EL biler mikael admitted.. minggu nie pulak MC dah masuk 2 hari.. tp nak buat mcm mana Puan HR.. saya mmg tak sihat.. huk huk!

Mmg banyak betul dugaan utk kami bulan nie.. mungkin ada hikmahnya.. so, redha adalah sebaiknya.. at least biler diberikan ujian sakit nie dpt menghapuskan dosa2 kecil.. sbb kita sbg manusia kdg2 terlupa utk bersyukur dgn nikmat kesihatan yg Allah berikan kpd kita.. tp klu nak dibandingkan dgn perasaan melihat mikael terlantar kt hospital hari tu.. biar laa eita yg menanggung kesakitan.. wuwu 

ambil darah.. tuhan jer yg tahu perasaan eita masa nie.. menahan drpd sama2 meraung dgn mikael.. uhuks

cik ipad yg banyak membantu menenangkan mikael ms kt hospital.. berbaloi belikn utk dia!

kasihnya ayah.. sob sob! tqvm hubby sbb jaga hunny ms sakit dgn baik sekali.. terharu

fyi.. nie semua ubat mama.. sila mkn sampai muntah..

Setelah di'diagnose' 2 kali.. doctor sahkan eita terkena URTI (Upper Respiratory Tract Infection). Biasanya penyakit nie disebabkan oleh viral infection.. masuk nie dah 2 kali tukar ubat and hopefully eita akan sembuh slps nie insyaAllah.. korg pun tolong doakan agar eita cpt sihat yer.. huhu

p/s : mama tak kisah minum berjag2 air dan telan ubat banyak2 asalkan boleh sihat kembali.. sbb risau sgt klu menjangkit pd mikael..

October 13, 2011

TLC Promise Me - mari menderma

Assalamua'alaikum wbt..

Tgh hari tadi.. masa eita check email terbaca laa email drpd nuffnang team tentang kempen TLC Promise Me - for the children of Rumah Aman..

eita percaya ramai nuffnanger yg dpt email berkaitan.. so, hati pun tergerak utk menderma sedikit hasil my Nuffnang earning kpd mereka.. even earning eita tak laa sebanyak mana lg, tp yg paling penting kita ikhlas utk membantu mereka.. bak kata nuffnang team.. "To make a change one doesn’t have to move mountains"..


Cara-caranya mudah jer :-

1) Log in to your Nuffnang account and head on over to http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
2) Select the amount that you wish to donate from your Nuffnang earnings (you can choose from RM1, RM5 or RM10)
3) Hit the submit button, and you’re done!

p/s : i've done my part.. so, kpd blogger2 otai yg mendpt income yg masyuk setiap bulan hasil drpd blogging.. apa salahnya dermakan sedikit kpd mereka yg memerlukan.. renung2 kan dan selamat beramal.. huhu

October 12, 2011

wordless wednesday




p/s : dugaan buat kami.. *redha*

October 11, 2011

09.10.11

Assalamua'laikum wbt..

Very nice date kan? tp date itu jugak laa yg mencatat sejarah utk mikael.. he hv been admitted for the 1st time setelah berusia 2 tahun setengah kerana mengalami cirit birit yg berlarutan.. the worse part, he refused to eat or drink a milk.. pity Miq!

Tp syukur alhamdulillah, setelah 2 hari 2 mlm berkampung kt Pantai Hospital Klang.. insyaAllah ptg nnt Mikael dibenarkan pulang ke rumah.. terima kasih utk semua kwn2 dan ahli keluarga yg tak henti2 bertanyakan khabar Mikael.. juga ada yg sudi meluangkan masa utk melawatnya.. dan yg paling utama adalah doa kalian.. eita sgt menghargainya.. thanks a lot!

p/s : mama dan ayah mikael sgt exhausted..

October 3, 2011

1st day @ nursery

Assalamua'laikum wbt..

Pagi nie 1st day eita antar mikael kt nursery.. agak aneh perasaannya.. bercampur-baur.. antara risau, tak percaya dan happy biler tengok mikael tak kekok kt sana.. syukur alhamdulillah.. 

eita masukkan mikael kt TCJ dan if tiada sebarang masalah.. dia akan tinggal kt sana sampai next year.. tak boleh nak komen banyak sbb baru hari pertama kan.. tp klu berdasarkan rekod diorg.. nursery nie telah didaftarkan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri, Bomba, JKM dan MPK.. diorg mempunyai jadual aktiviti dan pemakanan yg teratur dll.. kiranya bukan laa nursery cap ayam cenggitu sbb semua teacher kena menduduki kursus asas asuhan kanak2 dan memiliki sijil yg sah.. as parent kita kena amik tahu tentang perkara2 nie..

Jom kita tengok pic mikael dan aktiviti @ TCJ..

sampai2 jer.. terus tuju kt benda alah nie.. hmmmm

dah dpt kawan baru.. huhu

barang2 miq.. nie baru nak gi nursery.. adeii

p/s : i'm proud with him.. mama yg rasa nak nanges tinggalkan dia taw.. semoga mikael serasi tinggal di sana hendaknya.. wuwu

September 17, 2011

Mikael : new hair cut

Assalamua'laikum wbt..

Ohooo.. cuti yg sgt meletihkan.. mcm mana dgn cuti korg? bkn letih disebabkan keja rumah yg melambak ataupun schedule full wif wedding job.. tp keletihan dek kerana menghadiri open house sana sini.. dlm pd tu ditambah lg dgn jemputan birthday party, majlis kawen dll.. pheww serius sampai letih perut nie asyik mkn jer.. memandangkan my "off day" pun dah nak habis.. so, boleh laa eita start puasa 6 isnin nie.. huhu

Ok, back to the story.. saja nak share pasal mikael rizqi yg bakal genap berusia 2 tahun setengah selasa nie.. mulut kemain riuh skrg.. dan dah banyak bahasa dia yg semakin kami fahami.. syukur alhamdulillah..

Lepas balik dari taiping hari tu.. eita decided potong pendek terus rambut dia.. mmg berubah habis rupa dia skrg nie dan nampak mcm big boy sgt.. ngeeee

tgh tunggu turn kt saloon rambut.. relax jer mula2

walaupun masih ada lg episode tangis.. tp tak seteruk mcm yg sblm nie.. he already get used to it.. hihi

taraaa.. nampak kemas + mcm lelaki sejati.. theeee

his new favorite.. dan miq boleh sebut "cars" dgn clear.. he really enjoy the movie drpd start sampai habis.. dah mcm budak umur 4 tahun jer kan? huhu.. semoga mikael terus membesar dgn sihat dan bijak.. amin

p/s : tumpang excited tengok kwn2 buat birthday party anak masing2.. nak jugak! hehe

September 15, 2011

Bukit Merah Laketown Resort

Assalamua'laikum wbt..

Hi u ols.. sorry laa sbb siaran kt blog nie tergendala sekejap gara2 cik modem buat hal.. kemain gatal jari2 nie nak menaip ok.. now, it's back to normal! huhu

Entry kali nie pasal short trip kami ke bukit merah laketown resort during last hari raya.. org lain gi beraya, kami gi mandi manda.. hikhik! dah alang2 sampai kt taiping nie.. kome idok ke sini, kan rugi namenye!


Actually nie kali kedua eita sampai kt sini.. tp masa 1st time eita gi dulu tak ingat dah tahun biler.. yg pasti, masa tu tempat nie baru lg dibuka.. disebabkan ibu dan abah tak berminat dgn aktiviti kami nie, makanya kami adik-beradik jer yg gi.. mereka kan balik ke kampung utk beraya bersama keluarga.. tp ada pengecualian utk anak2, menantu dan si cucu memandangkan tu last day kami kt sana.. ngeeee


Harga tiket masuk boleh dikatakan agak berpatutan dan ada combo option yg korg boleh pilih.. kami pulak hanya memilih utk masuk ke waterpark saja sbb mengejar masa.. RM27 utk org dewasa, RM23 utk kanak2, FOC utk kids bwh 90cm.. oh yer diorg akan bagi diskaun lg if korg tinggal kt mana2 apartment ataupun penginapan kt dlm resort tersebut.. untung kan? huhu


Apa keistimewaan tempat nie compare to other theme parks? hanya di bukit merah nie jer yg ada Orang Utan Island seluas 5 ekar.. korg perlu menaiki boat utk sampai ke pulau orang utan nie.. selain drpd tu, kt sini juga terdapat Ecopark yg mcm mini zoo gitu.. klu korg pencinta alam semulajadi, harus masuk kt sini ok.. yg uniknya diorg sediakan skycycle, so korg takder laa penat sgt berjalan kaki sambil dpt melihat binatang2 yg ada kt situ..

Lg? of coz laa the waterpark itself! bukan mikael jer yg excited masuk kt sini taw.. mamanya pun sama.. 2x5 bahagi 2.. hahaha!

chairlift.. RM7 saja utk pergi + balik..

giant wet bubble.. mama over kan? haha

15 feet V-shaped boomerang.. wooohooo!

and last but not least.. aktiviti kegemaran ayah dan anak.. nampak dah bakat yg diwarisi.. wuwu

So, itu laa sket sebanyak tentang catatan our short trip kali nie.. even free voucher ke damai laut lebur di saat2 akhir sbb beraya bersama keluarga tu lebih penting.. tp plan yg tak dirancang nie punyai kenangan yg tersendiri.. for more info, please click here.. daaaa!

September 8, 2011

From taiping with love

Assalamua'laikum wbt..

Okay.. nie sambungan citer raya yg seterusnya...

Kami bertolak ke taiping dari klang dah hampir tengahari.. plan asal nak melalui jalan kampung.. tp biler sampai kt kuala selangor menghala ke tanjung karang.. omai jalan super duper jammed.. kereta bumper to bumper dan bergerak sgt perlahan.. sudahnya, kami u-turn semula memasuki highway.. pheww!


Kampung ibu dan abah mmg cantik.. alam semulajadinya masih terpelihara.. ditambah lg dgn sawah padi yg luas menghijau.. sgt mendamaikan perasaan.. eita mmg suka dpt sesekali pulang ke sini dan merasai sendiri suasana kampung tu.. huhu


Nie kali kedua eita balik ke sana dan merupakan kali pertama utk mikael.. kemain excited dia tengok ayam itik kt dlm reban.. ngeee! masa 1st time balik dulu.. eita tgh mengandungkan mikael 6 bulan.. masa tu eita mmg ligat berjalan ke sana sini taw.. no wonder laa mikael pun kaki jalan jugak skrg.. hehe! kami sampai kt sana hari pun dah hampir petang.. so, abah dan ibu decide utk overnite kt umah Nek Ngah jer.. betul2 kt tengah bendang.. tp yg peliknya takder seekor nyamuk pun! pheww..

Keesokannya mmg kami beraya sakan.. drpd sebiji rumah ke rumah yg lain.. baru laa eita taw keluarga hubby nie ramai jugak rupanya.. belum lg dgn family angkat abah.. pendek kata tak cukur 2 hari klu nak  melawat semua ahli keluarga mereka..


Then entah mcm mana.. tetiba kami dpt idea utk overnite kt bukit merah.. 15 minit jer drpd situ.. dan atas bantuan sepupu hubby, akhirnya kami dpt 2 bedrooms apartment kt dlm bukit merah laketown resort.. huyeahh!

p/s : Next enrty.. Bukit Merah Laketown Resort!

August 5, 2011

Bibir kering dan puasa

Assalamua'laikum wbt..

Sekejap jer kita dah masuk hari ke-5 berpuasa kan? syukur alhamdulillah.. so, mcm mana dgn korg? hopefully korg berada dlm keadaan yg baik dan masih fit utk meneruskan ibadah puasa.. huhu

Hari nie eita nak berckp pasal masalah bibir kering dan pecah-pecah semasa kita berpuasa.. normal laa kan sbb kita kan tak minum air di waktu siang.. dgn terik matahari dan menyebabkan dehidrasi.. tp bukan bermaksud kita tak boleh mengatasi masalah nie taw..

Selain drpd kena banyak minum air masak masa bersahur dan berbuka kerana ia berfungsi utk mengembalikan cecair di dlm tubuh kita.. apa kata korg try tips pilihan eita nie :-


Menggunakan Vaseline Lip Therapy Petroleum Jelly! and my favorite is Cherry flavor.. eita pakai benda alah nie since drpd kolej lg..


Ataupun korg boleh cuba yg pure nie.. lepas tu share info dgn eita ok.. ngeee! klu korg nak pakai lipstick jugak.. pilih laa yg ada pelembap dan mengandungi UV protection.. tak pun.. sapukan terlebih dulu vaseline nie kt bibir sebelum korg apply lipstick.. but honestly eita tak pakai lipstick pun sepanjang bln puasa nie.. hanya sapukan vaseline dan lip ice sahaja..
p/s : selamat mencuba ok.. dan jgn lupa jenguk2 blog eita nie minggu dpn.. sbb mcm teringin nak buat my 1st ever Give Away.. tp hadiahnya ciput jer taw.. till then and take care u ols.. hehe