Pages

September 19, 2013

Sports Day @ Janda Baik

Assalamua'laikum wbt..

Nie cerita 7th Sept yg lepas.. at last, my dept berjaya organize kami punya own sports day.. maksudnya internal activity.. tak involve keseluruhan staff Cma-Cgm.. sebenarnya dah lama sgt perancangannnya.. dgn mcm2 kekangan.. tp Alhamdulillah, everything goes according to our plan.. fuhh! *ingat senang jadi salah seorg committee member?*

Please bear with me.. entry kali nie mmg banyak gambar yer cik jah..

Suria Hill Country House, Janda Baik


Just a day trip to Janda Baik.. eventho tak semua staff ROPC dpt join.. tp mmg happening! semua orang sgt sporting dan kami enjoy dgn semua aktiviti yg disediakan oleh event coordinator..

Cuaca yg baik, suasana yg sejuk dan redup serta sungai yg mengalir perlahan.. sbb tu kami pilih Janda Baik utk aktiviti kami kali nie.. huhu

perbincangan serius among the committee..

Basically.. ada 5 telematch yg perlu kami "complete"kan.. dan kami dibahagikan kpd 4 kumpulan.. last eita pergi sports day masa sekolah menengah dulu kot.. punya laa lama kan.. so, of coz rasa excited lebih sket.. hehe

my team, Fantastic 4.. yg baju hitam tu the event coordinator..

Game yg pertama adalah treasure hunt.. kami diberikan 10 soalan teka-teki dan ada sesetengah soalan tersebut kami perlu mencari objek2 tertentu.. keputusan akhir dimenangi oleh kumpulan kami!

Salah satunya.. cuba teka binatang apa tak tahu malu? jawab.. jawab..

cubaan kumpulan D'Avengers utk meyakinkan pengadil dgn jawapan mereka.. hihi

Game yg kedua; dress making competition.. dgn temanya Superhero Malaya.. kami diberikan surat khabar dan stapler utk dijadikan pakaian kpd salah seorg model setiap kumpulan.. gelak mcm nak pecah perut kami dibuatnya..

mcm2 nama ada.. hikhik! dan dimenangi oleh kumpulan Jupiter..

Game yg ketiga; animal planet.. game yg agak lucu.. semua ahli kumpulan dikehendaki menutup mata masing2 dgn sehelai kain.. kemudian perlu mencari semua ahli kumpulan yg lain berdasarkan bunyi haiwan2 tertentu.. kumpulan kami kalah teruk time nie.. maw taknya.. dah tu kami dpt bunyi ular.. ular ada bunyi yg kuat ker? haha

sebelum masing2 ditutup matanya.. huhu

Game yg ke-4 nie pun menarik; helicopter spinning.. mmg berpusing dibuatnya sbb masing2 kena berlari-lari, berpusing-pusing dan membaling bola ke dlm bakul.. yer nampak mcm senang jer cik jah.. cuba buat kita tengok.. hikhik

acara nie dimenangi oleh kumpulan Super 5.. menang jugak akhirnya.. hihi

Last but not least.. acara yg paling best.. tug of war atau tarik tali.. masa pembahagian kumpulan.. serius kami dah kecut perut.. sbb team lawan semua badan besar2 ok.. kumpulan kami alahai cecomel jer semua.. haha!

Team lawan.. pheww

Tp takper.. mari kita mengatur strategi..

Tarik.. tarik.. ada chance nie wey!

Yeay! kemenangan di pihak kami..


Selepas semua telematch selesai.. masa utk makan dan juga penyampian hadiah serta cabutan bertuah.. mmg seronok sgt!


nyum.. nyum

Dan sebagai acara penutup.. tentu laa aktiviti main air.. hihi! water attack mmg favorite game sbb buatkan orang lain jadi basah kuyup.. cisss!


p/s : lepas nie sibuk dgn annual dinner pulak.. nak pakai baju apa ek? ermmmmm

2 comments:

Unknown said...

wah.. syoknya bersport day yer.. janda baik plak tu.. bestlah sekali sekala bersuka ria kan...

•♥• Mrs RR •♥• said...

Yups sal.. mmg release tension time tu.. encik boss pun melompat mcm kanak2 riang.. hihi