Pages

August 25, 2010

Pap Smear + PSP

Apakah itu ujian Pap Smear?
Ujian Pap Smear adalah ujian saringan bagi mengesan kanser serviks peringkat awal. Ianya di antara ujian saringan yang terbukti boleh menyelamatkan nyawa.

Siapakah yang perlukan ujian Pap Smear?

* Setiap wanita yang pernah mengadakan hubungan seks perlu menjalani ujian Pap Smear
* Wanita yang telah melahirkan zuriat
* Tidak pernah atau lebih 3 tahun tidak melakukan ujian Pap Smear

Bilakah waktu yang sesuai untuk ujian Pap Smear dilakukan?
Ujian mudah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa anda tidak didatangi haid kerana sel darah merah boleh mengganggu pemeriksaan mikroskopik. Sebaiknya 2 minggu selepas tempoh haid dan elakkan hubungan seks pada malam sebelumnya.

Pap Smear boleh dilakukan di mana2 cawangan Klinik LPPKN, hospital kerajaan atau pusat perubatan swasta.

Apakah itu kanser payudara?

Kanser payudara berpunca drpd sel dlm tisu payudara yg berkembang dlm keadaan yg tidak terkawal. Jika tidak dikesan dan dirawat secepat mungkin, kanser tersebut boleh merebak ke kelenjar limfa dan bhgn badan lain spt tulang, paru-paru dan hati.

Kanser ini juga merupakan penyebab utama kematian di kalangan wanita Malaysia. Jadi, jgn pandang enteng pd setiap perubahan payudara anda.
PSP
Kanser payudara boleh dicegah jika dikesan dan dirawat pd peringkat awal. Salah satu cara paling mudah dengan memeriksa sendiri payudara anda.
Semua wanita yg berusia 20 thn ke atas boleh melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) setiap bulan sepanjang hayat mereka. Untuk mengetahui cara-caranya, sila klik di sini..
PSP boleh dilakukan di antara hari ke-7 hingga hari ke-10 selepas bermulanya haid. Ataupun pilih 1 tarikh tetap yg mudah diingati dlm setiap bulan.
9 daripada 10 benjolan (breast lump) yg terdapat di dlm payudara bukanlah kanser. Walau bagaimanapun, kita perlu berwaspada terhadap semua benjolan tersebut dan berjumpa doktor dgn segera.
"Prevention is better than cure"

p/s : mama miq telah menjalani ujian pap smear sblm bln puasa yg lalu dan cuba menjadikn PSP sebahagian drpd cara hidupnya.. chaiyuk!! anda biler lg?

4 comments:

Mamaninasofia said...

nampaknya lepas ni mama nina akan pergi buat sbb kawan baik dah datang...kiranya kolo lepas ni buat...masuk kali yang kedua....

•♥• Mrs RR •♥• said...

bagus mama nina nie.. mama miq dh nk hujung thn br hegeh2 nk buat.. tp ms buat hr tu.. mcm2 info yg dpt.. tu yg nk share dgn korg psl PSP..

Adam A. said...

U should do Pap Smear.. .. U know why? This happened to my eldest sis, hope this will be a very good lesson for we all.

She had a non-cancerous tumor in her womb size of a basketball weight of 10kg. Inside that tumor, contained hair, fingernail etc. She's looked like pregnant women but actually she carried a tumor.

This is all due to the ignorance of pap smear test. If she has done it before, then the doc can solved it instead of an operation.

You want me to share the photos of her tumor?

Renung2kan.. .. ..

•♥• Mrs RR •♥• said...

setuju.. i dah buat pun adam.. now tgh tunggu result.. u juz make sure ur wife buat 2nd pap smear check up diz yr kay.. especially after she gave a birth ur 2nd child ;)