Pages

December 13, 2015

Boracay Island 2015 - Part I



السلام عليكم و رحمة الله و بركاته 

Maligayang pagbalik mula Boracay!!

Menyimpan hasrat utk menjejakkan kaki ke Boracay nie sejak tahun 2012.. route nak ke sana time tu mmg agak sukar.. masa tu total travel time from Malaysia to Boracay is 12 hours dgn menaiki 2 kapal terbang! cik jah rasa?? pheww



But now thanks to AA sbb dah ada direct flight to Kalibo International Airport yg akan membawa kita ke Boracay island seterusnya.. mesti cik jah keep on wondering.. kenapa laa eita nie suka sgt pergi ke pulau-pulau yg routenya agak adventure? memilih ke Koh Samui instead of Phuket & Krabi? memilih ke Boracay instead of Bali & Lombok? tak mampu ker tak mahu? huhu *kenyit mata*


For me.. pulau-pulau yg over commercialized mcm Phuket, Krabi, Bali, Lombok etc bila2 pun kita boleh pergi.. eita lebih suka mencari sesuatu yg special ataupun hidden place & dlm erti kata lain it's not a favorite destination among Malaysian.. salah satu sebabnya route yg a bit hustle & memakan masa perjalanan yg lama.. in the end bila dapat menjejakkan kaki ke tempat tersebut, spt ada kepuasan yg tersendiri..


Setelah menempuh perjalanan seawal pagi sehingga lewat petang melalui darat, udara & air akhirnya kami dpt menjejakkan kaki ke salah satu pulau idaman kalbu ini.. huhu *lompat bintang*

Kami menggunakan perkhidmatan South West Company utk door-to-door service yg mereka tawarkan bermula kita melangkah keluar dari airport sehingga laa ke depan pintu hotel.. kalau tanya eita tak perlu pun booking online sbb rasanya harga walk-in adalah lebih murah.. senang jer nak kenalpasti staff South West nie sbb mereka memakai uniform oren.. mmg terang cik jah, kita boleh nampak dari jauh.. haha!

Dan boleh dikatakan kalau kita nie customer South West mcm ada laluan khas utk kita.. we can skip the Q yg panjang.. semua mereka yg uruskan.. nama pun sedang bercuti, sesekali bayar lebih sikit apa salahnya kan cik jah? dan pada eita harga pakej tersebut masih reasonable lagi..eh eita kan bab2 harga nie very particular jugak orangnya.. so, trust me ok!


Kami menginap di La Carmela De Boracay  Resort Hotel selama 5 hari 4 mlm dgn total harga PHP8300 inc breakfast.. bukan hotel yg bertaraf 4/5 bintang tp terletak di tengah2 Station 2 & menghadap pantai White Beach spt yg eita kehendaki.. weeehooo!

Our room yg super selesa.. punyai balcony yg menghadap swimming pool tp sumpah kami tak sempat pun nak berendam dlm pool tu sbb busy amat dgn lain2 aktiviti!

Kami sampai kt Boracay hari pun dah mulai gelap padahal baru pukul 6ptg waktu tempatan.. sama mcm kt Sabah, waktu mlm kt Boracay nie lebih awal drpd semenanjung Malaysia.. disebabkan dah sehari suntuk mengejar kapal terbang, bas & boat, perut kami pun mula berkeroncong minta diisi.. lepas membersihkan diri & menunaikan solat.. kami pun turun ke pantai utk melihat apa yg best sangat kt Boracay island nie kan.. huhu

Tanggapan pertama.. night life kt Boracay mmg sentiasa hidup spt yg dijangka.. dgn muzik yg bergema drpd live band sampai laa ke pertunjukan fire show.. kami just menghirup angin mlm yg segar sambil berjalan2 mencari tempat mkn yg sesuai.. sedia maklum kan nak cari makanan halal kt Boracay nie a bit adventure jugak laa.. huhu


Akhirnya ketemu! Kami order vegetarian pizza from Yellow Cab Pizza yg terletak in between Station 2 dgn Station 3.. senyum lebar encik hubby sbb jumpa pizza kegemaran dia even tak boleh nak pilih flavor yg lain2 kan.. haha!


Alhamdulillah utk rezeki mlm itu.. kami pun memulakan kehidupan orang pulau.. one thing i love about the relaxed island life.. tak payah pening nak dress up or nak mekap beria.. yg paling penting pakai sunblock & sunglasses, slip on selipar then you're ready to go! huhu

TO BE CONTINUE...

December 9, 2015

Wordless Wednesday

Assalamua'laikum wbt..

Hi semua.. Apa khabar? *senyum nipis*

Kat mana nak mula?? Kat mana nak mula??


p/s : masih dirantai digelangi perasaan rindu pada pulau ini.. to be update!

February 5, 2015

Legoland - Family Combo Promotion

Assalamua'laikum wbt..

Tengah dok check email tadi.. tetiba email drpd Legoland masuk to my inbox.. klik2 tengok promosi yg mereka tawarkan mcm menarik!! rasa mcm rugi pulak klu tak share.. hehe

Teringat masa trip kami ke Legoland tahun lepas.. tetiba rasa rindu pulak nak pergi sana sekali lagi.. tapiii.. entrynya sampai skrg pun masih kt dlm draft.. hahaha.. ampunnn cik jah!

So, here is the promo..........

klik utk tumbesaran.. hihi

Utk maklumat lebih lanjut.. please clik here.. manalah tau cik jah boleh bawak anak2 pergi bercuti masa Chinese New Year atau cuti sekolah bulan Mac nanti.. hurry up!

p/s : ini adalah promo tak berbayar ok.. sharing is caring katanya kan..

January 30, 2015

Kau Pergi Jua..

Assalamua'laikum wbt..

Jumaat, 23 January 2015 - 02 Rabiulakhir 1436H

Abang...
Ini pemergian pertama dlm keluarga kita..
Selepas ini pasti ada yg akan menyusul..
Saya, dia dan juga kamu..
Tiada pengecualian walaupun seorang..

Betapa..
Apa saja yg kita miliki di dunia ini..
Tak akan dapat membantu bila ajal tiba..
Pengakhiran kita hanya di liang lahad..
Ya..
Ruang yg hanya sebesar itu..
Ketika itu hanya dosa atau pahala..
Yg kita bawa..

Abang..
Semoga Allah swt mengampuni dosamu..
Mencucuri rahmat ke atas rohmu..
Dan tenanglah di sana..

Al- Fatihah.....

02/03/1979 - 23/01/2015

p/s : pengakhiranmu telah ditentukan.. tapi kami masih belum diketahui lagi..