Pages

January 26, 2011

Rahsia nombor rumah


Google punya google.. i've found this! nak tergelak pun ader jugak slps baca.. tp eita rasa menarik utk dikongsi bersama.. jom baca!

Contoh kiraan :- kalau rumah bernombor 77 :-
7 + 7 = 14 (1 + 4 = 5.. check bahagian nombor 5 ok)

Then.. klu rumah korg bernombor 112 :-
1 + 1 + 2 = 4 (check bahagian nombor 4 yer) so, apakah nombor rumah korg? ngeee..
  • Rumah nombor 1 :- penghuni yg tinggal di rumah ini biasanya dikatakan mempunyai tanggungjawab yg besar terhadap keluarga. Kamu juga sering berasa kesepian, oleh itu cubalah mencari hobi yg sesuai utk mengisi masa lapang kamu. Kamu juga harus mencari banyak peluang utk bersantai bg merehatkan fikiran dan badan. Sentiasa menghadapi hari yg mendatang dgn penuh ceria dan gembira
  • Rumah nombor 2 :- orang yg tinggal di rumah ini selalu dibebankan dgn masalah orang lain. Jangan terlalu banyak menyendiri. Carilah teman-teman utk berbicara. Kamu yg bernaung di bawah zodiak Cancer akan tertarik dgn angka ini. Rumah ini juga akan memberikan banyak kenangan kepada penghuninya
  • Rumah nombor 3 :- biasanya mereka yg tinggal di rumah bernombor ini adalah bercita-cita tinggi dan sangat menggemari pengembaraan dan percutian. Oleh itu mereka berani mengambil risiko tanpa memikirkan akibatnya dgn lebih mendalam. Penghuninya juga sangat mementingkan 'kesempurnaan' dalam segala-galanya bahkan rumah mereka mempunyai tempat-tempat khas untuk meletakkan barang tertentu mengikut kesesuaian. Mereka jenis ini amat menitik beratkan soal kecantikan dalaman dan luaran rumah, sehinggakn setiap orang yg datang akan merasa tenang dan senang serta sering menimbulkan rasa iri hati jiran-jiran. Namun harus diingat, mereka yg berbintang Sagitarus amat gemar mengunjungi rumah penghuni di rumah nombor 3
  • Rumah nombor 4 :- emmmm... nombor jenis ini agak sukar untuk diramalkan. Hidup si penghuni sering dikelilingi oleh masalah, membuatkan kehidupan seseorang itu tidak berasa tenang. Jadi tidak hairanlah penghuni di rumah ini kerap kali bertemu pakar psikologi dan kaunselor. Jika kamu berpindah ke rumah yg bernombor ini, pasti kehidupanmu akan berubah secara dramatis. Mereka yang lahir di bawah bintang Aquarius akan tertarik pada nombor jenis ini. Rumah jenis ini agak berlainan jika hendak dibandingkan dengan rumah yg lain. Tapi harus diingat, jangan terlalu boros di dalam berbelanja
  • Rumah nombor 5 :- wow! rumah jenis ini boleh diibaratkan seperti hotel. Sesiapa sahaja boleh keluar masuk di rumahmu, mereka yg tinggal di rumah nombor ini selalunya jenis orang yg suka berusaha dan berniaga. Mereka juga akan mendapat keuntungan yg besar dalam perniagaan. Biasanya mereka yg bernaung di bawah zodiak Virgo dan Gemini akan tertarik dengan nombor ini. Namun begitu penghuninya sering mendapat penyakit kulit. Polisi insurans sering mendapat perhatian khusus dari pernghuni rumah ini. Mereka juga sering menerima panggilan telefon dan surat yang tersalah alamat. Rumah nombor ini dikatakan mewah dengan kebendaan
  • Rumah nombor 6 :- kamu yg tinggal di rumah yg bernombor ini memang jenis yg suka bercucuk tanam. Angka 6 ini berkait dengan tumbuh-tumbuhan. Juga dikatakan lambang kematangan. Para penghuninya mempunyai daya kreativiti yang tinggi. Tidak mustahil kamu akan menemui bakat-bakat yang tersembunyi pada diri penghuninya. Mereka yg berbintang Taurus dan Libra menyukai nombor ini walaupun ia menyimpan pelbagai misteri yang tersembunyi. Kamu juga sangat sesuai dengan aktiviti-aktiviti yg berkaitan dengan muzik. Rumah kamu juga sering menjadi tumpuan rakan-rakan dan saudara mara yg sukakan layanan yg kamu berikan
  • Rumah nombor 7 :- satu angka 'aneh'. Tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata apakah misteri yg tersembunyi dan penghuninya sering bermain-main dengan teka-teki. Sebelum kamu menduduki rumah tersebut, periksa dahulu semua kemudahan asas terutama sistem bekalan yg boleh mendatangkan masalah kepada kamu nanti. Dikatakan kamu yang menghuni rumah nombor ini akan sering berulang alik ke hospital, sama ada kerana kamu atau keluarga kamu yg sakit, malah kamu juga akan sering pergi untuk melawat rakan-rakan atau saudara mara kamu yg sakit. Sepanjang kamu tinggal di rumah tersebut, kamu sentiasa melakukan perubahan dari segi penyusunan perabot rumah. Kamu mudah dihinggapi penyakit dibahagian kaki. Mereka yg bernaung di bawah zodiak Pieces tertarik untuk mendiami rumah nombor ini. Jangan terlalu boros berbelanja dan fikirkan masa depan kamu. Berbelanjalah secara berhemah
  • Rumah nombor 8 :- rumah ini lebih digemari oleh golongan yg sudah berumur jika dibandingkan dgn orang muda. Penghuninya gemar mengumpul jam tangan yg pelbagai bentuk, jenis dan jenama serta menunjukkan waktu yg berlainan. Sebelum berpindah ke rumah ini, periksa dahulu dalam persekitaran rumah itu terutamanya struktur tanah. Warga Capricorn sangat tertarik untuk mendiami rumah ini berbanding dgn nombor lain, sebaliknya ia akan mendatangkan kerugian pula kepada warga Aquarius. Banyakkan makan sayuran dan prihatin terhadap kesihatan kamu terutamanya yg berkaitan dengan pemakanan
  • Rumah nombor 9 :- kamu yg tinggal di rumah yang mempunyai angka 9, biasanya tidak suka mengakhiri persahabatan dgn kekerasan dan permusuhan. Disebabkan sikapmu yg telalu behati-hati, telah menyebabkan kamu kurang berminat untuk menjemput rakan-rakan bertandang ke rumahmu. Namun begitu kamu jenis yg peramah dan jujur. Mereka yg berbintang Aries dan Scorpio tertarik dgn angka ini. Bahkan ia sering mengundang kebahagiaan di dalam hidup kamu yang menghuni rumah ini. Mengembara dan ingin mendalami sesuatu yg baru adalah tabiat semulajadi bagi mereka yg menghuni rumah ini. Kamu pandai mengatur masa depanmu agar tidak terpesong dari landasan hidupmu seperti yg dicita-citakan selama ini
Souce : 1001 rahsiadiri
p/s : tp kan korg.. jgn laa percaya 100% yer.. ekeke! have a nice day

January 20, 2011

Panggilan pulau

Baru bln January.. kepala dah ligat memikirkan nak bercuti ke mana tahun nie.. klu laa bkn disebabkan kami nie tengah stuck dgn mcm2 urusan.. rasanya skrg jugak kami berdesup pergi.. haish

Hopefully menjelang birthday eita nnt.. settle laa hendaknya semua urusan nie.. so, boleh laa kami gi bercuti ke sebuah pulau dgn tenang.. tension betul memikirkannya.. rasanya selama hidup ini.. urusan kali nie yg paling sukar dan betul2 menguji kesabaran.. semoga pahit akan manis akhirnya.. insyaAllah

tp.. nak ke pulau mana pulak kali nie yer? jom teropong.. huhu

p/s : our chalet has been reserved.. yeay!!

January 15, 2011

Victoria Station, Taipan usj

1st of all.. happy 29th birthday to my beloved husband.. semoga sentiasa diberi kesihatan yg baik + murah rezeki dan seperti selalu.. food is part of our celebration.. huhu

Disebabkn bday hubby fall on weekday.. then dia dah start bizi dgn keja2 cukainya + akan bekerja on weekn.. so, kami decided utk amik half day ptg semlm.. theee

This time.. eita memilih utk celebrate bday hubby kt victoria station, taipan usj.. the house of fine steak.. only 6 stations now here in Malaysia ok.. saja pilih tempat yg special sempena bday dia kn..

Dah nama pun house of fine steak.. so, there were lots and lots of steak yg kita boleh pilih.. tp encik hubby memilih utk order smoked salmon salad + rack of lamb jer.. eita pulak terasa nak cuba victoria steak.. mmg sedap taw! compare to windmill restaurant.. mcm langit dgn bumi.. even harga lebih kurang sama..

Next time biler kami dtg lg.. eita nak try seafood with steak and lobster pulak.. terliur seh! tp klu nak order semua semlm confirm x habis.. itu pun kami kekenyangan sampai ke mlm.. ekeke

Dari segi decoration and service.. mmg tip top.. table kami tu sampai 3-4 org waiter yg served.. sesekali dpt mkn dlm gerabak keretapi yg x bergerak diiringi slow music dgn sekuntum bunga rose segar di atas meja.. wow! what else can i say?

The bill? only RM142.. berbaloi-baloi.. ngeee

Tak habis kt situ.. then we carry on with our movie date.. akhirnya dpt gak tengok citer the tourist sblm tanyangan habis.. si Johnny Depp dlm versi bkn lanun.. ekeke! for me citer nie mmg best even starting tu a bit slow.. bergandingan pulak dgn Angelina Jolie kn.. selebihnya; korg tengok sendiri okay.. hehe

eita happy sgt sbb dpt buat hubby tersenyum sepanjang hari.. dan dia x henti2 ucapkn terima kasih.. hikhik! klu nak dibandingkn dah banyak sgt pun pengorbanannya utk eita.. it's my pleasure hubby.. coz i luv u!


* Disclaimer: The opinions expressed here is entirely based on my personal tastebuds and may vary for others *

January 9, 2011

Pencinta hujung minggu

eita rindu utk bgn lewat dan bermalas-malasan di hjg minggu.. rindu utk menikmati sarapan di luar bersama-sama dgn hubby + mikael.. rindu utk berbungkus dlm selimut dgn mereka biler hujan turun di pg hari pd hjg minggu yg indah.. dan rindu utk blk kampung!

Semua nie terpaksa eita lupakn sebentar krn sibuk dgn 'kerja' sepanjang bln december yg lalu.. tp biler dpt melakukn semula aktiviti yg kami suka pd hjg minggu.. i get back my typical weekn! weehoo..


Klu blk ke morib.. eita mesti nak mkn nasi lemak sotong pak musa.. mmg sedappp! sotongnya lembut, sambalnya sedap.. pendek kata mmg menepati citarasa laa.. ngeee

Then, biler blk ke rumah mak kt sementa pulak.. restoran ziela nasi kukus akan menjadi pilihan if tekak terasa nak mkn kt luar.. tp selalunya eita lebih gemar mkn masakan mak..

Kami jugak sempat menghadirkn diri ke majlis pertunangan adik sepupu hubby.. eita pun sebenarnya xtaw nak terangkn hubungan diorg nie mcm mana.. maybe lebih kpd saudara angkat kot..?


Ermm.. frankly speaking sejak eita bertudung.. dan biler terlalu sibuk.. rambut eita sendiri pun terabai.. kesian dia! so, biler ader free time mcm nie.. eita pun ambil kesempatan utk pergi ke salon.. now mama miq sudah berambut baru.. x terlalu pendek dan x perlu ikat rambut selalu.. paling penting ia sihat + mudah dijaga.. ngeee