Pages

November 29, 2011

iPhoneFix

Assalamua'laikum wbt..

Ada 1 benda eita lupa nak citer.. kan last month both eita and mikael admitted @ hospital.. bukan kami jer yg sakit taw.. cik ipad pun tetiba 'blackout' masa kt hospital tu.. tak nak 'on' langsung.. dah puas encik hubby menggodeknya.. klu ikutkan dah berapa kali pun mikael hempaskan dia.. uhuks! kesian sgt kt cik ipad..

Tp kami takder laa risau sgt sbb it still under warranty kan.. so, kami pun pergi laa kt Harvey Norman then diorg ckp.. for 1st year warranty, kami kena claim directly dgn AppleStore.. kami pun akur..


But then.. mmg rasa nak menyumpah seranah customer svc kt AppleStore @ Mid Valley.. encik hubby dtg all the way from klang, dgn dia ada training on that day, ditambah lg hujan pulak tu.. tp feedback yg dia dpt drpd mangkuk hayun tu sgt2 menyakitkan hati!

Berlagak giler ok.. not even try to troubleshoot the ipad.. belek sket2 then ckp ada 4mm dent so warranty xbleh cover.. wut the?! klu nak repair it will cost us about RM1300.. baik beli baru vangang! omai nasib baik laa eita takder masa tu.. if not maw eita baling ipad tu kt muka dia.. dem! patah seribu hatiku mengenangkan cik ipad tak boleh baik.. uhuks

So, kami pun redha jer laa.. ada laa jugak eita survey tablet baru.. but honestly eita syg sgt kt cik ipad tu ok.. sampai laa 1 hari.. encik hubby ckp, ada sorg blogger otai nie recommend 1 tempat utk repair segala adik-beradik Apple inc iphone, ipad, Macbook, ipod etc.. then hati pun berbunga-bunga laa dengar.. huhu

iPhoneFix located at 1st floor, Centrepoint Bandar Utama.. kami pun juz give a try.. dgn harapan cik ipad akan pulih mcm biasa.. sampai jer kt sana tgk ramai customer taw.. mostly yg dtg sbb iphone or Macbook diorg problem.. they can fix it in front of your face! cool giler biler diorg gunakan their tools utk repair/ fix your gadget masa tu jugak.. kagum sungguh! dan rasa sgt proud sbb business tu dikendalikan oleh 3 org pemuda melayu.. Halmi, Zaini & Azam..



My ipad? diorg re-charge the battery, leave it about half an hour, godek2 and taraaaaa.. cik ipad boleh 'on' semula.. eita happy giler ok! rasa nak melompat time tu jugak tp cover laa kan.. hikhik! eita bukannya nak promo.. tp svc diorg mmg tip top.. dan kami rasa puas hati sgtttt.. juz in case in the future, ada mereka2 yg ada Apple gadget tp ada problem.. then taktaw mana nak tuju.. bleh buat entry nie as a reference.. that's my point.. and u know what? they charged us nothing.. FOC! thanks a lot guys.. korg mmg pakar Apple! 2 thumbs up.. hehe

For a help.. just call ---> Halmi = 016-688 0126

pls click...

November 22, 2011

A short trip to Kg Gajah + Lumut, Perak

Assalamua'alikum wbt..

Last weekn eita, hubby, mikael dan kak zura berkesempatan pergi ke Kg Gajah, Perak for a wedding job.. bukannya mkn angin yer korg.. hehe! coz last minute kak zura mintak tolong eita cover dia yg baru jer menjalani operation kt bahagian perut hari rabu lepas..


Even kami sesat sampai ke Setiawan, akhirnya slmt jugak sampai kt rumah rehat yg disediakan utk kami oleh pihak pengantin.. ada laa jugak beberapa insiden yg tak best.. tp Alhamdulillah, kami dpt melaksanakan kerja dan tanggungjwb dgn sebaiknya..


Honestly, eita tak pernah dengar nama tempat nie ok.. korg pernah? surprisingly rupanya Kg Gajah nie besar taw.. terletak berhampiran sungai Perak dan tak jauh dari Pasir Salak.. Kg Gajah nie sgt sinonim dgn buah durian.. kt kiri kanan dipenuhi dgn dusun2 durian.. dan ada yg ckp pokok2 durian kt situ dah berusia puluhan malahan ratusan tahun! antara durian yg popular ialah durian Tok Paduka Raja. Ntah mcm mana rupanya eita pun tak pasti.. hikhik! tp mmg langkah kanan laa sbb masa kami kt sana tgh musim durian yeop.. rezeki! rezeki!


Then otw balik ke klang.. kami sempat singgah kt Lumut, Perak.. dah alang2 sampai sana kan, lg pun tak berapa jauh dari Kg Gajah.. apa lg, eita dgn kak zura pun memborong sakan laa segala jenis hasil mknn laut kt situ.. huhu


Kesimpulannya, our short trip sambil bekerja ke perak kali nie mmg best! and last but not least.. slmt pengantin baru kpd Mashita + Azmil.. terima kasih daun keladi.. cer tengok muka dia ada mirip Memey tak? hehe


p/s : org berbudi kita berbahasa.. org memberi kita merasa..

November 16, 2011

wordless wednesday




p/s : di sebalik tabir ESM photoshoot... woooottt!

November 10, 2011

Mikael Rizqi - new update

Assalamua'laikum wbt..

Entry kali nie eita nak update tentang perkembangan mikael sejak masuk kindie.. klu ikutkan skrg baru masuk bulan ke-2 dia kt sana.. so far Alhamdulillah dia nampak happy jer.. maybe sbb dah ada ramai kawan baru kan.. huhu

Let's check it out :-

1) Makan dah tak memilih skrg nie.. dah boleh sumbat sayur sket2 dlm mknn dia.. klu dulu mmg dia reject habis.. balik2 mkn nasi dgn kicap @ telur goreng.. skrg mkn ikan, ayam pun semua dia nak.. mama suker!

2) Dah pandai mengira one - seven then stop kejap terus sambung jadi nine.. eight and ten dia terlupa.. LOL!

3) Masih dlm free diapers training with his teacher.. go go miq!

4) Dah pandai mencangkung dan bagi signal biler dia nak poopoo.. tp klu terlajak, lepas siap projek mula laa dia sebut "bushuk" byk2 kali.. klu mama or ayah tak faham jugak.. tak taw laa nak ckp apa.. haha

5) Dah pandai sebut "shu shu" dgn betul instead of "ishi" sblm nie.. bunyi mcm bahasa jepun kan? ishi in japanese word bermaksud batu.. LOL! adeii laa anak.. huhu



Syukur dan happy sgt biler tengok mikael sihat sepenuhnya kembali.. dia pun semakin byk keletah dan saban hari his vocabulary semakin bertambah.. till then!

p/s : kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita.. itulah yang terbaik (Hamka)

November 1, 2011

Medical Card

Assalamua'laikum wbt..

Hello November and bye-bye October.. hehe! berpinar2 gak laa kepala encik hubby.. coz dlm bulan yg sama both eita dan mikael admitted kt hospital.. if guna duit sendiri.. mmg habis beriban-riban laa jawabnya saving kt bank.. klu gi gov hospital pulak, entah mcm mana layanannya nnt.. dgn memanjang long Q dan mcm2 syarat nak masuk wad.. ermm eita tak nak komen banyak bab nie.. sbb kita masing2 ada point of view sendiri.. tp syukur laa kami ada medical card yg cover over the bills.. pheww!


First of all.. nie bukan entry utk promote insurans tp sekadar berkongsi pengalaman yg eita lalui baru2 nie.. eita tak nafikan klu dulu.. biler sebut jer insurans, confirm eita akan angkat tgn then cabut lari secepat mungkin.. tp persepsi eita berubah slps mikael lahir.. sbb ada 1 hari tu, eita terbaca kt 1 blog pasal baby dia jatuh sakit.. mmg kesian sgt2.. start drpd situ, eita mulai study pasal insurans, buat comparison etc.. pencarian tu akhirnya menemukan eita dgn Naf..

Semua jenis insurans adalah bagus.. bukan hanya prudential.. asalkan korg ada medical card itu dah memadai.. apa yg paling penting insurans tu dpt membantu kita di saat2 genting.. dlm keadaan kita @ anak kita yg tak sihat.. perlu ker kita menunggu berjam-jam for insurance approval? ataupun perlu ker kita meletakkan deposit yg banyak sedangkan setiap bulan kita buat bayaran on time? ataupun biler keluar final bill banyak sgt yg kita kena top-up sbb amount itu tak cover, amount ini tak cover? klu amik insurans yg murah tp takder medical card pulak.. jenuh dok call agent tak dpt2? for what ada insurans klu in the end menyusahkan kita balik? betul tak? haish

Tapi kan.. eita tak lalui semua masalah tu masa mikael @ eita admitted kt pantai hospital tempohari.. semua urusan very smooth baik drpd sblm warded sampai laa discharge.. mula2 tu eita rasa risau jugak sbb tak pernah lg gunakan medical card mikael.. Naf pulak kebetulan time tu ada convention kt genting highland.. so, eita juz tunjukkan jer kedua2 medical card mikael kt kaunter admission.. 1 card prudential dan 1 lg card from my company.. diorg ambil medical card prudential dan request deposit RM500 memandangkan kami masuk dlm pukul 10pm.. lebih kurang 15 minit semua urusan settle.. legaaa!


Mikael discharge slps 2 hari 2 mlm admitted kt sana.. yg bagusnya paed yg memantau mikael adalah paed yg sama dan nurse2 kt situ pun very helpful.. surprisingly kami terus boleh discharge disebabkan dah bayar deposit masa masuk hari tu.. so, tak perlu tunggu apa2 lg.. biler final bill siap, pihak hospital akan call eita semula utk return balance deposit.. senang kan? tak payah pening kepala nak menunggu itu ini.. insurans yg mcm nie laa yg kita nak..


Dan disebabkan mikael admitted 2 hari 2 mlm kt hospital.. prudential berikan RM600 as a daily allowance.. lebih kurang 2 minggu cheque pun keluar.. so kesimpulannya; prudential has covered all the bills even kita perlu advancekan sedikit duit pd mulanya.. siap ada extra RM lg.. huhuhu! berbaloi-baloi kan? ngeee

Maybe ramai parent yg pandang remeh tentang insurans.. ataupun mereka rasa membazir buat bayaran setiap bulan.. tp percaya laa.. biler anak2 kita @ diri sendiri yg jatuh sakit.. masa tu nnt akan timbul perasaan kesal.. apa laa sgt nilai RM100 utk anak2 kita jika dibandingkan dgn melihat keadaan mereka apabila sakit.. sedangkan jika mereka mempunyai medical card.. kita dpt masukkn mereka ke hospital swasta yg lengkap dgn doctor2 pakar serta diberikan ubat dan jagaan yg baik.. so, renung2 kan laa.. huhu

p/s : i wrote this.. coz i care..