Pages

July 19, 2012

Perhentian Island - Part II

Assalamua'laikum wbt..

Sambungan drpd Part I entry.. aktiviti kt pulau diteruskan lagi.. cik jah jgn boring pulak yer.. huhu

Day 3 - (09/07/12) Diving @ perhentian

Nie kali kedua eita buat discover scuba diving (dsd).. kali pertama dulu kt Mabul Island & it's really good experience.. tp dasar laut perhentian juga punyai keunikan tersendiri.. itu laa pun tujuan kita menjelajah, menikmati keindahan serta keajaiban alam.. semuanya utk membuatkan kita semakin dekat dgnNya dan menambahkan rasa kesyukutan kpd Yg Maha Esa..



This is Anna, my dive instructor from Universal Divers.. dia berasal dari Czech Republic & the briefing session with her was very detail.. takder main2 yer.. diving mmg enjoy tp banyak faktor keselamatan yg perlu kita ambil kira.. berbeza masa kt Mabul dulu.. kali nie eita dpt banyak info yg berguna dan eita berpeluang utk tengok tayangan video tentang cara2 diving yg betul & langkah2 keselamatan..

Kami dive berlima on that day.. Anna, myself, Jeff (my agent) dan 2 org anak beranak from England if i'm not mistaken.. disebabkan mlm sebelumnya tu hujan lebat kt pulau, so current pagi tu agak kuat drpd biasa.. klu salah gaya boleh hanyut.. ekeke! Anna pilih dive point berhampiran dgn perhentian island marine park.. so, kami pun menyelam ke dasar laut sket demi sket pd kedalaman 10m..




Kami menyelam hampir 2 jam kt sana.. dan kali nie eita puas hati giler sbb dpt bawak turun sekali waterproof camera.. tu pun nasib baik Samudera yg tolong uruskan.. eita juz bayar RM50 utk sewa camera + Wan siap tolong 'burn'kan soft copy dlm CD.. senang kan kerja aii cik jah? huhu




Even klu ikutkan air agak keruh sedikit disebabkan hujan  turun mlm semalamnya tu.. tp eita bersyukur sgt sbb masih dpt melihat pemandangan yg indah & mmg rezeki kami terjumpa turtle yg sedang berenang-renang berhampiran kami.. dia pun sporting sgt berlegar-legar ke sana sini.. dan hajat nak jumpa si nemo (clown fish) sekali lg tercapai.. mmg comel ikan kecil yg berwarna oren putih nie ok.. kan best klu mikael pun ada sekali masa tu.. tunggu dia besar sket.. satu hari nnt eita nak bawa dia dive sekali..




Yg paling unik sekali dan eita tak jumpa benda nie masa dive kt Mabul Island ialah.. ATM machine kt dlm laut.. mmg ohsemmm! haha.. menurut kata Jeff, Bank Rakyat mmg purposely dumped machine tu kt pulau perhentian sbg simbolik kerjasama antara Bank Rakyat dgn Jabatan Taman Laut utk menjadikan mesin tersebut sbg tukun bagi ikan membiak &  sbg tempat percambahan batu karang.. cayalah!



Actually ada baaannyaaaakk dive center kt pulau perhentian.. juz pilih jer.. tp eita nak recommend svc DePenarik Beach Travel & Tours yg menguruskan dive activity eita masa kt pulau.. Jeff siap carikan dive instructor perempuan utk eita.. then arrangekan boat utk fetch eita kt Samudera.. dan yg surprisednya dia siap dtg dari tanah besar sbb nak dive sama2 dgn customer dia.. bagus kan? for DSD.. the charges is RM200 only.. murah dan berbaloi dgn pengalaman yg kita dpt.. thumbs up!

Habis diving jer.. tunggu speed boat sekejap (laju giler bagak ok) then eita terus balik ke Samudera utk berehat.. dah mula rindukan encik hubby & Mikael pun yer jugak.. hikhik! mmg pulun tido tak ingat dunia lepas tu.. thanks hubby sbb sudi jagakan Mikael.. huhu

Yg nie pulak aktiviti kami sebelah petang dan mlm terakhir kt perhentian island.. hehe

main pasir..

feeling sekejap.. hehe

 enjoying himself..

bbq nite..

Day 4 - (10/07/12) Kota Bharu, Kelantan

Pejam celik pejam celik.. akhirnya sampai laa hari terakhir kami kt sana.. sekejap betul masa berlalu.. selepas menikmati breakfast yg terakhir.. kami pun bertolak ke Kuala Besut dgn menaiki boat.. sampai kt jeti dlm 20 minit jer.. u tell me laju ke tidak dia bawak? adeii


Sampai jer kt Kuala Besut then beli sket2 souvenirs.. kami decide utk ke Kota Bharu memandangkan perjalanan ke sana juz 45 minit jer.. dah alang2 datang sejauh ini kan? lg pun eita dah lama sgt tak jejakkan kaki kt bumi Cik Siti Wan Kembang tu.. klu tak silap, eita pergi ke sana masa kecik2 dulu.. hihi


One good thing kt kelantan.. semua sign board syarikat mesti menggunakan tulisan jawi selain huruf biasa.. tak kisah laa nama china ker, inggeris ker.. wajib ok! now cuba cik jah eja Courts @ Grilled Black Pepper Chicken dlm bahasa jawi.. terkekek-kekek eita dgn hubby ketawa kt dlm kereta.. ekeke

Pasar Siti Khadijah..

Dah sampai Kota Bharu, org kata tak sah klu tak singgah kt Pasar Siti Khadijah kan.. sempat laa membeli sket2 souvenirs utk my family.. mmg cantik2 kain pasang, batik dan telekong kt situ cik jah.. selepas berhenti solat dan mkn, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan..

Tapi.. ada pengalaman lucu sket masa otw to Gua Musang taw.. tetiba jer hubby drive perlahan drpd biasa.. so, eita pun pay attention kt bahagian depan.. kereta satu demi satu berhenti.. rupanya ada sebuah lori terbabas kt the other side of the road.. jadinya jln jammed.. kami semakin hairan biler tengok org2 kampung makin ramai ke tempat kejadian.. tp kebetulan kejadian tu baru jer berlaku.. so, dpt laa kami escape dgn cpt drpd tersangkut dlm jammed yg teruk.. rupa-rupanya..... 

lori yg membawa muatan air berkarbonat terbabas..

so, rezeki org kampung laa dpt minum air free.. sabar jer laa cik jah.. hahaha!

Syukur Alhamdulillah.. another safe journey with another great experience.. ada rezeki drpd Allah swt, dpt laa kami menjejakkan kaki ke tempat yg lain pula kelak.. insyaAllah

Muzdalfa Fried Chicken (MFC) @ hentian gua musang..

p/s : breakfast in terengganu.. lunch in kelantan.. dinner in pahang.. di mana bumiku pijak.. di situ langit dijunjung.. THE END