Pages

July 23, 2011

Photobook album

Fuhh.. akhirnya dpt jugak berehat kt umah on weekn.. huhu! drpd pg tadi bersilat mengemas rumah yg terabai sejak seminggu 2 nie.. now take a break jap sblm sambung memasak dan melipat kain baju..

Hari nie eita tinggal berdua jer dgn mikael.. encik hubby gi keja dan dia dah start bizi dgn kaunter cukainya sampai hujung bln puasa nnt.. ptg nie nak bawa mikael gi trim sket rambut dia tu.. nak dipotong pendek terus syg betul rasanya.. so, biar dulu laa rambut dia mcm tu sampai dia masuk skool nnt.. ngeee

Oh panjangnya mukadimah.. actually a few weeks ago, my ofc mate minta eita bawakan album mikael masa baby.. dia teringin nak tengok.. tp eita nie asyik laa terlupa.. at last, semlm eita berjaya jugak bawa album tu gi ofc.. sorry jay.. hehe!

Biler dah bawak tu.. eita sendiri pun akhirnya membelek album tu.. syahdunya rasa biler tengok page by page.. x terasa membesarkan mikael.. kenangan itu sgt manis.. uhuks! harus eita akui lain perasaannya biler kita melihat album compare to pictures inside the folder..

Tetiba teringat yg eita x albumkan lg gambar2 masa 1st birthday mikael dulu.. walhal banyak sgt gambar yg cantik2 masa tu.. so, eita pun terfikir utk buat photo book album utk gambar2 mikael tu.. tp kan rata2 harga yg eita jumpa.. hmmm boleh tahan mahalnya.. korg ada x kenal sesiapa yg boleh buat photo book album at reasonable price? eita baru deal dgn sorg mamat tu and still waiting for his feedback..
If i get a good offer.. i'll proceed.. huhu



July 19, 2011

Weekn getaway - Fraser's hill

Rentetan drpd entry ini.. makanya kami ke Fraser's hill weekn baru2 nie.. percutian mengejut yg dirancang dlm tempoh masa yg singkat.. tp kata org.. yg x dirancang tu laa.. yg selalunya menjadi.. huhu

Kami bertolak dlm pukul 8.00am dari rumah.. menghala terus ke hentian jejantas sungai buloh.. sbbnya eita ada date wif my x-classmate yg dah lama berkulat x jumpa.. huhu! last kami bersua muka ketika melawat dia dlm pantang.. now anak2 kami masing2 dah pun berusia 2 tahun lebih! lama giler kan?

Sampai jer kt sana.. puan zue hantu kuceng dah pun tiba.. dari jauh dah nampak anak dara dia; si hanny tersenyum2.. comeynya laa dia ikat rambut pokok kelapa tu kan.. hehe! lebih kurang hampir 1 jam jugak laa kami kt sana.. mcm2 cerita yg keluar dan kami asyik gelak jer.. riuhnya mcm 3-4 org pd hal kami berdua jer.. encik suami masing2 juz mencelah biler perlu jer.. neway, eita sgt happy dpt jumpa mereka sekeluarga.. klu mek amm ada sekali.. tentu lebih meriah.. hikhik

mikael dan hanny.. huhu

thanks aunty zue for diz book.. mikael like it very much.. siap menyanyi2 dpt buku tu.. hehe

Selepas tu.. kami meneruskan perjalanan masing2.. zue menghala ke cameron highland dan kami pula menghala ke rawang - kuala kubu bharu - bukit fraser.. kami tiba di hentian GAP dlm pukul 12.20pm tp time tu laluan dah pun dibuka.. eita ingatkan kami tiba just on time.. rupa2nya skrg laluan naik dan turun telah dibuka sepanjang hari drpd pukul 7.00am - 7.00pm.. bermakna x perlu lg menunggu waktu ganjil utk naik ke atas.. dan waktu genap turun ke bawah.. sbb jalan lama telah dibuka semula..

eita nak pesan awal2 kt korg.. klu bercadang nak pergi ke bukit fraser.. please laa 'discharge' apa yg patut kt hentian GAP tu sebelum korg naik ke atas.. uhuks! seksa giler menahan ok.. dgn jalan yg berliku2 mcm ular kena palu.. then mengambil masa hampir setengah jam baru tiba ke destinasi yg dituju..

Tapi.. setibanya kt atas.. hilang segala penat + pening + loya.. sbb terasa sgt nyaman, dingin dan tenang.. eita x taw org lain.. tp eita sukakan suasana kt fraser's hill.. ada org menamakan fraser's hill nie little england.. maybe kerana suasananya tu kot.. klu korg mmg plan utk bercuti, berehat dan lari dari kesibukan kota.. kt sini laa tempatnya.. tp klu korg merancang percutian yg padat dgn aktiviti.. tempat nie x sesuai kot.. hehe



Selepas check in dan berehat sekejap melepaskan penat kt dlm bilik.. kami pun keluar mencari makan dan bercadang utk melakukan aktiviti ringan.. sbb kami pun x lama kt sini.. just 2 hari 1 mlm jer.. so, harus laa menyusun schedule sebaik mungkin kan..

Antara aktiviti yg boleh dilakukan kt sini ialah :-
* horseback riding
* archery
* woodball (menyumpit)
* boating
* bird watching
* picnic
* golfing
* nature walks


pines tree.. 


Nie merupakan kali pertama mama dan mikael menunggang kuda.. RM8 jer utk 1 pusingan.. mikael mula2 tu nampak mcm takut jer tp biler kuda tu mula berjalan.. dia rasa seronok pulak.. hikhik!


Nothing much we do at nite.. selepas dinner, kami berjalan2 sekitar hotel sambil menikmati angin malam.. mmg sejuk ok! nasib baik laa teringat nak bawa stokin for me and miq.. even bilik hotel kami tu xder air-cond.. tp rasa mcm nak beku duduk kt dlm tu taw.. isk

Keesokan harinya.. selepas breakfast dan bersiar-siar buat kali terakhir.. kami pun balik ke bilik utk berkemas.. suasana pagi kt sini mmg cantek.. klu laa dpt menikmatinya selalu kan best.. wuwu! then tepat pukul 12.00pm kami pun check out..



Sebelum turun ke bawah.. kami singgah kt Allan's water.. mmg x plan pun utk menaiki boat kt situ.. sekadar singgah utk mengambil gambar.. maklum laa mikael tu kan excited giler klu jumpa air.. dibuatnya dia terjun kt dlm tasik tu nnt.. x ker haru? adeii

Nie laa serba sedikit tentang catatan perjalanan kami kali nie.. percaya atau x.. eita dah berumur 29 tahun baru dpt jejakkan kaki kt sini.. sbb tu eita rasa.. anak2 kita skrg sgt beruntung kan.. huhu

p/s : thanks hubby sbb temankan hunny ke sini.. misi utk menenangkan fikiran sukses! theee

July 13, 2011

Air Terjun Serendah

Seingat eita laa kan.. kali terakhir eita gi air terjun sblm mengandungkan mikael.. masa tu pergi dgn family mertua kt Ulu Bendul, Negeri 9.. fuhh lama tu..

Then, last sunday.. kebetulan eita ada wedding job kt area rawang.. selesai jer tugas, encik hubby ajak singgah kt air terjun serendah yg x berapa jauh dari situ.. eita mmg x pernah taw pasal air terjun nie.. sbb masa tinggal kt selayang dulu.. eita juz kerap ke templer's park, hutan lipur kancing, taman rimba komanwel atau ulu yam jer utk mandi manda.. huhu

Air terjun serendah nie terletak kira2 7km dari bandar rawang dan berada dlm mukim hulu selangor.. serendah nie mendapat nama drpd kawasan rendah yg sering berlaku banjir dan air bah satu ketika dulu.. so, empangan dibina oleh pengusaha lombong bijih timah utk mengelakkan banjir tersebut..


Dah nama pun plan mengejut kan? so, kita pakai apa yg ada jer laa yer.. janji ko berbaju.. nasib baik gak ada bawa baju spare dlm sehelai 2.. ekeke! dan nie merupakan kali pertama mikael melihat air terjun secara live.. dia nampak agak pelik jugak laa biler tengok air turun dgn banyak drpd celah2 batu yg tinggi.. yg dia selalu jumpa shower jer kot.. lg pun drpd kecil kami hanya biasakan dia dgn swimming pool, pantai dan pulau.. hehe


Even cuaca agak panas hari tu.. tp biler eita cecahkan kaki kt dlm air tu.. terasa sejuk sampai ke tulang.. so, eita buat keputusan x nak berendam lama2.. bisa menggigil deh! itu pun dah terketar2.. ish

Walaupun x lama kt situ.. terasa puas jugak laa dpt main air dgn mikael.. tp hubby mandi sakan kt sana sbb dia mmg sukakan air terjun.. next time, kita picnic kt waterfall lg ok.. tp masa tu kita arrange properly yer.. ngeee

July 6, 2011

wordless wednesday



p/s : coming soon!