Pages

October 27, 2011

MasterChef Malaysia #1

Assalamua'laikum wbt..

Maybe ramai yg dah taw siri MasterChef Malaysia yg pertama nie telah pun ditayangkan kt astro ria @ channel 104 sejak hari sabtu yg lepas pd pukul 9.00pm.. dah masuk episod yg ke-5 pun skrg.. hehe

So far, eita mmg belum ada missed lg.. klu missed pun sanggup record rancangan tu semula.. hikhik! biler sebut jer MasterChef kan, automatic eita akan teringat Gordon Ramsay dlm MasterChef US season 1 series.. sbb start drpd situ laa eita sukakan rancangan seumpama nie.. huhu

Gordon Ramsay.. very serious, strict and high taste of coz..

Cumanya eita ada sket rasa terkilan dgn mentality our typical malaysian.. klu korg baca kt dlm fb page MCM nie.. hmmm mmg banyak sgt komen2 yg membinasa drpd membina.. and some of it was very stupid comment.. maaf ckp ok.. ada ker patut diorg nak professional chef yg jd peserta?!  lepas tu merempan2 tak puas hati dgn drop comment yg entah apa2.. wut the?! nampak sgt takder knowledge pasal MasterChef tp nak tunjuk pandai.. kesian! MasterChef adalah rancangan utk tukang2 masak amatur ok.. cuba laa tengok MasterChef US or MasterChef Australia tu dulu.. adeii

For me, klu pun ada kekurangan dlm rancangan nie.. at least kita berikan support utk siri yg pertama nie kan.. ada rezeki boleh diperbaiki pd musim ke-2 dan seterusnya.. klu AF boleh pulak diorg bagi chance.. ish! ckp laa apa pun.. yg penting eita sukakan rancangan nie.. dan antara calon2 MasterChef favorite eita ialah :-

Nik Michael Imran.. 21 tahun & masih belajar

Felix.. peserta pertama yg disarungkan apron MasterChef

Ary Malik.. seorang celebrity

All the best utk kesemua peserta Top 24.. eita tak sabar tunggu episod2 yg seterusnya.. and hopefully ketiga2 calon favorite eita nie akan sampai ke grand finale.. good luck! huhu

October 20, 2011

Kolem/rangoli

Assalamua'laikum wbt..

Kalau bulan lepas office kami sibuk dgn jamuan hari raya.. dan atas kerjasama semua staff, ianya dpt dijalankan dgn sukses sekali.. clap! clap! to all ROPC ladies.. huhu


Bulan nie pulak, spt yg kita sedia maklum kaum India yg beragama Hindu akan meraikan Deepavali minggu depan.. so, dept kami pun tak terkecuali membuat simple decoration utk memeriahkan suasana kt office.. katanya semangat 1 Malaysia kan?

Semlm dlm pd sibuk buat kerja.. eita sempat join my colleague melukis kolem kt office.. nie kali pertama eita buat benda alah tu.. selalunya juz terjumpa kt shopping mall jer..

Apa itu kolem? kolem @ rangoli ialah lukisan di atas lantai. Perkataan kolem dalam bahasa Tamil membawa maksud indah atau cantik.

Mengapakah orang-orang India mengamalkan tradisi melukis kolem? Menurut ajaran agama Hindu, seseorang itu harus melakukan kebajikan atau dharmam pada setiap hari. Amalan melukis kolem merupakan satu cara yang mudah untuk melakukan kebajikan. Ini adalah kerana kolem biasanya dilukis dengan menggunakan beras atau serbuk beras. Beras atau serbuk beras itu akan dimakan oleh semut atau burung. Ini akan menyempurnakan keperluan melakukan kebajikan seperti yang dikehendaki oleh agama mereka.

sedang memilih tapak/tempat yg sesuai..

proses melukis pun bermula.. kami gunakan serbuk beras yg berwarna warni.. best taw!

Regional Operation & Planning Centre..

yeay dah nak siap.. yg penting kerjasama!

p/s : yg pasti akan ada acara makan2 lg kt office kami bulan depan.. huhu

October 18, 2011

Tragedi oktober

Assalamua'laikum wbt..

Tajuk entry dah mcm tajuk filem.. tp takder laa tragis sgt pun.. eita tgh tak sihat skrg nie.. demam on/off dah masuk 4 hari.. mmg teruk laa rekod attendance eita bulan nie.. last week ambil EL biler mikael admitted.. minggu nie pulak MC dah masuk 2 hari.. tp nak buat mcm mana Puan HR.. saya mmg tak sihat.. huk huk!

Mmg banyak betul dugaan utk kami bulan nie.. mungkin ada hikmahnya.. so, redha adalah sebaiknya.. at least biler diberikan ujian sakit nie dpt menghapuskan dosa2 kecil.. sbb kita sbg manusia kdg2 terlupa utk bersyukur dgn nikmat kesihatan yg Allah berikan kpd kita.. tp klu nak dibandingkan dgn perasaan melihat mikael terlantar kt hospital hari tu.. biar laa eita yg menanggung kesakitan.. wuwu 

ambil darah.. tuhan jer yg tahu perasaan eita masa nie.. menahan drpd sama2 meraung dgn mikael.. uhuks

cik ipad yg banyak membantu menenangkan mikael ms kt hospital.. berbaloi belikn utk dia!

kasihnya ayah.. sob sob! tqvm hubby sbb jaga hunny ms sakit dgn baik sekali.. terharu

fyi.. nie semua ubat mama.. sila mkn sampai muntah..

Setelah di'diagnose' 2 kali.. doctor sahkan eita terkena URTI (Upper Respiratory Tract Infection). Biasanya penyakit nie disebabkan oleh viral infection.. masuk nie dah 2 kali tukar ubat and hopefully eita akan sembuh slps nie insyaAllah.. korg pun tolong doakan agar eita cpt sihat yer.. huhu

p/s : mama tak kisah minum berjag2 air dan telan ubat banyak2 asalkan boleh sihat kembali.. sbb risau sgt klu menjangkit pd mikael..

October 13, 2011

TLC Promise Me - mari menderma

Assalamua'alaikum wbt..

Tgh hari tadi.. masa eita check email terbaca laa email drpd nuffnang team tentang kempen TLC Promise Me - for the children of Rumah Aman..

eita percaya ramai nuffnanger yg dpt email berkaitan.. so, hati pun tergerak utk menderma sedikit hasil my Nuffnang earning kpd mereka.. even earning eita tak laa sebanyak mana lg, tp yg paling penting kita ikhlas utk membantu mereka.. bak kata nuffnang team.. "To make a change one doesn’t have to move mountains"..


Cara-caranya mudah jer :-

1) Log in to your Nuffnang account and head on over to http://www.nuffnang.com.my/tlc-2011/
2) Select the amount that you wish to donate from your Nuffnang earnings (you can choose from RM1, RM5 or RM10)
3) Hit the submit button, and you’re done!

p/s : i've done my part.. so, kpd blogger2 otai yg mendpt income yg masyuk setiap bulan hasil drpd blogging.. apa salahnya dermakan sedikit kpd mereka yg memerlukan.. renung2 kan dan selamat beramal.. huhu

October 12, 2011

wordless wednesday




p/s : dugaan buat kami.. *redha*

October 11, 2011

09.10.11

Assalamua'laikum wbt..

Very nice date kan? tp date itu jugak laa yg mencatat sejarah utk mikael.. he hv been admitted for the 1st time setelah berusia 2 tahun setengah kerana mengalami cirit birit yg berlarutan.. the worse part, he refused to eat or drink a milk.. pity Miq!

Tp syukur alhamdulillah, setelah 2 hari 2 mlm berkampung kt Pantai Hospital Klang.. insyaAllah ptg nnt Mikael dibenarkan pulang ke rumah.. terima kasih utk semua kwn2 dan ahli keluarga yg tak henti2 bertanyakan khabar Mikael.. juga ada yg sudi meluangkan masa utk melawatnya.. dan yg paling utama adalah doa kalian.. eita sgt menghargainya.. thanks a lot!

p/s : mama dan ayah mikael sgt exhausted..

October 3, 2011

1st day @ nursery

Assalamua'laikum wbt..

Pagi nie 1st day eita antar mikael kt nursery.. agak aneh perasaannya.. bercampur-baur.. antara risau, tak percaya dan happy biler tengok mikael tak kekok kt sana.. syukur alhamdulillah.. 

eita masukkan mikael kt TCJ dan if tiada sebarang masalah.. dia akan tinggal kt sana sampai next year.. tak boleh nak komen banyak sbb baru hari pertama kan.. tp klu berdasarkan rekod diorg.. nursery nie telah didaftarkan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri, Bomba, JKM dan MPK.. diorg mempunyai jadual aktiviti dan pemakanan yg teratur dll.. kiranya bukan laa nursery cap ayam cenggitu sbb semua teacher kena menduduki kursus asas asuhan kanak2 dan memiliki sijil yg sah.. as parent kita kena amik tahu tentang perkara2 nie..

Jom kita tengok pic mikael dan aktiviti @ TCJ..

sampai2 jer.. terus tuju kt benda alah nie.. hmmmm

dah dpt kawan baru.. huhu

barang2 miq.. nie baru nak gi nursery.. adeii

p/s : i'm proud with him.. mama yg rasa nak nanges tinggalkan dia taw.. semoga mikael serasi tinggal di sana hendaknya.. wuwu