Pages

December 28, 2012

Ngedate wif my gf

Assalamu'alaikum wbt..

Nie cerita minggu lepas.. biler encik hubby dan mikael tinggalkan mama sorg2.. uhuks! bukannya apa sbb eita ada makeup job last weekn.. so, tak dpt follow mereka balik ke pahang dgn family mertuaku.. klu tak, mesti syok dpt mkn doyan kt sana.. hehe


So, eita ambik peluang tu utk jumpa my best friend, Huda pd sblh petangnya.. dah lama sgt pun kami tak berjumpa.. mcm selalu Huda dtg ditemani Teressa.. bnyk yg kami bualkan.. ada cerita lucu, cerita kelat dan cerita hati ke hati.. dgn dia I can share almost everything.. sbb Huda sgt memahami eita.. and she still stay the same.. huhu


Lepas mkn minum kt Geylang Kopitiam.. kami sempat tengok movie sama2.. The Hobbit.. best jugak cerita nie cuma jgn laa compare dgn The Lord of The Ring.. masa pertengahan cerita mmg buatkan jantung kita berdegup kencang sbb bnyk sgt yg suspens.. yg pasti akan ada sambungannya lg.. agak2 akan jadi The Hobbit trilogy jugak ker nnt? ermmm


Tak habis kt situ.. kami sambung lg ladies nite out activity dgn berkaraoke.. 1 jam jugak laa menyanyi kt situ.. sedap jugak suara Teressa tu yer.. boleh masuk pertandingan.. hikhik! mmg seronok sgt sekali sekala dpt hang out with our girlfriends and had a woman to woman talk..

Tp sekali sekala jer taw cik jah.. bkn every weekn sampai terlupa tanggungjawab pulak nnt.. dan kita pun patut bagi masa senggang kt para husband utk jumpa dan lepak dgn kwn2 mereka.. tp diingatkan sekali sekala jer.. bkn setiap mlm melepak kt kedai mamak sampai lupa anak dan isteri.. choyy! maaf klu ada yg terasa.. ngeee

p/s : tumpang happy dgr cerita Huda yg tgh sibuk menambah property.. semoga semuanya akan dipermudahkan.. inshaa Allah dear ;)

December 26, 2012

Mikael Rizqi is going to school!

Assalamua'laikum wbt..

Rasanya kebanyakan parents dah settle preparation utk anak2 mereka yg akan kembali ke sekolah minggu depan.. mujur lah sales bersepah kt sana sini kan.. so, we can save more.. tak ketinggalan Year End Sale jugak.. eh?

Well, eita belum terasa sgt bahangnya sbb anak bujangku baru jer nak masuk tadika tahun depan.. 4 years old.. tp dlm pada tu.. actually sibuk jugak sket2 menyediakan keperluan dia.. huhu! nasib baik jugak laa mikael banyak dpt hadiah masa birthday dia bulan March lepas.. so, boleh terus digunakan.. tqvm uncles and aunties!

drpd school bag, pencil case sampai laa ke katil.. semua nak McQueen.. sabar jer laa

Pencil colors pun nak Ben10.. adeii

Klu ikutkan mikael.. all the stationeries nak ultraman laa, ironman laa, upin ipin laa, bla bla bla.. nie baru nak masuk tadika taw cik jah.. klu masuk darjah 1 nnt.. pengsan mama melayannya.. 

Mikael akan mula bersekolah secara rasminya on 7th January 2013.. 1 week for orientation.. 2nd January is a registration day and briefing session will be on 6th January with all the parents..


eita harap sgt mikael dpt menyesuaikan diri dgn cepat kt skool dia yg baru nie.. tp klu tengok perangainya, mikael dah pandai bergaul dan mudah berkawan.. bab tu mmg eita tak risau.. i'm juz wondering.. akan ada drama ker nnt? hehe

p/s : mama dan ayah akan selalu mendoakan awak sayang.. belajar rajin2 yer.. tak sabar nak tengok mikael pakai uniform biru dia.. ngeee

December 20, 2012

A little gift with big meaning

Assalamua'laikum wbt..

i've got this gift yesterday.. mmg surprised sgt! sampai bergenang airmata.. sobs


Biler baca card.. hati rasa tersentuh.. hubby masih ingat lg my request utk gantikan the wedding ring yg dah berusia 5 tahun tu.. *sobs* even terlambat sket tp takper.. sbb eita ingatkan mmg tak dpt coz dah pergi s'pore hari tu kan.. and the ring fit nicely on my finger.. biler laa encik hubby ambik ukuran tu? huhu

Tapiii.. cik jah taw dia bubuh dlm apa??

*



*



*



*



*



dlm box big apple inside the fridge..?! masa nak mkn donut tu.. baru perasan ada lg small box yg berbalut cantek kt dlmnya.. sabar jer laa..

My hubby is not a romantic type.. sbb tu laa dia bubuh diamond ring kt dlm peti ais.. hikhik! but that's make me love him.. sooo much!

p/s : dan eita kongsikan kt sini.. kerana blog ini adalah sebahagian drpd cerita yg akan eita kenang.. not more than that.. huhu

December 11, 2012

5th Wedding Anniversary : Trip to JB - USS

Assalamua'laikum wbt..

01/12/12 - 03/12/12

Sebelum eita sendiri terlupa tentang cerita anniversary trip kami minggu lepas.. lebih baik eita karangkan kt sini.. sebenarnya lebih kpd catatan utk diri sendiri.. maklum laa eita kan berazam nak simpan blog nie sampai laa mikael pandai membaca.. tak sabarnya tunggu waktu itu.. biler kami duduk sama2, membacanya sama2 dan ketawa sama2.. inshaa Allah

Kalau tahun lepas.. kami dah pergi honeymoon berdua kt sebuah pulau sempena our wedding anniversary.. so, tahun nie kami pergi ke tempat yg berbeza dan lebih happening.. lebih2 lagi biler mikael semakin membesar.. perlu laa ada aktiviti yg disukainya.. baru laa fair and square kan.. syukur Alhamdulillah dgn izin dan rezeki drpd Allah..



eita mmg dah berniat sebenarnya.. klu turun ke JB sekali lagi.. mmg nak masuk ke Singapore.. sbb kali pertama dulu tak sempat nak plan apa pun.. very last minute okeh.. so, this time we've arranged it properly..


Sebut jer Senibong Village Seafood.. semua org JB tahu.. bukan setakat org JB jer, kereta org2 Singapore pun bersusun kt situ.. tempat nie terletak kt area Permas Jaya.. nampak jer Jusco Permas Jaya, belok kanan dan terus jer sampai nampak signboard.. skrg nie highway dah pun siap.. so, if dari JB ke Permas Jaya, dlm 10 minit jer.. ermm tak silap eita ada 6 restoran kt dalam tu.. so, cik jah bleh pilih yg mana satu okeh.. tp pilih laa port yg menghadap laut.. so, u can enjoy the night view..


our lovely dinner..

Harga? boleh tahan laa bersesuaian dgn seafood fresh2 kt situ kan.. depend pada menu apa yg di'order'.. standby laa dlm seratus dua klu mkn kt sini.. yg pastinya tak mungkin semurah seafood kt semporna.. huhu

Kami menginap di JB sebelum memasuki Singapore keesokan harinya.. trip kali nie kami ke Universal Studios Singapore.. semuanya diuruskan oleh pihak hotel.. baik drpd segi accommodation, transportation, tickets dll.. kami hanya perlu tukar duit secukupnya jer.. senang kan? skrg dah banyak package yg ditawarkan oleh pihak hotel kt JB.. cik jah juz google dan pilih jer.. tp sebaiknya book laa awal2 especially klu the chosen date fall on weekend, public or school holiday..



eita yakin ramai yg dah pernah pergi ke USS kan.. dan dah ramai yg tahu apa yg ada di dalamnya.. so, tak perlu laa eita ceritakan dgn lebih detail.. overall kami mmg puas hati sepanjang berada kt sana.. mmg berbaloi.. dan apa yg lebih seronoknya.. mikael can join & play all the games inside except the battlestar galactica of coz! dua2 eita try.. human and cyclon! tp yg color biru lebih "scary".. encik hubby ckp i'm an adventure seeker.. theee





Tp eita nak bagi tips sket kpd yg belum pernah pergi @ tgh plan nak pergi ke sana.. mulakan sebelah kanan dulu okeh.. so, cik jah can skip the long Q dan dpt main games yg best2.. like what we did! follow this route yaaa..

1) Hollywood
2) New York
3) Sci-Fi City
4) Ancient Egypt
5) The Lost World
6) Far Far Away
7) Madagascar



Kami sampai kt sana dlm pukul 10.00am.. ngam2 USS baru bukak.. by noon kami dah sampai kt Ancient Egypt.. kemudian masuk kt Lost Word utk tengok Waterworld show.. live stunts yg sgt awesome! klu tak hati2.. u will get wet! haha.. paling penting jgn lupa ambil studio guide dan refer kt situ.. check timing supaya cik jah tak missed apa2.. menjelang petang kami sempat tawaf 2 kali kt dlm tu sbb masih ada lagi extra time..




Kami rasa happy biler tengok mikael sgt excited dpt tengok bumblebee dan follow encik hubby masuk dlm transformer the ride.. langsung tak takut tengok robot2 yg besar tu.. kemain menyengih dpt naik enchanted airways roller-coaster.. taktaw takut sebijik mcm mama! dia pun seronok tengok Donkey show and Shrek 4D.. comel giler tengok dia pakai spec hijau tu.. hikhik

So, rasanya kami buat keputusan yg tepat bawa mikael pergi ke sana pd umur dia skrg.. at least dia dah faham apa yg berlaku, dah bleh enjoy the games & he had a good time! kesian jugak tengok parent yg bawa baby kecik kt sana.. yer laa kebetulan masa kami pergi tu cuaca panas dan hujan rintik2 on off..


xmas decoration..

lunchy @ Goldilocks.. ada a few restaurants kt dlm USS yg serve halal food..


bye-bye USS!

Keesokannya kami juz menghabiskan masa kt hotel sebelum bertolak pulang.. mikael klu dah nampak swimming pool, tak sah klu tak berendam.. huhu


Otw back to klang, kami sempat singgah kt Johor Premium Outlet.. lama jugak laa kami kt sana sbb hujan sgt lebat.. tp eita takder laa shopping sakan pun.. juz beli barang sket2 utk mikael, hubby dan diri sendiri.. kebetulan ada sales time tu.. 


kenangan dari USS dan JPO.. 

Fuhh.. akhirnya siap jugak entry nie.. syukur kami telah selamat pergi dan pulang dari satu lagi destinasi.. klu ada rezeki lebih.. kami akan menjejaki sebuah lagi negara tahun depan.. inshaa Allah.. till then cik jah!

p/s : selamat bercuti kpd warga selangor yg bercuti hari nie.. Daulat Tuanku! huhu

December 1, 2012

01 Dec 2007 - 01 Dec 2012

Assalamua'laikum wbt..

Suamiku,

Terima kasih kerana menjadi seorang sahabat serta suami yg sabar dan penyayang..
Terima kasih kerana menjadi ayah yg terbaik kpd permata hati kita..
Dan terima kasih kerana mengimamkan solatku.. *touching*

5 tahun melayari bahtera perkahwinan yg penuh suka dan duka.. 
Syukur ke hadratMu Ya Allah..

"May our love will remain until Jannah.. Inshaa Allah"

p/s : bersiaran dari selatan tanah air..