Pages

May 30, 2011

Steamboat Antarabangsa @ Harbour Place

NEW UPDATE : Steamboat Antarabangsa cawangan Harbour Place, Port Klang telah ditutup dan hanya beroperasi di BANGI sahaja.. TQ!

Actually steamboat antarabangsa nie dah lama beroperasi.. tp diorg nie popular kt Bangi jer before this sbb 1st branch diorg kt sana.. so, mmg kami agak teruja utk mencubanya..


Klu diorg x bukak 2nd branch kt tingkat 1 Harbour Place, Port Klang.. rasanya kami pun x tau kewujudan steamboat antarabangsa nie kot.. kebetulan kami mmg kaki steamboat sejak azali lg.. so, wajib try of coz! Harbour Place semakin happening skrg.. khabarnya Ayam Penyet & Subway pun akan dibuka kt sini (telah pun beroperasi).. even ada yg ckp tempat nie spooky.. tp yg penting kami berasa selesa.. in fact, inilah tempat kami selalu menonton movie saban minggu.. MBO best!! huhu

Dari segi variety of foods.. mmg banyak giler! eita x larat nak list out everything kt sini.. pendek kata 3 fridge full dgn mcm2 jenis bahan2 steamboat.. drpd yg segera sampai laa ke seafoods.. dan yg paling best sbb ada grill2.. 
 
Kita kasi zoom sket.. huhu! tu belum lg dgn segala jenis mee yg kami x sempat try.. sbb kekenyangan melampau.. dari segi harga, skrg nie tgh ada promosi pembukaan.. RM23.90 nett per person.. murah sket drpd seoul garden dan flaming steamboat.. but eat all u can.. sila mkn sampai muntah!

Tengok laa wajah gembira encik hubby.. dia mmg cukup suka bab grill2 nie.. eita pulak tukang makan.. sampai sendat perut dibuatnya.. adeii! diorg sediakan ice lemon tea dan boleh refill biler habis.. buah-buahan utk pencuci mulut pun turut disediakan.. sekian!

* Disclaimer: The opinions expressed here is entirely based on my personal tastebuds and may vary for others *

May 17, 2011

Persediaan utk beranak kecil lagi

Tajuk entry skema giler.. hehe

Recently eita dgn hubby ada dizcuz tentang bila waktu yg sesuai utk kami menambah ahli keluarga.. isu nie timbul pun sbb dlm bln May nie ramai kwn2 kami yg dpt baby baru.. mmg ada juga rasa teringin tapiii.. jom check apa persediaan yg perlu eita lakukan sblm mempunyai baby kecil lg :-

1) bersedia utk menghadapi morning sickness.. masa mengandungkan mikael dulu.. x laa teruk sgt.. juz on 1st trimester jer.. tp lain anak.. lain situasinya..

2) bersedia utk deliver c-sec again.. semua wanita nak deliver baby secara normal.. tp kena jugak tengok keadaan dan rezeki masing2.. eita rasa terkilan sbb ada sesetengah wanita yg berasa rendah diri/ stress bila xbleh deliver normal.. owh come on laa.. kita bukannya x normal klu xbleh deliver secara normal ok.. at least kita dpt melahirkan anak yg kita kandung dari rahim kita sendiri.. right? so, be grateful..

3) bersedia utk menambah berat badan.. hikhik! actually eita selesa dgn berat eita skrg.. yg sedang2 jer dan masih dlm BMI yg ideal.. encik hubby pun x bagi eita kurus sgt.. x best nak peluk katanya.. notty taw.. ngeee! ada org pernah cakap dgn eita.. klu deliver c-sec nie senang jadi gemuk.. ermm dah terbukti salah skrg.. coz semuanya bergantung kpd diri sendiri jugak.. huhu

4) bersedia dari segi financial.. anak2 zaman skrg serba serbi mahal kan.. terasa mcm zalim jer klu xdpt berikan yg terbaik utk mereka..

5) bersedia utk x cukup tidur.. haha! rata2 ibu bapa setuju tentang nie.. tp honestly eita mengakui mmg senang menjaga mikael.. dia jenis yg tidur nyenyak sejak dari baby lg kecuali klu dia x sihat.. adik miq nnt sama mcm tu ker?

6) bersedia menjaganya ketika sakit.. ermm mental dan fizikal kena kuat menghadapi keadaan nie.. even setakat nie miq x pernah hospitalize lg.. sakit demam yg sebelum nie pun dah cukup meluluhkan perasaan.. sbb tu kena buat persediaan sebaiknya (setiap anak perlu ada medical card ok)

7) bersedia utk lepaskan wedding job for a while..


Tp apa2 pun.. anak itu anugerah dan rezeki dprd Allah.. so, sbg manusia kita hanya mampu merancang dan berusaha.. Allah swt juga yg menentukan segalanya.. huhu

May 15, 2011

Tqvm nuffnang + tgv

Dear Nuffnanger,

Happy birthday from all of us at Nuffnang and the good people at TGV Cinemas!

As part of the TGV Birthday Surprise for Nuffnangers, you've been selected to receive FOUR (4) complimentary passes for any movie* at TGV Cinemas outlets nationwide, which we hope will make your birthday a special one indeed :)

eita received an email from nuffies team.. huhu! nie 1st time eita dpt something drpd nuffnang.. kiranya diorg perasan laa kot blog eita yg x seberapa nie.. hikhik! nie laa salah 1 sbb eita x tukar2 url blog.. coz hit semakin bertambah saban hari.. tenkiu2! even bukannya dpt cash, tp eita happy sgt sbb korg pun sedia maklum; me and my hubby.. mmg kaki wayang tegar kan.. huhu

Dpt pulak complimentary passes for free.. siapa nak bagi wey? siap boleh pilih suka hati lg nak redeem utk movie yg mana satu.. so, i would like to say a huge thanks to nuffnang and of coz tgv cinemas too for this special birthday gift.. Mmmuahh!



p/s : to all the Glitterati Nuffnangers out there.. keep an eye on ur email on ur birthday month as Nuffnang will inform via email.. *wink

May 11, 2011

wordless wednesday



p/s : coming soon!

May 9, 2011

Mother's day 2011

Bulan May adalah bulan yg sgt bermakna dlm hidup eita selain bulan January, March dan December.. huhu

Selain drpd hari lahir eita dan my mother dlm bulan May nie.. ia juga merupakan bulan yg meraikan semua para ibu.. kerana hari ibu jatuh dlm bln May jugak..

i love u mak.. wuwu

Bagaimana sambutan mother's day korg? eita punyai cerita sendiri dan rasa happy sgt kali nie.. ngeee! walaupun 2 hari full with my wedding job.. eita manage utk uruskannya sebaik mungkin.. mana boleh biarkan begitu jer hari yg special nie kan..

Even x semua adik beradik dpt hadir.. tp kami; anak2 perempuan mak yg masing2 sudah bergelar ibu sama2 menyambut mother's day kt quality hotel shah alam.. kebetulan offer from quality hotel tu agak menarik.. slps dizcuz dgn kak ayu dan kak atie.. eita pun booked tempat.. klu x booked xdpt masuk taw sbb full giler semlm!

Both my sister laa org yg paling happy dpt beramah mesra dgn Rohana Jalil.. sbb diorg sezaman dgn dia, Ramlah Ram dll.. eita dgn mak pulak lebih suka menjamu selera dgn mcm2 menu yg tersedia.. juz name it jer.. sgt best taw sbb mereka sediakan banyak stall yg menyajikan makanan yg berbeza dan sedap.. puas hati ok! let's enjoy the pics..

cake cutting ceremony..

eita menang lucky draw.. dpt perfume free.. weee

melopong tengok org menari kt atas stage.. amboii2

tulang belakangku.. i luv u chup2!

last but not least.. my beloved family.. mmuaaah!


p/s : for my mother in law.. eita belikan hadiah special utk dia.. next week kami balik morib pulak yer ibu.. uhuhu

May 5, 2011

Tioman island - Part II

Day 3 - (03/05/11)

Semangat nak bagun awal walaupun encik hubby n mikael masih berdengkur lg.. hihi! eita mmg jenis yg suka menikmati udara pg especially kt tmpt2 mcm nie.. bukannya selalu kan.. huhu

Bersarapan pg sambil menghadap laut yg membiru, mendengar desiran ombak dan menikmati tiupan angin pantai.. ermm perasaan ini laa yg eita cari.. terasa sgt nyaman, damai dan menenangkan..

Hari tersebut dipenuhi dgn xtvt snorkeling utk kami.. klu berada di pulau, sudah tentu laa xtvt mcm snorkeling, diving, memancing menjadi xtvt wajib.. rugi laa kan klu x amik pakej2 yg resort sediakan.. sunburn tu perkara nombor 2.. hikhik



So, kami pun bersiap2 tukar baju, sewa life jacket + masks.. then berkumpul kt jeti menunggu bot kami sampai.. agak lama jugak utk sampai ke Renggis island.. nie tmpt pertama kami snorkeling.. hmmm masa nie ramai betul yg mabuk laut.. 4-5 org yg muntah.. nasib baik laa eita masih mampu bertahan lg.. yg hairannya kan, Mikael ok jer.. x pulak dia mabuk laut.. siap minum air mineral n susu sampai habis.. ish!


Tmpt snorkeling kedua kami kt Tioman Marine Park.. masa nie baru laa kami bawa Mikael turun dgn pelampung nemonya tu.. sbb kt Renggis island, airnya agak dlm.. eita sorg jer yg turun masa kt sana.. frankly speaking.. eita sgt kecewa dgn keadaan taman laut kt Pulau Tioman.. sgt kotor ok! syg sgt sbb tengok dari segi luaran mmg cantik.. tp tong sampahnya penuh sampai dah berbau busuk maybe sbb terlalu ramai pengunjung hari sebelumnya tu.. then masa eita snorkeling kt sana.. kt dasar lautnya tu terdpt mcm2 jenis plastik/ sampah sarap.. yg paling meloyakan.. ada pad kt dlm air tu! iyer tuala wanita korg! terus ajak hubby pergi ke tmpt lain.. euww!




Wut the..?! diorg x jaga ke tmpt nie? ini taman laut ok.. berpuluh malah beratus org pelancong asing yg dtg kt sini.. sesiapa yg nak masuk ke sini semua kena bayar fee RM5.. sama mcm nak masuk ke Redang Marine Park jugak.. tp keadaan kt Redang jauh berbeza drpd Tioman.. kt sana sgt bersih! ada mcm2 spesies ikan yg colorful dan pelbagai jenis coral yg cantik2.. but i didn't found it in Tioman Island.. so dissapointed! eita juz harap pihak berwajib akan buat sesuatu tentang isu kebersihan kt Tioman Marine Park nie..

Balik dari sana.. kami terus lunch dan berehat kt dlm bilik.. then biler hari dah ptg dan cuaca mulai redup sket.. kami ambil kesempatan me'round' sekali lg keliling pulau.. eita singgah jap kt kedai souvenirs.. then snap a few pictures sementara menunggu matahari terbenam..




Oh well.. dlm pada seronok2 tu ada jugak pengalaman pelik semasa kt sana.. sepanjang 2 malam kami kt sana Mikael mesti meraung menjelang mid night.. Yg peliknya bila siang hari Mikael ok jer.. maybe ada gangguan makhluk halus kot.. tp syukurlah dia takder pulak sampai demam2..

Day 4 - (04/05/11)

Sedar x sedar dah tiba hari terakhir kami kt sini.. nothing much we do sebelah pg tu.. slps breakfast, bawa mikael bg mkn ikan.. dia kan mmg sukakan fish.. klu x diperhatikan.. silap hari bulan dgn dia sekali terjun kt dlm kolam tu.. ekeke



Kemudian, eita terus balik ke bilik.. start packing barang2.. asal nak balik jer.. confirm beg x muat.. masa pergi sedang elok jer.. ish! kami sengaja check out pukul 10.30am sbb nak dapatkan ferry awal.. klu ikut jadual.. kami sepatutnya menaiki ferry pukul 12.30pm.. bkn apa, at least kami sempat merayau kt Mersing nnt.. huhu! tepat pukul 11.30am, ferry ke jeti Mersing pun tiba.. oh yaa, lupa pulak eita nak bgtaw.. ada 2 jeti yg menuju ke Pulau Tioman taw.. satu kt jeti Mersing dan satu lg kt jeti Tanjung Gemok, Rompin.. so, kena check betul2 korg naik ferry kt mana ok..

Setibanya kt Mersing.. hujan baru jer berhenti.. hujan sokmo kt Mersing nie kan? so, lepas eita beli apa yg patut kt kedai souvenirs.. kami pun cabut menuju ke Jln Abdullah.. eita mmg sengaja nak pergi ke situ sbb terbaca bnyk review psl tmpt tu kt dlm blog..



Beli apa? memborong hasil laut yg segar2 kt sana for my family.. huhu! so, tamat laa my travelog @ Tioman Island.. ke mana lg slps nie? eita teringin nak panjat bukit slps raya nnt.. dan klu ada rezeki akan menjejaki sebuah lg pulau hujung tahun nie.. insyaAllah

*TAMAT*

* Disclaimer : the opinions expressed here is entirely based on my personal review and may vary for others *

May 4, 2011

Tioman island - part I

Salam.. wahh lamanya blog nie bercuti kan? mcm tuannya gak.. huhu! saat entry nie ditaip eita masih lg dlm perjalanan pulang ke Klang.. maybe dlm sejam dua lg sampai laa kot.. insyaAllah

Day 1 - Mersing (01/05/11)

Kami mmg sengaja memilih utk overnite kt Mersing sbb ferry kami bertolak ke Pulau Tioman keesokan paginya (02/05/11).. saja nak meninjau2 tmpt orang sambil jalan2 cari mkn.. klu korg perasan.. sblm nie eita pernah citer yg eita membesar kt Johor kan? secara x sengaja masa otw to Mersing tu.. kami lalu kt kmpg tmpt eita tinggal dulu iaitu Kampung Semaloi, Mersing.. itu pun hubby yg perasan biler nampak signboard kmpg tu.. sbb eita pernah citer kt dia.. owh terasa sgt syahdu taw.. tp keadaan kt situ dah banyak berubah.. dah 21 thn rasanya eita x menjejakkan kaki kt situ.. teringat balik semua kenangan zaman eita kanak2 dulu.. wuwu!



To tell u the truth.. cuaca kt Mersing asyik laa hujan dari kami sampai sehinggalah time nak berangkat ke Pulau Tioman.. risau gak hati eita memikirkan mana laa tahu cuaca mcm tu berlarutan kt pulau nnt.. ish! tp syukur laa cuaca kt pulau cerah + ceria + panas berdengking sepanjang kami berada kt sana.. eita dah sunburn ok! kena try petua yg cik tim bg hari tu.. hikhik

Mlm tu biler encik hubby tanya nak mkn apa.. laju jer eita jwb nak cuba rasa ikan bakar Mersing.. so, kami pun memulakan misi pencarian yg akhirnya membawa kami ke menara ikan bakar.. actually eita bknnya penggemar pari bakar.. tp kali nie eita rasa nak try mkn dan.. rasanya manisss jer.. harga pun agak berpatutan.. 3 pinggan nasi putih + pari bakar + udang goreng kunyit + kailan ikan masin + telor dadar utk miq + sup kosong + limau ais + air suam = RM36.70 shj..



Day 2 (02/05/11)

Ferry kami sepatutnya sampai pukul 11.30am.. klu korg x bercadang utk menginap kt mersing.. lebih baik bertolak seawal mungkin dari sini.. seeloknya dlm pukul 5.00am-6.00am.. please minus bab2 sesat segala mala ok.. sbb tu kami buat keputusan utk tido kt mersing jer.. langkah paling selamat.. slps breakfast kt restoran berhampiran hotel kami.. then kami pun check out.. settlekan a few thing kt ferry counter.. maka bermula laa episod menunggu.. haish!


Dari segi timing.. ferry ke Pulau Redang away better! walaupun ferry kt sana delay lebih kurang dlm setengah jam.. tp hati x panas lg.. bayangkan laa kami tersadai kt jeti Mersing tu for 2 hours! nak taw sbb apa.. Pulau Tioman mempunyai 5 jeti dan 5 buah perkampungan (Genting village, Paya village, Tekek village, Air Batang village & Salang village)

Disebabkan public holiday on 1st May tu.. semua tempat full! ferry2 yg ada terpaksa berulang alik tanpa henti utk mengambil semua penumpang yg check out dari sana.. pheww! ada rahmatnya juga kami dtg pd hari biasa.. at least x melalui pengalaman yg lebih dahsyat.. korg imagine laa last ferry mengangkut penumpang dari pulau ke jeti pukul 8 mlm on that day!


Kami check in kt Paya Beach Resort pukul 3.30pm.. perjalanan menaiki ferry memakan masa selama 2 jam.. fuhh agak jauh jugak laa.. tp biler masuk kt bilik kami.. terasa hilang segala penat lelah.. berbaloi rasanya.. eita memilih utk stay kt aman damai wing.. chalet yg terletak di kawasan kolam dan mempunyai titi.. agak privacy sket..




Slps mandi2 dan berehat seketika.. kami xnak membuang masa then terus pergi meninjau2 kawasan sekitar pulau.. bab mkn x perlu risau.. semua sekali dah include kt dlm package 3D2N.. svc PBR mmg tip top.. layanan yg ramah termasuk laa pelancong2 luar yg dtg ke situ.. di kampung paya, PBR merupakan resort yg paling besar dan terletak di bahagian hujung sekali.. dimiliki oleh singaporean.. so, x hairan laa ramai warga singapore yg berkunjung ke situ.. 


Cuma.. eita terkilan sket dgn segelintir pelancong dari Singapore yg agak rude.. entah apa yg diorg action sgt? klu rasa serba serbi nak perfect.. jgn pergi negara org ok.. maaf cakap! TO BE CONTINUE..