Pages

February 26, 2013

Congkak 2.0

Assalamua'laikum wbt..

Last saturday.. office eita organize aktiviti riadah kt sungai congkak.. they called it Congkak 2.0 sbb nie kali kedua diorg buat kt sana coz ramai staff yg request utk buat aktiviti nie sekali lg..

Masa 1st time tu.. eita sendiri pun tak dpt join sbb follow encik hubby pergi ke Ipoh.. so, this time mmg happening.. sbb crowd lg ramai dan makanan lebih banyak.. huhu

Ermm eita malas nak menaip panjang lebar.. sibuk sket dan asyik penat jer lately.. so, juz layan cerita bergambar jer laa ek.. ngeee

bbq time..

chicken wings..

i luv diz candid shot..

group photo..

peaceful scenery..

perang air 3 penjuru.. nampak tak? ekeke

encem kan encik boss aii? hikhik

p/s : we have big event this year.. and myself is one of the committee.. yada yada

February 12, 2013

Rumput nan hijau

Assalamua'laikum wbt..

Hi cik jah.. mcm mana dgn cuti chinese new year? eita tak keluar negeri pun sepanjang cuti nie sbb schedule dah dipenuhi dgn makeup job, fetch my mother kt jeram dan kami balik ke morib menjenguk family mertuaku.. then ada masa sket yg terluang tu kami manfaatkan dgn mengurus rumah batu merah.. fuhh! tetiba cuti 4 hari pun habis.. huhu

Lot 54 @ sungai buloh..

eita sebenarnya nak bercerita pasal rumput.. iyer eita taw laman rumah kami tu bukannya besar mana.. secoet jer pun.. tp tak kira kami tetap gak nak deco sket2 bagi sedap dan hijau jer mata nie memandang.. hikhik

Orang kata.. tanam rumput nie pun ada kebaikannya.. orang kata laa kan.. sbb tu kami nak cuba tanam dulu then tengok betul ker tidak.. antaranya :-

1) Menghasilkan suasana yg lebih sejuk dan nyaman
2) Memerangkap habuk dan debu
3) Bertindak menapis air hujan yg mengalir masuk ke dalam tanah
4) Membekalkan oksigen
5) Meningkatkan harga rumah

So, last week kami gigih ke sungai buloh mencari rumput carpet yg sesuai.. pening jugak dibuatnya.. maklum laa takder pengalaman katanya.. tp hasil drpd pembacaan jumpa laa jugak a few info yg berguna.. rumput carpet nie ada mcm2 jenis taw.. so, terpulang laa kpd cik jah nak jenis yg mcm mana berdasarkan budget yg sesuai.. sbb ada jenis yg maintenancenya tinggi dan perlukan penjagaan yg rapi.. ikutkan eita nak yg paling mudah dijaga dan klu boleh campak jer terus hidup.. hahaha

rumput jepun.. jenis yg paling cantik dan mahal.. RM5 sepetak.. tp sila jaga ibarat menatang minyak yg penuh yer..

rumput philipine.. kami pilih jenis nie.. sbb harganya ok dan penjagaannya tak berapa cerewet.. even kena periksa selalu drpd serangga @ haiwan perosak.. RM1.40 sepetak..

cowgrass.. rumput yg paling murah dan paling senang dijaga katanya.. RM0.50 sepetak.. tp mcm tak sesuai pulak rasanya.. dah mcm kt padang bola jer.. isk

haaaa yg nie rumput artificial.. RM55 per pcs.. sekali beli tak payah siram air, tak perlukan cahaya matahari, tak payah trim, tak payah jaga.. hikhik

selain drpd rumput.. kami ada laa jugak beli 2-3 decorative items utk bubuh kt laman secoet tu sbg tambahan.. ntah mcm mana laa rupanya klu dah siap nnt.. hehe

p/s : skrg nie rumput kami dah tumbuh menghijau.. seminggu 2 lg encik hubby nak trim dan bubuh baja sket.. hope ia akan sihat2 jer sblm eita tambah pokok2 yg lain.. huhu

February 4, 2013

Burger Bakar Abang Burn, Bandar Botanic Klang

Assalamua'alaikum wbt..

Yer cik jah.. burger bakar Abang Burn skrg dah ada kt Klang!! yeeepeee.. takyah nak gi Ampang, Kajang, Nilai dll tempat.. sekangkang kera jer dari rumah.. tp yg kt Shah Alam tu mcm nak try lerr nnt.. sbb ramai yg buat review sedap katanya.. huhuhu


nahh.. ini mapnya.. ingat yer cari Dominos & ELK.. opposite Bukit Tinggi 2.. confirm korg jumpa!

Actually encik hubby yg noticed dulu tempat nie.. since that eita pun dok intai laa hari2 masa lalu lalang nak gi kerja.. tengok dah bukak ker belum.. biler dpt taw jer diorg dah buat preliminary opening.. kami pun dgn pantas pergi mencuba burger bakar kt situ.. eita nak jadi antara blogger paling awal buat review pasal jajahan Klang nie.. hikhik

kitchen diorg kt depan tu laa.. maybe sbb baru bukak.. agak berhabuk sket.. hope lepas nie ok laa.. waktu operasi drpd pukul 5pm - 12.30am..

ini menunya.. sila laa pilih ikut tekak masing2.. kt sini cik jah kena bagi no meja dulu.. order menu dan bayar.. kemudian diorg akan hantarkan kt meja kita..

ada durian crepe jugak.. tp eita tak try lg.. hihi

Masa kami gi tu.. air juz sekali bayar jer then boleh refill.. kiranya bottomless laa.. dan mmg tak perlu menunggu lama burger kami.. org pun tak ramai maybe sbb masih awal dan hari biasa..

nie eita punya.. Burn Special Chicken with 1 slice cheese.. RM10.50

nie hubby punya.. Supremo Special Beef with bacon and 1 slice cheese.. RM12.50

If cik jah nak extra patties (burn tower) sila add RM5.50.. rasanya eita sedikit semput klu disuruh mkn burger bertingkat2 tu.. fuhh!

My Mikael mkn sausages with cheesy sauce (RM1.50).. huhu

Nie 1st time eita mkn burger bakar sebenarnya.. hihi! for me sedap laa jugak.. tp mmg comot okeh.. sehelai tisu tak cukup.. klu nak datang mkn kt sini.. sila laa bawak tisu lebih sket.. theee! tp encik hubby mmg penggemar burger bakar.. dia cakap klu nak compare dgn burger bakar kaw-kaw of coz laa lain sket.. yg penting katanya sesuai dgn harga dan tak perlu beratur menunggu sampai 3 jam!

p/s : dipendekkan citer.. cik jah gi laa try sendiri ok.. for us; kami akan datang lg.. huhu

February 3, 2013

Weekn getaway @ Corus Paradise, PD

Assalamua'alaikum wbt..

Citer dah basi but still eita nak arkibkan kt dlm nie.. hihi! settle jer wedding job last sunday.. kami berdesup ke Port Dickson.. mmg penat yaaa ampun.. mintak nyawa ok.. drpd cuti Maulidur Rasul sampai ke cuti Thaipusam eita bertungkus lumus dgn majlis perkahwinan my customers.. tp Alhamdulillah biler kedua2 pasangan pengantin kt 2 tempat tersebut berpuas hati dgn hasil kerja eita.. *syukur*

copy from the website.. Corus Paradise

Oh btw.. this getaway is not my idea.. tp encik hubby dgn kwn2 dia yg punya plan.. so, i follow jer.. kebetulan eita mmg nak berehat.. jadinya umpama pucuk dicita, ulam pun tiba.. tempatnya tenang, cuaca pun baik, makan sedap, tidur enak.. itu baru dinamakan BEREHAT cik jah.. huhu

Lagipun kami dah lama sgt tak pergi ke PD.. almost 2 years.. kali terakhir kami ke sana pd thn 2010, semasa Mikael berusia setahun lebih.. kesimpulannya klu kami sampai kt PD mesti dgn geng2 encik hubby.. belum ada yg kami plan sendiri.. i'm wondering why..  walhal PD banyak jer tempat yg best2.. ermmm?

Perjalanan kami berjalan lancar, langsung tak jammed.. siap sempat singgah lg kt Tanjung Sepat ambik 1 kotak sate yg diorg dah order.. pakcik tu dah bakarkan sket so baunya mmg harum semerbak bisa bikin perut lapar.. hihi

sempat gak laa melihat matahari terbenam di hujung senja yg berlabuh.. ececeh ayat!

aktiviti kami mlm tu.. ber"bbq" sampai lebam.. banyakkk giler mknn..

haaa semua nie diorg longgokkan dpn eita.. ingat aii eating machine kah? para suami tukang bakaw.. para isteri tukang mkn.. ish ish

Diorg menyewa 2 apartment.. mmg purposely nak yg paling bawah sekali supaya dpt buat aktivit bbq tu.. mmg ramaiiii giler umat manusia kt sana that weekn.. cuti umum katanya.. org Malaysia nie mmg suka bercuti kan? selain drpd diorg suka mkn.. hihi! sampaikan nak parking kereta pun takder space..

hmmm tenangnya bila bangun waktu pagi dpt menikmati view mcm nie.. hilang segala penat lelah taw..

as for Mikael..kt sini laa syurga dunianya.. can u spot him? hehe

Bestnya klu join diorg.. kami tak terikat dgn apa2 aktiviti.. masing2 bebas melakukan apa yg disukai even kami dtg dlm group yg sama.. eita pulak mmg jenis yg tak suka sgt klu terikat.. so, overall eita happy sgt dpt spent quality time with hubby and my Mikael.. spt apa yg eita nak..

beautiful day..

Menjelang tengahari kami pun check out sbb plan nak singgah kt Teluk Kemang sblm balik ke Klang.. dtg PD if tak singgah kt sini rasa mcm tak lengkap pulak..

kerang rebusss dan air kelapa pandan.. mmg terbaek! kami menikmati pemandangan indah, tiupan angin pantai sambil berbual mcm2 cerita, gelak dan ketawa..

view yg paling eita suka kt PD.. syukur kami selamat pergi dan pulang..

p/s : eita tak plan apa2 trip lg utk tahun nie.. just go with the flow.. yg pasti kena slowdown drpd sebarang aktiviti yg berat.. that's mean no diving for this year.. uhuks