Pages

March 13, 2014

Pray for MH370

Assalamua'laikum wbt..

After a while.. daku kembali ke ruangan ini.. mahu berkongsi rasa dgn kalian.. Ya Allah Ya Tuhanku.. sesungguhnya kami tiada daya upaya pun tanpa pertolonganMu.. ampunilah segala dosa-dosa kami ya rabbi..


Buat jiwa-jiwa itu..

Aku memilih puisi
meluah rasa yg mencengkam lama..

Utk jiwa-jiwa di dalam MH 370..

Aku bukan siapa-siapa
Bukan kenalan mahupun saudara mara
Antara kita tidak pernah bertentang mata..

Dan lewat hari itu
Aku dikhabarkan jiwa-jiwa itu hilang
Sampai sekarang sunyi sepi tak berberita..

Aku yg punya jiwa yg sama
Jiwaku takut mendengarnya
Jiwa-jiwamu tak siapa tahu getarnya..

Jiwa-jiwa di dalam MH 370..

Teruskan semangatmu
Di sini aku lihat ramai menunggu berita gembira
Teringin melihat kau pulang seperti biasa..

Nanti kau pulang
Kau lambai jiwa-jiwa kami
Jiwa-jiwa yg mendoakan kau tadi..

Kami tunggu..

Waktu itu getar takut kau hilang pergi
Risau resah kami berakhir sendiri..

Tapi..

Jika bukan itu yg tertulis nanti
Mungkin masih hilang tak diketahui
Lama...

Aku sedih
Aku simpati..

Tuhanku..

Walau di dalam itu ada jiwa yg bukan bertuhankanMu
Aku percaya sifat Ar-rahman itu..

Dengan kasihMu.. berserta sayangMu
Tunjukkan kepada kami di mana jiwa-jiwa itu pergi
Agar hilang resah si ibu.. agar hilang risau si bapa
Agar tenang jiwa sang isteri.. agar redha hati sang suami..

Dan.. agar si anak tahu apa yg jadi..
Serta.. para sahabat lapang dada menerima takdir jiwa-jiwa itu nanti..

Nukilan : Intan Noorashikin


p/s : credit for her.. puisi yg meruntun hati dan perasaanku.. i'm still hopes for a miracle to happen.. aminnn

0 comments: