Pages

August 13, 2013

Ada - Fynn Jamal

Assalamua'laikum wbt..

Antara lukisan dan puisi.. eita pilih puisi.. dan mungkin juga kerana puisi itu adalah seindah lukisan.. tak ramai yg tahu.. kenapa eita suka sgt dgn filem "Ada Apa Dgn Cinta".. bukan saja disebabkan oleh Dian Sastro yg cantik jelita atau kekacakan Nicholas Saputra semata.. kerana dlm AADC ada puisi2 yg indah..

Sama jugak dgn Fynn Jamal.. eita sukakan dia kerana penulisan beliau.. kerana puisi beliau.. kerana pendapat beliau yg telus dan bersahaja.. tak salah kan? 

ADA..

"Aku bukan perempuan kuat.
Akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
Paling kuat menangis.
Paling goyah dan tumbang di banyak masa.

Tapi aku ada penyakit degil.
Degil untuk kalah.
Degil untuk tewas.
Degil untuk biar jiwa tersepah.

Hari ini aku kongsikan apa yang membantu hari2 sukar aku.
Aku tak ada apa2 untuk bikin kau2 semua percaya kemujarabannya. 
Aku cuma ada aku sebagai bukti.

Titik tolaknya--
Kena percaya janji Tuhan seratus tujuh puluh peratus bila Dia kata "minta-- dan aku bagi".
Dan jangan sekadar minta sekali.

Kalau sungguh apa yang kita mau itu yang terbaik untuk kita--
Lambat laun sampai juga ke tangan kita.
Kalaulah tak kunjung tiba--
Ajarlah hati untuk terima yang Tuhan itu Maha Tahu.

Sesungguhnya Dia pencipta segala.
Dari yang terzahir sehingga ke yang paling dalam hati--
Dia tahu kenapa kita mahu apa yang kita mahu.
Kalau mak abah kita sanggup kerja siang malam demi anak yang mahukan sesuatu, apa lagi Tuhan yang mencipta setiap zarah yang wujud sejak azali dulu.

Dan yang penting--
Sabar dalam menunggu.

InsyaAllah,
Inilah random kindness of the day aku." - Fynn Jamal

p/s : kdg2 lebih mudah meluah rasa melalui puisi.. huhu

2 comments:

Anonymous said...

Sme la kita kak...sy pn suka

•♥• Mrs RR •♥• said...

huhu.. ramai yg sukakan dia.. tks for drop by ;)