Pages

March 20, 2013

Happy 4th birthday Mikael Rizqi

Assalamua'laikum wbt

Anugerah Terindah Yang Pernah Ku Miliki - Sheila On 7

Melihat tawamu
Mendengar senandungmu
Terlihat jelas di mataku
Warna - warna indahmu

Menatap langkahmu
Meratapi kisah hidupmu
Terlihat jelas bahwa hatimu
Anugerah terindah yang pernah ku miliki

Sifatmu nan selalu
Redakan ambisiku
Tepikan khilafku
Dari bunga yang layu

Saat kau di sisiku
Kembali dunia ceria
Tegaskan bahwa kamu
Anugerah terindah yang pernah ku miliki

Belai lembut jarimu
Sejuk tatap wajahmu
Hangat peluk janjimu
Anugerah terindah yang pernah ku miliki

 * * * * * * * * * *

a small piece of cake before he's going to school.. nnt mama belikan kek yg besar okeh!

Mikael Rizqi.. tiada satu hadiah pun di dlm dunia ini yg dpt menandingi kasih sayang ayah dan mama kepadamu.. tak pernah sekali pun kami lupa utk mendoakanmu dlm setiap sujud kami kpd Allah swt.. agar kelak engkau menjadi seorang anak yg soleh, beriman, berilmu, berjaya dan berbakti.. insyaAllah

Selamat ulang tahun sayang.. 4 tahun terasa begitu sekejap masa berlalu.. tak terasa membesarkan Mikael Rizqi.. dia seorang anak yg membawa sejuta bahagia di dlm hidup kami.. dia seorang anak yg menjadi penawar pada setiap duka dan air mata.. terima kasih ya Allah kerana mengurniakan anugerah seindah Mikael Rizqi..

(i) p/s : maaf entry sedikit emosi hari nie.. *sobs*

Miq's birthday pressie tahun nie.. at last kami berjaya siapkan his own room menjelang bday dia.. *eppy*

sudut yg akan menempatkan semua hasil kerja kreativiti Miq at school.. *tqvm ayah*

(ii) p/s : insyaAllah akan ada simple celebration for his birthday hujung minggu nie dan minggu depan.. huhu

March 18, 2013

Swimming class

Assalamua'laikum wbt..

Yer.. klu ikutkan masuk "swimming class" adalah salah satu azam eita utk tahun nie.. bukannya bercita-cita utk mewakili negara pun.. tp sebenarnya lebih kpd exercise activity..

Diet yg ketat dgn berlapar dahaga atau makan segala jenis slimming product tanpa EXERCISE adalah cara yg SALAH to maintain the ideal weight.. ataupun exercise semata-mata tanpa diet yg betul pun tak berguna jugak cik jah.. fuhh

eita nie pulak bukannya jenis yg berdisiplin atau rajin sgt klu terikat dgn fix schedule contohnya mcm pergi ke gym.. atau dlm seminggu 2-3 kali kena pergi ke Taman Rakyat tu utk berjogging @ senaman aerobik.. haih

honestly.. eita lebih suka berenang kt laut lepas i/o swimming pool..

So, eita try masuk swimming class nie.. memandangkan ia merupakan aktiviti yg eita suka, santai, affordable cost, hanya sekali seminggu dan tak jauh dari rumah.. juga katanya, berenang nie ada banyak kebaikan..

Kebaikan berenang :-

1) Proses pengaliran darah yg lebih baik
2) Mengawal berat badan
3) Pelepasan drpd tekanan dan tegangan
4) Jantung yg lebih kuat
5) Daya tahan otot yg lebih baik
6) Meningkatkan tenaga dan kekuatan badan
7) Terapi pemulihan otot utk menyembuhkan atau pemulihan drpd kemalangan dan kecederaan

Secara keseluruhan, berenang adalah bentuk latihan yang terbaik. Ini adalah kerana ketumpatan badan adalah menghampiri ketumpatan air. Badan akan disokong oleh air dan stress tumpuan pada sambungan (joints) dan tulang adalah minima. Memandangkan keapungan air melindungi bahagian sambungan, latihan di air adalah pilihan terbaik kepada sesiapa yang mengalami berat badan. Berenang juga diamalkan untuk proses rehabilitation selepas kecederaan atau untuk orang kurang upaya. Ianya juga selamat kepada mereka yang berumur dan wanita mengandungTambahan pula, aktiviti berenang dipercayai boleh mengurangkan kesan sampingan akibat stress. - copy paste from cik google


the pool..

Hopefully ia akan membuahkan hasil nnt.. if tak dpt banyak.. sket2 pun dah memadai.. segala keperluan mcm swimsuit eita mmg dah ada.. ptg semlm juz beli goggle jer.. tak sabarnya nak pergi my 1st class next week.. ngeee

Next.. nak masukkan my little boyfriend pulak ke swimming class.. huhu

March 12, 2013

Birthday and Cake

Assalamua'laikum wbt..

Klu bulan December, eita suka bercerita tentang wedding anniversary.. then bulan March pulak, most of the entry berkisar tentang Mikael coz he was born on March..

Miq 1st birthday cake.. hasil air tgn my good friend..

Cake sponsored from KFC..

Cake mmg sgt sinonim dgn majlis birthday @ anniversary @ atau pun boleh dimakan biler2 saja yg cik jah suka.. ermmm berbeza dgn my encik hubby yg kurang sukakan cake.. and as for myself.. cake bukan laa satu kemestian pada setiap hari ulang tahun kelahiran eita.. sbb eita lebih suka berjalan on that date.. ngeee

Miq 2nd birthday cake from Secret Recipe.. sebelum eita beralih arah ke home made cakes..

Btw cik jah collect tak gambar2 birthday anak2 cik jah setiap tahun? eh boleh dijadikan kenangan yg sgt mahal nilainya biler kita semakin meningkat usia taw.. sbb biler mereka semakin membesar, yg tinggal dgn kita hanya laa kenangan.. sobs

Miq 3rd birthday cake utk kwn2 & his teacher kt taska.. huhu

His 2nd cake for the 3rd birthday party last year..

Actually eita tengah berkira-kira nak order cake apa utk birthday Mikael tahun nie.. sbb Mikael sekarang semakin ada "taste".. maklum laa dah jadi anak bujang kata kan.. hikhik! tp mcm yg eita mentioned sebelum nie.. no party this year! hanya ada majlis doa selamat kecil-kecilan among family.. inshaa Allah

p/s : payah sgt.. beli kek batik jer.. theee

March 11, 2013

Miq's own room

Assalamua'laikum wbt..

Another 10 days.. birthday Mikael yg ke 4 tahun.. kali nie, kami decide utk hadiahkan "sebuah bilik" yg comel utk dia.. yer laa.. 4 tahun tu dah boleh sgt tido asing.. ada parent lain sedari baby lg mereka dah asingkan tempat tido.. bukan setakat tempat tido.. tp kt bilik yg berasingan.. ok, better late than never rite? uhuks

So, let's check it out.. apa yg sepatutnya ada kt dlm bilik Miq tu nnt.. huhu

dah semestinya katil dgn bed sheet kan..

ada sesiapa taw nak cari mcm nie kt mana?

floor mat or carpet.. ermmm

klu jumpa yg mcm nie.. confirm Miq suka!

then bubuh sket2 decoration.. huhu

p/s : pictures credit to cik google.. hope kami dpt realisasikannya before his coming birthday.. chaiyuk!

Taraaaa! hasilnya.. sempat siap menjelang his 4th birthday.. yieepiee!

March 5, 2013

Harga sebuah keamanan

Assalamua'laikum wbt..


Klang 5 Mac 2013 - Ibu Allahyarham Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sadiah Mohd Amin menyiram pusara anaknya yg disemadikan di Tanah Perkuburan Kg Rantau Panjang, Klang di sini malam tadi - Utusan

ATM tidak akan dedahkan taktik yg digunakan dlm serangan.. operasi besar-besaran tumpaskan penceroboh bersenjata..

Tindakan ofensif di Kg Tanduo, Lahad Datu pagi ini capai objektif awal..

p/s : ini bukan cerita dongeng..

March 4, 2013

Perwira Malaysia

Assalamua'laikum wbt..



Perwira..
Janganlah ragu dan bimbang..
Untuk pergi berjuang..
Andainya kau gugur..
Jasamu dikenang..

Al-fatihan utk pejuang2 negara yg terkorban di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.. takziah utk semua ahli keluarga mereka.. semoga kalian mendapat syahid hendaknya dgn izin Allah swt.. Amin ya rabb

p/s : doa kami buatmu Pasukan Keselamatan Negara.. we love Malaysia!