Pages

February 2, 2012

Maulidur rasul 1433H

Assalamua'laikum wbt..

Mlm tadi sebelum tido, eita dan encik hubby sempat tengok rancangan 30 Minit Ustaz Don @ TV Alhijrah.. topiknya pun sgt best dan bersesuaian sgt iaitu tentang kelahiran rasul junjungan kita yg tercinta, Nabi Muhammad s.a.w

Kan hari ahad nie cuti sempena maulidur rasul.. so, kali nie eita nak share info yg eita dpt with my readers.. sesekali buat entry khas dan serius sket bleh kan? ngeee


Sayunya rasa hati bila mendengar kisah hidup rasulullah semasa kecil.. ketika berusia 2 bln dlm kandungan ibunya, ayahnya telah pergi menyahut seruan illahi.. kemudian, disusuli oleh ibunya pula ketika berusia 8 tahun.. tinggal laa dia bersama dgn datuknya dan kemudian datuknya juga pergi apabila dia berusia 10 tahun..

Mcm yg Ustaz Don ckp.. kemungkinan Allah swt mahu mendidik rasulullah supaya tidak bergantung sesama manusia.. dan sebab itulah rasulullah membesar menjadi seorg yg sgt sabar, tabah dan berjiwa kental..

Ada disebut dlm hadith muslim, diriwayatkan oleh Anas (RA.. satu hari ketika rasulullah sedang bermain bersama kanak2 sebayanya.. dia didatangi oleh Malaikat Jibril (AS) dan kemudian Jibril telah membelah dadanya dan mengeluarkan hatinya.. Jibril membuang sebuah gumpalan darah lalu berkata "gumpalan ini adalah bahagian dari syaitan yg ada padamu".. setelah itu, Jibril mencuci hati itu dgn air zam-zam dan mengembalikannya ke dlm dada rasulullah s.a.w.. kerana itulah rasulullah terpelihara hatinya drpd perkara2 yg mungkar atau segala sifat mazmumah..

Rasulullah juga dilahirkan berbeza dgn bayi2 yg lain.. dia dilahirkan dlm keadaan yg sgt elok dan bersih drpd darah.. malahan ibunya, Siti Aminah juga tak merasa sebarang kesakitan ketika melahirkannya.. mmg rasullullah insan istimewa sejak drpd bayi sehingga dewasa.. dan dia membawa rahmat ke seluruh alam..

* * *

Kt negara kita nie.. setiap tahun mesti ada jer acara sambutan sempena maulidur rasul.. mmg sgt sinonim laa katanya.. contohnya spt acara perarakan dgn membawa sepanduk2 yg memuji kebesaran rasulullah.. ataupun ceramah2 agama yg diakhiri dgn jamuan ringan.. hehe! apa pun caranya, ia tak menjadi kesalahan.. cumanya tidak diamalkan ketika zaman rasulullah s.a.w dulu..

Pd eita, maybe lebih elok jika acara perarakan tu digantikan dgn pengisian yg lebih baik.. contohnya mcm kem2 ilmiah tentang kehidupan rasulullah or sedekahkan buku2 berkaitannya kpd generasi muda.. sbb honestly, eita sendiri pun dah terlupa dan blur biler cuba mengingati kisah kehidupan rasulullah nie taw.. klu kita tahu sirah nabi, kan senang nak ceritakan kt anak2 kita nnt.. huhu! tp nie juz pendpt peribadi eita jer..

p/s : mlm nie nak sambung dengar lg tentang kisah selanjutnya.. so, jom sama2 kita isi cuti maulidur rasul kali nie dgn sst yg bermanfaat.. sbg tanda kita cintakan rasulullah s.a.w.. wassalam