Pages

October 20, 2011

Kolem/rangoli

Assalamua'laikum wbt..

Kalau bulan lepas office kami sibuk dgn jamuan hari raya.. dan atas kerjasama semua staff, ianya dpt dijalankan dgn sukses sekali.. clap! clap! to all ROPC ladies.. huhu


Bulan nie pulak, spt yg kita sedia maklum kaum India yg beragama Hindu akan meraikan Deepavali minggu depan.. so, dept kami pun tak terkecuali membuat simple decoration utk memeriahkan suasana kt office.. katanya semangat 1 Malaysia kan?

Semlm dlm pd sibuk buat kerja.. eita sempat join my colleague melukis kolem kt office.. nie kali pertama eita buat benda alah tu.. selalunya juz terjumpa kt shopping mall jer..

Apa itu kolem? kolem @ rangoli ialah lukisan di atas lantai. Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik.

Mengapakah orang-orang India mengamalkan tradisi melukis kolem? Menurut ajaran agama Hindu, seseorang itu harus melakukan kebajikan atau dharmam pada setiap hari. Amalan melukis kolem merupakan satu cara yang mudah untuk melakukan kebajikan. Ini adalah kerana kolem biasanya dilukis dengan menggunakan beras atau serbuk beras. Beras atau serbuk beras itu akan dimakan oleh semut atau burung. Ini akan menyempurnakan keperluan melakukan kebajikan seperti yang dikehendaki oleh agama mereka.

sedang memilih tapak/tempat yg sesuai..

proses melukis pun bermula.. kami gunakan serbuk beras yg berwarna warni.. best taw!

Regional Operation & Planning Centre..

yeay dah nak siap.. yg penting kerjasama!

p/s : yg pasti akan ada acara makan2 lg kt office kami bulan depan.. huhu

2 comments:

Mamaninasofia said...

Wah mmg kreatif lah mama Miq ni kolo syah lah dah tentu tak jd kolem....tp jd kolam renang...pape po mmg cantik lah ....

•♥• Mrs RR •♥• said...

hahaha.. lawak laa sya nie.. eita pun follow diorg buat jer.. klu sndr buat mmg kelaut.. theeeeee