March 30, 2011
March 24, 2011
2nd birthday - episode 2
Dlm tahun lepas.. pernah sekali mikael demam teruk.. 2 kali kena amik darah.. kami risau sgt2 dgn keadaan dia.. tp syukur alhamdulillah sbb tk sampai hospitalize.. so, slps dia sembuh tu.. kami suami isteri berniat utk membuat sedikit sedekah kt masjid.. tp asyik tertangguh jer.. akhirnya jumpa jugak waktu yg sesuai sempena his 2nd birthday thn nie..
Sabda Rasulullah s.a.w :-
“Setiap orang akan dilindungi oleh sedekahnya pada hari kiamat..”
March 20, 2011
2nd birthday - episode 1
Sehari sebelum his actual birthday.. kami nak bawa mikael berjalan2 selepas hubby habis exam kt kelab ukay.. memandangkan keadaan cuaca yg x menentu skrg nie.. so, kami decide utk buat indoor activity saja.. dah alang2 sampai kl kan.. maka lokasi yg sesuai adalah aquaria klcc.. rasanya dah berzaman eita x pergi klcc nie.. can say it's not my fav place.. sbb crowded sgt..
This little man mmg suka sgt dgn ikan.. fish! fish! sampaikan segala amfibia + butterfly kt situ pun dia panggil fish.. eksyen pulak tu nak berjalan sendiri.. xnak dipegang.. encik hubby laa yg semput nak kejar dia di celah2 org ramai.. hihi! nampak sgt dia teruja kt dlm tu.. so, berbaloi laa kami dtg.. huhu
Overall.. eita rasa happy sgt sbb niat nak sambut birthday mikael dgn family mertua dah pun terlaksana.. even it juz a simple celebration.. but suasana kekeluargaan tu yg lebih penting.. mikael jugak dpt new watch, aeroplane, cik rusa nani dan angpow drpd mereka.. tq so much tok aki, opah, mak ngah dan paksu.. huhu
March 17, 2011
Cikmin macaron
So, eita oder sekotak macaron 25pcs yg berharga RM45.00 drpd cikmin.. ada macam2 perasa yg kita boleh pilih.. tp eita juz mintak cikmin bubuh laa apa2 perasa pun asalkan sedap.. klu eita x silap.. dia letakkan perasa chocolate ganache, red bean paste, mocca and peanut butter.. huhu
Disebabkan nie first time eita mkn macaron.. of coz laa eita rasa sedap.. tp still x boleh nak buat penilaian lg.. coz kita hanya akan boleh buat comparison bila kita mencuba 2 mknn yg sama drpd 2 org atau 2 tempat yg berbeza.. betul x? tunggu laa eita cuba macaron from Whisk pulak slps nie yg dengar khabarnya sedap jugak.. nyum nyum
Overall.. eita berpuas hati dgn hasil air tangan cikmin dan svc penghantaran pun sgt bagus.. klu korg nak taw.. macaron nie lg sedap dimkn slps dimasukkan kt dlm fridge.. cuba laa.. ngeee
March 16, 2011
March 14, 2011
Movie marathon
Then encik hubby jugak belikan tiket movie 127 hours.. sbb dia tahu salah 1 cara eita berehat ialah dgn menonton movie.. hubby jugak tahu eita mmg tunggu citer nie keluar kt cinema.. kebetulan kami ada masa dan ruang yg sesuai ptg semlm.. habis jer citer 127 hours tu dlm pukul 4.00pm.. kami continue tengok citer Battle : LA pulak.. movie marathon u! huhu
127 Hours
Cerita nie diadaptasi drpd kisah benar tentang Aron Ralston yg dilakonkan semula oleh James Franco (encem betul mamat nih!) yg amat meminati aktiviti lasak iaitu mendaki gunung..
Disebabkan dia sgt confident dgn kebolehan dirinya sbg hiker, membuatkan dia bersikap sedikit angkuh.. sehingga dia merasakan x perlu utk memberitahu sesiapa pun ke mana dia pergi.. ekspedisinya ke Utah Blue John Canyon berakhir dgn tragedi.. even dia mempunyai banyak pengalaman and survival knowledge.. tp malang mmg x berbau..
Slps tergelincir and trapped for 127 hours di dalam lubang yg sempit in the middle of no where.. dgn tiada bekalan makanan dan minuman.. itu merupakan satu pengalaman yg amat menakutkan.. Aron mula berhalusinasi dan menyesali setiap perkara lalu yg dia lepaskan begitu saja..
Semua usahanya utk melepaskan diri menemui jalan buntu.. so, dia x mempunyai pilihan lain selain drpd memotong tangannya sendiri utk keluar dari situ.. time nie eita rasa mcm tangan eita pulak yg kena potong! real wey.. eeeee!
Tp semangat dia utk hidup mmg tinggi.. even kehilangan sebelah tgn dgn darah yg banyak keluar.. dia masih boleh mendaki tebing tinggi.. dan akhirnya berjaya menemui hiker2 yg lain.. akhirnya dia terselamat..
For me.. citer nie banyak isi yg tersirat.. so, klu korg bukan seorg yg sabar dan suka berfikir.. better x payah tengok movie nie kot.. huhu
Battle : Los Angeles
Klu sebut jer peperangan antara manusia dgn makhluk asing.. eita mesti teringat citer War of The Worlds.. alaaa yg Tom Cruise jadi hero tu.. coz it's ending came a bit suddenly and not quite enough explanation.. alien kalah disebabkan oleh sejenis organisma kt daun?? wut the.. ok citer lama.. lupakan jer!
So, biler encik hubby beriya nak tengok citer nie.. eita x letakkan harapan yg tinggi.. tp kan korg.. serius best laa! dari start citer sampai ending.. penuh dgn action! jantung eita nie x berhenti berdegup kencang.. sbb nervous sgt membayangkan what come next?
Some more.. plot citernya mmg logic! of coz laa kita sbg manusia kena kalah dulu.. dah nama pun lawan dgn alien kan? then kita cari jalan mcm mana nak tewaskan diorg.. cari kelemahan diorg.. ramai manusia yg terkorban.. bila tengok scene nie teringat pulak kejadian tsunami kt jepun last friday.. bumi kita dah semakin tua.. semoga mereka di sana terus tabah.. ermm
Berbalik kpd topik.. makhluk asing nie menyerang kt semua bahagian bumi yg ada sumber air.. so, satu-satunya tempat yg selamat utk manusia ialah kt padang pasir.. biler sekumpulan askar US marine yg berada di LA menemui senjata yg dpt memusnahkan kapal angkasa makhluk asing tu.. mereka nekad berperang habis habisan..
I gave 4 star for this movie.. but please take note this is my personal opinion ok.. huhu
p/s : ada lg 1, 2, 3, 4 movie nak kena tengok.. sbb semuanya best! adeii
March 11, 2011
Identiti diri melalui jenis percutian
Keindahannya dan kedamaian pulau pasti menjadi pilihan individu yang gemarkan ketenangan. Walaupun terpaksa memperuntukan sejumlah wang yang agak banyak untuk merealisasikan percutian ini, itu tidak menjadi halangan. Apa yang pasti, kenikmatan dan ketenangan akan diperolehi kelak!
Personaliti :
Bijak mengawal emosi, itulah gambaran tepat mengenai personaliti individu yang gemarkan percutian ke destinasi-destinasi sebegini. Selain itu, individu yang tergolong dalam kategori ini juga memiliki jiwa yang agak sensitif, justeru tidak hairanlah sekiranya orangnya agak sensitif perasa dan mudah tersinggung.
Percintaan :
Perwatakan yang lembut dan ramah sering membuatkan individu di sekeliling mudah jatuh hati dengan individu ini. Tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai peminat. Walau bagaimanapun individu yang memiliki ciri-ciri sebegini sememangnya bijak memilih pasangan hidup dan sentiasa berhati-hati dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya sudah terikat dengan cinta, kejujuran dan keikhlasan individu ini tidak perlu diragui lagi oleh pasangannya.
BANDAR-BANDAR BESAR
Lain orang lain persepsinya. Percutian di bandar-bandar besar mungkin digemari oleh segelintir individu. Ada yang berpendapat percutian di bandar-bandar besar ini mampu memberikan satu kepuasan yang agak eksklusif. Sudah tentu di bandar-bandar besar sebegini memiliki serba-serbi kemudahan serta pusat membeli belah yang banyak dan sekaligus memudahkan perjalanan percutian individu tersebut.
Personaliti :
Individu yang gemarkan percutian di bandar-bandar besar ini dikatakan memilliki sifat yakin diri sendiri dan mereka tergolong dalam kategori individu yang optimis. Kadangkala agak keras kepala dan ada kalanya sukar menerima pandangan dan pendapat orang lain. Selain itu soal kewangan juga harus dipandang serius kerana mereka terlalu mudah mengeluarkan wang untuk perkara-perkara yang tidak berfaedah, pendek kata orangnya agak boros.
Percintaan :
Cinta bukanlah agenda utama dalam hidup individu yang tergolong dalam kategori ini. Mereka tidak serius apabila membincangkan topik berkaitan cinta. Takut pada komitmen soal ini. Walau bagaimanapun, individu di sekelingnya juga perlu berhati-hati kerana mereka yang tergolong dalam kategori ini dikatakan gemar bertukar-tukar pasangan.
TAMAN TEMA
Selalunya destinasi sebegini menjadi pilihan utama kanak-kanak. tapi tidak kurang juga, ada segelintir golongan dewasa yang gemarkan percutian ke taman-taman tema ini. Keseronokan dan kemeriahan itulah yang dicari sehingga sanggup menghabiskan masa seharian dengan bermain-main sambil berjalan-jalan di destinasi taman tema pilihan mereka.
Personaliti :
Selalunya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman. Mereka gemar menghabiskan masa diluar bersama teman-teman. Sikap mudah bergaul menjadikan mereka individu yang sangat disenangi. Sikap agak keanak-anakan juga menjadi faktor mengapa ramai yang gemar mendampingi individu yang tergolong dalam kategori ini.
Percintaan :
Melihat sikapnya yang agak keanak-anakan, ada kalanya membuatkan pasangannya agak bosan. Mereka sukar untuk bersikap serius sekiranya dikehendaki membincangkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun pasangannya harus bersyukur kerana individu yang tergolong dalam kategori ini dikatakan seorang yang tabah dan rela berkorban, khususnya untuk kebahagian pasangannya itu.
BANDAR / KOTA BERSEJARAH
Bandar bersejarah merupakan tempat utama mencari ilham bagi mereka yang berjiwa patriotik. Tak hairanlah ada yang sanggup menitiskan air mata tatkala mengingatkan pengorbanan para pejuang dahulu kala mempertahankan negara tercinta. Tanpa pengorbanan tersebut oleh mereka yang terdahulu pasti kita tidak dapat menikmati kehidupan seperti sekarang ini.
Personaliti :
Individu yang gemar bercuti di tempat bersejarah umumnya mempunyai jiwa dan perasaan yang abstrak. Sukar ditafsirkan dan dimengertikan. Dari segi penampilan, mereka lebih gemar berpakaian ringkas. Mereka ini persis seniman jalanan yang gemarkan kehidupan yang sederhana.
Percintaan :
Sikapnya yang agak tegas dan serius kadangkala membuatkan cinta mereka ini tidak dapat dilihat secara telus. Dan ini amat membimbangkan sekiranya pasangan mereka tidak dapat memahami dan mengenali secara lebih dekat siapakah diri mereka yang sebenar. Lazimnya mereka ini sebenarnya gemar dimanja walaupun kadangkala mereka terlalu sukar untuk mempamerkan kasih sayang terhadap pasangan.
GUNUNG-GANANG
Mendaki gunung, berekspedisi dan menghabiskan masa di kawasan hutan merupakan saat paling indah bagi mereka yang berminat dengan aktiviti lasak. Malah, peluang dapat bersama teman-teman menghabiskan cuti hujung minggu di kawasan pergunungan merupakan pengalaman paling manis bagi mereka. Satu kepuasan yang tinggi nilainya sekiranya impian untuk menawan puncak gunung yang menjadi target utama berjaya. Tak kisahlah sekiranya terpaksa mengeluarkan wang yang banyak semata-mata ingin menyertai sesebuah ekspedisi, asalkan hati puas dan gembira.
Personaliti :
Selalunya, individu seperti ini tidak gemar menghabiskan masa di kompleks membeli belah atau bersembang di cafe mewah bersama teman-teman. Pada pendapat mereka, sikap begini hanya mendatangkan kerugian dan tidak memberi apa-apa makna dalam hidup mereka. Individu yang gemarkan aktiviti lasak seperti ini merupakan seorang yang berfikiran terbuka. Lasak dan berdikari. Tak hairanlah jika mereka ini bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan. Pastinya mereka ini bukan seorang individu yang membosankan.
Percintaan :
Individu jenis ini sukakan pasangan yang mampu hidup berdikari tanpa bergantung kepada sesiapa. Malah, kebanyakan masa mereka dihabiskan dengan melakukan aktiviti lasak bersama teman-teman yang mempunyai minat yang sama dengan mereka. Selalunya mereka jenis ini bukanlah seorang yang taksub dengan cinta atau terlalu manja. Mereka gemarkan percintaan yang berlandaskan prinsip ‘ada kalanya kita bagai pasangan kekasih, dan ada kalanya kita sebagai kawan biasa’. Bagi mereka yang tidak memahami prinsip seperti ini, pasti hati mudah terhiris dan terluka. Tidak hairanlah jika individu seperti ini lebih senang menjalinkan cinta dengan kawan-kawan yang sudah mereka kenali
p/s : utk suka2 jer taw.. x semestinya betul.. eita tgh activate 'cuti2 mode' nie.. ngeee
March 8, 2011
Buah "apple"
p/s : these rewards just for 3 of us.. after we've been working so hard! ngeee
March 7, 2011
Kelebihan ayat 1000 dinar
Firman Allah SWT yg bermaksud :-
Di antara kelebihan dan fadhilat ayat 1000 dinar ini ialah :-
* Dibaca apabila kita hendak bertawakal terhadap sesuatu perkara
* Menghilangkan keresahan bila dibaca di waktu resah
* Dibaca ketika hendak menaiki kenderaan
* Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan dijampi pada air sebanyak 3 kali kemudian diberi minum, insyaAllah si pesakit akan sembuh
March 3, 2011
to-do-list
p/s : chaiyuk2 norita!