


•♥• Sekadar mencoret di ruangan kecil ini.. sebagai memori di masa hadapan •♥•
Kedua; lihat saja laa para pelakonnya.. Aaron Aziz + Lisa Surihani you! x sabaw nak tengok wey.. even Maya Karin yg akan memegang watak utama.. tp eita tetap teruja! cuma; pleaseee laaa.. pleaseee jgn ubahsuai jalan ceritanya.. jgn hampakn harapan saya utk filem nie.. wuwu
Sinopsis :
IZZAH (Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga. Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam.
Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela. Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan. Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz.
Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
* Credit to Karangkraf *
p/s : kedua2 novel kesayangan eita.. Jauh dan Ombak Rindu dh hilang slps dipinjam oleh kwn atas kwn atas kwn.. rasa mcm nak beli semula utk koleksi peribadi.. huhu
Copyright 2009.• Mrs little sunshine • Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Images by Indeziner