Pages

May 5, 2011

Tioman island - Part II

Day 3 - (03/05/11)

Semangat nak bagun awal walaupun encik hubby n mikael masih berdengkur lg.. hihi! eita mmg jenis yg suka menikmati udara pg especially kt tmpt2 mcm nie.. bukannya selalu kan.. huhu

Bersarapan pg sambil menghadap laut yg membiru, mendengar desiran ombak dan menikmati tiupan angin pantai.. ermm perasaan ini laa yg eita cari.. terasa sgt nyaman, damai dan menenangkan..

Hari tersebut dipenuhi dgn xtvt snorkeling utk kami.. klu berada di pulau, sudah tentu laa xtvt mcm snorkeling, diving, memancing menjadi xtvt wajib.. rugi laa kan klu x amik pakej2 yg resort sediakan.. sunburn tu perkara nombor 2.. hikhik



So, kami pun bersiap2 tukar baju, sewa life jacket + masks.. then berkumpul kt jeti menunggu bot kami sampai.. agak lama jugak utk sampai ke Renggis island.. nie tmpt pertama kami snorkeling.. hmmm masa nie ramai betul yg mabuk laut.. 4-5 org yg muntah.. nasib baik laa eita masih mampu bertahan lg.. yg hairannya kan, Mikael ok jer.. x pulak dia mabuk laut.. siap minum air mineral n susu sampai habis.. ish!


Tmpt snorkeling kedua kami kt Tioman Marine Park.. masa nie baru laa kami bawa Mikael turun dgn pelampung nemonya tu.. sbb kt Renggis island, airnya agak dlm.. eita sorg jer yg turun masa kt sana.. frankly speaking.. eita sgt kecewa dgn keadaan taman laut kt Pulau Tioman.. sgt kotor ok! syg sgt sbb tengok dari segi luaran mmg cantik.. tp tong sampahnya penuh sampai dah berbau busuk maybe sbb terlalu ramai pengunjung hari sebelumnya tu.. then masa eita snorkeling kt sana.. kt dasar lautnya tu terdpt mcm2 jenis plastik/ sampah sarap.. yg paling meloyakan.. ada pad kt dlm air tu! iyer tuala wanita korg! terus ajak hubby pergi ke tmpt lain.. euww!




Wut the..?! diorg x jaga ke tmpt nie? ini taman laut ok.. berpuluh malah beratus org pelancong asing yg dtg kt sini.. sesiapa yg nak masuk ke sini semua kena bayar fee RM5.. sama mcm nak masuk ke Redang Marine Park jugak.. tp keadaan kt Redang jauh berbeza drpd Tioman.. kt sana sgt bersih! ada mcm2 spesies ikan yg colorful dan pelbagai jenis coral yg cantik2.. but i didn't found it in Tioman Island.. so dissapointed! eita juz harap pihak berwajib akan buat sesuatu tentang isu kebersihan kt Tioman Marine Park nie..

Balik dari sana.. kami terus lunch dan berehat kt dlm bilik.. then biler hari dah ptg dan cuaca mulai redup sket.. kami ambil kesempatan me'round' sekali lg keliling pulau.. eita singgah jap kt kedai souvenirs.. then snap a few pictures sementara menunggu matahari terbenam..




Oh well.. dlm pada seronok2 tu ada jugak pengalaman pelik semasa kt sana.. sepanjang 2 malam kami kt sana Mikael mesti meraung menjelang mid night.. Yg peliknya bila siang hari Mikael ok jer.. maybe ada gangguan makhluk halus kot.. tp syukurlah dia takder pulak sampai demam2..

Day 4 - (04/05/11)

Sedar x sedar dah tiba hari terakhir kami kt sini.. nothing much we do sebelah pg tu.. slps breakfast, bawa mikael bg mkn ikan.. dia kan mmg sukakan fish.. klu x diperhatikan.. silap hari bulan dgn dia sekali terjun kt dlm kolam tu.. ekeke



Kemudian, eita terus balik ke bilik.. start packing barang2.. asal nak balik jer.. confirm beg x muat.. masa pergi sedang elok jer.. ish! kami sengaja check out pukul 10.30am sbb nak dapatkan ferry awal.. klu ikut jadual.. kami sepatutnya menaiki ferry pukul 12.30pm.. bkn apa, at least kami sempat merayau kt Mersing nnt.. huhu! tepat pukul 11.30am, ferry ke jeti Mersing pun tiba.. oh yaa, lupa pulak eita nak bgtaw.. ada 2 jeti yg menuju ke Pulau Tioman taw.. satu kt jeti Mersing dan satu lg kt jeti Tanjung Gemok, Rompin.. so, kena check betul2 korg naik ferry kt mana ok..

Setibanya kt Mersing.. hujan baru jer berhenti.. hujan sokmo kt Mersing nie kan? so, lepas eita beli apa yg patut kt kedai souvenirs.. kami pun cabut menuju ke Jln Abdullah.. eita mmg sengaja nak pergi ke situ sbb terbaca bnyk review psl tmpt tu kt dlm blog..



Beli apa? memborong hasil laut yg segar2 kt sana for my family.. huhu! so, tamat laa my travelog @ Tioman Island.. ke mana lg slps nie? eita teringin nak panjat bukit slps raya nnt.. dan klu ada rezeki akan menjejaki sebuah lg pulau hujung tahun nie.. insyaAllah

*TAMAT*

* Disclaimer : the opinions expressed here is entirely based on my personal review and may vary for others *

0 comments: