Pages

March 29, 2012

Miq's 3rd birthday party @ A&W

Assalamua'alaikum wbt..

Hye cik jah semua.. eita gembira sgt sejak kebelakangan nie taw.. huhu! hati rasa berbunga-bunga jer.. dan salah satu sbb yg buat eita happy ialah majlis harijadi mikael yg ke-3 dah pun selesai.. fuhh! nie baru buat birthday party.. klu time dia kawen nnt.. maw pengsan mamanya.. huhu

1st of all.. eita nak ucapkan ribuan terima kasih kpd kwn2 yg sudi hadir last sunday.. dan terima kasih jugak sbb semua yg dtg berikan hadiah utk mikael.. eita + hubby + mikael sgt2 menghargainya.. maaflah sbb tak dpt invite semua kwn2 @ kenalan facebook.. aii buat majlis kecik2 jer cik jah.. hihi



Majlis tu berlangsung kt A&W Batu 3 Shah Alam.. alaaa yg dekat federal highway sebelum plaza tol tu.. knp buat kt situ? sbbnya kt situ jer A&W branch yg cantek, spacious dll.. lagipun memudahkan kwn2 eita yg dtg dari damansara, ampang, selayang etc.. kira adil laa kan.. coz masa 1st birthday party dulu eita buat kt KFC betul2 kt bandar klang.. so, diorg kena jalan jauh sket.. sampai sesat barat ok.. huhu



My comment? venue mmg best.. no complaint at all! 2nd floor tu semua kami yg punya.. pilih jer nak duduk kt mana.. mereka pun tak berkira sgt dari segi timing.. even majlis sampai pukul 4 ptg jer.. tp kami balik nak dekat pukul 6pm.. decoration pun tip top.. cuma satu perkara jer.. ehemmm.. eita dgn hubby penat turun naik tangga sbb nak pastikan diorg refill makanan secepat mungkin! crew diorg mmg slow ok.. nasib baik laa eita mampu bersabar lg.. tak taw kt mana silapnya.. ayam tu yg lambat masak ker.. or air tu susah sgt nak bancuh ker.. tp KFC crew i tell u mmg cekap.. diorg taw apa yg diorg perlu buat.. masa biler nak refill makanan, masa biler nak conduct activity.. eita ingat lg last time eita relax jer.. juz melayan kwn2.. sampaikan kek pun diorg potongkan.. see the different.. but no offense laa.. maybe nie pengalaman eita.. kot2 org lain ok jer dan ada pengalaman yg berbeza dgn A&W.. betul tak cik jah?

Other than that.. semuanya ok.. eita pun nak minta maaf if ada apa2 kekurangan sepanjang majlis tu.. tak menang tangan ok..  and last but not least nak ucapkan terima kasih kt my fren yg sponsor name tag and cheese tart pd hari tersebut.. well, u know who u are.. huhu! selebihnya kita layan gambar jer ek..

Mr Bear yg digeruni ramai.. termasuk laa birthday boy.. hihi

chicken dance..

drama king.. ekeke

happy birthday to u syg mama!



acara bukak hadiah!

kalau ada sumur di ladang,
boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yg panjang,
boleh buat birthday party lagi.. theee

March 28, 2012

wordless wednesday




p/s : syukur.. semua berjalan spt yg dirancang.. *eppy*

March 22, 2012

Miq' 3rd birthday party @ kindie

Assalamua'laikum wbt..

Spt yg dijanjikan.. eita nak share citer tentang sambutan birthday mikael on last tuesday, 20/03/12.. disebabkan tahun nie birthday mikael fall on weekday.. makanya, eita decide utk arrangekan small party @ his kindie together with his friends n teachers.. huhu

Kebetulan teacher mikael pun tak kisah dan sambutan birthday kt sana merupakan salah satu aktiviti mereka.. so, eita juz sediakan kek, goodie bags dan selebihnya his teachers yg handle.. nasib baik teringat nak pass camera kt his teacher.. at least even eita takder time tu tp dpt tengok gelagat anak bujang tu celebrate his birthday dgn kwn2 dia.. kiranya he is a man of the day laa hari tu.. hikhik


His 1st cake adalah hasil air tangan kwn eita, siti ismani.. masa collect kek tu dan tengok mcm mana rupanya.. alahaii rasa syg jer nak mkn sbb comel sgt.. huhu! tenkiu yer is.. eita mmg nak order homemade cakes kali nie.. no more from secret recipes etc.. was2 laa dgn bahan2 yg diorg gunakan dan cara penyediaannya..


eita tergelak2 masa tengok gambar mikael dgn kwn2 nya.. banyak betul yg teacher dia snap.. sampaikan eita tak taw nak pilih yg mana satu.. honestly eita bukannya gemar sgt upload gambar sampai beratus keping sekaligus.. klu korg perasan kt dlm my fb, album yg ada very minimal dan gambar2 kt dlm tu pun eita dah pilih + tapis habis-habisan.. serius tak faham apekah motif upload gambar yg hampir sama sampai 4-5 pcs? then yg senget benget pun diorg upload jugak.. ok2 keluar topik! haha


Overall, he looks very happy on that day.. dan itu laa yg eita nak.. even majlis tu nampak simple, tp eita taw mikael sukakannya.. sbb dia dikelilingi oleh mereka2 yg dia kenali, yg berada dgnnya 5 days a week; his friends and teachers.. huhu

Next.. his 2nd birthday celebration akan menyusul this weekn.. perlu ker buat sampai 2 kali? masih ingat entry eita sebelum nie? huhuhu.. klu berlebih, tak ada salahnya kita berkongsi rezeki tu dgn anak2 kita.. betul tak cik jah?


p/s : jumpa di saaaaanaaaaa.. huhu

March 20, 2012

Happy 3rd birthday Mikael Rizqi!

Assalamua'laikum wbt..

Perasaan menjadi seorg ibu sgt indah.. ia hanya dpt dirasa tp sukar digambarkan dgn kata2.. dgn lahirnya seorg anak drpd rahim sendiri.. maka sempurnalah kita menjadi seorg wanita.. *syahdu*

3 tahun yg lalu pd tarikh ini dan waktu ini.. eita dan hubby sedang bersiap2 hendak ke hospital.. ketulan darah yg keluar lebih banyak dari hari sebelumnya.. tp yg hairannya tiada sedikit pun rasa sakit.. dan tepat pukul 1.54pm eita melahirkan seorg bayi lelaki pd 20 Mac 2009.. dan kenangan itu sgt mahal yg mampu mengukir senyuman setiap kali eita mengimbasnya kembali..

just born.. 3 tahun yg lalu..

He is turn 3 today.. ada sambutan harijadi kecil-kecilan kt kindie dia hari nie.. celebrate with his friends and teachers.. esok2 eita update gambar birthday miq @ kindie ok..

Mikael Rizqi.. selamat hari lahir syg.. mama dan ayah sentiasa menyayangimu nak.. tak pernah sekalipun kami melupakanmu dlm setiap doa yg kami panjatkan kpd Illahi.. agar kelak engkau menjadi anak yg berbakti, insan yg berguna dan hambaNya yg beriman.. Amin ya rabb

p/s : Mikael Rizqi.. anugerah terindah milik kami.. *sobs*

March 16, 2012

Puisi : Aku ingin bersama-samanya

Ketika tunas ini tumbuh
Serupa tubuh yang mengakar
Setiap nafas yang terhembus adalah kata

Angan, debur dan emosi
Bersatu dalam jubah terpautan

Tangan kita terikat
Lidah kita menyatu
Maka, setiap apa yang terucap
Adalah sabda pendita ratu

Ah … di luar itu pasir
Di luar itu debu
Hanya angin meniup saja
Lalu, terbang hilang tak ada

Tapi kita tetap menari
Menari cuma kita yang tahu

Jiwa ini tandus
Bukan duduk saja
Maka, akan kita bawa semua
Kerana, kita adalah SATU

Dipetik drpd : filem Ada Apa Dgn Cinta

March 15, 2012

Simple goodie bags

Assalamua'laikum wbt..

Most of my close friends and family dah taw yg minggu depan eita akan organize small birthday party utk my Mikael Rizqi.. sekejap jer my baby son tu dah menjangkau usia 3 tahun.. he's a big boy now.. sobs sobs

Klu ikutkan nie baru kali kedua kami organize majlis harijadinya.. kali pertama dulu masa dia berumur genap setahun.. mmg kami tak plan utk buat majlis every year.. baru laa terasa 'excited' lebih sket.. huhu! but during his 2nd birthday last year, kami tetap meraikannya.. in a simple way..

Dan kali nie.. first time eita perlu menyediakan goodie bags utk tetamu2 cilik dan kwn2 mikael.. hikhik! honestly, eita nie bukannya jenis yg rajin sgt dgn benda2 mcm nie.. eita lebih suka org lain yg prepare, then we'll pay them.. senang, habis citer dan eita tak payah pening kepala fikir itu ini.. hehe

Tapi.. sbb tahun nie mikael akan celebrate dulu his birthday at his kindie.. so, mama mcm excited sket nak prepare sendiri the goodie bags utk kanak2 comel kt situ.. huhu! org kata sbg membalas budi laa.. sbb mikael selalu bawa balik goodie bags biler ada kwn2 dia yg sambut birthday kt kindie..

goodie bags pun ikut tema.. hikhik

So, nie laa hasilnya.. dah siap packing utk kwn2 mikael kt kindie.. hopefully diorg suka + happy dpt goodie bags nie yer.. aunty eita prepare dgn penuh kasih syg taw..

Melilau ok cari benda alah nie.. well, org takder pengalaman katanya.. siap refer kt amm mintak advise.. tp biler pergi kt tempat tu takder pulak yg berkenan di hati.. then kami menghala pulak ke giant.. jumpa! tp still tak puas hati.. sbb nak gi survey kt GM jugak.. coz my fren cakap boleh dpt harga murah kt sana klu kita beli dlm kuantiti yg banyak.. eita mmg nak beli banyak sket items tu sbb sekali harung utk kids kt kindie + kids yg dtg masa majlis mikael nnt.. klu ikutkan ada berlambak kt party center but of coz laa harganya mahal drpd biasa kan cik jah..

antara bahan-bahannya.. ada yg tak beli lg nie.. adeii

Akhirnya eita jumpa apa yg eita nak kt GM.. fyi, cik jah boleh terjah kt pavillion 5 ok.. kedainya betul2 kt tepi pintu masuk.. mcm2 ada kt situ.. dan harga yg diorg offer mmg berbaloi.. 50pcs plastic bags tu juz RM8 jer after discount.. murah kan?!

eita mmg recommend buat mcm nie utk parents yg nak celebrate simple birthday anaknya kt Taska or Nursery or Tadika etc.. kerja kita jadi mudah dan kids pun happy.. hehe

p/s : tinggal nak collect cake & edarkan a few lg invitation cards utk kwn2.. theee!

March 9, 2012

Jgn kedekut dgn anak

Assalamua'laikum wbt

Salam jumaat u ols.. pg nie eita nak bercerita tentang topik anak.. of coz laa ada something related yg membuatkan eita terpanggil utk menaip entry spt nie.. *sigh*

Semua parents mahukan yg terbaik utk anak masing2 berdasarkan kemampuan kita.. betul tak? klu boleh drpd segala segi.. tempat tinggal, kenderaan, tempat belajar, makan, pakai, keperluan harian dll..

Tapi in reality.. ada jugak parents yg berkira dgn anak sendiri.. pd mereka memadai hanya bagi yg basic2 jer.. diapers dan susu atau makan minum yg mereka berikan tu dah lebih drpd mencukupi.. but before that, bagi parents yg kurang berkemampuan, mereka terkecuali dlm topik pg nie ok..

Yg eita rasa tak 'fair'nya.. income setiap bulan paling sket 4 angka dan boleh mencecah hingga 5 angka.. klu utk keperluan diri sendiri tak pernah fikir mahal atau murah.. berapa pun harganya pasti boleh dibayar.. tp bila tengok keadaan si anak, kita jatuh kesian..

Mmg kasih sayang tu tak boleh diukur dgn wang ringgit.. tp salah satu cara menunjukkan kasih sayang tu dgn memberikan sesuatu.. apa salahnya belikan mereka pakaian baru at least sebulan sekali.. atau belikan buku @ toys kegemaran mereka.. tak semestinya yg mahal taw.. ada jer baju, buku & toys yg berharga RM10 kt jusco tu.. then klu ada rezeki lebih, bawa mereka pergi mkn, berjalan ataupun bercuti kt mana-mana.. tak semestinya kt 5 star hotel @ resorts..


Jgn kedekut dgn anak.. itu pointnya kt sini.. rezeki yg kita perolehi tu, kongsi dgn mereka.. sbb anak itu sendiri adalah rezeki utk kita drpd Allah swt.. mcm Mikael Rizqi tu laa.. hehe

Tak timbul isu membazir atau "mereka kecik lg tak taw apa2" dlm hal nie klu kita betul2 ikhlas.. tepuk dada tanya akal.. so, tu jer sesi luahan perasaan utk hari nie.. slmt berhujung minggu yaaa.. huhu

March 2, 2012

Rindu perut buncitku!

Assalamua'alaikum wbt..

Tadi masa godek punya godek folder2 kt dlm pc nie kan.. then eita terjumpa laa album2 lama.. dan salah satunya mengandungi semua gambar2 during my 1st pregnancy.. omaii.. terasa syahdu tetiba.. uhuks


Tak tipu.. eita sgt rindukn masa morning sickness, rindu nak pergi check-up setiap bulan dan dpt tengok baby membesar sket demi sket kt dlm perut nie, rindu nak dilayan mcm puteri oleh sang suami.. time nie mintak laa apa saja mesti ditunaikan, rindukn rasa mengidam yg amat sgt, rindu nak pakai baju preggy yg comel2, rindu nak tambah berat badan dan yg paling eita rindu ialah.. perut buncitku!!


Mikael Rizqi akan menjangkau usia 3 tahun tak lama lg.. dan sememangnya jarak tu dah cukup cantik as per advise from the doctor.. tp siapa lah kita? sbb kita nie hanya manusia biasa yg mampu merancang.. dan yg menentukan rezeki itu tetap Yg Maha Esa.. klu ditanya "dah bersedia ker?".. eita hanya senyum tak perlu kata apa2.. huhu

p/s : owh juga rindu nak shopping baby stuff.. hikhik