Pages

November 23, 2010

Inai di jari

Sebelum ader yg 'fire' eita dgn mcm2 hujah.. lebih baik eita copy/paste statement nie.. sbb tu every entry kena buat research dulu.. huhu

source : e-fatwaHukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak

Tarikh Keputusan: 2 Oct, 2009
Tarikh Mula Muzakarah: 2 Oct, 2009
Tarikh Akhir Muzakarah: 2 Oct, 2009
Oleh: Muzakarah Kali Ke-88
Keputusan: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam para fuqaha’ sepakat memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.

Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan.

Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.

Muzakarah juga memutuskan bahawa pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.

Muzakarah juga bersetuju supaya garis panduan pemakaian inai ini disediakan oleh JAKIM dengan memasukkan bersama nas-nas hadis yang berkaitan dengan unsur-unsur syirik dalam penggunaan corak atau ukiran inai.
Inai hitam?! mmg ader taw.. even tak secantek inai merah di jari spt yg kita2 pernah pakai on our big day dulu tu.. tp nampak mcm.. mcm.. mcm gothic?! nope.. bkn itu yg eita nak.. aper yg eita inginkn ukiran inai yg seakan-akan sama mcm [Aisyah ayat-ayat cinta] korg boleh imagine x? canteknya.. uhuhu


p/s : tp mcm payah sgt nak cari inai hitam nie.. dpt pakai inai merah pun ok laa..

2 comments:

amm said...

oh br tau, selama ni main belasah je....lucky la ms d bali xberjaya buat inai "butterfly".....xixi

•♥• Mrs RR •♥• said...

sama laa.. klu ikutkn inai hitam pn xbleh.. tp brblk pd niat n keizinan suami.. then kena gak tngk bahan2 utk menghitamkn inai tu.. mslhnya payah nk cari inai hitam.. klu jumpa pn.. siapa plak nk ukirkn?

so, inai merah sudaaa.. hehe