Pages

July 19, 2012

Perhentian Island - Part II

Assalamua'laikum wbt..

Sambungan drpd Part I entry.. aktiviti kt pulau diteruskan lagi.. cik jah jgn boring pulak yer.. huhu

Day 3 - (09/07/12) Diving @ perhentian

Nie kali kedua eita buat discover scuba diving (dsd).. kali pertama dulu kt Mabul Island & it's really good experience.. tp dasar laut perhentian juga punyai keunikan tersendiri.. itu laa pun tujuan kita menjelajah, menikmati keindahan serta keajaiban alam.. semuanya utk membuatkan kita semakin dekat dgnNya dan menambahkan rasa kesyukutan kpd Yg Maha Esa..



This is Anna, my dive instructor from Universal Divers.. dia berasal dari Czech Republic & the briefing session with her was very detail.. takder main2 yer.. diving mmg enjoy tp banyak faktor keselamatan yg perlu kita ambil kira.. berbeza masa kt Mabul dulu.. kali nie eita dpt banyak info yg berguna dan eita berpeluang utk tengok tayangan video tentang cara2 diving yg betul & langkah2 keselamatan..

Kami dive berlima on that day.. Anna, myself, Jeff (my agent) dan 2 org anak beranak from England if i'm not mistaken.. disebabkan mlm sebelumnya tu hujan lebat kt pulau, so current pagi tu agak kuat drpd biasa.. klu salah gaya boleh hanyut.. ekeke! Anna pilih dive point berhampiran dgn perhentian island marine park.. so, kami pun menyelam ke dasar laut sket demi sket pd kedalaman 10m..




Kami menyelam hampir 2 jam kt sana.. dan kali nie eita puas hati giler sbb dpt bawak turun sekali waterproof camera.. tu pun nasib baik Samudera yg tolong uruskan.. eita juz bayar RM50 utk sewa camera + Wan siap tolong 'burn'kan soft copy dlm CD.. senang kan kerja aii cik jah? huhu




Even klu ikutkan air agak keruh sedikit disebabkan hujan  turun mlm semalamnya tu.. tp eita bersyukur sgt sbb masih dpt melihat pemandangan yg indah & mmg rezeki kami terjumpa turtle yg sedang berenang-renang berhampiran kami.. dia pun sporting sgt berlegar-legar ke sana sini.. dan hajat nak jumpa si nemo (clown fish) sekali lg tercapai.. mmg comel ikan kecil yg berwarna oren putih nie ok.. kan best klu mikael pun ada sekali masa tu.. tunggu dia besar sket.. satu hari nnt eita nak bawa dia dive sekali..




Yg paling unik sekali dan eita tak jumpa benda nie masa dive kt Mabul Island ialah.. ATM machine kt dlm laut.. mmg ohsemmm! haha.. menurut kata Jeff, Bank Rakyat mmg purposely dumped machine tu kt pulau perhentian sbg simbolik kerjasama antara Bank Rakyat dgn Jabatan Taman Laut utk menjadikan mesin tersebut sbg tukun bagi ikan membiak &  sbg tempat percambahan batu karang.. cayalah!



Actually ada baaannyaaaakk dive center kt pulau perhentian.. juz pilih jer.. tp eita nak recommend svc DePenarik Beach Travel & Tours yg menguruskan dive activity eita masa kt pulau.. Jeff siap carikan dive instructor perempuan utk eita.. then arrangekan boat utk fetch eita kt Samudera.. dan yg surprisednya dia siap dtg dari tanah besar sbb nak dive sama2 dgn customer dia.. bagus kan? for DSD.. the charges is RM200 only.. murah dan berbaloi dgn pengalaman yg kita dpt.. thumbs up!

Habis diving jer.. tunggu speed boat sekejap (laju giler bagak ok) then eita terus balik ke Samudera utk berehat.. dah mula rindukan encik hubby & Mikael pun yer jugak.. hikhik! mmg pulun tido tak ingat dunia lepas tu.. thanks hubby sbb sudi jagakan Mikael.. huhu

Yg nie pulak aktiviti kami sebelah petang dan mlm terakhir kt perhentian island.. hehe

main pasir..

feeling sekejap.. hehe

 enjoying himself..

bbq nite..

Day 4 - (10/07/12) Kota Bharu, Kelantan

Pejam celik pejam celik.. akhirnya sampai laa hari terakhir kami kt sana.. sekejap betul masa berlalu.. selepas menikmati breakfast yg terakhir.. kami pun bertolak ke Kuala Besut dgn menaiki boat.. sampai kt jeti dlm 20 minit jer.. u tell me laju ke tidak dia bawak? adeii


Sampai jer kt Kuala Besut then beli sket2 souvenirs.. kami decide utk ke Kota Bharu memandangkan perjalanan ke sana juz 45 minit jer.. dah alang2 datang sejauh ini kan? lg pun eita dah lama sgt tak jejakkan kaki kt bumi Cik Siti Wan Kembang tu.. klu tak silap, eita pergi ke sana masa kecik2 dulu.. hihi


One good thing kt kelantan.. semua sign board syarikat mesti menggunakan tulisan jawi selain huruf biasa.. tak kisah laa nama china ker, inggeris ker.. wajib ok! now cuba cik jah eja Courts @ Grilled Black Pepper Chicken dlm bahasa jawi.. terkekek-kekek eita dgn hubby ketawa kt dlm kereta.. ekeke

Pasar Siti Khadijah..

Dah sampai Kota Bharu, org kata tak sah klu tak singgah kt Pasar Siti Khadijah kan.. sempat laa membeli sket2 souvenirs utk my family.. mmg cantik2 kain pasang, batik dan telekong kt situ cik jah.. selepas berhenti solat dan mkn, kami pun meneruskan perjalanan pulang ke pangkal jalan..

Tapi.. ada pengalaman lucu sket masa otw to Gua Musang taw.. tetiba jer hubby drive perlahan drpd biasa.. so, eita pun pay attention kt bahagian depan.. kereta satu demi satu berhenti.. rupanya ada sebuah lori terbabas kt the other side of the road.. jadinya jln jammed.. kami semakin hairan biler tengok org2 kampung makin ramai ke tempat kejadian.. tp kebetulan kejadian tu baru jer berlaku.. so, dpt laa kami escape dgn cpt drpd tersangkut dlm jammed yg teruk.. rupa-rupanya..... 

lori yg membawa muatan air berkarbonat terbabas..

so, rezeki org kampung laa dpt minum air free.. sabar jer laa cik jah.. hahaha!

Syukur Alhamdulillah.. another safe journey with another great experience.. ada rezeki drpd Allah swt, dpt laa kami menjejakkan kaki ke tempat yg lain pula kelak.. insyaAllah

Muzdalfa Fried Chicken (MFC) @ hentian gua musang..

p/s : breakfast in terengganu.. lunch in kelantan.. dinner in pahang.. di mana bumiku pijak.. di situ langit dijunjung.. THE END

July 16, 2012

Perhentian Island - Part I

Assalamua'laikum wbt..

Dah nak dkt seminggu balik drpd bercuti.. baru ada mood nak type my travelog.. huhu! takper laa sbb yg penting cepat @ lambat eita tetap akan share the info.. if tak dpt banyak, sket2 pun jadi laa.. kan cik jah? huhu

Day 1 (07/07/12) - KT & Kuala Besut, Terengganu

Nie trip kali kedua eita, hubby & mikael ke terengganu.. kali pertama dulu time kami pergi ke pulau redang tahun 2010.. I love terengganu.. dan boleh dikatakan it's my favourite destination in semenanjung.. tp nie pendapat peribadi eita laa sbb eita adalah pencinta pulau.. dan terengganu memiliki banyak pulau2 yg cantik.. antaranya redang, perhentian, lang tengah, pulau kapas, pulau tenggol, gem island etc..


layan BoboiBoy..

Kami bertolak dlm pukul 9.00am dan berhenti breakfast kt R&R Genting Sempah.. tempat wajib singgah setiap kali kami menghala ke pantai timur.. then singgah lg kt hentian R&R Gambang utk lunch & solat zohor sebelum meneruskan perjalanan.. sampai kt Kemaman kami berhenti sekali lg utk mkn2 (tak habis2 mkn.. hihi) dan hentian terakhir kami di Masjid Kristal, Kuala Terengganu sebelum bertolak ke Kuala Besut selepas maghrib.. sempat laa kami menunaikan kewajipan kt situ.. syukur




Ingatkan dekat ok.. tp rupanya biler sampai kt KT.. ada lebih kurang 150km lg baru sampai kt Kuala Besut.. klu jeti ke redang terletak di Kuala Terengganu.. jeti ke perhentian pulak adalah kt Kuala Besut.. boleh dikatakan lain pulau, lain jetinya.. huhu! tp maybe ada jugak pulau lain dari jeti yg sama kot? huhu

Kami sampai kt Kuala Besut dlm pukul 10.00pm.. selepas check in kt Nan Hotel.. kami terus mencari tempat mkn.. perut pun dah berkeroncong mintak diisi.. mata eita bersinar2 biler ternampak signboard restoran Zul Ikan Bakar kt tepi flyover berhampiran jeti.. eita mmg pun tgh mencari restoran berkenaan.. coz terbaca banyak review pasal restoran nie.. tak sangka pulak terus jumpa.. hihi! apa yg special kt restoran tu? of coz laa seafood yg fresh pd harga yg murah.. dah dkt dgn jeti katanya kan? pendek kata perjalanan kami pd hari tersebut semuanya dipermudahkan.. hati pun  rasa gembira sbb niat yg satu tu klu ke KT kali nie dah pun termakbul.. syukur!



Actually dah buat preparation sket sebanyak sebelum ke pulau perhentian nie.. that's my style.. tempat menginap perlu berhampiran dgn jeti.. tempat mkn mahu yg sedap & murah.. tempat parking kereta mesti yg selamat.. semua telah difikirkan.. bukannya susah mana pun.. sedikit usaha dan persediaan rapi bagi memastikan percutian kita berjalan lancar with a peace of mind .. huhu

Day 2 (08/07/12) - Perhentian Besar

Selepas settle uruskan boat tix + marine park fee + bayar balance payment kpd agent yg menguruskan aktiviti dive kt pulau nnt.. kami pun breakfast kt sebuah kedai mkn berhampiran jeti.. tepat pukul 11.00am kami pun bertolak ke perhentian besar.. perjalanan menaiki boat memakan masa lebih kurang 30 minit shj..


klu takut dilambung ombak.. jgn naik boat pergi perhentian.. hikhik

Kenapa perhentian besar? pulau perhentian terbahagi kpd 2 pulau.. iaitu pulau perhentian kecil.. dan pulau perhentian besar.. jaraknya takder laa jauh mana.. perhentian kecil lebih happening jika dibandingkan dgn perhentian besar.. terdapat banyak chalet2 drpd yg semurah RM30 - RM500 utk satu mlm.. dan ia popular dgn long beach yg ala-ala "pantai Miami" gitu.. kebanyakan pengunjung kt situ adalah tourist & most of them  suka ber'party' di  mlm hari.. ramai backpackers pulak menginap kt coral bay (the other side of perhentian kecil)

Berbeza dgn perhentian besar yg lebih privacy, tenang dan harga chalet2 di situ agak mahal sedikit.. i'm coming all the way from klang utk berehat & menenangkan fikiran.. so, sbb tu eita memilih perhentian besar kerana eita tak perlukan suasana hingar bingar tersebut.. klu cik jah pulak? tepuk dada, tanya selera ok.. huhu



Kami menginap di Samudera Beach Chalet dan mengambil 3D2N fullboard package all inclusive.. thanks a lot atas layanan yg sgt baik, makanan yg sedap serta portion yg banyak.. adeii! entah naik berapa kg laa nie lepas balik dari pulau.. hehe! they're very nice to us.. kami rasa sgt dihargai coz memilih utk stay dgn mereka..

Samudera terletak di Teluk Dalam, Perhentian Besar.. selain SBC, terdapat beberapa resort lain spt Arwana Perhentian Resort, Alu-Alu & Bayu Dive Lodge, Fauna Beach Chalet serta Flora Bay resort.. tak telalu crowded dan itu yg penting.. huhu



Sampai2 jer terus boleh check in even klu ikutkan check in time is 2.00pm.. then tepat pukul 1.00pm hidangan lunch kami dah pun tersedia atas meja.. mcm utk 4 org mkn taw! best kan? Wan siap cakap, klu sejag air tu tak cukup dia boleh refill lg.. hikhik

Dlm pukul 2.00pm kami memulakan aktiviti snorkeling.. eita mmg dah tak sabar nak tengok keindahan pulau perhentian nie.. lebih2 lg biler diberitahu kami akan ke pulau rawa.. umpama pucuk dicita, ulam mendatang.. huhu



Pulau rawa sgt cantik.. tp jgn salah faham pulak.. nie bukan pulau rawa kt johor tu yer.. huhu! pulau rawa kt perhentian nie merupakan salah satu snorkeling spot/ point.. airnya sgt jernih warna biru kehijauan.. pantainya yg landai.. pasir yg halus dan ikan yg banyak sampai ke gigi air.. mmg puas hati snorkeling kt sini.. mikael laa org yg paling excited.. i'm glad he enjoyed being there.. huhu




Hampir 2 jam kt situ.. kami bergerak ke point kedua iaitu tokong burung.. this time mikael tak turun sbb airnya agak dalam.. so, dia stay kt dlm boat dgn ayahnya sambil bagi ikan2 mkn roti.. his 1st experience.. hihi



So, encik hubby pun suruh eita manfaatkan masa kt situ dgn ber'snorkeling'.. sementara dia take over jaga mikael.. tq so much syg! huhu.. coral dan hidupan laut kt situ biasa2 jer.. sama mcm yg eita pernah lihat sebelum nie.. selepas semua ahli rombongan naik, kami bergerak ke point yg terakhir..



Point terakhir kami kt romantic beach.. eita pun tak sure kenapa pantai tu dinamakan sebegitu.. yg pasti pasir kt pantai tu punya halus mcm serbuk ok.. then kelihatan sebatang pokok besar yg digantungkan banyak coral pd dahannya.. huhu! layan jer laa.. ada jugak 2-3 group yg sedang buat shore dive kt situ.. sempat gak laa eita dok jeling2 diorg.. hikhik 


\
Masa kt situ eita bagi peluang kt hubby pulak utk snorkeling.. coz our little man sudah ketiduran.. letih sgt laa tu main air.. kami tak lama pun kt sana.. biler jam hampir menunjukkan angka 5pm.. our boat driver pun bagi signal utk pulang.. overall eita tetap berpuas hati walaupun pd pendapat eita hidupan laut kt redang jauh lebih cantik.. dan semestinya dasar laut mabul island tetap nombor satu.. huhu

kepenatan yg amat.. hihi

p/s : to be continue... Perhentian Island - Part II

July 11, 2012

wordless wednesday

si oren putih; Nemo.. this is real picture! huhu

mmg lucky dpt jumpa cik penyu.. friendly pulak tu :p

'peace' from underwater @ perhentian island, July 2012..